🐾 20: Hope

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shiori, sini jap."

   Sambil mengemaskan pakaiannya, Shiori mendekati Ryuu yang sedang membaca buku.

   "Ada ape?" soalnya malas. Tanpa sebarang amaran, Ryuu mencuit kuat hidungnya sehingga merah.

"Aduh! Lepaslah! Ape ni main cuit-cuit hidung orang! Taulah hidung tak mancung!"

   Cuitan dilepaskan tetapi diganti pula dengan pukulan di lengan Shiori. Sekali lagi gadis itu terjerit kecil.

   "Bisinglah! Siapa suruh awak ambik saya punya diari!" jerkahnya pula. Shiori mengusap-usap lengannya yang dipukul tadi. Jelingan tajam diberikan kepada Ryuu.

   "Ish! Mana ade orang ambik. Saya tak usik pun lah," balasnya. Bibirnya dijuihkan.

   Ryuu menggaru belakang lehernya. Diarinya telah hilang sedangkan baru sahaja beberapa minit yang lalu, buku itu berada dalam begnya.

'Habistu, sape pulak ambik ni?' monolognya sendirian.

   Shiori pergi ke tempatnya semula. Kuasa airnya cuba dihidupkan sekali-sekala sementara menunggu si musuh sampai.

   Malam sudahpun melabuhkan tirainya. Bulan pula sudah tertenggek di atas bukit. Bulan purnama.

   "Tolong carikan diari tu," pinta Ryuu sambil tercari-cari buku tersebut. Shiori mengeluh sebelum akur.

   Terpaksa jua mencari diari tersebut. Segala beg milik abangnya diselongkar. Satu bilik itu dicarinya.

   Seketika kemudian, gadis kecil merangkap anak pemilik rumah itu datang menjenguk mereka sambil membawa dua bungkus roti.

   Kedua-dua roti tersebut diberikan kepada pasangan kembar itu. Senyuman comelnya terukir di bibir kecil itu.

   Sebaik sahaja gadis itu mahu keluar, Ryuu segera menariknya perlahan. Buku yang ada pada ikatan pinggang anak kecil itu diambil.

'My diary!'

   Gadis kecil tadi memandang Ryuu. Matanya berkaca apabila Ryuu mengambil diarinya semula.

   Shiori yang terdiam segera menerpa gadis itu. Dia memeluknya erat serta sedaya-upaya mengelaknya dari menangis.

   "Nak buku tu," pintanya sambil air mata keluar perlahan. Ryuu segera dipandang. Lelaki itu terus menyembunyikan diarinya di belakang.

"Tak boleh dik. Itu milik abang Ryuu. Jom, kakak teman adik main."

   Cepat sahaja dia mengangguk. Ryuu dan Shiori menghela nafas lega. Shiori segera membawanya ke ruang tamu untuk bermain bersama-sama.

   'Mungkin dia ambil masa kitorang makan kot,' fikir Ryuu sendirian. Diarinya tadi diletakkan semula di dalam beg dan di zip.

   Selepas itu, dia melangkah ke dapur untuk mencari ketua kampung itu. Apabila didapati dia sedang menyediakan teh, Ryuu segera bergerak ke ruang tamu.

   Dia menyertai permainan Shiori dan anak kecil itu. Sudah lama juga dia tidak bermain dengan kanak-kanak. Maklumlah, sibuk memanjang.

   Seketika kemudian, pemilik rumah itu tiba bersama empat cawan teh dan dihidangkan di atas meja kecil. Dia mengukir senyuman kekecewaan.

   "Kenapa ni encik?" soal Shiori prihatin. Dia risau jika ada apa-apa berlaku tanpa dia sedar.

   "Esok serigala tu datang. Habislah penduduk kampung ni," keluhnya berat. Ryuu dan Shiori saling berpandangan.

   Jelas pada riak wajah lelaki berumur itu bahawa dia kerisauan. Anak kecil tadi dipeluk erat.

   "Nama adik siapa?" soal Shiori mengejut. Gadis itu memandangnya ceria. Seperti tiada apa yang berlaku.

   "Yume. Murasaki Yume. Anak papa yang paling comel!" beritahunya riang. Lelaki berumur tadi tersenyum. Anaknya pandai mencuri hati tuanya.

   "Hehe. Yume bila besar nanti nak jadi ape?" soalnya lagi sambil mengusap ubun-ubun gadis kecil bernama Yume itu.

"Yume nak jadi pelindung kampung ni macam papa. Yume nak jadi kuat macam papa dan pahlawan lain."

   Ryuu tertawa kecil begitu juga Shiori dan bapa kepada Yume. Shiori sempat memandang encik Murasaki yang mula bersemangat.

   "Baguslah. Suatu hari nanti, Yume pasti akan jadi macam papa Yume. So, Yume kena sentiasa berusaha. Janji?" kata Ryuu pula sambil mengeluarkan jari kelingkingnya.

   Yume menyambutnya dengan hati riang. Shiori berasa lega. Senang hatinya melihat Ryuu dapat bermesra dengan gadis sekecil Yume.

   Teh mereka diteguk sambil perbualan dijalankan. Ada topik berkaitan Yume, ada tentang musuh yang menyerang dan lain-lain lagi.

   "Harap kamu berdua boleh tolong selamatkan kampung ni," mohonnya. Ryuu dan Shiori mengangguk serentak.

"Kami berjanji akan selamatkan kampung ni."

   Mereka berempat tersenyum kecil. Harapan untuk kampung itu tidak diserang lagi amatlah tinggi. Encik Murasaki perlu lindungi penduduk dan anaknya.

   Itu janjinya sebelum dia dilantik sebagai ketua kampung suatu ketika dahulu.

______________________________

   "Ken, lama lagi ke nak sampai? Hari dah larut malam ni," kata Kenji yang sejak tadi diam.

   Ken hanya mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak tahu berapa jauh lagi mereka perlu lalui untuk tiba di tempat yang dituju oleh Ryuu dan Shiori.

   Mereka dapat mengesan kedudukan kembar itu pun sekejap sahaja kerana signal di kawasan hutan amatlah tidak kuat.

   Jadi susah untuk mereka mengetahui jarak yang masih perlu dilalui.

   Kenji mengeluh. Pandangannya dialihkan pada Ren yang sedang tidur sambil memeluknya erat.

   Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.00 malam. Namun, mereka masih belum tiba.

   "Kenji, kita rehat dululah. Kita boleh mintak Ren gunakan sihir pelindung dia," cadang Ken.

   Dia juga sudah mengantuk. Kucing pun mengantuk malam-malam.
Kenji mengangguk setuju. Ren dikejutkannya.

   Selepas gadis itu bangun, cadangan tadi segera diberitahu. Dia mengangguk setuju. Sihir pelindung digunakan selepas mereka berhenti pada tempat yang sesuai.

'Harap esok pagi sampai.'

______________________________
  
"Sudah lama ke serigala tu mula menyerang?"

   Si ketua kampung hanya menjongket bahu. Dia sendiri tidak tahu. Sebab sejak dia masuk ke kampung itu, kejadian serangan ini sudahpun mula berlaku.

   Shiori mengeluh. Yume dipandangnya. Sudah tertidur gadis kecil ini memandangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 10.30 malam.

   "Kamu berdua tidurlah dulu. Beri pakcik Yume tu," katanya. Shiori akur. Yume diberikan kepada si bapa.

   Seusai Ryuu membasuh cawan teh tadi, mereka meminta diri untuk masuk ke bilik begitu juga lelaki berumur tadi.

   Shiori terus berbaring di atas tilam lembut yang tersedia. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Ryuu juga begitu.

   Siling itu dipandang mereka berdua. Esok hari yang penting. Hari di mana mereka akan selamatkan kampung itu dari ancaman bahaya.

   "Shiori, agak-agaknya kenapa serigala tu nak serang kampung ni? Sedangkan banyak lagi makanan kat luar sana," kata Ryuu perlahan.

   Shiori terdiam. Dia juga ingin tahu sebabnya. Tidak pernah dia dengar serigala sanggup mencari makanan jauh sedangkan ada yang dekat.

   "Entahlah Ryuu. Saya cuma berharap agar kita dapat mengalahkannya esok hari atau kampung ni akan terus diserang," balas Shiori.

   "Char marah tak kita keluar dengan hanya izin Miki?" soalnya menukar topik pula. Shiori terus memandangnya.

   "Tak tau. Tapi sejak bila Yuuki Ryuu ambil berat tentang izin daripada orang besar pula ni?" soalnya semula bersama senyuman sinis.

"Heh. Diamlah. Tanya pun salah. Dah tidurlah. Dah malam. Esok nak bertarung ni."

"Ok Ryuu. Goodnight."

"Goodnight Shiori."




Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro