🐾 55: Final

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mizuki!"

Di saat Yuu menjerit nama kembarnya, satu bayang besar melintasi ruang udara di atasnya. Naga kegelapan segera terbang ke bawah dan mengangkat semula gadis itu ke atas.

"Noir...."

"Aku takkan biarkan tuan aku mati selagi mana Dragoniel belum dibangkitkan," ucap naga itu tegas. Mizuki di atasnya terdiam.

Matanya membulat apabila mendengar kata-kata naga kegelapannya. Sesaat kemudian, dia melepaskan tawa besar.

"Hahaha! Ah, bodohnya aku sebab fikirkan Noir akan sentiasa patuhi arahan aku! Char, kau menang! Aku takkan pernah berjaya kalahkan Noir sekuat mana pun diri aku ni," Mizuki menyerah diri.

Tawanya masih lagi tidak berhenti, mungkin kerana hajatnya tidak terlaksana akibat haiwan lagendanya sendiri. Noir perlahan-lahan menurunkan Mizuki ke atas bukit itu.

"Char, tolong rawat Mizuki," pinta Yuu dalam nada keletihan. Dia akhirnya terduduk setelah dipastikan Mizuki tidak akan melawan lagi. Begitu juga Ryuu dan Shiori. Ahli yang lain pula masih tidak sedarkan diri akibat kuasa mereka yang ditarik secara paksa.

"Ini pengakhirannya ke?" Getus Shiori perlahan. Cahaya matahari yang semakin kelam menerangi langit IcyRock, atau lebih tepatnya, dunia Dialight.

Ryuu menggenggam tangannya erat. Dua beradik itu berpandangan antara satu sama lain sebelum tersenyum lebar. Beberapa minit sahaja lagi sebelum malam tiba.

Mereka berbaring sebentar di atas rumput hijau itu. Yuu turut berbaring di sisi mereka, menikmati cahaya bulan yang kian muncul menggantikan cahaya matahari.

"Sekarang ni, tinggal untuk hidupkan Dragoniel sahaja," kata jejaka berambut putih itu perlahan. Ryuu dan Shiori mengangguk serentak.

Beberapa minit kemudian, Char mendekati mereka bertiga. Riak wajahnya lebih lembut daripada yang biasa. Lembut sama seperti ketika berjumpa dengan Yuki.

"Mizuki dah okay. Mari gerak tempat Dragoniel," ajak Char, lebih kepada arahan. Mereka bertiga akur sahaja. Kenji membentuk dua ekor burung gergasi menggunakan bayangnya.

Dia menyuruh dua pasang kembar itu dan Char untuk menaikinya. Tanpa sebarang bantahan, mereka terus menaiki burung gergasi itu.

"Bayang ni akan hantar ketua dan yang lain ke destinasi dengan selamat walaupun saya tiada. Semoga selamat sampai," ucap Kenji sebelum burung bayangnya mula terbang ke ruang udara.

Sekejap sahaja, mereka berlima sudah dibawa pergi bersama burung-burung bayang Kenji. Jejaka itu tersenyum sebelum mendekati ahli lain yang masih pitam.

'Saya serahkan kepada ketua.'

***

"Woah! Pegang kuat-kuat Shiori!"

"Tengah pegang kuat-kuat lah ni!"

Kembar Yuuki asyik bergaduh sesama sendiri sepanjang perjalanan ke destinasi. Char, Yuu dan Mizuki terpaksa menadah telinga meskipun bunyi angin sudah cukup kuat.

"Char, kau tak ada kuasa untuk senyapkan dia orang ke?" Soal Mizuki keletihan. Telinganya semakin penat apabila mendengar dua beradik itu bertengkar. Entah apa yang digaduhkan, dia malas nak ambil tahu.

"Kita dah sampai," ucap Char, sekaligus mendiamkan Ryuu dan Shiori. Burung bayang itu perlahan-lahan mendarat di tanah yang warnanya terbahagi kepada dua.

Ryuu dan Shiori melompat turun, sama seperti kembar Hiro dan Char. Mereka mendarat di atas tanah yang sangat asing bagi mereka.

"Tanah apa ni Char?"

"Ini pasir air. Kalau kau pijak, pasir ni akan jadi air, tapi takkan basahkan kasut kau. Anggap sahaja macam magik," Char menjawab soalan Yuu.

Serigala itu kemudiannya membawa mereka ke satu gunung yang berwarnakan putih. Di atasnya pula, tidur seekor naga yang saiznya besar sedikit daripada mulut gunung tersebut.

"Itu ke Dragoniel?" Soal Mizuki tanpa reaksi. Tak tahu pula yang naga lagenda itu bersaiz kecil kalau nak dibandingkan dengan saiz Noir, Flamme, Lumiere dan Eaux.

"Ya. Saiznya akan membesar apabila digabungkan empat kuasa utama."

Keempat-empat kembar itu melopong sedikit. Di hadapan mereka sekarang ini, tidurnya seekor naga yang boleh menghancurkan dunia Dialight dan Darkwinf jika gagal dibangkitkan dengan cara yang betul.

"Di situ ada bulatan dengan empat kotak di atas garisannya. Semua berdiri di situ ikut lambang elemen yang ditunjukkan," arah Char.

Ryuu, Shiori, Yuu dan Mizuki lakukan seperti yang disuruh. Kemudian, Char perlahan-lahan berubah bentuk, sekaligus mengejutkan empat kembar itu.

Daripada bentuk serigala, ia bertukar menjadi seperti manusia berekor sembilan. Ekor dan rambut panjangnya putih suci, sama seperti warna serigalanya.

"Kau boleh bertukar rupa Char?"

"Hurm. Ni bentuk sebagai penjaga Dragoniel je. Ini bukan bentuk asal aku," jelas Char pendek. Rupanya yang sudah bertukar kepada seorang perempuan masih mengejutkan Shiori dan Ryuu.

Charlotte mendekati segi empat sama yang terletak di pertengahan bulatan itu. Bibirnya membaca satu mantera
yang diajarkan kepadanya untuk menghidupkan Dragoniel.

Bulatan itu mengeluarkan cahaya yang pelbagai warna, mengikut elemen yang dikuasai oleh empat kembar itu. Kuasa itu memancar ke langit yang tinggi.

Keempat-empat naga utama itu muncul secara samar-samar di ruang langit. Tidak berapa lama kemudian, naga-naga itu digabungkan menjadi satu bebola yang berwarna-warni.

Pandangan Charlotte masih dingin. Nafasnya ditarik dalam sebelum menghabiskan upacara membangkitkan Dragoniel.

"Bangkit, lagenda dua dunia, Dragoniel."

Bebola berwarna-warni itu mendekati naga yang sedang tidur. Cahaya terang dipancarkan sehingga memaksa mereka semua untuk menutup kata.

"Cahaya ni...."

"Dragoniel."

Beberapa minit kemudian, bunyi hembusan nafas seekor naga kedengaran. Cahaya tadi mulai hilang. Pemandangan yang aman tadi diganti dengan sesuatu yang megah.

Dragoniel, sang lagenda berbunyi kuat. Bunyi itu tidak menakutkan, sebaliknya membanggakan keempat-empat kembar itu dan juga Char.

"Dragoniel dah bangkit, dua dunia akan selamat sehingga tempoh tertentu tiba," ucap Char bersama senyuman. Dragoniel megah melebarkan sayapnya.

Saiz naga itu tiga kali ganda lebih besar daripada saiz empat naga utama. Bunyinya sangat kuat, tetapi selesa untuk didengari.

"Dragoniel tak boleh bercakap ke ketua?" Soal Shiori polos. Char menggeleng perlahan. Kalaulah naga itu boleh berkata-kata, nescaya takutlah semua makhluk di dua dunia itu.

"Tapi, dia boleh sampaikan mesej. Macam tu." Jari telunjuk Char menunjuk ke arah empat gulungan skrol yang mendarat di tangan empat pasang kembar itu.

"Bacalah."

"Urm."

"Dialight dan Darkwinf selamat sehingga tempoh tertentu dan aku akan tertidur semula. Untuk masa sekarang, aku akan jaga dua dunia ni dan semua makhluk boleh berehat dengan aman. Terima kasih kepada penjaga aku dan pemegang empat kuasa utama. Semoga kita berjumpa di waktu lain."

Keempat-empat mereka membaca isi skrol itu serentak. Char mendekati mereka semua. Rupanya bertukar semula kepada bentuk serigala.

"Dragoniel dah janjikan keselamatan kita semua hingga tempoh tertentu. Jadi, kita semua dah boleh lega. Jom balik," ajak Char sedikit ceria.

"Hah? Balik dah?" Ryuu agak terkejut.

"Ya! Kita akan jumpa dia lagi jika ada rezeki. Jom!"

Keempat-empat mereka dipaksa untuk naik semula ke atas burung bayang Kenji yang setia menunggu. Sebelum naik, Char memandang naga putih yang berwarnakan sedikit merah, hitam, biru, dan putih yang sedikit berlainan dengan warna badannya.

Dragoniel memandang mereka tenang. Naga itu menjatuhkan kepalanya sekali sebagai tanda tugas sudah diambil alih.

"Ketua, cepatlah naik. Ahli lain tengah tunggu!" Panggil Ryuu. Char lekas melompat naik ke atas burung bayang itu. Sesaat kemudian, mereka naik ke ruang udara lalu meninggalkan destinasi terakhir untuk misi utama Dragonel.

"Jom buat parti!"

"Kau tak nak balik Bumi ke, Ryuu?" soal Yuu tenang. Ryuu dan Shiori tersengih.

"Mestilah nak. Tapi, lepas parti diadakan!" Penuh keriangan kembar itu menjawab. Yuu dan Mizuki menggeleng kecil. Ada-ada sahaja kembar Yuuki ini.

"Jadi Mizuki, kau akan rapat semula dengan Yuu kan?" Soal Shiori pula. Mizuki mengeluh kecil sebelum tersenyum nipis.

"Aku dah tak ada pilihan lain. Nampaknya, aku akan terpaksa rapat dengan Yuu semula."

"Baguslah!"

Char tersenyum tatkala melihat keriangan di antara empat kembar itu. Biarlah mereka bergembira buat masa sekarang sementara menunggu pengganti barunya.

Dia memandang ke belakang, masih teringatkan naga lagenda itu. Naga pemusnah, juga naga pelindung. Sememangnya, kestabilan sesebuah dunia amat penting untuk menjamin keamanan.

Lagi-lagi apabila terdapat dua dunia. Dengan kebangkitan Dragoniel secara aman dan tiada lagi peperangan, Dialight dan Darkwinf selamat daripada kemusnahan.

Dan di sinilah, permulaan hidup yang baru bagi mereka.

Juga penamat untuk kehancuran sementara dua dunia.

Dragoniel akhirnya berakhir sebagai lagenda pelindung.

.
.
.
.
.

***

"Tak sangka akhirnya Noir yang menjadi penghalang rancangan aku. But never mind, I still have a lot time."

Suara itu tergelak sinis. Matanya tajam melihat gerak-geri pengawal kegelapan yang kini sedang bergelak tawa.

"It's okay Noir. One day, these two worlds will be destroyed in my hands."




-TAMAT-

DRAGONIEL OFFICIALLY ENDED! Wah Ice is so HAPPY! Ice finally manage to end this story after almost two years! Ice will tell my feelings in the next part. Go read it, okay? See you in the next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro