1 | Minyak Wangi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku memandang Si Dia yang sedang memilih beberapa jenis perfume.
Masuk kali ini, sudah hampir 25 kali, dia datang. Dan setiap kali itu juga, mesti ada satu jenis perfume yang akan dibeli. Nampak dari gaya, dia masih lagi seorang pelajar sekolah menengah.

Bukan sifat aku, untuk mengambil tahu hal orang lain. Tapi apabila gadis ini kerap---lebih kurang satu kali satu minggu---datang ke kedai ini, aku jadi tertarik.

Dia selalu membeli perfume yang berbeza. Berbeza warna, berbeza bentuk, berbeza bau. Tak pernah sekali pun rasanya dia beli perfume yang sama.

Apabila dia meletakkan satu botol perfume yang sudahpun terbungkus kemas di dalam kotak, berjenama Secret di atas kaunter, aku sedikit tersentak. Ah, aku selalu khayal apabila memikirkan tentang dia.

Aku memandangnya. Dia tersenyum manis. Aku hanya membalas sahaja. Botol perfume itu aku capai, lalu aku alukan kotaknya ke alat pengesan harga.

Bip!

Tertera satu harga pada skrin komputer itu. Aku meletakkan perfume yang dibelinya itu ke dalam plastik kecil, lalu aku letakkan di atas kaunter seraya menolak sedikit kearahnya.

"Rm59.90" ujarku. Dia tidak menunggu lama, terus saja menghulurkan sekeping not 50 dan not 10. Aku mencapainya lalu memulangkan baki. Tapi Si Dia menolak dengan senyuman.

"Its okey, keep the change." Tangan kecilnya mencapai, lalu terus beredar keluar dari kedai.

Aku senyum kecil. Jarang sebenarnya nak jumpa orang yang menolak baki, bila membeli di kedai mewah. Walaupun harga itu sekecil 10 sen.

***

Minggu ini, gadis putih itu datang lagi. Kali ini dia memilih perfume kecil, yang berharga Rm37

Kadang kadang aku terfikir juga. Setiap minggu dia menghabiskan duit hanya untuk membeli minyak wangi, sudahlah berharga puluh-puluh. Kedai minyak wangi--tempat aku berkerja ini-- mana ada menjual minyak wangi yang murah.

Lagipun, takkanlah minyak wangi yang dia suda beli sebelum ini, habis digunakan dalam masa satu minggu sahaja? Tak mungkinlah. Paling-paling pun mungkin satu bulan.

Sambil aku hulurkan plastik berisi minyak wangi, sempat lagi aku bersuara. Buat kali pertama.

"Awak selalu beli perfume mahal kat sini, tak menghabiskan duit ke?"

Dia sedikit terkejut apabila aku menegurnya. Dia senyum sambil menyambut huluranku.

"Apa salahnya berbelanja untuk sesuatu yang kita suka" balasnya tenang.

Aku membuat muka jelik. Entahlah, aku rasa ayat dia tu berbunga pula.

"Ya. Tapi, boleh dikatakan tiap tiap minggu, awak membeli. Takkanlah awak guna perfume bertahan selama satu minggu sahaja, kan?"

Aku nampak dia mengguriskan senyuman dan menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Saya tak pernah pakai pun semua minyak wangi yang saya beli tu" balasnya. Aku mengerutkan dahi.

"Tak pernah pakai? Habistu buat apa awak beli?"

"Sebab saya suka minyak wangi"

selepas saja dia membalas, dia terus menghadiahkan segaris lagi senyuman dan beredar.

Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan keliru. Keliru dengan kata katanya sebentar tadi.

Kalau dia suka minyak wangi, mengapa pula tak pernah menggunakannya? Ah, perempuan ini memang misteri, tapi lebih kepada menjelikkan.

Semua persoalan itu akhirnya terbang, apabila seorang lagi pelanggan meletakkan dua botol perfume di atas kaunter.

***

Ramai yang mempamerkan wajah gembira. Ada juga yang berlawanan dengannya.

Aku? Hanya mengguriskan senyuman sahaja. Arwah ibu pernah ajar, jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedih dengan sesuatu yang kita peroleh.

"Izam, kau dapat berapa?"

Aku memandang lelaki yang baru saja mengambil tempat disebelah aku bersama senyuman.

"Cukup makan aje, Kal"

Dan apabila Haikal menarik sekeping sijil di tangan aku dan membacanya, terus dia membulatkan mata.

"Tengkorak kaulah cukup makan! Ni dah lebih dari makan ni!"

Aku ketawa. "Tak payahlah excited sangat. Kau pun okey apa, 6 A's. Tahniah"

"Tapi tak macam kau, straight A's sial!"

Aku ketawa lagi. Langsung tak ambil hati tentang perkataan 'sial' itu. Ah, hanya untuk menyedapkan ayat saja. Bukan dia betul betul maksudkannya.

"Tahniah bro, lepasni kau nak masuk Universiti mana?" Soal Haikal.

"Erm. Entahlah. Aku rasa nak sambung belajar dekat Ireland"

"Wah, aku nak dekat dekat sini aje, sementara tu kan, kau nak buat apa? Kerja lagi dekat kedai perfume tu?"

Aku jeda sekejap. Sebut sahaja tentang perfume, aku teringat pula Si Gadis berkulit putih yang selalu datang ke kedai.

Biasanya hari khamis, iaitu hari ini, dia akan datang. Tepat jam 9 pagi. Tapi sekarang sudah hampir 10:30 pagi, mesti dia sudah selesai membeli.

"Haah. Aku ingat nak kerja lagi sampai minggu depan, lepastu nak rehat"

"Ohh. So, petang nanti masuk kerja ke ni? Aku ambil cuti tau harini, ingat nak ajak kau celebrate"

Aku memandang Haikal. "Malam nantilah, kita celebrate dengan member lain."

Haikal hanya mengangguk sahaja. Aku memandang jam di tangan sebentar. Rasanya, dah patut aku balik dan bersiap untuk ke kerja.

Jauh di sudut hati, aku berharap yang gadis itu masih belum datang kedai. Aku perlukan penjelasan darinya.

Mengapa suka perfume, tapi tak menggunakannya?

***

Aku baring sebentar di atas katil. Menghilangkan penat. Aku mengerling sedikit sijil di tangan. Ah, aku akan pastikan aku dapat sambung belajar di Ireland. Duduk di sini bukannya ada yang hendak menjaga aku.

"Woi..bila kau balik ha?"

Aku mengerling ayah yang sedikit khayal di muka pintu.

"Woi aku tanya ni. Bila kau balik hah?! Kenapa tak sedia makanan untuk aku?! Aku nak makan!" Ayah sudah melenting.

Huh..aku sudah biasa dengan situasi ini.

"Eh anak tak guna. Woi Izam!" Ayah sudah melangkah mendekatiku. Dengan sekali tolakan, aku terus jatuh tersembam dari katil.

"Kertas apa tu hah? Bak sini!"

Ayah merampas sijil yang berada ditanganku.

"Huh? Result SPM ? Semua A? Wah bijak anak aku ni.."

Aku menjeling ayah. Ah, dia tidak patut mendapat gelaran ayah.

Aku berdiri perlahan, kemudian mengambil kembali sijil di tangannya.

"Izam nak mandi. Ayah keluarlah"

"Hoi aku kata aku nak makan! Jahannam kau ni!" Dia menengking tepat ke wajahku.

Aku dapat bau alkohol. Patutlah mabuk, baru lepas buat dosa.

"Nanti Izam beli, Izam nak mandi dulu"

"Kau ni menyusahkan aku la!" Tubuhku ditolak sebelum dia mula menapak keluar.

Aku dengar bunyi enjin motor, huh..mesti nak pergi tambah dosa lagi.

Aku dapat rasakan yang pipi aku basah. Seorang lelaki menangis? Lemahkah?

Tidak. Air mata bukannya pengukur kelemahan dan kekuatan seseorang.

"Ibu..."

Nama sang ibu disebut berkali kali. Rindu. Ya. Aku hanya sempat merasa kasih sayang ibu, sampai umur mencecah 8 tahun saja.

Berakhirnya nafas ibu, aku mula hidup sendiri. Ada ayah, seperti tiada ayah. Makan pun cari sendiri, duit sekolahpun sendiri. Dan di kedai perfume itulah, aku mula mendapat rezeki.

Harapnya aku mampu menamatkan pengajian dengan cemerlang, supaya Kerajaan menampung segala, dan aku tak perlu membayar wang PTPTN.

Harapnya.

Supaya aku tidak lagi perlu menghadap pembunuh yang sudah membunuh ibu. Huh..akibat mabuk..semua benda dianggap seronok. Dasar manusia.

***

"Papa! Sakit, Papa!"

Si anak meraung raung. Setiap libasan yang terkena tubuh kecilnya itu meninggalkan kesan mendalam.

"Anak tak guna! Aku sekolahkan kau, suruh kau jadi pandai! Tapi apa kau balas untuk aku hah?!"

Pang!!

Pipi pula mencari sasaran. Si anak jatuh terbaring. Tidak cukup dengan itu, dihadiahkan pula tendangan di bahagian belakang Si anak.

"Papa..sakit..papa.." rintih Si Anak.

"tak payah nak menangis sangat. Kau jugak yang bagi kami keputusan teruk macam ni. Mama nak straight A's, bukannya 8A 1B"

Si ibu berkata angkuh, dia hanya duduk bersandar pada sofa, sambil menonton wayang anaknya dipukul ayah.

"Kau selama ni buat apa hah?! Asyik keluar merayap! Ni mesti dah ada lelaki kat luar sana! Tak guna punya anak. Aku bagi kau duit, bagi kesenangan, ini kau balas ya? Apa kau nak aku malu berdepan dengan kawan syarikat aku?!"

Libasan demi libasan, Si Anak menghadap. Dia hanya mampu menangis. Mana mungkin dirinya yang kecil ini, mampu melawan Si ayah yang berkuasa besar itu?

"Dengan keputusan macam tu, kau ingat kau boleh ke luar negara? Aku taknak anak tunggal aku, belajar dalam negara saja." Angkuh lagi, si ibu berkata.

Matanya dihala pada sang suami.

"Abang, saya taknak Rasha belajar dalam negara ni aje, saya nak dia ke luar negara. Apa kelas anak orang ternama macam kita ni hanya melanjutkan pelajaran dekat sini? Anak tunggal kita pula tu. Kita tiada anak lain, abang. Kawan kawan saya semua sudah tanya, apa keputusan Rasha dapat. Apa perlu saya jawab? Malulah saya! Nur Irasha anak kepada Dato' Zubir dan Datin Mawar mendapat 8A 1B. oh my god, mana lagi satu A, Rasha?! Mana?!" Si Ibu menggelengkan kepalanya. Rimas.

Si anak menangis lagi. Masih tidak berhenti air mata mengalir.

"Kau belajar apa selama ni, hah?!"

Tali pinggang di pegangan Si ayah dilempar ke tepi. Kemudian, dia mencapai gelas kaca yang berada di atas meja, lalu dibaling ke arah si anak.

Prang!!

"Aku nak kau minta belajar di luar negara. Aku tak kira, kau mesti dapat juga!" Setelah si ayah melepaskan geram kali terakhir, dia terus menapak pergi. Si ibu pula tersenyum sinis lalu hanya mengikut langkah sang suami.

Si anak menangis lagi. Kaca yang pecah di bahagian belakang badannya itu, dibiarkan saja. Dibiarkan saja darah mengalir tidak henti.

Peritnya libasan demi libasan, sakitnya diherdik dicaci maki, pedihnya dikasari, tidak mampu menandingi sekeping hati yang kian luluh ini.

Si ayah terlalu inginkan kesempurnaan. Si ibu pula laparkan kesanjungan.

Sehinggakan apa yang diperoleh itu tiada yang menepati citarasa mereka, terus dituduhnya si anak ini tidak belajar. Terus dihinanya si anak. Terus diseksanya si anak.

Bukannya si anak tidak belajar. Malah lebih dari itu. Sudah diusahanya bersungguh sungguh. Selalu keluar rumah pun, bukannya atas sebab sia sia. Kadang kadangnya disinggah ke perpustakaan awam, adakalanya di restoran Mcd, ada juga di taman rekreasi.

Singgah pula bukannya melakukan benda lain, dia ulangkaji sahaja.

Si anak sedikit tersenyum sinis apabila teringatkan perkataan 'anak tunggal' yang keluar dari bibir sang ibu.

Bukannya dirinya tidak tahu. Yang sebenarnya si anak ini mempunyai abang dan kakak. Tapi, abang dan kakaknya itu sudahpun putus nyawa terlebih dahulu tanpa sempat si anak ini melihat wajah mereka.

Masih terngiang ngiang kata kata ibu saudara tentang darah dagingnya itu.

"Rasha, sebenarnya, abang dan kakak Rasha meninggal sebab stress. Stress sangat bila papa dan mama Rasha asyik suruh belajar. Tambah lagi keputusan SPM mereka tertinggal satu dua A. Jadi, Mak Ina taknak Rasha kena perkara sama. Rasha belajar rajin rajin ya?"

perit. Memang perit. Selama ini kematian sang abang dan kakak dirahsiakan oleh ibu bapa sendiri.

Terfikir juga, terdetik juga, kalau sudah tahu nasib begitu menimpa anak, mengapa diteruskan juga sikap sia sia itu pada si anak ini?

Tidak takutkah mereka pada kehilangan seorang lagi anak?

Tidak gentarkah mereka jikalau nyawa anak ini diambil ?

***

Aku menghembuskan nafas. Sementara tiada pelanggan tadi, aku sempat mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran. Ada juga aku memeriksa permohonanku yang lepas, kebanyakannya dalam Malaysia.

Ah..aku akan tunggu sampai aku dapat tawaran ke luar negara.

Kling...

Bunyi itu menarik perhatianku. Ya, setiap kali ada yang melepasi pintu itu, mesti bunyi loceng kedengaran.

Dan disitu..aku nampak dia.

Wajahnya ditundukkan. Melintasi saja di kaunter, aku terus menyapa.

"Awak..lewat betul awak datang harini, biasanya beberapa jam lepas, dah datang" tegurku. Dalam masih menunduk, aku nampak pipinya terangkat. Senyum.

"Saya ambil result pagi tadi.."

Aku tersentak. SPM-kah? Aku ingatkan umurnya kira kira 14-16 tahun saja.

"Ya? Macam mana result? Cantik?"

"Erm..bolehlah 8A" jawabnya sedikit perlahan. Aku perasan yang dia memejam mata seeratnya, seperti bersedia menerima cemuhan dari aku.

"Wah, 8A. Bijaknya. Tahniah!"

Dia membuka kelopak mata, kemudian nafas dihembus lega.

"Terima kasih sebab tak maki saya, bang"

Kenapa pula aku nak maki dia?

"Ah, janganlah panggil abang pula. Saya sama umur saja dengan awak. Saya pun baru lepas ambil result"

Aku perasan yang dia terkejut walaupun masih menundukkan wajah.

"Maaf. Erm. Berapa awak dapat?"

"Er..9A."

"Tahniah! Jadi, awak akan sambung belajar di luar negara?"

"Saya harap begitulah"

"Bb-boleh saya ikut?"

Dan apabila dia mengangkat wajah, aku membulatkan mata. Terperanjat dengan kesan lebam di seluruh wajahnya.

***

Malam itu, aku terpaksa menolak ajakan Haikal dan kawan yang lain untuk celebrate atas result SPM.

Aku tak perlu nak keluar curi curi dari rumah, sebab ayah tak guna tu mana pernah nak lekat dekat rumah bila waktu malam. Entah ditidurnya dengan betina mana dekat luar sana.

Aku mengerling sedikit Si Gadis disebelah. Si gadis itu menunduk ke bawah, pipinya basah. Aku meletakkan plastik yang aku bawa tadi di sisi.

"Awak..nama awak apa?" Soalku. Dia memaggung kepala. Ah, kesian betul aku melihat wajah dia sekarang.

"Ir..Irasha. tapi orang panggil Rasha"

Aku tersenyum. Bagi aku nama itu unik.

"Saya panggil, Ira. Boleh?"

Dia diam sekejap sebelum mengangguk.

"Boleh saya tahu, kenapa dengan wajah awak?"

Dia jeda.

"Papa dan mama saya tak suka saya tak dapat straight A's"

Walaupun jawapan itu pendek, tapi cukup untuk membuatkan aku faham apa yang berlaku.

Allah..rupanya berat lagi dugaan menimpa gadis ini. Walaupun aku sudah tiada ibu, ayah pula kaki mabuk, tapi dia tak pernah nak mengongkong pelajaran aku. Ya. Mestilah rasa pedih, sebab semua duit dan keperluan dicari sendiri.

Tapi lagi perit kalau Ibu dan ayah asyik menyakiti kita dan menginginkan kesempurnaan.

Irasha mengelap pipinya. "Awak..nama apa?"

Aku senyum segaris. "Panggil saja saya Izam"

"Saya selalu tengok awak senyum. Mesti ibu bapa awak gembira dengan keputusan awak, kan?"

Senyumanku mula luntur.

"Ibu saya dah tiada"

Aku perasan yang dia sedikit terkejut walaupun aku sudah menundukkan wajah.

"Maaf..er Ayah?"

Aku diam. Ayah? Aku ada ayah ke selama ni?

"Dia..dia kaki mabuk. Tak pernah dia ambil tahu perihal saya. Yang dia tahu, balik rumah nak makan. Tu aje"

***

"Dia..dia kaki mabuk. Tak pernah dia ambil tahu perihal saya. Yang dia tahu, balik rumah nak makan. Tu aje"

Aku tersentak. Hati aku bagaikan direntap kasar.

Allah..besar sungguh dugaan Si Lelaki ini. Tapi masih mampu untuk mencapai keputusan cemerlang.

Dia tak punyai apa apa. Doa Sang Ibu sudah terputus, kasih sayang ayah jauh sekali hendak menyentuh.

Aku? Harta, kemewahan, semua ada. Cuma..ibu bapa terlalu mengongkong.

Sepatutnya aku bersyukur masih punyai mereka berdua. Tapi, mereka langsung tak memikirkan keadaan aku. Apa patut aku lakukan sebenarnya? Allahu..

"Maaf..saya.."

"Tak perlu minta maaf pun, Ira" Izam sudah memotong percakapanku.

"Awak..saya nak ke luar negara..kalau saya tak dapat, mesti..mesti lagi teruk saya kena.."

Aku kembali meluahkan apa yang dirasa. Aku takut..aku taknak duduk lagi di rumah itu. Bayangkan, jika aku tak dapat, adakah mereka akan membunuh aku? Atau mencampakkan aku di rumah anak yatim?

"Awak cuba minta dulu, Ira. Doa banyak banyak. In Shaa Allah, doa orang yang dizalimi, sentiasa dikabulkan oleh Allah"

Aku diam lagi.

"Hmm..Ira. kenapa awak suka perfume, tapi tak pernah guna?" Soalan Izam itu membuat aku tersenyum.

"Saya suka mengumpul minyak wangi. Selama ni, saya simpan minyak wangi tu dalam satu almari kaca. Kesemua minyak wangi tu..melambangkan tentang manusia"

Izam mengerutkan dahi. "Kenapa pula? Melambangkan manusia? Maksud awak?"

Aku sempat lagi tersenyum. Takkankah manusia tidak pernah menyedari bahawa minyak wangi itu sedikit sebanyak melambangkan manusia?

"Minyak wangi berbeza bentuk, berbeza harga dan berbeza bau. Ada yang bentuknya cantik, harganya mencecah ratusan ringgit, tapi baunya tidak kena dengan citarasa seseorang."

"Ada juga yang bentuknya tidak lawa, harga pula biasa biasa. Tapi baunya wangi mengalahkan bunga"

"Sama juga dengan manusia, ada yang rupa parasnya cantik mengalahkan puteri raja, darjatnya tinggi mengalahkan rakyat biasa, tapi hatinya? Hitam mengalahkan arang pula"

"Ada juga manusia, yang rupa paras tidaklah anggun mana, darjat pula hanya setaraf rakyat, tapi hatinya? mungkin bersih sesuci permata"

***

Aku sedikit mencebik mendengar penjelasan Irasha. Aku rasa ayat dia terlalu berbunga. Perempuan memang macam ni eh? Suka buat ayat berbunga dan double meaning?

Tapi dalam hati, aku setuju juga dengan falsafahnya. Iyalah, mengapa selama ini, aku yang dikelilingi dengan minyak wangi tidak pernah sedar akan hal itu?

"Kalau awak susun pelbagai jenis minyak wangi di satu tempat, awak akan nampak perbezaannya. Dari segi ketinggian, bentuk, warna. Sama juga manusia, ada tinggi ada rendah, ada gempal ada kurus, ada gelap ada cerah. Tapi awak takkan tahu apa baunya selagi awak tak cuba bau. Sama juga manusia, awak takkan tahu sikap mereka jika awak tak cuba mengenali mereka. Oh, ini juga dekat dengan kebanyakan persepsi manusia, suka menilai sebelum mengenal"

Wah. Banyak betul falsafah si dia ini. berguna pula tu. Mungkin aku patut buang rasa jelik ke atas bahasa berbunga, kadang kala, bahasa itu menambahkan lagi seri kata kata.

"Jadi..sebab itu ke awak suka minyak wangi? Tapi..saya belum jelas lagi kenapa awak suka mengumpul?"
Aku menyoal lagi.

Irasha tersenyum.

"Setiap kali saya lihat koleksi minyak wangi tu, saya mesti akan sedar, yang manusia semua berbeza. Jadi, saya tidaklah terlalu berfikir dengan satu hala sahaja. Bukankah ramai manusia suka berkata, 'lelaki semua sama, perempuan semua sama' biarpun persepsi itu jauh sekali dari kebenaran?"

Ah..ayat berbunga lagi.

"Kadang kadang, bila dibesarkan dengan ibu bapa berkuasa. Tambah lagi sikapnya yang tidak..erm..awak faham kan? Saya terlalu memikirkan yang manusia ini sama, inginkan kesempurnaan, inginkan kesanjungan. Tapi sejak saya melangkah ke kedai awak, dengan melihat penuh deretan minyak wangi pelbagai jenis, saya mula faham, yang manusia itu tidak sama. Masih ada lagi manusia berhati mulia di luar sana."

Aku terdiam. Ada betulnya juga. Macam manalah aku boleh tidak tahu tentang hal ini?

"Saya rasa, saya dah perlu balik. Nanti papa dan mama saya marah lagi. Saya pergi dulu ya?"

Aku tersenyum. Apabila dia berdiri, aku juga turut berdiri.

"Nah..saya belanja" aku hulurkan plastik yang aku sorokkan darinya tadi.

"Apa ni?"

"Manusia"

"Apa pula, manusia manalah muat dalam ni!"

Aku ketawa melihat wajahnya yang geram dengan jawapan aku. Comel betul.

"Betullah manusia. Tu minyak wangi, kan minyak wangi melambangkan manusia"

Jawapanku itu mengundang ketawa Irasha. Ah, sedap rupanya bila dia ketawa.

Irasha menyambutnya. "Terima kasih, saya mungkin akan guna minyak wangi ni"

"Kenapa tak simpan?"

Irasha hanya tersenyum penuh makna.

Takkanlah dia dah ada kot? Aku rasa belum pernah lagi dia beli minyak wangi ni, ini stok yang baru dan keluaran baru.

"saya pergi dulu"

Dia terus melangkah pergi. Takut juga nak membiarkan dirinya berjalan seorang diri, tapi, rumahnya dekat saja. Dari sini sudah nampak rumahnya yang dua tingkat itu.

Aku mengeluh sebentar. Aku perlu balik rasanya. Haraplah syaitan itu tiada bawa balik perempuan.

***

Beberapa tahun kemudian...

Aku menghirup udara segar tanah air ini. Sudah lama aku tidak merasa kelembutan dan kesegaran suasana di sini.

Aku senyum. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat, gempak dan semua kos ditanggung oleh Kerajaan. Syukur.

Sekarang, aku hanya perlu menunggu tawaran kerja saja.

Fikiran aku melayang memikirkan Irasha. Ah, dapatkah dia ke luar negara sebenarnya?

Setelah beberapa hari selepas perjumpaan aku dan dia pada malam itu, sempat lagi dia datang ke kedai aku seperti biasa. Dan kami jadi semakin rapat. Dan, ah macam mana aku boleh terjatuh hati padanya?

Tapi lepas saja aku terbang ke Ireland, aku dan dia sudah terputus hubungan. Menyesal sungguh aku tak minta nombor telefonnya dulu. Hampir 5 tahun aku tidak melihat wajahnya, rindu sungguh pada si pembeli minyak wangi itu.

Walaupun bertahun, perasaan suka ini tak pernah luntur. Mungkinkah ini yang dinamakan cinta?

Ah, aku terkena penyakit ayat berbunga dari Irasha pula.

Fikiranku melayang pada ayah. Huh..ayah dah menghilang sehari sebelum aku melanjutkan pelajaran.

Sedih betul rasanya.

Berbalik pada Irasha.
Aku rasa..aku patut singgah di kedai perfume, entahlah. Aku dapat rasa yang Irasha ada di sana.

Dalam beberapa meter sebelum sampai di kedai itu, aku nampak ramai orang. Berkumpul melihat sesuatu.

Apa pula tu?

Aku mempercepatkan langkah. Hampir dekat, aku dapat lihat seseorang terbaring. Kenapa pula tu? Kemalangan ke?

Apabila semakin dekat, jantungku semakin berdegup kencang. Aku rasa itu macam, Irasha. Ah! Moga dijauhkan.

Sampai saja, aku sedikit tergamam apabila si mangsa itu memakai tudung dan menutup sedikit wajahnya. Sudahlah dipenuhi darah. Ah seram pula.

Nasibku baik apabila ada seorang menyelak kain tudung dari menutupi muka.

Aku menghembus nafas lega, apabila gadis itu bukannya Irasha. Nafas kelegaan terus terbit dari celahan bibir.

Apabila ambulans sudah sampai, gadis malang dibawa ke hospital.

***

Aku masuk ke dalam kedai perfume yang pernah menjadi sumber rezeki dan pertemuan antara aku dan Irasha.

Sudah berbeza. Lebih cantik dari susunan dahulu. Pekerja pula semua perempuan, oh ada lagi ke lelaki nak kerja di kedai perfume?

Aku keluar. Haish, entah kenapa aku rasa dia ada disini?

Aku terpandangkan gerai kecil yang menjual surat khabar dan majalah. Lama betul rasanya tak baca akhbar Malaysia.

Aku apa lagi, terus menapak ke kedai itu. Apa yang memeranjatkan aku, di dada akhbar itu terpampang besar wajah si gadis yang aku menahan rindu selama ini.

MATI AKIBAT TERLAMPAU STRESS.
Anak kepada Dato' Zubir, Nur Irasha, mati secara mengejut ketika berada di sebuah kedai minyak wangi. Mangsa disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan punca kematiannya ialah akibat stress melampau. ....

Akhbar itu jatuh dari peganganku. Benarkah...

"Pakcik, bila kejadian ni berlaku?" Soalku kepada pakcik yang menjaga kedai ini.

"Kan sudah ditulis disitu, baru saja berlaku kelmarin. Dia meninggal dekat kedai minyak wangi belakang tu haa. Penjaga kedai tu kata, yang anak Dato' Zubir ni asyik datang ke kedai tu, cari seorang lelaki ni. Tapi lelaki tu dah sambung belajar. Sejak tu, dia selalu datang kedai dari pagi, dan pulang bila kedai tu tutup. Setiap hari rutin yang sama.."

Aku tersentak.

"Sampailah kelmarin, dia tiba tiba rebah. Semua panik, tambah lagi dia anak Dato' ternama. Sudahnya, pihak forensik sahkan dia stress melampau. Dengar cerita stress sebab Dato' Zubir dan Datin Mawar tu selalu mengungkit kes dia tak dapat ke luar negara."

Lutut aku terasa lembik. Baru kelmarin ini terjadi, kalaulah aku pulang lebih awal, mungkin aku sempat bertemunya. Mungkin tekanannya akan berkurang oleh sebab dia sudah lama mencari aku, kan?

Tapi..atas sebab apa dia ingin bertemu dengan aku?

***

Aku meletakkan sekuntum bunga kemboja di atas pusara Irasha. Air mataku menitik lagi.

Tidak sangka rasanya, aku jatuh hati pada gadis yang tulus hatinya, tapi lepas berpisah, ini pula terjadi.

Allahu..mengapa..

Aku mengesat air mata.

Belajar redha..Izam.

Selepas saja aku sedekahkan yassin, aku bersiap untuk pulang.

"Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya, terima kasih sedarkan saya tentang perihal manusia semuanya berbeza. Saya..saya dah jatuh cinta pada awak..Irasha. Tapi tak bersambut pula..Mungkin sudah suratan takdir. Terima kasih buat segalanya, Irasha. Saya sayang awak. Semoga tenang disana"

***

"Dia masih tak pulang?" Si gadis bertanya. Si gadis yang masih lagi bersekolah, di mana merupakan pekerja di kedai minyak wangi itu, menggeleng dengan rasa bersalah. Sedih sungguh apabila melihat wajah kecewa si gadia dihadapannya itu. Hampir 5 tahun, dia datang di sini dan buat perkara yang sama.

Mencari seorang lelaki yang entah siapa tahu identitinya.

Si gadis mempamerkan wajah kecewa. Air mata yang menitik itu diseka perlahan. Kemudian, dia keluar dari kedai. Kepala yang sudah mula berasa sakit, diabaikan saja.

Si gadis menangis. Kemudian dia terduduk.

"Saya rindu awak..Izam..baliklah..saya betul betul rindu awak..tak boleh ke awak balik? Dan saya boleh luahkan apa yang saya rasa?" Si gadis menangis lagi. Wajahnya ditekup dengan kedua telapak tangan.

"Saya cintakan awak..Izam..baliklah.."

Akhirnya si Gadis rebah..dan pandangan mulai gelap.

"Each of us are different. Don't judge a book by its online review"
.
.
.

28 Disember 2018,
Bandar Melaka, Malaysia.
.
.
.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro