🐾 11: Explanation

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shiori!"

Tubuh dikakukan. Namun, bibir tetap mengukir senyuman. Tanda bersyukur dia dapat pulang semula untuk berjumpa kembarnya.

Ryuu meleraikan pelukannya. Wajah Shiori ditatap lama. Mukanya begitu tenang setelah dapat melihat semula gadis tersebut.

"Awak pergi mana?" soal Ryuu prihatin. Senyuman Shiori semakin melebar. Dia mahu ceritakan segala-galanya kepada Ryuu.

"Kejap lagi saya cerita. Nak mandi dulu," beritahunya. Ryuu mengangguk lalu keluar dari bilik Shiori.

Gadis itu terus mencapai tualanya yang disangkut rapi. Sempat dia teringat akan lelaki yang menjadi musuh Dragonel itu.

~~~

Tubuh dihempaskan ke katil setelah menyarung pakaian. Siling bilik itu dipandangnya. Hari masih pagi. Nampaknya, seharian juga di menetap bersama Kei.

Ketukan di pintu membuatkan dia berada dalam posisi duduk. Daun pintu bilik itu ditolak dari luar.

Muka Ren ditunjukkan. Gadis itu tersenyum riang sebaik sahaja nampak wajah Shiori. Segera dia turun semula ke ruang tamu untuk memberitahu berita baik itu.

Shiori sudah ternganga. Dia tidak dapat memikirkan cara untuk memberitahu rakan seperjuangan tentang kehilangannya itu. Hatinya mula gelisah.

Dia segera mencari Ryuu di bilik. Apabila mendapati lelaki itu sedang membaca buku sambil berbaring di katilnya, Shiori terus menerjah ke katil itu.

"Wa! Ape ni Shiori?!"

"Sori."

Tangan Ryuu ditarik. Lelaki itu terkejut. Tiba-tiba sahaja tangannya ditarik oleh Shiori sebegitu. Sememangnya Shiori kelihatan amat cemas ketika itu.

"Kenapa ni?" soal Ryuu sambil membaca buku. Shiori mendiamkan diri. Otaknya ligat berfikir cara untuk memberi penerangan.

Ryuu memandang wajah Shiori yang semakin berkerut. Jarang kembarnya itu berkerut sebegitu gaya.

"Jangan kerut macam tu, nanti jadi orang tua. Padan muka."

Terjegil mata Shiori. Laju tangannya memukul lengan sasa Ryuu sekuat mungkin. Mengadu kesakitan lelaki itu dibuatnya.

"Ish awak ni. Saya tengah risau ni," jelasnya supaya Ryuu tidak memerlinya lagi. Ryuu mengangkat sebelah kening kerana terasa pelik.

Baru sahaja dia ingin membalas, ketukan di pintu membuatkan mereka memandang ke arah pintu itu serentak.

Wajah Sayuri yang ceria memanggil mereka untuk turun ke ruang tamu. Ryuu mengangguk manakala Shiori sudah gementar.

Tangan Ryuu digenggam kuat. Mereka berdua turun ke ruang tamu sambil berpegangan tangan atas permintaan Shiori sendiri.

Shiori takut untuk memberikan penjelasan, terutamanya kepada Char. Ketuanya itu agak tegas. Mereka mengambil tempat secara bersebelahan.

Sekali lagi gadis itu menelan air liur. Kesemua ahli kumpulan itu sudah berada di ruang tamu atas arahan Char.

Tanpa membuang masa, Char terus meminta penjelasan Shiori atas kehilangannya seharian.

Berpeluh dahi dibuatnya. Dia cuba mencari jalan untuk melarikan diri. Dia belum bersedia untuk memberitahu segala-galanya.

"Ma-maaf. Saya tak sedia nak cerita tentang ni lagi," jelasnya. Yang lain saling berpandangan. Char masih memandang tepat ke arah gadis tersebut.

"Kamu perlu jelaskan semuanya se.ka.rang."

Shiori risau. Wajah Ryuu disebelah dikerling. Lelaki itu sendiri buntu bagaimana hendak menolong Shiori. Tambahan pula, dia tidak terlalu berminat untuk mengetahui ceritanya jika dipaksa. Rasa tidak selesa pula.

"S-saya... tak mampu nak cerita lagi," tambahnya. Satu-persatu wajah rakannya dipandang. Ada yang teruja, ada yang risau dan ada juga yang tenang.

Char menghela nafas keletihan. Dia menyuruh Shiori untuk bercerita perlahan-lahan. Dia perlukan maklumat secepat mungkin kerana ada pihak atasan yang meminta.

Rasa gemuruh sudah menguasai diri sepenuhnya. Hanya tunggu tangisan untuk keluar. Dia tahu rakan-rakannya amat membenci Kei. Jadi, dia takut jika Kei akan diapa-apakan kalau dia bercerita.

Akhirnya, satu keputusan dibuat. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum melepaskannya. Kakinya digerak-gerakkan sedikit.

Tiba-tiba, Shiori berdiri. Dia segera melompat dari sofa itu. Dia terus berlari ke biliknya dan mengendahkan panggilan orang lain.

Char tersentak. Begitu takut gadis itu hendak menceritakan segalanya kepada mereka. Kenapa?

Ryuu pula sudah menggelabah namun cuba dikawal. Dia meminta izin untuk berlalu pergi.

Segera Shiori dicarinya. Dia risaukan kembarnya itu. Shiori paling tidak suka jika dipaksa begitu. Biarkan sahajalah dia bercerita apabila sudah bersedia.

Pintu bilik itu dikuak kecil sekaligus menampakkan Shiori yang berbaring sambil menekup mukanya dengan bantal.

Ryuu mendekati kembarnya. Bantal yang menekup ditarik perlahan. Shiori tidak menangis tetapi kelihatan takut.

Lelaki itu memeluk tubuh kerdil tersebut. Rambut Shiori diusap perlahan. Itulah cara yang sering dilakukan oleh ibu bapa mereka untuk menenangkan Shiori.

"Dah, jangan takut. Saya ada kat sini. Nanti bila awak dah sedia, ceritakan kat saya. Ok?" beritahunya tenang. Shiori mengangguk perlahan.

Hilang semua rasa risau apabila Ryuu memujuknya begitu. Hatinya amat tenang. Sememangnya Ryuu amat memahaminya.

Sementara itu, yang lain sudah melakukan aktiviti harian seperti biasa. Pelik juga tingkah laku Shiori yang melarikan diri tiba-tiba. Amatlah janggal.

Char mengeluh. Dia tidak faham mengapa Shiori tidak mahu bercerita. Dia terdesak untuk mengetahui maklumat itu. Kalau boleh, hendak sahaja dia memberikan ruang untuk Shiori bercerita apabila sudah bersedia.

______________________________

"Ryuu, saya nak ceritakan pasal benda ni kat awak dulu," beritahu Shiori yang meletakkan kepalanya di peha Ryuu.

Kembar sulung itu mengangguk. Dia bersedia untuk mendengar segala-galanya dari Shiori.

"Sebenarnya, saya hilang sebab saya ikut Kei ke tempat tinggalnya. Tetapi bukan salah dia! Saya yang nak ikut dia. Kami pergi ke tempat tinggal dia melalui pintu ruang dan masa. Apa yang saya tahu, Kei tinggal bersendirian kat sebuah gua.

Mula-mula, Kei marah juga saya ikut dia. Tetapi, nasib baik dia dapat memaafkan saya. Kemudian, kami bergerak ke arah tasik iaitu tempat tinggal naga air. Masa tu, tiba-tiba sahaja naga itu memunculkan diri dan menyerang kami.

Selepas beberapa jam bertarung, kitorang akhirnya dapat mengalahkan naga itu. Dan satu cahaya yang sama masuk ke dalam diri saya sebagaimana naga api lakukannya. Saya pitam di tepi tasik.

Kei mengangkat dan membawa saya ke gua tempat tinggalnya. Saya dibiarkan berehat di situ sehinggalah segar semula. Kemudian, kami bergerak ke suatu tempat yang ada pohon sakura. Dari belakang pohon itu, keluar seorang lelaki tua.

Dan kemudian..."

"Kemudian?"

"Satu cahaya muncul dan mengingatkan saya tentang sejarah hidup kita berdua. Tetapi saya tak ingat sangat. Maaf."

Ryuu mengangguk. Dia sudah tahu mengapa Shiori tidak mahu bercerita tentang hal itu kepada rakan mereka. Tidak mungkin mereka semua akan mempercayai bahawa Kei menjaga Shiori sebaik mungkin.

Shiori mengukir senyuman tawar. Syukurlah kembarnya sentiasa ada di sisi untuk menemaninya.

Shiori tidak mahu Kei bertarung dengan kumpulan itu. Dia mahu hentikan peperangan antara Dragonel dengan Kei kerana lelaki itu ada sebab tertentu dia berlawan dan Dragonel hanya mempertahankan diri sahaja.

Maka, Shiori tekad. Dia akan menghentikan pergaduhan lama antara Kei dan Dragonel. Dia akan membantu Kei sebagai tanda untuk membalas jasanya.

'Kei, saya akan tolong awak menerima Dragonel.'

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro