🐾 51: Dragons Fighting

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Naga kegelapan?"

"Ryuu, Shiori, Yuu, gunakan penjaga yang sama," Char memberi arahan. Yuu mengangguk faham, tetapi sepasang kembar Yuuki masih terpinga-pinga.

"Penjaga? Maksud ketua?" Soal Shiori sedikit hairan. Sejak bila dia dan Ryuu ada penjaga? Kenapa Yuu boleh ada penjaga pula?

"Naga kau orang berdualah. Naga api dan naga air," jawab Yuu lalu bergerak ke tepi tebing. Cahaya putih memancar daripada tubuhnya.

Seketika kemudian, cahaya itu pergi daripada Yuu dan perlahan-lahan membesar. Ryuu dan Shiori ternganga, manakala Char mengeluarkan lagi roh.

Roh itu kemudiannya membawa masuk makhluk-makhluk mistik seperti griffin, pegasus, pheonix dan lain-lain lagi untuk turut membantu mengawal bahagian darat.

"Ketua, macam mana nak panggil naga kami keluar?" Soal Shiori lagi dalam keadaan cemas. Melihat naga putih milik Yuu terbang ke atas, dia terasa gerun.

"Tumpukan kesemua kuasa kau orang di suatu tempat dan panggil naga tu keluar dengan hajat. Mereka akan keluar dengan cara ni," jelas Char sepantas mungkin. Dia kembali fokus untuk mengawal roh-rohnya.

Ryuu dan Shiori memandang antara satu sama lain. Mereka bergerak ke sisi Yuu. Seperti yang dijelaskan Char, mereka berdua melakukan perkara itu.

Sepasang kembar itu cuba sedaya-upaya untuk mengeluarkan naga mereka. Perlahan-lahan, cahaya merah menerangi diri Ryuu lalu bergerak jauh.

Cahaya itu turut membesar menjadi naga api. Ryuu terpana. Setelah lama menunggu, tiba jua masa untuk dia mengawal naga yang dikalahkannya suatu ketika dulu.

Bahu Shiori menjadi kendur. Kuasanya tidak dapat ditumpukan, maka naga air tidak dapat dikeluarkan daripada dirinya.

"Shiori...."

"Tak apa Ryuu. Pergi bantu Yuu. Naga cahaya perlukan naga api sekarang ni," tegas Shiori. Senyuman diukirkan dengan ikhlas.

"Baik. Jom, naga api."

Naga itu mengangguk. Sesaat, sayapnya dikibas kuat. Angin yang kuat menolak Shiori sehingga gadis itu terjatuh. Dia berasa kagum melihat naga api itu.

Di kawasan langit kini, sedang bertarungnya tiga ekor naga yang berbeza kuasa. Kegelapan, cahaya dan api.

Ketegangan dirasai. Sang naga api naik ke atas, melepasi kepulan awan. Kemudian, ia menghembuskan api sekuat mungkin. Langit terasa sangat panas.

Naga cahaya kemudiannya memancarkan cahaya terang yang menyukarkan musuh sementaranya untuk melihat.

"Noir, kau tahu tugas kita yang sepatutnya menenangkan Dragoniel. Kenapa kau terlalu akur dengan tuan kau sendiri yang rancangannya sangat bertentangan?" Naga putih itu bersuara.

Noir, naga milik Mizuki menghamburkan tawa yang mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

"Lumiere, kau perlu sedar tugas utama kita adalah untuk patuh kepada tuan. Kau lupa?" Noir membalas sinis. Apabila cahaya terang mula pudar, naga itu membuka sayapnya lebar.

Sejenis asap hitam muncul daripada sepasang sayap itu. Asap hitam itu memaksa Lumiere, naga cahaya untuk terus mengepak.

"Kau dah langgar hukum Dragoniel, Noir!" Kali ini, suara naga api pula kedengaran. Keadaan yang panas tadi menjadi sejuk. Sang naga api meluru ke arah Noir sepantas kilat.

Kedua-dua naga itu bergelut di kawasan langit. Api dihembus merata-rata, begitu juga asap hitam semakin memenuhi langit.

"Hentikan, Noir! Kau lupa ke yang Flamme penting? Kalau kau bunuh dia, semua dewa akan hukum kau," dingin peringatan Lumiere.

Noir meleraikan pergelutan antaranya dengan Flamme. Namun, naga api itu tidak mahu berundur. Ia sentiasa mencari peluang untuk menewaskan Noir.

Dua ekor naga itu berkejaran. Lumiere mendengus. Dengusannya menarik perhatian Yuu di bawah. Jejaka itu memandang langit.

Matanya menyepet apabila cahaya daripada Lumiere sendiri menyakitkan matanya. Giginya diketap kuat.

"Shiori, kau memang tak dapat keluarkan Eaux ke?" Yuu bertanya. Shiori termangu-mangu seketika sebelum dapat memahami pertanyaan Yuu.

"Susah. Aku tak dapat tumpukan kuasa," kesal gadis itu. Tiba-tiba, pergelangan tangannya ditarik oleh jejaka tersebut. Bahunya dipegang kemas.

"Yuu?"

"Fokus. Aku akan tolong kau," ujar Yuu dengan suara garaunya. Shiori perlahan-lahan mengangguk. Dia cuba menumpukan lagi kuasanya.

Apabila cahaya biru mula menerangi, Shiori hampir-hampir membatalkan niatnya. Namun, Yuu lebih cepat menekan belakang gadis itu.

"Urgh!"

Cahaya biru itu terus naik ke udara. Shiori tercungap-cungap. Kepalanya didongakkan ke langit. Naga air kelihatan di atas.

Meskipun tiada kaki, naga itu masih memiliki sayap yang mampu menerbangkannya. Shiori berdiri tegak dengan bantuan Yuu.

"Bagus, Shiori."

"Terima kasih Yuu."

Di arena pertempuran empat naga, Eaux si naga air melilit pantas Noir. Flamme mengambil peluang lalu menghembuskan api sekali lagi ke arah naga kegelapan itu.

Apabila api itu hampir mengena Noir, Eaux terus meleraikan lilitan dan bergerak jauh. Tidak cukup dengan serangan itu, Lumiere mewujudkan bebola cahaya di sekeliling Noir.

Bebola itu kemudiannya diletupkan lalu menyebabkan mata Noir kepedihan. Sayapnya yang terbakar dikibas tanpa hala tuju. Matanya ditutup rapat.

"Argh!"

Eaux menembak pancutan air ke arah Noir. Naga api itu melayang apabila pancutan air kuat mengena sebelah sayapnya. Badannya sudah tidak stabil.

"Tak guna!" teriak Noir. Langit menjadi gelap apabila naga itu menghembuskan api hitam ke langit. Ketiga-tiga naga yang lain terkejut.

"Lumiere!"

Naga cahaya bertindak pantas. Seperti Noir, ia menghembus api yang berwarna putih ke langit. Bagi mengalahkan Noir, ia menghembuskan dua kali ganda lebih kuat.

"Noir, masa kau dah tamat!" Jerit Flamme. Naga itu menghentam Noir kuat. Kukunya mencengkap naga kegelapan lalu menjunam ke bawah.

Kelajuannya sehingga membelah angin dan menyebabkan taufan kecil. Sepuluh meter sebelum mencecah tanah, Flamme mengangkatnya kembali ke langit.

Setelah kedudukannya agak jauh, Noir dilepaskan daripada cengkaman dan ditolak laju ke tanah. Char, Yuu, Ryuu dan Shiori tersentak apabila melihat naga kegelapan itu menjunam ke bawah.

"Berlindung!"

Char mengarah. Berpuluh roh perlindungan dimunculkan. Dinding pelindung bersaiz gergasi digunakan. Adik beradik Yuuki dan Yuu meniarap di tanah.

Beberapa saat sebelum Noir menghempas pelindung Char, naga itu ditarik semula ke dalam lohong hitam yang memuatkan saiznya. Jelas Mizuki yang menariknya semula ke dalam.

"Simpan naga," arah Char. Yuu menunjukkan cara untuk memanggil semula naga. Ryuu dan Shiori berjaya melakukannya dengan sekali cuba.

Lohong hitam Mizuki menghilang sebelum muncul semula di belakang mereka. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, Shiori ditolak oleh satu bayang hitam lalu jatuh dari tebing.

"Shiori!"

Ryuu terus memandang ke bawah. Arus air yang sangat deras kerana kuasa Shiori menenggelamkan gadis itu. Badannya terasa kaku.

"Apa kau buat, Mizuki!" Tengking Yuu. Mizuki masih tidak keluar dari lohong hitamnya. Hanya bayang-bayang sahaja dapat dilihat.

"Yuu, lebih baik kalau kau sertai aku dari awal. Sekarang semuanya dah berakhir. Beberapa jam lagi sebelum tibanya tarikh keramat dan Dragoniel akan bangkit bersama kegelapan. Di kala itu, kau akan menyesal," ujar Mizuki di dalam lohong hitamnya.

Lohong hitam itu lenyap daripada pandangan. Char tergamam. Ryuu masih meratapi kehilangan Shiori di dalam air. Yuu terduduk di tanah. Matanya dipejam kuat.

"Mizuki!"

TBC

Finally, the four dragons are out! Interesting? Nope? Just comments below so I can improve my another story in the future. So yeah, enjoy it!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro