🐾 14: Black

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ketukan di pintu yang berkali-kali telah mengganggunya untuk berehat seketika. Dengan langkah yang malas, dia terpaksa membuka juga kerana pintu itu telah dikunci.

   Sebaik sahaja dibuka, seorang gadis memeluknya bersama kelajuan kerana ketakutan sehingga dia terjatuh.

   "Shiori?!" Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus berlari ke katil Ryuu. Dia menyelubungi dirinya dengan selimut tebal milik si abang.

   Muncul tanda tanya di fikiran Ryuu. Dia mengorak langkah ke arah Shiori. Selimut yang menutupi tubuh kecil itu ditarik sedikit.

   Wajah Shiori yang ketakutan dipandang. Amat jarang sekali untuk melihat Shiori jadi begitu. 5 tahun sekali!

   "Hei, awak ok tak?" soalnya dalam nada kasih sayang. Shiori menunjukkan wajahnya yang agak suram. Ketakutan tadi sudah semakin reda.

   Lengan Ryuu dipeluknya erat. Kepalanya dilentokkan di bahu lelaki itu. Perlahan-lahan matanya ditutupkan kerana dia amat penat.

   Ryuu yang terasa seperti bahunya menjadi semakin berat segera memandang Shiori.

   'Cis! Dia pergi tidur kat bahu aku ni apehal?' omel Ryuu. Perlahan-lahan tubuh kembarnya diletakkan di atas katil apabila dia sudah tidur dengan amat nyenyak.

   Tubuh kecil itu diselimutkan. Rambut adiknya diusap lembut. Tiba-tiba sahaja Shiori menjadi takut seperti itu.

   Jam sempat dikerling dan alat itu baru sahaja menunjukkan pukul 7.00 malam. Badannya terasa amat malas untuk melakukan sebarang aktiviti termasuk makan malam.

   Akhirnya, dia berbaring di sebelah Shiori. Ambil beberapa saat sahaja sebelum gadis itu tidur sepenuhnya.

   Bagi mengelakkan sebarang salah faham, dia tidak berselimut. Walaupun adik-beradik, ada sahaja yang akan fikir benda lain.

   Kedua-dua tangannya diletakkan di bawah kepala. Matanya merenung siling sebentar sebelum ditutup sepenuhnya.

____________________________________

   Titisan hujan mula membasahi dunia Dialight. Hari yang sudah gelap itu mula dipenuhi dengan kedinginan serta rasa rindu.

   "Tuanku nak minum air panas ke?" soal sebuah robot kepada lelaki itu. Anggukan diberikan dan serta-merta robot tersebut hilang dari pandangan.

   Punggungnya dilabuhkan di sebuah kerusi yang dialas dengan sofa lembut. Matanya asyik merenung gambar yang telah dibingkaikan.

   Rasa rindu sungguh mencucuk hatinya yang kesunyian. Begitu juga rasa pedih kehilangan kaum sendiri.

   Setelah air panas yang dimintanya sampai, perlahan-lahan dia meneguk. Fikirannya cuba dilapangkan daripada memori hitam yang masih menghantui diri.

   Robot peribadinya pula setia menunggu di sisi. Jika ada sebarang bahaya, maka mudahlah untuk robot tersebut melindungi tuannya.

   Seusai airnya dihabiskan, kakinya gah berdiri. Dengan fikiran yang kosong, dia keluar dari rumah agamnya. Udara yang sejuk sedikit-sebanyak menenangkan hatinya.

   "Otto, mari pergi ke kolam," arahnya kepada robot tersebut. Robot yang diberi nama Otto itu hanya menurut.

   Dua makhluk itu bergerak ke Kolam Inchantus yang dihuni oleh haiwan berbahaya seperti ikan piranha.

   Matanya hanya merenung ke arah tersebut yang mula berwarna merah kerana ada haiwan yang telah menjadi mangsa kepada ikan-ikan tersebut.

   Mulut dan hidungnya ditutup dengan tangan kerana bau darah yang memualkan. Tubuhnya didudukkan supaya dapat berehat.

   Tiba-tiba, berpuluh ekor burung terbang laju di langit gelap itu. Burung-burung tersebut seperti melarikan diri dari sesuatu.

   Lelaki dan robot itu membuka langkah keselamatan. Sememangnya, kebanyakan makhluk yang tinggal di kawasan itu amat bahaya.

"Otto, lindungi haiwan lain."

"Baiklah, tuan."

   Beberapa minit kemudian, tanah di situ bergegar kerana hentakan di tanah yang kuat. Lelaki tersebut menyisir rambutnya ke tepi supaya tidak mengganggu ketika berlawan.

   Muncul pula satu makhluk yang pelik muncul dari sebalik pokok. Makhluk itu berkepala singa, berbadan harimau dan bersayap. Saiznya juga amat besar.

   Keadaan yang gelap agak menyukarkan si robot Otto untuk menyelamatkan haiwan di sekeliling.

   Lelaki tadi mula fokus terhadap makhluk tersebut. Sempat juga senyuman sinis diberikan supaya makhluk itu rasa tercabar.

   Seperti yang dimahukan, ia mula mengamuk dan menyerang lelaki tersebut. Dia segera melompat ke atas tangan makhluk itu.

   Tumbukan diberikan di tangan tersebut. Walaupun amat keras, tumbukan itu masih berikan rasa kesakitan. Makhluk itu melibaskan ekornya.

   Pokok-pokok di kawasan itu hancur. Lelaki tadi terpaksa menggunakan pelindungnya. Syukurlah tubuhnya amat kuat dan dapat menahan kekuatan hempasan tersebut.

   Otto sempat membantu tuannya sambil melakukan tugasnya. Serangan laser dikeluarkan dari mata robotnya.

   Tanpa teragak-agak, lelaki tadi menendang makhluk itu sekuat mungkin sehingga ia menghancurkan pokok-pokok.

   Ia terhempas ke tanah. Namun, sekejap sahaja masa yang diperlukan untuk merawat luka-lukanya. Lelaki tadi mengeluarkan pedangnya.

   Laju sahaja pedang itu dilibas di badan makhluk tersebut. Ekor makhluk itu sempat menangkapnya dan melilitnya dengan amat kuat.

"Argh...."

   Otto yang perasan akan keadaan tuannya segera menghidupkan mod berlawannya tanpa meminta izin daripada si tuan.

   Pelbagai jenis senjata keluar dari tubuh besinya itu. Kesemua senjata itu menyerang makhluk berbahaya tersebut sehinggalah tuannya dilepaskan.

   Lelaki tadi jatuh ke tanah. Jampi pemulihannya digunakan segera supaya dapat berlawan kembali dengan makhluk itu.

   Tanpa sebarang perasaan kasihan muncul di hati, matanya mula bertukar warna merah. Kukunya menjadi panjang dan tajam.

   Sayap hitam muncul di belakang tubuhnya. Dia terbang ke atas makhluk itu sementara sayapnya masih belum digunakan.

   Kukunya yang panjang dan tajam mula melibas sekali lagi tubuh makhluk tersebut dan meninggalkan kesan luka yang amat dalam.

   Jantung makhluk itu ditikam dengan kukunya sehinggalah ia mati di situ juga. Darah merah pekat mengalir keluar dalam kuantiti yang amat banyak.

   Mata dan kuku lelaki itu mula bertukar normal semula. Terasa lemah pula hendak bergerak kerana jarang dia menjadi begitu.

   Si robot Otto memapahnya pulang selepas keadaan kembali selamat. Niat untuk menenangkan hati bertukar menjadi perlawanan besar.

   Setibanya dia rumah agam miliknya, kaki terus melangkah ke biliknya di tingkat atas. Rumah agam yang besar itu hanya dihuni oleh lelaki tersebut dan robot peribadinya.

   Sementara si tuan berehat, Otto mengambil keputusan untuk mengecas semula dirinya supaya dapat terus berkhidmat kepada lelaki itu.

   Lelaki tadi membaringkah tubuhnya di katil. Pertumpahan darah makhluk tadi mengingatkan dia kepada memori hitamnya lagi.

   Sejak satu peristiwa hitam berlaku, lelaki itu amat bencikan bau darah dan akan terasa mual jika terbau darah.

  Dia juga trauma terhadap warna merah. Itulah antara punca cat rumahnya ditukar daripada merah kepada biru gelap.

   Memori hitamnya sentiasa tersimpan di kotak pemikirannya. Semua peristiwa pahit sentiasa disimpan sendiri kerana tiada sesiapa yang dapat membantunya.

   Otto? Ia robot. Otto merupakan robot yang telah diprogramkan oleh arwah ibu bapa lelaki itu khas untuknya supaya dapat menguruskan diri dengan baik.

   Malas mahu mengenangkan lagi peristiwa itu, gambar yang terletak di rak kecilnya diambil lalu dipeluk erat sebelum menutup mata di sebalik selimut.

Bersambung...

Hello guys.
Author sibuk sikit sejak naik skolah ni. Assignment berlambak, so faham2 lah ya. Maaf jugak kalau cerita ni kurang best. Anyway, terima kasih kepada semua readers yang author sayangi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro