🐾 27: Darkwinf (ii)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Char, Yuki, Twink dan Mikio menghantar masuk pari-pari itu ke dalam hospital tersebut.

   Kalau sekali pandang, hospital ini umpama hospital yang besar sedangkan saiznya sama sahaja seperti klinik biasa.

   Dapat sahaja kaki menapak, seorang jururawat menerpa mereka. Char menjelaskan keadaan ratu pepari itu.

   Jururawat yang wajahnya seperti manusia biasa menyuruh Mikio untuk meletakkan pari-pari itu di atas katil pesakit yang sudah disediakan.

   Selepas itu, dia membawanya masuk ke wad yang agak tersembunyi. Sementara itu, mereka bertiga duduk di kerusi pelawat.

   Yang berada di luar pula sudah berlegar-legar. Ryuu dan Shiori, Kenji dan Yuriko manakala Ken berjalan seorang diri.

   Kembar itu bergerak ke perpustakaan di bandar itu berdasarkan papan tanda yang tersedia. Mata yang memandang mereka masih tidak lepas.

   Setiap kali ada yang mendekati, Ryuu akan menghidupkan kuasa api di tangannya agar roh-roh itu takut dan menjarakkan diri daripada mereka.

   "Ryuu, lama lagi ke nak sampai perpustakaan?" Soal Shiori sambil matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Rupa-rupanya, tidaklah terlalu menakutkan dunia itu. Auta sahaja lebih.

   Ryuu menunjukkan ke arah satu papan tanda yang terpasang di sebuah bangunan. Mekar senyuman Shiori.

   Mereka berdua berjalan masuk ke perpustakaan tersebut. Terjegil mata Shiori apabila melihat penjaga perpustakaan itu.

   Bermukakan besi, terpacaknya beberapa alatan tajam. Badannya pula diselaputi darah yang banyak. Mata pula ditutup dengan penutup mata kedua-duanya. Tangan dan kakinya berbentukkan tulang manusia.

   Meremang bulu roma Shiori, malah Ryuu juga. Siapa je tak takut? Sudahlah giginya taring semua dan terkeluar dari mulut. Eii.

   Dengan kaki yang sudah terketar-ketar, mereka bergerak ke bahagian rak buku tanpa mempedulikan pustakawan tersebut.

   Shiori meleraikan tangannya daripada lengan Ryuu. Pantas dia bergerak ke bahagian yang dicarinya.

   Matanya meneliti setiap tajuk buku yang ada di situ. Semuanya pelik-pelik belaka dan langsung tiada kaitan dengan keadaan di Buminya.

   Berdiri, meninggung, semua dia sudah buat. Namun, tiada satu buku pun yang mengikut kehendaknya. Keluhan keluar.

   Dia berjalan mencari Ryuu. Lelaki itu pula sudah khusyuk membaca buku sambil berdiri. Shiori bergerak perlahan.

   Dia cuba mengintai tajuk buku yang sedang dibaca abangnya itu. Besar kecil sahaja matanya cuba memahami tajuk buku itu.

'Bahasa apa ni? Bahasa dunia Darkwinf ni ke?' Omelnya.

   Pandangannya beralih pula pada kandungan buku itu. Bahasa yang sama digunakan. Berlapis-lapis dahinya memandang Ryuu.

   "Ryuu faham ke?" Soalnya perlahan. Ryuu memandangnya sebentar. "Boleh lah. Bahasa pelik tetapi cara penerangannya boleh difahami."

   Semakin berkerut dahi Shiori. Pelik tetapi boleh difahami? Dia cuba membaca buku itu dari tepi.

   Namun, dia tidak dapat memahami satu hapak pun. Tengkuk belakangnya digosok. Aish, makin pelik Ryuu ni.

   Pandang sahaja dia ke kanan, satu buku menarik perhatiannya. Laju buku itu ditarik dengan berhati-hati.

D.A

   Halaman buku itu diselak satu persatu. Tajuknya yang hanya mempunyai dua huruf dan satu tanda bacaan betul-betul menumbuhkan rasa tertanya pada otaknya.

   Satu bunyi lapahan mengejutkan kembar itu. Pintu utama dilihat mereka. Satu makhluk yang berbadan pepejal dipotong menjadi dua dengan menggunakan gunting besar.

   Darah melimpah keluar. Shiori hampir muntah tetapi segera ditahan oleh Ryuu. Matanya tolong ditutupkan oleh lelaki tersebut.

   Nafasnya disekat supaya bau darah itu tidak menusuk rongga hidungnya. Ryuu pula meletakkan hidungnya di rambut Shiori.

   Hirup haruman rambut itu lagi bagus daripada hidu bauan yang amatlah 'harum' itu. Pustakawan tadi masih selamba badak seperti biasa.

   Usai meletakkan buku yang dibaca, Ryuu terus menarik Shiori keluar dari tempat itu. Tidak tahan dengan bau darah yang masih melekat.

   Hospital tadi dituju mereka segera tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang semakin gelap.

______________________________

   "Pesakit sudah selesai dirawat," ujar jururawat tadi. Char tersenyum. Lama juga mereka menunggu dan akhirnya sesi merawat tamat juga.

   Mereka berempat masuk ke wad yang dikatakan jururawat tadi bagi mendapatkan ratu pari-pari yang mungkin sudah sihat.

   Buka sahaja pintu, cahaya malap kelihatan. Cahaya itu muncul daripada tubuh pari-pari yang sudah duduk di katil itu.

   Twink segera memeluk ratunya. Air mata syukur mengalir perlahan. Syukur sungguh. Ratu itu pula sudah tersenyum manis.

   Char menghela nafas lega begitu juga Yuki dan Mikio. Melihat rakyat dan permaisuri bersatu semula, gembira lah kan?

   Yuki mengucapkan terima kasih kepada seorang doktor yang telah merawat si ratu seorang diri. Tetapi, sengihan di wajah doktor itu menyeramkannya.

   Dia bergerak mendekati Char sedikit. Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh doktor itu. Hampir sahaja dia terjatuh tetapi sempat diselamatkan.

   Doktor itu tersenyum herot. Ergh seram. Yuki cuba untuk merentap tangannya tetapi pegangan itu amat kuat malah membuatkan tangannya bertukar merah.

   Giginya diketap. Sakit sungguh rasanya. Char yang perasan akan situasi itu segera menolak doktor tersebut jauh daripada Yuki.

   Terlerai terus pegangan itu kerana tolakan yang terlalu kuat. Mikio menarik perlahan Yuki ke belakang sebagai langkah berjaga-jaga.

   "Jangan kau berani sentuh lelaki tadi," amaran Char kepada doktor tadi. Tetapi, dia hanya membalasnya dengan menjilat bibirnya yang sudah kering.

   Hampir-hampir sahaja dia ingin melolong tetapi Twink segera menghalangnya. Nasib baik, kalau tak dah lama runtuh bangunan tu.

   Doktor itu masih dengan senyuman gatalnya. Geli sungguh. Mahu sahaja Char menyumbat makhluk itu ke dalam lubang jamban.

   "Wait for tonight and everyone of you will regret it especially you, mr. vampire. I'll do something to get you," ujar doktor itu.

   Ratu pari-pari segera mengajak mereka mencari tempat penginapan di bandar itu. Sakit telinganya mendengar ayat makhluk tak guna itu.

   Dengan pantas mereka menapak keluar. Kalau lama-lama nanti, boleh bawa musibah sahaja.

   Tiba di pintu utama, ahli yang tadinya pergi berlapan sudahpun berdiri di muka pintu hospital. Lekas mereka semua berjalan semula di jalan raya.

   "Jadi, kita akan pergi mana?" Soal Kei selamba. Tiada seorang pun yang menjawab. Keadaan sunyi sepi sahaja.

   Shiori mahu menjawab tetapi cubitan yang diberikan Yuriko menghalangnya. Cubit dah lah macam kena gigit kerengga.

   'Fine,' bisiknya perlahan. Kei dipandangnya sekilas. Nasib lelaki itu buat bodoh sahaja sambil mendengar lagunya melalui headphone kegemaran.

   Seketika kemudian, mereka tiba pula di hadapan hotel mewah. Tidak menyeramkan langsung, hanya dipenuhi kemewahan sahaja.

   Teragak-agak juga mereka hendak mengikuti Char dan ratu pari-pari yang sudah melangkah masuk. Mahal sangat rasanya.

   Ratu pepari pergi ke kaunter lobi untuk menempah beberapa bilik untuk mereka semua bermalam. Sekejap sahaja sudah dapat lampu hijau.

   Kunci yang sudah didapati dibawa naik ke bilik yang diberikan. Ahli lain hanya menurut umpama lembu yang dicucuk hidung. Asyik ikut sahaja kerjanya.

   Tiba di bilik yang dikatakan, terlopong mereka. Bilik itu sudah seperti kondo. Selepas membahagikan bahagian bilik, mereka akhirnya dapat merehatkan diri.

   Ada yang hendak tidur, membersihkan diri dan lain-lain lagi. Hari di dunia itu juga sudah menjelang malam.

   "Selamat malam Ryuu," ucap Shiori seraya baring di katilnya sebelum tidur. Ryuu hanya menggeleng sebelum duduk di katilnya.

   Bayangan buku yang dibacanya tadi menerpa. Sunggu mendalam isi buku itu. Otaknya ligat mentafsir perkara yang cuba diceritakan.

'Esok aku kena baca buku tu lagi.'

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro