🐾 46: Strategy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Char terdiam. Begitu juga yang lain. Sukar untuk menerima berita bahawa Otto ialah bekas robot pemusnah dunia gelap. Malah, siapa sangka kuasa boleh dipindahkan kepada orang lain.

"Jadi, dengan cara kita hapuskan Yuki, Mizuki boleh dilemahkan? Macam tu?" Char bersuara semula. Alex dan Yuki serentak mengangguk.

"Kalau aku boleh dihapuskan demi keselamatan dua dunia, aku terima. Lagipun, kaum vampire semakin bertambah. Setakat hilang seorang, takkan memberi kesan yang besar."

Kata-kata Yuki bagai menyiat hati sang serigala. Dia sudah kehilangan si adik, dan kali ini dia perlu hilang rakannya lagi? Tak sanggup!

"Kita dah tak ada banyak masa Char. Kau perlu putuskan jawapan sekarang. Tarikh keramat dah sangat dekat," Kei mengingatkan si ketua. Meskipun dia bencikan kumpulan itu, harapan Claire untuk melihat kembali keamanan dunia perlu ditunaikan.

Char memandang Yuki. Jejaka itu mengangguk bersama senyuman pahit. Ahli yang lain turut berasa kesal kerana terpaksa mengorbankan seseorang.

"Baik. Kita akan mula rancang petang ini. Cuma ada beberapa peringatan sebelum tu. Kita tak boleh bunuh Mizuki selagi Dragoniel tak ditenangkan.

Kedua, jangan korbankan Yuki selagi keadaan masih boleh dikawal. Tambahan untuk Ren. Panggil Mayu ke sini. Dragonel perlukan dia."

"Baik!"

Kesemua mereka mengikut arahan. Jikalau peperangan ini boleh mengekalkan keamanan dua dunia, mereka sanggup mati.

***

"Kiyoshi Mayu."

"Ya saya."

Char duduk berhadapan dengan anak sulung keluarga Kiyoshi. Gadis itu berwajah serius. Hatinya setia untuk menjaga dunia Dialight dan Darkwinf.

"Aku perlukan pertolongan kau."

"Untuk apa?"

"Kau boleh tolong lemahkan Mizuki."

Mayu diam. Kalau boleh, dia sekeras-kerasnya tak nak menggunakan kuasa yang dia ada. Kuasa yang boleh membunuh ramai orang.

"Aku tak jamin kuasa tu akan digunakan dengan elok. Kau tau apa jadi kalau aku guna kan?" Mayu menyoal sang serigala.

Char mengangguk. Dia faham akan masalah Mayu. Hilang kawalan itu biasa, tetapi bukan untuk kuasa gadis itu.

"Ren boleh tolong kawal kuasa kau dengan magik dia. Jadi, kau tak perlu risau. Selain tu, aku nak kau ambil kuasa yang asalnya milik Otto daripada Yuki," pinta Char buat kali kedua.

"Kau gila Char? Kalau kuasa tu tak ada pada Yuki, macam mana nak lemahkan Mizuki? Kau nak bunuh aku pula?"

Kreak.

Kuakan pintu membantutkan niat Char untuk menjawab soalan Mayu. Si robot Otto mengintai daripada celahan kecil pintu yang dibukanya.

Pandangan Char dan Mayu tepat ke arahnya. Robot itu teragak-agak untuk melangkah masuk, memandangkan Yuki tiada bersamanya.

"Masuk, Otto."

"Saya terdengar rancangan ketua dengan cik Mayu. Saya rasa... lebih baik kalau pulangkan semula kuasa tu kepada saya," Otto memberi cadangan.

Suaranya perlahan sahaja. Takut-takut juga jika Yuki terdengar rancangan yang difikirnya sendiri. Char dan Mayu memandang antara satu sama lain.

"Tapi, kau robot," celah Mayu.

"Saya diprogramkan untuk memusnahkan dunia Darkwinf. Maksudnya, kekuatan saya boleh digunakan untuk hapuskan tentera kegelapan."

"Bukan ke dunia Dialight boleh hancur juga kalau kau guna di dunia ni?"

Otto menggeleng. Ia mengambil tempat di antara Char dan Mayu yang duduk berhadapan. Seketika kemudian, satu cahaya dipaparkan daripada matanya.

"Program kemusnahan ni cuma berkesan untuk makhluk jenis kegelapan. Dunia Darkwinf tu sendiri takkan terkesan. Hanya makhluknya sahaja.

Kalau guna cara ni, cik Char boleh pindahkan dahulu kesemua makhluk yang ada kuasa kegelapan. Jadi, tak akan ada makhluk yang terkesan selain tentera Mizuki sendiri."

Penerangan Otto menerima anggukan daripada mereka berdua. Masing-masing cuba memikirkan kesan daripada rancangan itu.

"Idea tu boleh diterima. Krisisnya sekarang, Mizuki sendiri boleh mati," tegas Char. Otto lantas menggeleng, menafikan penyataan itu.

"Dua pasang kembar tu takkan terkesan dengan kuasa robot ciptaan. Kalau kuasa ni boleh disetkan untuk hapuskan pengawal kegelapan, keseimbangan dua dunia akan hilang."

"Jadi, idea ni boleh dipakai?" Mayu menyoal meminta kepastian. Otto memberi anggukan. Sesaat kemudian, Char turut menjatuhkan kepala.

"Kita ambil idea tu. Tapi, jangan sesekali beritahu Yuki. Otto tolong berikan alasan yang kukuh untuk bawa Yuki keluar nanti," arah Char.

"Baik cik Char."

Char memberi isyarat kepada Mayu untuk berkumpul di tempat bermesyuarat, sekaligus mengumpulkan ahli yang lain.

Loceng amaran dibunyikan. Serta-merta, kesemua ahli berkumpul seperti yang diarahkan pada pagi tadi.

Otto pula segera mengajak Yuki untuk keluar, dengan alasan ingin bersiar-siar buat kali terakhir. Char menyuruh Sayuri untuk terus mengunci pintu pangkalan buat sementara waktu.

"Kita ada rancangan baru ke ketua?" Soal Kenji. Char lantas mengiyakan. Dia memperbetulkan kotak suara sebelum memulakan perbicaraan.

"Yuki takkan dihapuskan. Perancangan ditukar. Dengar elok-elok. Pertama sekali, Yuki dan Otto ada buat pertukaran. Otto ada sedikit kuasa kekuatan Yuki, manakala Yuki pula ada kuasa penghapusan milik Otto.

Menggunakan kelebihan magik Mayu, dia akan pindahkan semula kuasa Otto kepada dirinya semula. Dalam kata mudah, Otto yang akan dihapuskan."

Reaksi ahli Dragonel berubah. Ada yang terkejut, ada yang sedih, dan ada juga yang berkerut. Kemungkinan kurang bersetuju.

"Kemudian, Mayu akan guna kuasa dia untuk kawal sejumlah tentera Mizuki yang dia mampu sebelum Otto hapuskan mereka. Jadi, disebabkan kuasa Mayu sukar dikawal, Ren kena tolong."

Ren menunjuk simbol okay. Char tersenyum sedikit.

"Sebelum rancangan ni dilakukan, kita perlu pindahkan pemilik kuasa kegelapan ke dunia Darkwinf. Kuasa Otto boleh hapuskan semua makhluk yang kuasanya di bawah kegelapan. Kenji tolong uruskan bahagian ni."

"Baik, ketua."

"Mizuki akan mula bergerak lagi dalam minggu depan. Dia akan menyerang IcyRock sebab kawasan itu di bawah kuasa Yuu, pengawal cahaya.

Kita akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Alex, Mikio, Yuriko dan Kei akan jadi kumpulan pertama yang berhadapan dengan Mizuki.

Sayuri, Ken, Hikari dan Mayumi akan jaga belakang kumpulan pertama. Kuasa kau orang kuat, tapi sesuai sebagai penjaga belakang.

Ketiga, barulah Yuu, Shiori, Ryuu dan aku. Aku akan jaga kau orang bertiga sementara Mizuki ditawan. Kita akan duduk jauh sedikit daripada Mizuki sebagai langkah berjaga-jaga.

Terakhir, Ren, Mayu dan Otto, serta Yuki. Kau orang perlukan persediaan secukupnya. Jadi kumpulan pertama dan kedua perlu tahan Mizuki dan tenteranya selama mungkin."

Panjang lebar Char menerangkan strateginya. Walaupun belum terlalu terperinci, rancangannya jelas dan dapat dibayangkan oleh ahlinya.

"Mayu, kuasa kau sangat diperlukan untuk lemahkan tentera Mizuki. Ren, tolong kawal kuasa Mayu. Jangan sesekali biarkan dia hilang kawalan. Aku akan hantar roh magis untuk tolong sekali.

Untuk Otto pula nanti, selepas semuanya dalam kawalan, aku akan berikan isyarat kepadanya untuk hapuskan tentera Mizuki. Kemudian, barulah kita akan gabungkan kuasa untuk bangkitkan Dragoniel sebelum lagenda itu bangun sendiri. Faham?"

"Faham ketua!"

Senyuman tercalit di wajah sang serigala. Pertarungan terakhir hendak bermula. Tugasnya sebagai ketua akan dijalankan dengan sebaiknya. Dia takkan biarkan Dialight dan Darkwinf hancur begitu sahaja.

Char memandang ahlinya satu-persatu. Kesemua mereka sentiasa bersedia menerima arahan demi dua dunia itu. Demi keamanan.

Char mengungkapkan satu lagi ayat sebelum mesyuarat itu ditamatkan.

"Kita perlu lindungi Dragoniel."

TBC

Getting ready for the climax? Dragoniel is going to end! Read it until the last chapter! I hope you guys will enjoy these finals!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro