🐾 34: Secret

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tok, tok, tok

Sayuri cepat membuka pintu utama pangkalan itu apabila suara Ren dari luar kedengaran.

   "Ren! Mana awak pergi?" Resahnya. Dalam hati sudah mengucap lega apabila Ren sudah pulang. Keluar tak beritahu pula tu.

   "Hehe sorilah. Kecemasan. Ni ada tetamu," tangannya menunjukkan ke arah Mayu dan Mayumi. Cantik dan comel. Cuma si Mayumi tu...

   Sayuri berjabat tangan dengan Mayu walaupun si anak Kiyoshi itu dua tahun lagi tua daripadanya. Sudah terbiasa.

   Mayumi hanya menanti di belakang. Hendak memperkenalkan diri, tetapi sekejap lagilah.

   "Mari duduk sana. Saya sediakan air dan biskut," pelawanya. Ren membiarkan kawannya duduk manakala dia naik ke bilik.

Nak mandi!

   Char melangkah turun ke ruang itu. Memandangkan Yuki semakin pulih, dia sudah tidak terlalu risau lagi. Senyuman terpapar seketika.

   "Awak datang ya Mayu," mesra sapaannya. Mayu membalas senyuman itu. Nak peluk, tetapi dia takut dengan si Char.

   Kelmarin, Ren pernah ceritakan pasal keganasan Char. Jadi dia perlu berjaga-jaga.

"Sayuri-"

"Ya saya datang."

   Dulang berisi seteko teh dan beberapa biji cawan diletakkan di atas meja. Balang biskut bersama isinya turut ada.

   "Silakan," ditarik sedikit tubuh ke belakang setelah empat biji cawan diisikan dengan teh buatannya.

   "Sedapnya bau," muncul seseorang dari belakang. Semua mata tertoleh ke arah dua beradik kucing jadian itu.

   "Wah, Sayuri buat air. Nak join jugak," sekaligus lengan Kenji di sisi ditarik. Kucing jadian berambut gelap itu hanya pasrah.

   "Kenji, panggil yang lain," suruh Sayuri. Kucing itu mengangguk. Dapat lari daripada abang!

   Pintu bilik Shiori diketuknya terlebih dahulu. Tetapi sunyi. Tiada jawapan mahupun sebarang bunyi bergerakan.

   Pintu bilik dikuak kecil. Patutlah senyap semacam. Memang tak ada orang pun. Pasrah.

   Destinasi seterusnya, bilik Ryuu. Dekat je bilik dua orang tu. Sekali ketuk, Ryuu sudah menjenguk ke luar pintu.

   "Minum," sepatah sahaja. Ryuu angguk. Tubuhnya dibersihkan sedikit daripada kesan habuk yang melekat. Tadi dia bersihkan bilik. Tu yang bising semacam.

   Last, bilik tetamu untuk Yuu. Pantas. Tetapi bukan Yuu, malah Shiori. Gadis itu agak terkejut dengan jarak mukanya dengan Kenji yang dekat.

"Ya Kenji?"

"Panggil semua orang untuk minum."

"Okay."

   Shiori berpaling ke belakang. Yuu menunduk. Kenapa? Sakit lagi ke?

   "Masa untuk minum. Turunlah," katanya. Adik-beradik Ainsley mengangguk lalu mengatur langkah ke dapur.

   Hanya Yuu yang tidak berganjak. Shiori menjadi pelik. Didekati jejaka yang pernah menjadi kawan rapatnya suatu ketika dahulu.

  Tangannya melekap pada dahi si rambut putih. Nak tau demam ke apa, tetapi ditepis lembut. Masih tidak mengangkat wajah.

   "Kenapa? Tak sihat lagi ke? Sini biar aku periksa," selamba badak dia duduk di hadapan Yuu. Lelaki itu menginjak ke belakang sedikit.

   Tangan Shiori yang mula mendekati mukanya digenggam. Matanya menikam tajam mata Shiori.

"Aku tak demam. Aku just tak suka minum. Kau turun lah dengan dia orang."

   Blur. Itu yang dirasakan Shiori. Tetapi kalau orang sudah tidak sudi, buat apa hendak dipaksa. Pergi sahajalah dulu.

   Yuu mengemam bibir. Kenapa dia boleh sakit hati pula? Bukannya Shiori dekat sangat dengan lelaki tadi pun. Peliknya wahai hati.

   Sementara itu, ruang tamu pangkalan Lylith sudah mula bising. Ada sahaja perbualannya. Char juga semakin mesra. Tak naklah takutkan orang sangat. Lagi-lagi dengan kehadiran si kecil Mayumi.

   "Shiori, mana tetamu kita tu?" Soal Sayuri. Dia tak ingat nama Yuu. Jadi hentam sahajalah.

   "Dia tak nak turun. Katanya tak suka minum air petang-petang," jawabnya. Terpandang pula dia akan wajah Mayumi.

   "Eh, muka dia..." ayatnya tergantung kerana menganalisis wajah Mayumi. Muka macam siapa ek?

   "Adik Hiro Yuu. Dia ada kat atas, pergi naik," celah Yuki yang muncul entah dari mana. Otto segera memapah tuannya.

   "Yuki. Kenapa tak rehat?" Suara Char. Tampak sungguh yang dia risaukan kekasih vampirenya.

   "I'm okay Char," mahu menghilangkan rasa risau yang tertebuk di hati serigala bereekor sembilan itu.

   Manakala Mayumi sudah lari naik tangga menuju ke bilik Yuu dengan ditemani Shiori. Kang sesat pula kalau tak ada orang tunjuk.

   Bilik tetamu kedua yang adanya Yuu ditolak perlahan. Tanpa menunggu lama, Mayumi berlari ke arah abangnya.

"Abang Yuu!"

   Terbuka luas mata Yuu mendengar suara itu. Adiknya, Mayumi sudah datang. Tubuhnya serta-merta dipeluk erat.

   Baju di bahagian dadanya dirasakan basah. Kepala ditundukkan menghadap Mayumi yang menyembamkan wajahnya.

Tangisan kecil.

   Dia tidak membalas pelukan itu. Jujur, dia rindukan Mayumi. Tetapi ada sesuatu yang menghalang.

   "Abang Yuu, Mayumi rindukan abang," luahnya dalam sedu-sedannya. Masih erat memeluk memandang Yuu tidak membalas.

   "Yuu, kenapa kau tak balas?" Shiori bertanya. Sedihnya apabila abang sendiri tak nak memeluk adik kandung.

   Lelaki itu tersentak. Dia tidak melakukan seperti yang disuruh tetapi Mayumi ditolak perlahan menjauhinya sedikit.

   Matanya tidak sedikit pun memandang Mayumi yang sudah terpaku dengan tindakannya.

"Abang Yuu?"

   "Keluar, Mayumi," tegas arahan itu. Shiori memerhati dari tempatnya berdiri. Kenapa? Kenapa Yuu tolak adiknya?

"Ab-"

"Pergi!"

   Bergema satu bilik itu dengan tengkingan tersebut. Makin deras air mata jatuh mencurah-curah di wajah Mayumi.

   Kakinya menapak turun daripada katil. Dia kecewa. Kecewa dengan tindakan satu-satunya abang kandung yang dia ada.

   "Mayumi, awak pergi bilik kakak kat depan sana," sempat Shiori berbisik kepada Mayumi sebelum anak itu berlari pergi.

   Shiori memandang tajam Yuu. Pengawal cahaya itu kejam! Kejam kerana menghalau si adik yang merinduinya.

   "Kenapa? Kenapa halau Mayumi?" Masih tenang. Ada sebab. Dia tahu Yuu ada sebab.

   "Kau tak perlu tahu Shiori. Ini masalah keluarga Hiro. Langsung tiada kena mengena dengan kisah dua pasang kembar," nadanya mendatar.

   Hati si gadis membara. Dia dan Ryuu pun tidak pernah berlaku begitu, tetapi Yuu pula yang melakukannya. Terhadap si adik yang berumur jauh mudanya.

"Kejam!"

"Yuuki Shiori! Tak payah kisah hidup aku! Aku tau semuanya."

   Kesal. Kenapa pengawal cahaya kejam? Shiori menapak pergi. Baik dia pergi pujuk Mayumi daripada layan yang tua bangka tu.

   Esakan Mayumi kedengaran dari luar pintu lagi. Luluh hatinya. Masuk bilik, Shiori terus memeluk Mayumi lembut.

   "Dah, Mayumi janganlah menangis. Yuu cuma penat," dia cuba memujuk. Harap alasannya boleh diterima.

   Tetapi tangisan Mayumi semakin lebat. Nafasnya semakin hilang kerana tangisan yang berlebihan.

  "Tak. Ni memang sa-lah Mayumi. Abang Yuu memang patut b.. benci Mayumi," marahnya pada diri sendiri.

   Shiori mengusap perlahan rambut putih Mayumi. Salah Mayumi. Tetapi kenapa? Tak masuk akal.

   "Mana ada. Ni memang sebab Yuu penat lah. Dah jangan nangis," puas dia memujuk. Asalkan Mayumi berhenti menangis.

   "No, this is all my fault. No one can deny it. Shiori also," luahnya lagi. Alahai speaking sudah.

   Tangan Shiori tidak berhenti mengusap belakang dan kepala Mayumi. Wajah Mayumi diangkat menghadapnya.

"Kenapa pula?"

"Sebab... M-Mayumi lah yang.."

"Mayumi apa?"

"Mayumi yang mulakan huru-hara dunia Dialight ni."



Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro