🐾 25: No!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedang khusyuk berbual sambil minum coklat panas, bunyi loceng kecil kedengaran di dalam bilik itu.

   Char dan Yuki menghentikan kata-kata. Mata mereka fokus pada seekor makhluk kecil yang tiba-tiba sahaja hinggap di hujung cawan Yuki.

'Pari-pari?'

   Pepari itu cuba mencari nafasnya. Lagi dua makhluk itu masih mendiamkan diri. Yuki asyik memandangnya pelik. Tak pernah nampak kot.

   "T-tuan, ada masalah besar," beritahu makhluk kecil itu dalam mood yang resah. Muka Char berubah serius manakala Yuki memasang telinga.

   "Kenapa ni Twink? Beritahu saya," pinta Char atau lebih sesuai dipanggil arahan. Twink berdiri tegak.

   "Pengawal kegelapan dah terlepas dari penjara," jelas Twink terketar-ketar. Membulat mata Char dan Yuki serentak.

"What?!"

   Twink hampir terjatuh akibat gema suara dua makhluk gergasi itu. Telinganya ditutup rapat.

   "Ketua janganlah jerit kuat sangat. Telinga saya sakit nanti," rintihnya perlahan. Char menunduk tanda memohon maaf.

   "Bagaimana boleh terlepas? Bukan ke penjara tu masih lagi berkuasa?" Celah Yuki. Teringin juga hendak tahu tentang si pengawal kegelapan itu.

   "Tak tahu. Tetapi apa yang saya pasti, dia sudah terlepas beberapa hari yang lalu. Berita ini lambat sampai kerana pihak keselamatan dunia gelap merahsiakannya."

   "Apa?!" Kali ini Yuki pula yang menjerit seorang diri. Mau tidak melayang si Twink apabila gemanya makin kuat. Char menghembus nafas tenang.

   "Baiklah Twink. Kita akan gerak pergi dunia Darkwinf sekarang juga. Yuki, awak hendak ikut ke?" Arah Char tenang. Yuki mengangguk.

   Char tersenyum. Dia tahu, Yuki pasti bersetuju. Empat kakinya bergerak ke ruang tamu lalu mengeluarkan bunyi yang menandakan masa untuk berkumpul.

   Sekelip mata sahaja kesemua ahli Dragonel sudah berkumpul di ruang tamu termasuk Kei yang masih setia menunggu di ruang itu.

   Yuki menelan air liurnya kesat. Takut dia melihat wajah serius kesemua ahli kumpulan itu. Dah lah ramai, scary pula tu.

   Jika hendak dibandingkan dengan kuasa kekuatannya, pasti 10 ahli Dragonel ini dapat menewaskannya dalam masa 2 minit. Uii seram.

   Lamunan merepek Yuki terhenti apabila Char mula bersuara. Otaknya mula fokus.

   "Ada berita buruk. Pengawal kegelapan sudah terlepas. Jadi, akan beberapa orang ikut saya ke dunia kegelapan. Yang lain pula sentiasa berwaspada di dunia ini," arah Char tegas.

   Masing-masing terkejut tetapi masih serius dan setia untuk mendengar arahan seterusnya dari Char.

   "Ryuu, Yuriko, Kenji dan Mikio, kamu berempat ikut saya. Sementara yang lain jaga pangkalan dan dunia atas ini. Yuki juga akan ikut kita," beritahu Char jelas sambil menunjukkan ke arah lelaki vampire itu.

"Saya ikut."

   Serentak semua mata memandang Kei. Lelaki itu sudah terhinjut bahunya. Terkejut dengan tindakan serentak itu.

   "No way!" Balas Yuriko sebelum menunggu balasan orang lain. Kei hanya mengangkat sebelah kening.

   "Baiklah. Saya benarkan," jawab Char serta-merta menaikkan darah Yuriko. Gadis itu merengus kuat.

   "Kenapa dia ikut ketua? Kei musuh Dragonel!" Marahnya. Char hanya diam. Pandangan dinginnya menusuk Yuriko.

   "Yuriko, masalah pengawal gelap lagi besar daripada Kei. Please don't be too childish, or do you want to another member replace your place?" Soal Char agak sinis.

   Pantas kepala digelengkan. Tidak mahu menukar tempat dengan ahli yang lain. Dia ingin sangat melakukan tugas untuk segenap tempoh itu.

   Char tersenyum puas. Tangan Kei yang mengangkat ke atas menarik perhatian sang serigala itu.

   "Boleh bawa Shiori sekali?" Soalnya mengejut. Apalagi, si kembar itu terbatuk. Lagi-lagi Ryuu. Bertambah terkejut dia apabila mendengar permintaan itu.

   "Kenapa pula kau nak bawa dia? Dia kan kena jaga dunia atas ni," bidas Ryuu sambil mengerutkan dahinya. Pelik sungguh dirinya.

   Shiori diam. Entah kenapa tiba-tiba sahaja si pengawal rantai besi itu ingin mengherotnya ke lembah kegelapan. Eii taknak!

   Kei hanya tersenyum sinis. Mahu dia gelak melihat telatah kembar itu. Tetapi, ditahankan sahaja atau ada yang menerajangnya.

   "Tenang lah. Aku cakap macam tu sebab kuasa air kuat. Kan itu empat kuasa utama di dunia ni," jelas Kei tenang. Yang lain masih mendiamkan diri.

   "Tak perlu kot. Saya tak berani nak ke tempat tu," suara Shiori pula cuba mempertahankan dirinya daripada ditarik ke lembah itu.

   Kei tertawa. Yang lain sudah memandangnya hairan lagi. Char tidak bersuara mahupun melakukan sebarang tindakan. Sabar menanti perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh musuh kumpulannya itu.

   "Sah penakut. Alah, ikut je lah. Teman lah abang awak ni," kata Kei seraya minum lagi seteguk teh yang sudah lama terhidang di meja untuknya.

   Char mengeluh sekaligus menegangkan situasi itu. Pandangannya dialihkan ke arah Shiori. Ingin bertanya pendapat gadis itu.

   Pantas Shiori membuat tanda pangkah. Sememangnya dia tidak ingin ke dunia Darkwinf itu. Menakutkan!

   Char tersenyum kecil. Kepalanya dianggukkan. Matanya beralih ke arah Yuki pula. Jelas lelaki itu masih bingung dengan keadaan tersebut.

"Jadi, Shiori akan ikut saya ke dunia itu. Keputusan muktamad. Kita akan gerak esok pagi."

   Reaksi Shiori? Apalagi, melopong lah jawabnya. Orang tak nak, tetapi dipaksa pula. Apa ni...

   Ahli lain mengangguk sahaja. Yuriko masih dengan wajah tidak puas hatinya, Kei dengan tawanya yang masih mensisa dan Ryuu pula sudah dalam proses memujuk si adik.

   Char pula sudah kembali ke bilik bersama Yuki. Mengisi masa lapang yang masih ada sebelum melakukan tugas yang berat.

______________________________

"Tak nak pergi!!"

   Ryuu terpaksa menutup telinganya kerana raungan Shiori yang semakin kuat. Nasib dinding biliknya sudah ditukarkan kepada dinding kalis bunyi.

   Mulut Shiori ditutup dengan sebelah tangannya manakala sebelah lagi sudah mengusap perlahan lengan si adik.

   Lekas dia memeluk lembut gadis berambut biru itu bagi menenangkannya. Boleh bernanah telinga kalau menadah untuk bunyi nyaring tersebut.

   Mulutnya tidak berhenti memujuk Shiori tetapi gadis itu masih dengan esakannya. Bukannya dia tak tahu bahawa si kembarnya itu penakutnya, alahai mengalahkan orang takut lipas.

   "Dah lah Shiori. Dunia tu bukannya gelap sangat. Nama je gelap sebab banyak kuasa kegelapan kat situ," ujar Ryuu sambil mengelus lembut pipi Shiori.

   Gadis itu masih berkaca matanya. Mukanya disembamkan pada dada Ryuu. Maklumlah, dia lagi pendek daripada lelaki itu.

   "T-takkan lah... Ryuu dah lu-pa kejadian kena tinggal t-tu," kata Shiori masih menangis. Ryuu mengeluh. Haih penat sungguh memujuk budak manja yang penakut ini.

   "Ryuu tak lupalah. Saya tahu awak takut, tu sebab saya tengah pujuk ni. Dahlah, janganlah nangis. Esok saya janji akan teman awak sepanjang kita berada kat sana," ucapnya.

   Shiori mengangguk kecil. Tubuh Ryuu yang dipeluknya dilepaskan perlahan. Sudah lega agaknya.

   Ryuu mengusap lembut rambut Shiori. Memberikan semangat. Nasib dia lah terpaksa layan tangisan budak genius.

   Tangan Shiori ditarik lembut lalu didudukkan di atas katil miliknya. Pipi Shiori dicubit. Gadis itu merelakan sahaja. Tahu sangat sikap Ryuu yang suka mencubit pipi gebunya setiap kali usai menangis.

   "Sakitlah," protesnya sambil mencebikkan bibir. Ryuu hanya ketawa. Tubuhnya dihempaskan semula ke katil. Menikmati keempukan katil itu.

   Dia menepuk bantal di sebelah. Untuk apa? Menyuruh si Shiori untuk baring di situ. Pantas gadis itu menurut.

   Ryuu menarik selimut untuk menutupi tubuh gadis itu. Malam sudah lama tiba. Tinggal masa untuk menutup mata sahaja.

   Sempat gadis itu mengucapkan terima kasih sebelum terlena sambil tangannya memegang erat tangan Ryuu untuk menghilangkan rasa takut yang masih ada.

   Lelaki itu tersenyum sahaja. Lampu meja yang terpasang ditutupnya sebelum turut tidur di sebelah si kembar yang lebih muda.

'Goodnight my little sister.'


Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro