11| GOOD GIRL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- A good girl is supposed to be very quiet -
______________________________

Kepala yang terasa berdenyut memaksa Carla Liliana Pia mencelikkan matanya, sebelah tangan naik memicit perlahan dahi yang semakin berdenyut kuat itu. Wajahnya berkerut halus.

Setelah dirasakan keadaan kepalanya makin berkurang denyutan, anak mata kelabu itu meliar memerhati keadaan sekeliling. Dia mengeluh kecil, kini dia berada di atas katil biliknya.

Tubuh yang terbaring dibangunkan perlahan lalu badan disandar di kepala katil. Seketika, wajah Carla Liliana Pia berubah pucat saat mengingati perkara yang berlaku di basement tersebut. Mata bulatnya mula bertakung dengan airmata.

Terlayar di ruang mata saat pisau tajam yang mengelar leher lelaki tersebut. Kedua belah lutut dirapatkan pada dadanya dengan tangan kecil menekup wajahnya. Terhinjut-hinjut bahu Carla Liliana Pia menahan daripada terkeluar suara tangisannya.

Tak dapat dibayangkan jika papanya yang dibunuh sama seperti lelaki tersebut. Mengingati ahli keluarganya yang lain makin deras airmata mengalir membasahi pipinya.

Dia tak menyangka bahawa lelaki tersebut begitu kejam.

Hanya disebabkan perkara kecil hingga sanggup membunuh tanpa memberi peluang. Dia tahu, sememangnya mereka yang tergolong dalam kumpulan Mafia terlalu pentingkan duit dan juga kuasa. Tapi mengapa sampai membunuh?

Seketika, bunyi pintu bilik dibuka dari luar membuatkan Carla Liliana Pia mendongak kepalanya perlahan sambil mengesat sisa airmatanya.

Muncul susuk tubuh De'luz yang melangkah masuk ke dalam biliknya dengan riak wajah bengisnya itu diikuti Jane yang membawa dulang makanan lalu diletakkan ke atas meja kecil itu sebelum berlalu keluar.

"Get up. You fainted about for hours ago and you have to eat." arahnya kekal dengan nada dinginnya.

Kepala ditunduk kembali ke bawah sambil menggeleng kecil.

Tiada selera untuknya makan setelah melihatkan apa yang berlaku seketika tadi, jelas lelaki itu menghukumnya melalui mentaliti bukan fizikalnya dan sengaja lelaki itu mahu mengawal emosinya.

Rahang diketap rapat lalu perlahan kaki diatur menuju ke katil gadis itu manakala Carla Liliana Pia pula yang perasan akan pergerakan De'luz memandang lelaki itu dengan mata yang terbuka luas.

"No. I'm n-not hungry." ujarnya perlahan tanpa membalas pandangan membunuh lelaki itu.

Badan diundur ke belakang saat lelaki tersebut berdiri ditepi katilnya. Air liur ditelan kasar.

Carla Liliana Pia takut-takut melihat De'luz yang duduk di birai katil berdekatan dengannya, risau jika dia membuatkan lelaki itu mengamuk untuk kali kedua.

" Macam mana nak makan kalau lepas tengok orang kena bunuh? Lepastu dia tengok pun macam nak telan je , siapa je yang tak takut . Hm .. "

Carla Lliana Pia menggumam halus dan perlahan sambil mengerling De'luz yang sedang menyinsing lengan baju kemeja hitamnya, tetapi didengari oleh lelaki itu apa yang dikatakannya.

De'luz tersenyum sinis .

" Aku tunjuk sikit kau dah pengsan . Kau kena makan , hukuman kau tak habis lagi . Aku tak kira kau suka atau tak . Faham? "

Terus membuntang mata bulat Carla Liliana Pia dengan mulut yang terlopong kecil seraya memandang wajah De'luz yang tersenyum sinis yang sedang menguis makanan di dalam pinggan itu dengan sudu ditangannya .

Lidahnya kelu untuk bersuara saat pertama kali mendengar lelaki itu berbahasa Melayu dengannya dan turut faham apa yang dikatakannya sebentar tadi.

Seakan tak percaya dibuatnya bila lelaki itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Sedangkan dia habis-habisan percaya bahawa lelaki itu tak memahami dan tak fasih berbahasa Melayu tapi sangkaannya meleset sama sekali.

Wajahnya mula merah-kemerahan sambil menunduk kembali kepalanya. Kelu untuk memberi respon pada lelaki itu. Bibirnya menggumam halus tanpa sebarang suara.

De'luz merenung tajam Carla Liliana Pia yang sedang menunduk dengan bibir yang bergerak-gerak tanpa sebarang suara itu. Bibir halus yang menunggu masa untuk disatukan dengan bibirnya.

Bibir bawahnya digigit perlahan saat dia ingin bersuara tapi tiada ayat yang keluar dari mulutnya dan sekelip mata tubuh Carla Liliana Pia mengeras dengan mata yang terbuntang luas merenung ke dalam anak mata biru De'luz itu.

Carla Liliana Pia terkaku tanpa dapat berfikir dengan jelas apa yang perlu dilakukannya saat ini apabila bibir halusnya secara tiba-tiba diragut oleh bibir lelaki itu. Melekap rapat antara satu sama lain. Terkebil-kebil matanya.

" Kau yang paksa aku , to feel this soft and sweet lips . " bisik De'luz perlahan dengan suara serak basahnya sambil mengusap perlahan bibir gadis itu .

Wajah dijauhkan sedikit daripada Carla Liliana Pia yang jelas terkedu dan tergamam dengan tindakannya itu. Terukir senyuman sinis dibibirnya saat melihat perubahan riak wajah Carla Liliana Pia yang merah padam itu.

Dia sudah lama menahan dirinya daripada menyentuh gadis itu tetapi sekarang Carla Liliana Pia yang memaksanya berbuat sedemikian . Mungkin gadis itu akan memarahinya tapi dia tak peduli .

Tak dapat dikawal keinginannya untuk merasa bibir halus gadis tersebut saat Carla Liliana Pia menggigit bibir bawahnya seketika tadi.

Jelas yang patut disalahkan adalah gadis itu kerana melakukan perbuatan yang dianggap menggoda itu.

" Awak curi first kiss saya? " soal Carla Liliana Pia dengan rasa tak percaya sambil menyentuh bibirnya .

Wajah tak beriak De'luz dipandangnya dengan wajah yang jelas terpancar riak terkejut itu.

Mata bulatnya terkebil-kebil merenung lelaki tersebut setelah tersedar daripada tindakan lelaki itu yang memeranjatkannya.

De'luz tersengih sinis merenung wajah merah padam dan juga riak terkejut gadis itu. Sudu yang berisi makanan itu dihulurkan ke arah Carla Liliana Pia seakan tiada apa yang berlaku.

"Lucky me to be your first."

Melihatkan renungan lelaki itu berubah dingin, lambat-lambat mulutnya dibuka untuk memudahkan De'luz menyuapnya. Sikap lelaki itu tak dapat dijangka, seketika kelihatan tenang dan sesaat berubah gerun.

Perlahan mulutnya mengunyah makanan dengan wajah yang menunduk ke bawah sambil jari kecilnya bermain dengan hujung selimut yang berada di paras pinggangnya itu.

Wajahnya masih lagi merah padam, malu dengan apa yang terjadi seketika tadi. Mengikut kata kakaknya, kalau seseorang itu menciumnya itu bermakna mengambil ciuman pertamanya dan tiada sesiapa yang menciumnya selain daripada De'luz.

He's stole my first kiss!

Berkaitan dengan lelaki yang memujuknya tempoh hari waktu makan malam itu; Lucas, dia tak hiraukan lelaki itu mengucup dahinya kerana kakak, mama dan papanya selalu berbuat begitu tiap kali dia ingin tidur.

Suapan demi suapan berlalu tanpa sebarang perbualan, hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan saja memenuhi bilik tersebut.

Setelah siap memberi makan pada gadis itu, pinggan diletakkan kembali ke atas meja kecil tersebut.

De'luz memerhati Carla Liliana Pia yang sedang meneguk air yang diberikannya itu seraya bangun dari duduknya, mata menilik jam berjenama di pergelangan tangan kirinya sekilas.

"Get ready. I've not finished yet to give you an interesting show. I'll be back in 10 minutes."

Terus berubah riak wajah tenang Carla Liliana Pia yang kini terpancar riak cuak dan juga cemas di wajahnya mendengarkan arahan daripada lelaki tersebut.

Nada suara lelaki itu tenang saja tetapi tegas dan penuh mendalam. Fikirnya hukumannya sudah habis, tapi masih ada. Jantungnya mula berdetak kuat memikirkan hukumannya.

Air liur ditelan kasar melihat wajah bengis dan menggerunkan De'luz yang sedang merenungnya dengan pandangan tajam itu.

Mulut yang terbuka untuk bersuara terus tertutup sebaik lelaki itu mengangkat jari telunjuk menyuruhnya untuk diam. Mata Carla Liliana terbuka luas saat lelaki itu mula mendekatinya.

Selimut ditarik rapat hingga paras bahunya sambil mencengkam kuat hujung selimut tersebut, mata tak lepas memerhati setiap langkah kaki lelaki itu yang kini berada dihadapannya.

Badan ditundukkan sedikit ke bawah menyamai paras gadis itu yang merenungnya dengan riak terkejut, wajahnya didekatkan pada wajah Carla Liliana Pia hingga seinci saja ruang yang tinggal.

"A good girl, especially like you is supposed to be very quiet - " ujarnya perlahan dan tegas.

Sebelah tangan dinaikkan lalu tapak tangan besarnya menyentuh perlahan tepi wajah gadis tersebut sambil mengusap lembut rahang gadis itu dengan mata tajam merenung ke dalam anak mata Carla Liliana Pia.

Gadis itu hanya memandangnya tanpa bersuara. De'luz memerhati segenap wajah cantik Carla Liliana Pia sepintas lalu sebelum matanya terhala pada bibir halus yang diragutnya seketika tadi.

"Worries if it can worsen the things, mio caro." (my dear)

Dahi Carla Liliana Pia dikucupnya sekilas seraya mengukir senyuman sinis dibibirnya lalu dia melangkah keluar daripada bilik tersebut meninggalkan Carla Liliana Pia yang terkaku dengan wajah membahang itu.

•••••

Carla Liliana Pia segera melangkah keluar daripada biliknya sebaik dimaklumkan pengawal dihadapan pintu biliknya itu, jelas susuk tubuh De'luz yang berdiri dihadapan pintu bilik dengan telefon yang terlekap ditelinga sambil berbual dalam bahasa Itali itu.

Dia hanya berdiri sambil bermain dengan jari-jemarinya menunggu lelaki itu sebelum De'luz menamatkan panggilan lalu menoleh ke arahnya dengan wajah bengis lelaki itu. Sebelah tangan pula dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Ready for an interesting show, sweetheart?"

Mata merenung wajah gelisah gadis kecil disebelahnya itu bersama senyuman penuh kejahatan tersungging di bibirnya. Pertunjukan kali ini pasti membuatkan gadis itu serik dengan sikapnya.

Walaupun dia tak bersedia, kepala tetap diangguk perlahan tanpa memandang wajah lelaki itu. Bahu Carla Liliana Pia dipeluk De'luz dengan sebelah tangannya sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

Keluar saja daripada lif, mereka berdua tiba di basement di mana tempat lelaki itu mengarahkan anak buahnya untuk menyeksa dan membunuh lelaki berusia tersebut. Dahi Carla Liliana Pia mula mengeluarkan manik-manik peluh.

"Kali ni, aku nak kau tengok dan diam. Jangan sekali pun kau tutup mata kau. Satu lagi, diam kalau kau tak nak aku beratkan lagi hukuman kau."

Serius dan mendalam De'luz bersuara memberi amaran pada gadis kecil itu. Seketika, mereka tiba di bilik seksaan tersebut lalu pintu dibuka oleh pengawal yang berada di situ. Mereka masuk ke dalam bilik tersebut.

Orang suruhan De'luz membawa mereka berdua ke arah sebuah bilik dalam bilik penyeksaan itu sebelum menunduk hormat pada De'luz dan keluar daripada bilik tersebut. Carla Liliana Pia pula terkelu lidah untuk bersuara.

Bilik tersebut dipenuhi dengan meja-meja panjang dan lebar, manakala di setiap meja tergantung pelbagai jenis tali pinggang, besi dan juga rotan-rotan tebal.

Alat untuk menyeksa mangsa.

Tubuh kecil Carla Liliana Pia menggigil halus saat di setiap meja, perempuan-perempuan yang tertiarap di atas meja tersebut tanpa seurat benang menutupi tubuh masing-masing sedang teresak menangis dan juga menjerit kesakitan.

PAP! PAP!

Bunyi yang terhasil daripada tali pinggang dan juga rotan tebal berlaga dengan kulit tubuh perempuan-perempuan itu bersama raungan dan jeritan kesakitan memenuhi ruang bilik tersebut.

Carla Liliana Pia menekup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan dan mata yang tak berkelip melihat riak kesakitan pada wajah mereka yang diseksa itu.

Bibirnya yang bergetar halus itu diketap rapat menahan suara tangisannya.

Tiba-tiba muncul seorang gadis yang nenjerit ketakutan diheret oleh orang suruhan De'luz masuk ke dalam bilik tersebut.

Wajahnya dipenuhi kesan lebam dan juga airmata yang membasahi pipinya dengan rambut yang kusut masai.

Diperhati saja gadis tersebut yang diheret lalu diletakkan ke atas meja panjang itu. De'luz pula hanya merenung kosong melihat mereka yang ketakutan dan kesakitan itu dengan wajah gerunnya.

Tapi bukan Carla Liliana Pia yang mula teresak halus itu.

Lelaki yang membawa masuk gadis tersebut mula mengikat kedua belah tangan dan juga kaki gadis malang itu ketat dan kemas sebelum lelaki tersebut mengubah posisi gadis itu supaya meniarap di atas meja tersebut.

PRAK!

Hanya dengan sekali rentapan kasar, pakaian yang tersarung pada tubuh gadis itu terkoyak dan menampakkan tubuhnya yang terlindung, perkara yang sama dilakukan dengan merentap pakaian dalam gadis tersebut.

Kini tubuh gadis itu terdedah tanpa sebarang pakaian ditubuhnya. Carla Liliana Pia cuba menutup kelopak matanya tetapi amaran daripada De'luz yang mencengkam sedikit kuat pada bahunya itu mematikan niat Carla Liliana Pia.


" Don't make me repeat myself , dear . Kau akan kena macam tu kalau kau ulang lagi perangai kau lepasni . "

Bisik De'luz perlahan penuh makna di tepi telinga gadis kecil yang sedang teresak halus itu.

Pinggang Carla Liliana Pia dipeluknya kemas dari belakang sambil melabuhkan dagunya pada bahu kanan gadis itu.

Seketika mata yang kabur dengan airmata Carla Liliana Pia terbuka luas dengan tubuh yang bergetar kecil apabila melihat lelaki tersebut mula mencapai rotan tebal yang tersangkut pada meja dimana gadis tersebut berada.

PAP! PAP!

Sesaat bergema bilik itu dengan jeritan kesakitan gadis tersebut sebaik saja lelaki itu mula memukul punggungnya yang tak dilindungi sebarang kain itu dengan rotan tebal tersebut.

Sebatan demi sebatan hinggap pada tubuh gadis itu.

"Count, bitch!"

Lelaki tersebut terus memukul diseluruh belakang badan gadis itu yang mula meninggalkan kesan merah disetiap inci kulit tubuhnya.

De'luz pula tersenyum sinis melihat perkara yang berlaku dihadapan matanya itu.

PAP!

"Eleven!"

PAP!

"Arhh! T-twelve!"

PAP!

"T-thirteen! S-stop!"

Perkara tersebut berlanjutan hingga membuatkan gadis itu tiada suara lagi untuk menjerit dan menangis.

Carla Liliana Pia menggenggam erat tangannya saat melihat penyeksaan dan kesakitan yang ditanggung gadis tersebut. Airmata makin laju menuruni pipinya.

De'luz mencium perlahan disekitar bahu dan juga leher Carla Liliana Pia. Dapat dirasakan tubuh kecil gadis itu menggigil antara menahan tangisan melihat penyeksaan itu dan juga ketakutan dengannya.

" Kau dah tengok , kan? Keep that in your pretty little head , never ever to disrespect or disobey me , dear .. "

Ciuman yang dilabuhkan pada leher dan bahu gadis itu dihentikan saat Carla Liliana Pia mengangguk faham sebelum tubuh kecil Carla Liliana Pia dipusing pantas berhadapan dengannya.

Wajah ketakutan dan sembab gadis itu dipandang dalam dengan senyuman sinis dan kemenangan tersungging di bibirnya.

"Good girl."



[#] Poor you pretty Carla 😑

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro