13 | Hanya Cendana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Saya jumpa tulisan cerpen lama dalam draft story sebelah. Saya nak bawak letak sini, publish dan simpan sebagai kenangan.

***

Aku memerhati dia. Sibuk betul nampaknya melayan pelanggan. Sejak dua minggu yang lalu, pelanggan tidak putus putus membanjiri kedai ini. Hanya kerana satu rekaan pakaian yang amat menarik hati semua gadis.

Gembira. Ya. Itu yang aku rasa, walaupun aku bekerja tanpa gaji di sini, aku tetap gembira dengan pencapaian si dia.

Membangunkan Butik Pakaian hanya dengan titik peluh sendiri. Bangga betul rasanya ada bos seperti si dia.

Tapi...

Si dia mungkin bos dimata pekerja lain, tapi tidak di mata aku.

Bagi aku, dia lebih dari itu.

***

"Jadi, awak nak kain beralun? Mudah saja." Dia tersenyum. Si gadis bertudung biru itu mengangguk.

"Ya! Saya suka kain beralun. Oh! Saya nak pakai masa hari graduasi kakak saya nanti, moga dapat disiapkan dengan cepat ya" Si Gadis sempat berpesan.

Si dia mengguriskan lagi senyuman.

"Tak mengapa, saya akan uruskan secepat mungkin. Jangan risau"

Akhirnya, Si Gadis meminta diri untuk pulang. Sejurus itu, Si dia menjeling jam di dinding. Sudah hampir 7 malam. Terus, si dia mendekati pintu kaca itu lalu papan tanda 'Buka' diterbalikkan.

"urgh! Hari yang memenatkan. Tak mengapalah, rezeki" Aku dengar si dia menggumam.

Kemudian, dia mula menapak ke ruang jahitan untuk menyambung menjahit pakaian. Apabila melintasi saja dihadapanku, hendak saja aku tegur, namun, suara seperti tersekat di kerongkong pula.

Begitulah rutin harian si dia. Kedai ditutup tepat pukul 7 malam, namun dia tidak terus pulang ke rumah. Malah, menyiapkan dahulu kerja yang mana mampu.

Sungguh, aku tertawan dengan sikapnya yang begitu sistematik. Sangat teratur orangnya.

Tambah lagi murah dengan senyuman. Peramah pula tu.

Patutlah pelanggan perempuan asyik melekat saja. Dikatanya datang hendak membeli baju, tapi niat lagi satu sudah dipasang.

Ingin melihat wajah Si dia.

Sungguh, beruntung gadis yang lain. Walaupun tidak dapat melihat si dia seperti aku sekarang, mereka masih boleh bercakap, bertentang mata, berkongsi idea.

Aku?

Ah, patutkah aku kata, yang dia langsung tidak melihat kehadiranku?

Telefon pintar miliknya berdering. Aku nampak dia menguntum senyuman sebelum menjawab.

"Hai, Assalamualaikum. Sayang" sapanya manis.

Serta merta, aku dihurung rasa cemburu. Ya. Aku tahu itu siapa pemanggil itu.

"Oh? Rindu? Jangan mengadalah." Aku dengar si dia ketawa.

Bahagia sungguh nampaknya.

"Ya sayang. Betul. Saya masih di butik."

"Ah? Awak tidak percaya? Nak video call?"

"Tahu pun. Betul sayang, saya masih di butik."

Hmm, satu perkara aku tidak suka akan si pemanggil itu. Selalu saja mempersoalkan kejujuran si jejaka ini. Huh, aku dari pagi sehingga malam, sentiasa memerhati si dia, dan kesimpulan yang aku boleh simpulkan, dia seorang yang...hampir sempurna.

"Okey. Saya letak dulu ya? Ya. sebelum tidur nanti saya call awak."

"Assalamualaikum. Sayang awak"

Ya Tuhan, cemburunya.

Pemanggil itu, atau lebih tepatnya tunang kepada si dia.

Dia bukanlah penghalang terbesar aku untuk memiliki si dia.

Tapi..sebaliknya penghalang utama itu ialah diri aku sendiri.

Hendak diluahpun tidak aku mampu. Lemahkah?

Aku lihat si dia tersenyum. Seterusnya menyambung kerjanya yang tergendala.

Aku menahan air mata dari menitis. Rutin. Sudah aku kata, rutin.

Melihat dia senyum, aku gembira. Tapi jika senyuman itu atas dasar tunangnya, serta merta, kegembiraan yang ku rasa ini bertukar menjadi kepiluan.

Tapi, apakan daya. Kehadiran aku langsung tidak disedarinya.

***

Hampir jam 11 malam, barulah si dia berkemas hendak pulang. Seperti biasa, apabila melintasi di hadapanku, dia buat tidak endah. Seperti tiada apa apa yang patut diucapkan selamat tinggal.

"Oh! Lupa pula satu perkara!" Aku dengar dia menggumam.

Sejurus itu, dia mendekati aku, dan merenung sebentar.

Aku kaku.

Dan kemudian, dia mencempung tubuhku, lalu diletakkan di ruangan utama--almari berkaca.

"Selamat malam, esoklah aku buat baru"

Dia terus melangkah pergi.

Aku senyum segaris. Bahagia, bahagia bila dia sanggup mendukung aku lalu meletakkan aku di tempat yang aku paling suka. Maklumlah, aku tidak boleh berjalan. Aku tidak normal seperti manusia yang lain.

Dari sini, aku boleh melihat suasana di luar butik.

Indah.

Kemudian, automatik, aku menyanyi kecil.

Aku sudah kata. Ia rutin.

Rutin buatku apabila butik sudah kosong, aku akan menyanyi mengisi seluruh ruang kosong itu.

'Pernahkah engkau hargai..cintaku yang sejati..pernahkah engkau mengertikan hidupku ini...'

'Betapa hebatnya cintamu, mu beriku sejuta pilu..betapa agungnya asmaramu..membuatku terpaku..'

'Disisimu aku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa...namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu..'

'Nafasku terhenti bila melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku..mungkinkah hatiku milikmu, jua..ku sayang padamu...'

Ya. Rutin. Itulah lagu setiap malam yang akanku dendangkan. Khas, aku tuju buat si dia.

Namun..langsung..tidak dihargai..apatah lagi disedari.

***

Mentari sudah mula menyinar, aku yang berpakaian rekaan baru dari Si Dia, menjadi tumpuan ramai.

Aku amat suka diberi perhatian sebegini rupa. Aku melebarkan senyuman. Kemudian menggayakan rekaan terbaru itu dengan begitu ayu sekali.

"Cantiknya!"

"Tapi harganya terlalu mahal!"

"Ah! Sesuai dengan rekaannya. Sulaman pun teliti, potongan pun cantik saja. Tak pernah lagi saya lihat rekaan sebegini anggun!"

Aku hanya mengguriskan senyuman mendengar kata kata gadis di hadapanku.

Ya. Rekaan terbaru, sudah tentunya hasil amat amat bertaraf lima bintang. Bangga sungguh rasanya bagi pihak si dia.

para gadis dihadapanku tiba tiba diam sambil menyiku lengan masing masing. Oh, si dia datang rupanya.

"Kami masih ada lagi koleksi rekaan terbaru, pekerja saya boleh tunjukkan" ujarnya. Kemudian, dua orang pekerja wanita mula meluruskan lengan--menjemput mereka untuk ke ruangan pakaian terbaru.

Perlahan, mereka beransur ansur pergi. Kini, aku tinggal berseorangan. Ah, hendak saja aku ikut mereka.

Tiba tiba dua orang lelaki, yakni pekerja juga disini, melangkah ke dalam Butik.

"Wah, ramai hari ini." Puji salah seorang dari mereka.

"Nak buat bagaimana lagi, jari berseni. Gaji kita pun boleh naik lebih"

Mereka ketawa. Oh, sedap betul mulut berkata. Umpama aku dihadapannya ini tiada mendengar.

Bekerja hanya untuk gaji? Sungguh, jika itu nawaitu mereka, apa kenangan dan pengalaman yang mereka peroleh ini?

"Firash, Aizat!" Aku dengar suara si dia memanggil.

Firash dan Aizat berkalih. "Ya?"

"Tolong tukarkan rambut Nera, saya lupa nak tukar pagi tadi" arah si dia. Firash dan Aizat hanya mengangguk, setelah memastikan Si dia mula melayan kembali pelanggan, mereka mula bekerja.

"Patung Nera ini, lupa pula hendak ditukar. Sedangkan patung utama. Habistu patung Nura, Neela dan Nania itu ingat pulalah ya?" Firash mendengus sedikit.

Aku hanya tersenyum kecil. Ya. Si dia suka memberi nama pada setiap patung yang ada di butiknya. Entah kenapa.

"Alah, kau ni kenapa? Setakat patung saja" Aizat menggelengkan kepala.

"Ah, patung Nera ini lawa. Berbeza sedikit dari patung yang lain. Aku suka. aku tak mahulah pula Nera ini menerima nasib yang sama seperti Nuza dan Nora."

Firash membalas sedikit keras, kemudian mula menjalankan kerjanya.

Sejurus itu, aku tersentak. Nera akan menerima nasib yang samakah seperti Nuza dan Nora?

Cendana cendana itu, merupakan cendana yang sudah lama, sudahpun terkopek warna kulit. Kiranya, sudah kusam.

Dan selain Nuza dan Nora, Nera juga salah satu patung yang paling lama.
setakat ini, aku lihat pada fizikal, masih tiada cacat cela.

Aku hanya diam merenung Firash dan Aizat menjalankan kerjanya. Ah,mulut sahaja cakap lebih, kerja pun kurang dibuat.

Malam itu, aku jalankan lagi rutin yang sama. Menyanyi. Buat si dia, yang langsung tidak membuka mata untuk aku yang dambakan kasihnya ini.

'Kan ku abadikan diri kau, sewaktu ku kenangan yang manis..yang tak mungkin aku lupa..untuk selamanya..'

'Kan ku coretkan kenanganmu, dalam sanubariku ini..agar jadi yang terindah..dalam hidupku ini..'

***

Esok merupakan hari minggu. Ah, aku tidak suka. Sebab? Aku tidak dapat melihat wajah si dia lagi pada esokkan harinya.

"Jadi, girls and boys, tomorrow we--"

"Cuti!" Potong seorang gadis pantas. Si dia bercekak pinggang.

"Ya saya tahu awak tak sabar nak rehat. Saya pun tak sabar nak jumpa tunang saya. Sabar okey" si dia membalas.

Dan balasan itu sedikit merobek hati. Tak sabar nak jumpa tunang?

oh, wahai jejaka,mengapa engkau tidak pernah menyedari kehadiran aku ini?

"Saya ada sedikit tugas, hari ini, semua perlu kemaskan butik. Buang apa yang tidak patut lagi berada di sini. Sudah banyak penghantaran cendana dan juga bekalan baru" arah si dia.

Dan sekali lagi, hati aku sedikit kecut. Apatah lagi, bila melihat pada kulit lenganku. Sudah tidak sekata.

"Jadi, patung Nera itu perlu diletakkan di dalam storlah ya?" Soal si gadis. Si dia mengangguk.

"Ya, kita tak perlukan lagi Nera. Okey boleh buat kerja sekarang" setelah itu, semua pekerja mengikut arahan si dia.

Satu persatu, barang lama dibuang. Satu persatu, yang lama dibersihkan.
Satu persatu, kenangan juga diseret perlahan..

***

Setelah si dia meletakkan aku di ruangan kecil itu, dia sedikit menggumam. Sempat lagi aku menangkap apa yang digumamnya itu.

"Awak patung yang bertahan lama, Nera."

Aku tersenyum sinis. Jikalau patung ini bertahan lama, mengapa dicampaknya juga?

Awak..kalaulah awak boleh dengar apa yang hendak saya luahkan..

Dengan perlahan, pintu stor itu ditutup. Suasana amat gelap disini. Aku mula menitiskan air mata.

Kalaulah..dia boleh dengar apa yang aku hendak luahkan..

Aku meraba kawasan jariku, ada tertera satu nama, yang si dia ukir dahulu.

'NERA'

Namun, hanya tinggal nama. Kenangan juga hilang entah ke mana. Memori terbang bersama seretan waktu semasa.

Bagaimana aku hendak luahkan perasaan ini, jikalau aku sendiri tidak mampu untuk lakukan itu?

Apakah upaya,

Aku hanya sebuah patung. Sebuah cendana.

Hanya cendana yang dihiaskan jika perlu, dibuang jika tak mahu.

Hanya cendana yang menyimpul perasaan sendiri, tanpa disedari si dia yang aku cintai.

Hanya cendana yang langsung tiada apa yang perlu dikasihi, yang langsung tidak dihargai.

Hanya cendana.

***

Pernahkah engkau hargai..cintaku yang sejati..pernahkah engkau mengertikan hidupku ini...'

'Betapa hebatnya cintamu, mu beriku sejuta pilu..betapa agungnya asmaramu..membuatku terpaku..'

'Disisimu aku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa...namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu..'

'Nafasku terhenti bila melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku..mungkinkah hatiku milikmu, jua..ku sayang padamu...'

'Kan ku abadikan diri kau, sewaktu ku kenangan yang manis..yang tak mungkin aku lupa..untuk selamanya..'

'Kan ku coretkan kenanganmu, dalam sanubariku ini..agar jadi yang terindah..dalam hidupku ini..'

'Disisimu aku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa...namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu..'

'Nafasku terhenti bila melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku..mungkinkah hatiku milikmu, jua..ku sayang padamu...'

'Bagai bahtera, dilanda badai. Gelora cinta, menggoncang jiwaku ombak mencari daratan yang damai..oh cintaku......'

'Disisimu aku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa...namun sukar untuk aku meluahkan, ku cinta padamu..'

'Nafasku terhenti bila melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku ini..mungkinkah hatiku milikmu, jua..ku sayang padamu...'

***

Si dia tersenyum lebar. Nampaknya semua kerja sudah dibereskan. Deretan patung yang baru sudah disusun kemas. Pasu bunga pula diletak elok sekeliling dinding hiasan.

Setelah segalanya dipastikan selesai, Si dia mula mencapai kunci kereta di ataa meja. Namun, ketika melintasi bilik stor, satu kertas memanggil manggil matanya.

Pantas, matanya ditundukkan pada bahagian bawah lubang pintu.

Ada sekeping surat lusuh. Sejurus itu, si dia mencapai. Dengan perlahan, surat lusuh itu dibuka.

---------
'Kan ku coretkan kenanganmu, dalam sanubariku ini, agar jadi yang terindah, di dalam hidupku ini...'
-NERA
--------

-HanyaCendana
-Jam 21:35
-HatikuMilikmu-Nera

16 Mei 2018

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro