3 | Gantikan Nyawa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tanpa dia, tak mungkin saya dapat hidup sekarang"

Beberapa pasang mata disitu mula menoleh memandangnya. Pandangan kasihan.

"Dia seorang yang baik, semoga bakti yang dia taburkan kepada masyarakat, menolongnya di alam sana"

Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an mula memegang bahunya. Kata-kata lelaki itu buatkan dia tersenyum sendiri. Mengiyakan.

"Jom, kita balik ke hospital. Ada banyak lagi perkara nak diselesaikan, nanti ada masa, kita datang melawat lagi, ya?" lelaki tua tadi memujuk.

Ikutkan hati, dia masih mahu kekal disini. Tapi apa yang boleh di buat? Takdir itu bukan di tangannya.  Meraung menangis tidak mampu ulangkan masa masa lalu.

Manusia perlu belajar untuk redha.
Sehingga apa jua situasi pun, redha itu perlu. Kerana takdir, hanya Dia sahaja yang tahu.

***

'The bone marrow aspiration is usually done first. The doctor makes a small incision, then inserts a hollow needle through the bone and into the bone marrow. Using a syringe attached to the needle, the doctor withdraws a sample of the liquid portion of the bone marrow. You may feel a brief sharp pain or stinging.'

Berkali-kali, lelaki itu mengulangi fakta di paparan skrin telefon pintarnya itu. Wajahnya tidak beriak.

"Sudah-sudahlah tu. Takda apa yang nak dirisaukan, semuanya akan okey."

Entah bila, seorang perempuan beruniform putih mula menghampiri lelaki yang berada di katil itu. Terus kepala dipanggung. Bibirnya tersengih sumbing.

"Mana ada aku takut" balas lelaki itu, terus butang off di telefon pintarnya itu ditekan, skrin yang menyala mulai terpadam serta merta.

Mata lelaki itu mula melirik pada segala alatan di atas talang besi itu. Jururawat itu sedang menyusun satu persatu, dan matanya menangkap satu alat berjarum panjang halus yang buatkan halkumnya bergerak gerak. Risau.

"Saya tak cakap pun awak takut." balas gadis itu. Matanya masih tidak memandang ke arah lain, hanya sibuk menjalankan tugasnya.

Lelaki itu tergelak kecil. "Yalah. Kau ni asyik nak marah je. Aku kan pesakit kau, kenalah layan aku baik baik"

Bibir gadis itu naik sedikit, namun hanya sesaat, wajahnya itu kembali dingin.

"Awak patut dengar nasihat saya, bukan main ikut kepala lutut awak"

Gadis itu mula bergerak untuk keluar, memanggil doktor yang sepatutnya bertugas di wad itu hari ini.

"Sayang, tunggulah!"

Terus langkah gadis itu terhenti. Pantas kepalanya menoleh dan mata menjeling. Jelas terlakar dalam anak matanya itu, rajuk.

"Datanglah sini..sekejap je.." pujuk lelaki itu. Tak lama, gadis itu mula melangkah menghampiri si lelaki kembali.

"Aku minta maaf, okey?" pohonnya. Mata yang redup itu merenung dalam anak mata sang gadis. Seolah, itu kali terakhir mereka akan berjumpa.

"Itu je kerja awak. Buat salah, lepastu minta maaf. Haa ulanglah sampai kiamat" rajuk gadis itu. Muka tak payah cakap, langsung tiada lakaran senyuman.

"Aku tak makan ubat je pun"

"Tak makan ubatlah sebab awak terlantar dekat sini lagi! Tolonglah Fayyadh, ikut cakap saya. Ini semua untuk kebaikan awak. Awak taknak sihat ke? Macam dulu?"

Fayyadh tersenyum hambar mendengar bidasan gadis itu. Jelas di wajahnya, prihatin. Sepanjang hidupnya, perempuan inilah yang paling prihatin yang pernah dia kenal. Oh, nombor dua. Kerana nombor satu itu untuk arwah emak.

"tipulah kalau saya cakap saya taknak sihat, sayang." balasnya perlahan. Namun senyuman itu masih ada di bibir.

"Kalau macam tu, makan ubat. Ikut arahan saya."

Lelaki itu lebarkan lagi senyumannya. Justeru, dia mengangguk kecil. Gadis itu mula beredar, tidak mahu melengahkan tugas pentingnya.

Fayyadh memerhati gerak geri gadis itu, setelah hilang dari pandangan, senyuman yang dia lakarkan tadi terus lesap. Wajahnya serta merta bertukar mendung.

"Sayangnya, aku tak mampu nak hidup lagi.." bisiknya perlahan. Tangannya mula mencapai cermin lipat di atas meja berhampirannya.

Wajahnya ditilik.

Pucat.

Itu saja yang dapat dia tafsirkan.

Cermin lipat itu diletakkan kembali di tempat asalnya. Bibirnya melepaskan keluhan berat.

Dia tidak mahu mati. Tapi, peluang untuk hidup itu samar samar. Separuh hatinya berputus asa, putus semangat untuk hidup. Namun dalam rasa lemahnya itu, separuh lagi hati masih ingin melihat senyuman Si gadis jururawat tadi.

Lagi, bibirnya melepaskan keluhan.

***

Doktor berkot putih, mula memasukkan jarum panjang itu ke dalam ruang tulang belakang Fayyadh. Tujuannya hanya untuk mengambil cecair serebrospina dari tulang belakang untuk pemeriksaan mikroskop, bagi melihat kehadiran sel-sel leukimia.

Saat jarum itu bersentuhan dengan kulitnya, Fayyadh berdesis kecil. Apatah lagi apabila terasa bagaikan satu cecair dari badannya itu ditarik keluar, pergerakannya itu bisa dirasa.

Selesai sahaja, picagari itu diletakkan di atas dulang besi. Tugas gadis itu pula yang menguruskan pesakit.

Wajah Fayyadh masih lagi berkerut walaupun prosedur spinal tap itu telah selesai.

"Awak okey tak?" soalnya.

Fayyadh senyum dan mengangguk. Tubuhnya dahpun dibaringkan.

"Let him rest first, then prepare for next procedure" ujar Doktor itu. Mask di wajahnya masih tidak ditanggalkan. Memahami tugasnya, jururawat itu mengangguk perlahan.

Setelah memastikan Doktor itu beredar, si gadis mula menghampiri pesakitnya.

"Rehatlah dulu. Nanti kita X-Ray dada pula, okey?"

Fayyadh senyum lagi. "Terima kasih"

Ucapan itu hanya dibalas dengan senyumannya. Walaupun wajah perempuan itu dilindungi oleh mask, namun senyuman pada mata masih terserlah.

Tidak mahu berlengah, cecair penting tadi mula dibawa bersama untuk dihantar ke makmal.

Hilang, Fayyadh terus pejam mata. Senyuman itu pudar lagi.

***

"Nurse, testicular biopsy"

Gadis itu menoleh ke arah doktor lelaki itu. Dahinya berkerut. "What?"

"Kita kena buat testikular biopsi" ulang doktor itu lagi. Matanya langsung tidak memandang dia. Hanya fokus pada beberapa fail di tangannya itu.

"Kita dah kesan ada pembesaran nodus limfa di dada pesakit, bukan? Pengambilan cecair spinal pun kita dah buat.." balas gadis itu. Agak tidak senang apabila pesakit yang dijaganya itu perlu lalui pelbagai saringan.

"Ada tanda luar biasa pada testis. Itu sepatutnya awak yang kesan, nurse."  bidas Si doktor.

Walaupun nadanya hanya sekata, namun dia tahu ada pisau dalam ayatnya.

Gadis itu berdehem kecil. "Maaf, mungkin saya terlepas pandang"

testicular biopsy takes a tissue sample from your testicle for laboratory analysis. 
Ianya hanya dilakukan jika terdapat tanda tanda luar biasa pada testis pesakit.

Dan itulah yang ada pada Fayyadh. Si gadis mengeluh kecil. Dalam hatinya, berkali kali dia meluahkan rasa kasihan.

"3 jam dari sekarang" Doktor itu memberi arahan lagi.

***

Gadis itu hanya merenung wajah Fayyadh yang terlantar di katil hospital itu. Wajah pucat itu bak mayat. Serta merta hatinya dihurung rasa sebak.

Kasihan. Pesakitnya itu baru sahaja selesai menjalankan ketiga tiga prosedur. Jika 5 bulan yang lalu, hanya dua prosedur sahaja yang ditempuhnya.

"Jangan tenung aku lama lama, aku bukannya mati lagi" tiba tiba lelaki itu bersuara, namun matanya masih terpejam.

"awak tak sayang nyawa ke?" soalan yang sama, 5 bulan lepas dia lontarkan. Perlahan mata Fayyadh dibuka, dan bibirnya tersenyum nipis.

"Aku sayang kau lebih dari nyawa aku"

Hatinya dicengkam. Tidak tahu kenapa terasa sempit. Dirasanya, luahan sayang itu tidak akan berpanjangan.

"Kenapa awak tak cakap, penyakit ni datang lagi?" soal gadis itu, bergetar bibir menahan tangisan dari terlepas.

"Sayang, jangan menangis. Aku tak suka tengok kau sedih macam ni" pujuk lelaki itu. Ikutkan hati, ingin dia bangun dari pembaringan, memeluk gadis itu seeratnya. Menyalurkan kekuatan dan kasih sayangnya.

"Awak yang buat saya menangis"

Tapi malang, untuk kuat pun dia sudah lupa bagaimana, inikan pula hendak membantu orang lain untuk terus tabah.

"Aku minta maaf. Aku cuma taknak kau susah"

"Tapi awak sembunyikan perkara yang patut awak bagitahu" bidasnya.

"Tak kisahlah awak taknak susahkan sesiapa sekalipun, tapi kalau penyakit ni datang lagi, awak kena juga bagitau saya. Awak dah pernah sihat dulu, dan sekarang awak sakit balik. Awak gembira ke hidup begini?" lagi, gadis itu menyambung.

Lelaki itu hanya diam mendengar. Tidak mengiya tidak menafi.

"Esok pagi kita buat kimoterapi"

Air matanya dikesat menggunakan lengan baju putihnya itu. Kemudian dia terus berdiri. Berura ura untuk beredar.

"Sayang" pamit Fayyadh. Gadis itu menoleh.

"Kau tak penat ke, cuba merawat aku setiap hari?" soalnya. Gadis itu diam sebentar, mungkin mengambil nafas untuk menjawab.

"Esok baru kimoterapi kali pertama"

Gadis itu membuka langkah.

"Kau faham itu bukan maksud aku"

Dan kaki gadis itu berhenti lagi. Langsung tidak menoleh ke belakang.Dadanya sebak. Seolah olah ada batu bata yang menghimpit rapat. Bibirnya pula diketap erat, tidak mahu tangisan terlepas.

"Tak lama lagi, aku akan mati juga, sayang. Aku rasa, kau tak perlu lagi nak berusaha untuk tengok aku sihat lagi" ujar Fayyadh yakin. Tidak ada satupun yang terlepas dari bibirnya itu bergetar. Segalanya lancar seolah sudah lama dia menghafal skrip itu di hadapan cermin.

"Awak akan sihat" suara kecil gadis itu terlepas bersama sedikit esakan. Namun sempat ditahan agar esakan itu tidak berpanjangan. Masih lagi dalam posisi membelakangi Fayyadh.

"Aku pernah sihat, sayang. Bukan akan sihat. Kau pun faham maksud aku. Aku tak sanggup nak tengok kau kerja kuat macam ni semata mata untuk aku."

Lagi, jiwanya bertambah sebak. Nafas gadis ditarik panjang dan dihembus, cuba untuk menenangkan diri.

"Jumpa pagi esok, kita buat kimo"

"Sayang, 5 bulan lepas, aku dah buat setiap hari. Sakit, sayang. Sakit. Tapi apa yang aku dapat? Hanya kesihatan sementara sebelum diri aku terlantar di sini balik"

Gadis itu mula menoleh. Jelas di matanya yang bertukar merah itu, mengalirnya air mata kesedihan.

"Awak terlantar dekat sini balik sebab salah awak! Makan tak jaga, ubat tak sentuh, air tak cukup. Awak seolah langsung tak hargai peluang untuk awak hidup." bidas si gadis. Air mata yang merembes laju itu dibiar. Hatinya sakit bercampur kecewa.

Lelaki itu diam. Air matanya juga bertakung. Namun dia kerdipkan beberapa kali, supaya air mata itu beransur hilang.

"Acute Myeloid leukimia (AML). Biasanya menyerang orang dewasa berbanding kanak-kanak. Dan kaum lelaki lebih terdedah berbanding wanita.  Pada kebiasaanya, pesakit akan dirawat dengan kimoterapi dan hanya 40% daripadanya mampu untuk terus hidup melebihi 5 tahun. Selebihnya ada yang mati kurang daripada dua tahun selepas tempoh rawatan"

Tiba tiba lelaki itu menerangkan tentang penyakit yang dialaminya sendiri. Meskipun kebenaran itu terlebih dahulu gadis beruniform putih itu tahu.

"Hanya 40%, sayang. Aku tetap akan mati" sambungnya lagi.

"Awak pernah tergolong dalam 40% itu, Fayyadh. Percaya pada saya, kalau dulu awak mampu berjuang, takkan kali ini tidak boleh?"

Fayyadh mengeluh perlahan.

"Kau memang tak penat ke berjuang untuk aku? Dari dulu sehingga sekarang. Kau sampaikan ambil tugas ni, walaupun kau ada banyak tugas lain yang dipikul. Kenapa, sayang? Kenapa kau susahkan diri kau untuk aku? Apapun kau buat, aku tetap akan mati"

Gadis itu menekup mulutnya. Menahan esakan dari terlepas. Dadanya serasa hendak pecah mendengar perkataan mati itu berulang kali Fayyadh lemparkan.

"Maaf buat kau nangis. Aku cuma taknak kau terseksa lagi"

"Itu namanya pengorbanan, Fayyadh. Saya berkorban demi awak. Saya nak awak sihat. Saya ambil O.T , semata mata awak. Saya korbankan waktu lunch, untuk jaga awak. Hujung minggu, saya dekat sini, jaga awak. Cuti raya, saya bagi dekat orang lain, sebab nak teman awak."

Luahan gadis itu tersekat apabila esakan terlepas lagi. Telapak tangannya kembali menutup bibir. Air mata pula tidak henti henti mengalir. Lagi, hatinya sakit.

Tangannya dialihkan. Dapat dilihat, tangan itu terketar ketar.

"Saya buat semuanya untuk awak. Semata mata nak tengok awak kembali macam dulu. Sihat seperti sedia kala. Dan kita boleh teruskan impian kita. Awak cakap, awak nak halalkan saya. Saya tahu sejak awak sembuh dulu, awak kerja keras, kumpul duit demi saya. Awak berkoban untuk saya. Dan sekarang giliran saya pula, berkorban untuk awak."

Air matanya dilap. Matanya digosok sekejap akibat pandangan yang kabur dek air mata itu.

"Dan sekarang juga, kita perlu sama sama berkorban. Demi impian kita. Saya yakin awak mampu sihat, mampu sembuh. Dan kita akan kahwin bila tiba masa yang tepat. Kita bina rumah tangga, kita hidup bahagia. Awak taknakkah semua tu? Kenapa senang senang saja awak cakap awak ingin mati?" lagi, bidasan gadis itu mendiamkan Fayyadh.

"Awak fikir, mati itu menghapuskan sakit? Tak, ia hanya pindahkan sakit itu kepada orang lain"

Gadis itu mengambil nafas lagi. Air matanya dikesat supaya tiada sisa. Setidaknya, orang tidak akan sedar perihal ini.

"Saya nak awak sihat, dan untuk tu, awak kena bantu saya, untuk saya bantu awak. Kita jumpa pagi esok"

Akhirnya, gadis itu mula melangkah pergi. Sebaik hilang dari pandangan, air mata lelaki itu gugur jua.

Terharu.

Gadis merangkap tunangnya itu begitu prihatin. Betapa sayangnya dia, sanggup menempuh hari hari malang semata mata untuk lihat dia sembuh seperti sedia kala.

Namun perancangan Allah itu lebih baik. Apapun, setiap detik, mesti ada jua nyawa yang akan ditarik. Tidak kiralah waktunya bila, yang pasti, itu waktu yang tepat.

Samada aku, dia, kau dan mereka, nyawa itu tidak mampu dipertahankan walaupun sedetik jika malaikat maut sudah melambai.

Mati itu pasti.

Bezanya, kita tidak tahu masa kita atau mereka yang mendahului.

***

Tanah perkuburan itu beransur sunyi. Hanya kelihatan beberapa orang lelaki yang masih berkumpul di satu pusara. Ada juga yang masih lagi berpakaian jururawat, menandakan syif kerjanya masih belum tamat.

"Fayyadh, ayuhlah pulang. Aku bantu kau kemas pakaian, dan hantar kau pulang"

Satu tangan memegang bahunya. Dia kenal lelaki itu. Kawan baiknya sejak tingkatan empat.

Fayyadh mengeluh sendiri. Seketika dia mula berdiri dan mengikut langkah lelaki lelaki yang ada di situ.

Benar.

Mati itu pasti. Bezanya kita tidak tahu samada kita atau mereka yang mendahului.

Lihatlah sekarang. Aku sembuh buat kali kedua. Luar biasa. Aku bersyukur dan amat berterima kasih buat tunangku yang bertungkus lumus, untuk lihat aku sihat sebegini.

Sehinggakan kesihatannya pula yang tidak terjaga.

Ketidakcukupan tidur, keletihan melampau, tenaga yang berkurang, tekanan yang mendalam.

Ironinya, satu nyawa bisa diselamatkan dan satu nyawa lagi menjadi pengganti untuk ditarik.

Bila gadis itu kata, yang dia berkorban untuknya, maka gadis itu sememangnya benar. Gadis itu berkorban. Demi melihat dia hidup.

Meneruskan kehidupan. Meskipun impian yang mereka cipta itu masih diawan awangan.

Pintu kereta itu ditutup. Mata Fayyadh memerhati pusara itu dari jauh. Seolah olah di tepi pusara itu, ada bayangan tunangnya yang tersenyum manis. Melambai.

Fayyadh membalas senyuman itu. Hati kecilnya berbisik, 'terima kasih, untuk pengorbanannya' .

.
.
.

"You can sacrifice and not love. But you cannot love and not sacrifice" -Kris Vallotton.

.

.

.

4 Jun 2018,
KPJ, Selangor Specialist Hospital.

.
.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro