🐾 49: The War Begins

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Char hela nafas panjang. Suasana di bandar IcyRock sangat sunyi sehinggakan bunyi air terjun berdekatan pun dapat didengari.

Mereka memindahkan kesemua penduduk termasuk kuasa yang di bawah pengawalan cahaya sebagai langkah berjaga-jaga petang semalam.

Jarum jam menunjuk angka 6.55 minit pagi. Lagi lima minit sebelum askar Mizuki tiba. Setakat ini, masih tiada lagi tanda-tanda askar datang.

Kesemua ahlinya sudah bersedia di posisi terakhir yang dibincangkan. Di sampingnya ada bersama sepasang kembar itu dan Yuu.

"Sentiasa berjaga-jaga dengan kawasan sekeliling," pesan serigala putih. Mereka bertiga serentak mengangguk. Pesanan terakhir sebelum pertarungan besar bermula.

"Dah sampai," Mikio menyampaikan amaran dari kedudukannya. Ahli yang lain membuka langkah bersedia.

Di sempadan bandar IcyRock, bunyi ribuan hentakan kaki bergema di seluruh kawasan itu. Yuriko menyimpan binokularnya semula. Apabila tentera itu sudah melepasi sempadan, kuasanya digunakan.

Tangannya menghasilkan taufan kecil. Mulutnya mengungkap magis untuk menggunakan kuasanya. Sebelah iris matanya bertukar putih.

"Windy!"

Taufan kecil itu membesar dengan laju. Yuriko melepaskan kuasa anginnya kepada tentera Mizuki. Mikio tidak ketinggalan untuk menurunkan hujan batu.

"Tentera dia terlalu banyak la," dengus Alex. Tangannya menumbuk tanah, menghasilkan gegaran yang kuat. Tentera Mizuki jatuh satu persatu.

Yuriko kemudiannya menghasilkan ribut taufan yang diiringi beratus ketulan ais. Meskipun serangan itu berjaya menumbangkan ratusan tentera kegelapan, masih ada banyak lagi yang baru sahaja tiba.

"Kei, kau ada rancangan ke?"

"Aku ada. Tapi, ambil masa sikit," jawab lelaki itu resah. Alex mengangguk faham.

"Aku akan alihkan perhatian dia orang. Kau pergi bersedia."

"Okay."

Alex memecut laju di antara ribuan tentera Mizuki. Tiba di pertengahan kerumun itu, beberapa gelung cahaya mengelilinginya.

"Torth!"

Bagai masa diberhentikan, kesemua tentera berdekatannya berhenti bergerak. Alex mengumpul kekuatannya di tangan.

Dia menjeling Kei dari jauh. Mereka berdua berbalas isyarat untuk sesaat. Lelaki vampire itu menggenggam penumbuk. Sekali lagi, dia menghentak tanah. Namun, kekuatannya lebih kuat berbanding serangan sebelum ini.

"Kei, sekarang!"

Kei mewujudkan satu radar di hadapannya. Serentak itu, satu rantai besi besar muncul di sekeliling kumpulan besar tentera itu.

Berpandukan radar itu, tangannya mengecilkan bulatan rantai besi untuk mengikat sekaligus menghancurkan tentera tersebut.

Yuriko tersentak. Dia memandang Kei sesaat sebelum memaki kasar jejaka yang dibencinya itu.

"Lembab! Lain kali beritahulah awal-awal kalau nak buat macam ni!"

Yuriko menggunakan kuasa anginnya untuk mengangkat Alex ke udara. Kei mengambil peluang itu untuk mempercepatkan penghapusan tentera itu.

"Mikio, hentak guna ais!" arah Yuriko lantang. Tanpa bantahan, sebiji ketulan ais yang sangat besar muncul di udara. Mikio memperbetulkan kedudukan ais itu terlebih dahulu.

Jari telunjuknya menunjuk ke bawah, menjatuhkan ketulan ais itu. Tentera Mizuki yang diikat dengan rantai besi milik Kei dihancurkan mudah oleh ais itu.

Mereka berempat tersenyum. Setakat ini, keadaan masih boleh dikawal. Tetapi, entah berapa ribu tentera pengawal kegelapan ada.

"Mikio, aku perlukan ratusan ais yang tajam," pinta Yuriko tegas.

"Tak ada masalah. Aku pun perlukan taufan kau untuk angkat tentera tu dan kumpulkannya."

"Anggap je dah selesai."

Mereka berdua melakukan permintaan masing-masing. Ratusan ais tajam mematikan setiap tentera yang terlalu banyak itu.

Kemudian, kuasa angin digunakan untuk mengangkat sekumpulan tentera ke langit lalu dikumpulkan. Mikio lantas membekukan tentera itu untuk menjadi bebola ais besar.

Bebola itu seterusnya dihempas ke tanah dan digolekkan untuk menghancurkan tentera-tentera itu. Kei turut menambah perisa. Rantai besinya diheret laju, mencampakkan tentera yang terkena.

"Bagus!"

"Kalau setakat boleh hapuskan ribuan tentera lemah ni, layak ke kau orang dipanggil Dragonel?" Satu suara bergema di ruang langit.

Yuriko memandang ke langit. Giginya diketap kuat. Tak lain tak bukan, itu suara Mizuki. Suara pengawal kegelapan yang sudah pudar kecantikan hatinya.

"Keluarlah Mizuki!"

"Buat apa aku nak keluar? Tak perlu kalau kau orang setakat dapat hapuskan tentera aku banyak ni je."

Sinis gadis itu bersuara. Mikio menahan amarah yang semakin memuncak. Kuasanya masih cuba dikawal untuk mengalahkan tentera yang bilangannya tiada penghujung.

BOOM!

Mereka tersentak. Dua golemn batu mendarat di hadapan mereka dan menghancurkan tentera yang kecil. Golemn tersebut memandang mereka berempat dengan anak mata merahnya.

"Sejak bila Dialight dan Darkwinf ada golemn pula!" Alex merengus. Tak pernah sekalipun di dalam hidupnya dia dengar berkenaan makhluk bernama golemn di dua dunia itu.

"Golemn ni khas untuk kau orang. Semoga berjaya!"

Suara itu menghilang dari langit IcyRock. Namun, diganti pula dengan jeritan dua golemn batu yang baru sahaja tiba.

"Yuriko, aku tahu kau benci aku. Tapi, aku perlukan kerjasama kau. Mikio dan Alex pun," ujar Kei. Gadis dewa angin itu terpaksa mengangguk.

"Aku boleh cipta benda yang boleh berlawan dengan dua makhluk ni. Alex, aku nak kau naik ke atas makhluk yang aku hidupkan nanti. Mikio, aku nak kau bekukan kedua-dua golemn ni, dan seterusnya Yuriko perlu tumbangkannya," cadangnya teliti.

Ketiga-tiga mereka membalas isyarat bersetuju. Kei tersenyum. Tak sangka dia akan rasa gembira di saat ini.

"Tinc golemn!" Dua perkataan magis diungkap. Perlahan-lahan, ratusan rantai besi membentuk satu makhluk yang saiznya separuh lebih besar daripada dua golemn tadi.

Rantai besi itu membentuk makhluk yang sama, tetapi diperbuat daripada belitan rantai besi. Tanpa menunggu lama, Alex terus memanjat ke atas golemn besi tersebut.

"Mikio, Yuriko!"

"Ya!"

Kedua-dua golemn itu dibekukan segera. Yuriko menumbangkan golemn yang beku itu dengan tolakan angin yang kuat. Kei mengawal golemn besinya untuk mendekati musuh.

Kedua-dua tangan ciptaan kuasanya menggenggam penumbuk lalu menghentak pusat musuhnya. Ais yang membekukan mereka hancur, begitu juga badannya diperbuat daripada batu.

"Alex, kawal!"

Serentak arahan itu, serpihan besar kedua-dua golemn itu diangkat oleh Alex menggunakan telekinesis. Serpihan-serpihan itu dilanggarkan antara satu sama lain, menghancurkan golemn itu.

"Tak sangka kau ni bijak," puji Yuriko tanpa emosi. Kei gelak sinis. Ini semua atas jasa Claire. Kalau bukan disebabkan serigala itu yang memaksanya untuk belajar merancag strategi, pasti dia tak dapat nak fikir idea sebegini.

"Tak sangka juga kau boleh dengar arahan aku."

"Tak guna."

Mikio menggeleng perlahan. Masa macam ni pun sempat lagi ke nak gaduh? Seketika kemudian, Alex tiba semula ke posisi asal.

Bilangan tentera Mizuki semakin berkurangan disebabkan kerjasama mereka. Lebih pantas daripada yang dijangka.

"Aku tak ada rancangan macam Kei sangat, tapi aku nak Yuriko kumpulkan angin yang banyak di suatu tempat," kata Alex perlahan. Nafasnya terasa sesak kerana menggunakan kuasa mindanya.

"Boleh. Tapi, kau nak buat apa?"

"Tengok je."

Seperti yang disuruh, Yuriko mengumpulkan angin di hadapan Alex. Malah, angin itu diputarkan dengan laju, menyebabkan lelaki itu agak terumbang-ambing.

"Alex?"

"Hah!"

Jejaka itu tiba-tiba sahaja menumbuk angin tersebut. Walaupun tidak faham bagaimana, mereka yang lain terkejut melihat impak tumbukan angin itu.

Tanah hancur hanya kerana tumbukan abstrak tersebut. Ada sebilangan tentera yang jatuh ke dalam kerak tanah yang terbuka.

"Woo..."

"Sekarang, kita serahkan kepada kumpulan Sayuri," ujar Mikio tenang. Suasana di hadapan mereka sudah tak dipenuhi tentera. Kosong sahaja, menandakan masa untuk kumpulan Sayuri bertarung.


TBC

Well, war is happening here! Curious about other teams? Continue reading it! Also, sorry if this part does not satisfied all readers. I apologize for it. But, keep supporting me and I will try to give the best!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro