🐾 5: Fight!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi tapak kaki kuda kedengaran begitu kuat sekali bersama lepasan nafas yang cepat.

Mikio memandang ke atas apabila bayang mereka ditutup oleh satu bayang yang besar. Naga itu terbang sambil matanya tajam melihat ke bawah.

Baru sahaja nafas lega ingin dihela, semua pintu keluar telah disekat atas arahan naga tersebut. Pintar betul.

Tanpa teragak-agak, Mikio menggunakan kuasa aisnya untuk menyerang naga tersebut. Pantas sahaja ia mengelak.

Shiori turut menggunakan kuasa airnya bagi menewaskan naga itu. Tanpa sebarang amaran, naga tersebut melepaskan hembusan apinya.

Mereka segera mengelak kerana sudah pasti perisai ais juga akan cair disebabkan suhu api tersebut. Ryuu mendengus kecil. Bagaimana api hendak mengalahkan api?

"Awak berdua lari ke belakang tu! Saya akan alihkan perhatiannya!" jerit Mikio lalu cuba mengalihkan perhatian naga api tersebut.

Ryuu dan Shiori mematuhi arahan tersebut. Mereka berlari ke arah sepohon pokok yang berdiri gah di situ.

Sambil Mikio melakukan kerjanya, Ryuu dan Shiori cuba mencari idea untuk mengalahkan naga tersebut.

"Ada apa-apa cara tak?!"

"Ada! Tapi tak pasti berkesan ke tak," kata Shiori sambil mengeluarkan pisau gangsa dari beg galasnya lalu diberikan kepada Ryuu.

Ryuu memandangnya hairan. Bagaimana hendak mengalahkan naga itu dengan pisau gangsa yang kecil? Shiori yang seakan faham riak wajahnya membalas.

"Gangsa berbahaya untuk jantung naga api. Tikamnya di bahagian jantung dengan pisau ni. Suhu api tu akan cairkan pisau ni. Jadi, gangsa tu akan melekat di jantungnya," jelas Shiori.

Ryuu mengangguk sahaja. Berguna juga hobi adiknya yang suka membaca buku mitos seperti naga. Dia memberikan isyarat kepada Shiori untuk tetap di situ sementara dirinya cuba untuk membantu Mikio.

Shiori agak ragu-ragu. Dia takut untuk bersendirian + risaukan keadaan Mikio dan Ryuu. Tangan itu diraih lembut.

"Jangan risau. Kami pandai jaga diri," katanya sebelum berlalu pergi bersama kuda hitamnya. Shiori hanya mampu memandang dengan rasa sayu.

Ryuu segera mendekati Mikio yang masih berlari bersama kudanya. Pisau gangsa itu ditunjukkan kepada Mikio. Lelaki itu menunjukkan riak wajah tidak tahu.

"Tikam jantung naga tu dengan pisau ni." Membulat mata Mikio mendengarnya. Tikam jantung? Tidak mungkin!

"Tak boleh!"

Terkejut Ryuu mendengarnya. Kenapa tidak boleh pula? Itu sahaja cara untuk menyelamatkan diri.

"Naga ni tak boleh dibunuh! Tanggungjawab kami adalah untuk menjaganya!" Mikio memberitahu. Ryuu mendengus kecil.

Masa macam ni jugalah tanggungjawab tu dipegang kuat. Keselamatan macam mana?

Tanpa memikirkan bantahan Mikio, Ryuu terus pergi ke arah bertentangan sambil otak memerah idea untuk memanjat ke atas naga tersebut.

Mikio terkejut dengan tindakan mengejut Ryuu. Naga itu juga turut mengikuti lelaki tersebut. Dengusan kuat kedengaran.

Shiori pula masih memerhati dari belakang, tetapi perlahan-lahan dia mendekati tempat mereka agar kuasanya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Ryuu turun dari kudanya lalu berlari sepantas mungkin. Dia cuba menarik perhatian naga itu untuk mendarat.

Seperti yang dimahukannya, naga api tersebut terbang semakin rendah. Mulutnya tidak berhenti menghembuskan api yang panas.

Apabila tiba masanya, Ryuu melompat ke arah salah satu batu yang tinggi dan tubuh naga itu dicapai.

Kestabilan cuba didapatkan apabila naga itu mula terbang tanpa hala tuju. Suhunya yang amat panas menyebabkan Ryuu mengadu kesakitan.

Pisau tersebut cuba untuk dicucuk pada badan naga tersebut. Namun, hampa yang melanda. Kulit naga tersebut amat keras dan sukar untuk ditembusi.

Ryuu cuba mencari idea bagi menikam naga itu. Pegangannya dikuatkan agar tidak terlepas lalu terjatuh ke tanah.

___________________________________

Tersedak serigala berekor sembilan itu apabila mendengar berita bahawa naga api jagaan mereka mula mengamuk.

Hikari si pemberita mula berasa gerun. Kemarahan Char amat menakutkan terutamanya ketika dalam bentuk serigala itu.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soalnya sambil amarah dikawal. Dia tahu, jika dia marah keadaan akan bertambah lagi buruk.

"S-saya tak pasti. Ape yang saya tahu, naga tu sedang k-kejar mereka bertiga," jawab Hikari dengan nada terketar-ketar. Kepalanya ditundukkan.

Char mengangguk kecil. Satu arahan dikeluarkan membuatkan Hikari terlopong.

"Pergi ke situ dan bantu mereka."

"Ha?!"

___________________________________

Shiori melepaskan pancuran airnya kepada naga tersebut sekaligus menyejukkan abangnya. Mikio pula cuba menyejukkan keadaan sekeliling dengan kuasa aisnya.

Ryuu masih cuba untuk menikam naga tersebut namun masih tidak berjaya. Mulutnya tidak berhenti mengata naga itu kerana kulitnya yang terlampau keras.

Tepat pada waktunya, Hikari tiba dengan sayapnya yang kembang. Nama Ryuu dipanggilnya dengan sekuat hati.

"Ryuu!!!"

Bukan sahaja Ryuu yang memandang, malah Mikio dan Shiori juga melihatnya. Sudah terdetik di dalam hati Mikio bahawa gadis itu datang dengan arahan Char.

Tanpa mengendahkan pandangan Shiori dan Mikio, Hikari memberitahu ideanya kepada Ryuu.

"Ryuu! Dalam kiraan tiga nanti, saya nak awak tikam jantung naga itu sekuat hati awak! Bersedia ya!" arah Hikari. Mikio sudah terlopong.

Mengapa perlu menikam jantung naga itu? Tiada cara lain ke? Atau itu arahan Char sendiri? Berserabut kepala Mikio memikirkannya.

Suara lantang Hikari yang mula mengira menandakan hampir tiba masanya untuk menikam jantung si naga.

"1.....2.....3! Sekarang!"

Pantas Ryuu mengambil tindakan. Serta merta pisau itu bercahaya dan mampu menembus kulit yang tebal itu.

Dapat didengari bunyi raungan naga tersebut yang teramat kuat. Akibat gerakan yang terlalu kuat, Ryuu tergelincir lalu jatuh dari tubuh naga itu.

Shiori segera menyambutnya dengan buih sabunnya. Ryuu diletakkan di tanah dengan berhati-hati. Naga tadi dipandang mereka.

Ia mula jatuh ke tanah. Hikari segera terbang mendekati mereka semua setelah memastikan naga itu tidak dapat berdiri lagi.

Naga api tersebut meraung buat kali terakhir sebelum hilang menjadi satu cahaya yang bersinar terang.

Cahaya tersebut mendekati mereka semua atau lebih tepatnya, mendekati Ryuu. Lelaki itu merenung cahaya tersebut.

Mikio yang teringatkan sesuatu segera menyuruh Ryuu untuk menghulurkan tangannya. Dia menurut.

Cahaya tersebut mendarat perlahan di tangan itu. Satu suara muncul dari cahaya itu.

"Wahai penjaga api dari Bumi, diri saya ini akan diserahkan kepada kamu. Mulai hari ini, kamu akan bertambah kuat dengan kuasa ini. Jaganya dengan baik-baik. Jangan biarkan emosi kamu mengawalnya," jelas cahaya tersebut.

"Ini ialah sejarah di mana saya akan bersatu dengan kamu. Yuuki Ryuu, kamulah penjaga api dunia Dialight."

Seusai menjelaskan perkara itu, perlahan-lahan cahaya tersebut menerap masuk ke dalam diri Ryuu. Bagai terkena renjatan elektrik, Ryuu terjerit kecil menahan kesakitan.

Setelah kesakitan itu reda, matanya memandang Shiori. Gadis itu terus memeluk Ryuu dengan rasa bersyukur. Abangnya selamat.

Ryuu membalas lembut pelukan Shiori sebelum mereka menaiki semula kuda dan berlalu pergi dari lembah itu.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro