13| WISH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- You should never wish for wishful thinking -
_____________________________

De'luz melangkah perlahan keluar daripada bilik pejabatnya diikuti dua orang suruhannya sambil meletakkan kot di lengan kanannya manakala sebelah tangan lagi jemarinya ligat menekan skrin telefon miliknya.

"Master, it calls from Russian."

Salah seorang anak buahnya menghulurkan telefon bimbit sebaik menjawab panggilan daripada salah seorang Mafia dari Rusia itu kepadanya.

Tanpa menunggu lama, terus telefon tersebut dicapai lalu ditekapkan pada telinga kanannya dengan mata masih lagi membaca email yang tertera pada skrin telefon miliknya itu.

"Speak."

Butir bicara pemanggil di sebelah talian didengarinya tanpa bersuara. Seketika, panggilan ditamatkan lalu telefon tersebut diberikan kembali pada anak buahnya.

Langkah kaki De'luz berhenti sesaat sebaik tiba dihadapan bilik Carla Liliana Pia, isyarat tangan diberikan pada dua orang suruhan yang berada di belakangnya itu supaya pergi terlebih dahulu.

Manakala dua orang yang berada di pintu bilik gadis itu menunduk hormat padanya. Pintu bilik Carla Liliana Pia dibuka menggunakan kunci yang sentiasa berada dengannya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Terbaring sekujur tubuh halus Carla Liliana Pia yang sedang terlena di atas katil bersaiz king yang bercadar satin bewarna hitam itu. Jelas menyerlahkan lagi kulit putih pucat gadis itu dipandangan matanya.

Kecil dan sangat menarik perhatian De'luz melihat tubuh kecil Carla Liliana Pia. Setelah berada di tepi katil gadis itu, badan direndahkan sedikit supaya dapat menatap wajah cantik itu dengan lebih dekat dan jelas.

Rambut lurus dan lembut yang menutupi sebelah sebelah wajah gadis itu dialihkan ke tepi lalu tapak tangan besarnya menyentuh wajah Carla Liliana Pia lalu diusapnya lembut pipi gadis tersebut.

Sesaat bibirnya bertemu dengan dahi Carla Liliana Pia dan berlabuh pada bibir halus yang menjadi ketagihannya setiap saat apabila mulut kecil itu berbicara dengannya.

Selimut yang menutupi separas pinggang gadis itu dibetulkan sedikit lalu dia kembali berdiri tegak seraya berlalu keluar daripada bilik itu.

Suka? Dia sukakan gadis itu tapi bukan sekadar suka , dia cintakan Carla Liliana Pia . Dia tak nafikan itu . Dia seorang lelaki yang tak pernah menggunakan cara lembut kerana apa yang dia inginkan dia pasti miliki .

Buktinya, kini dia memiliki Carla Liliana Pia. Walaupun bukan dengan berjaya memiliki hati gadis itu, dia tak peduli. Lambat-laun, dia pasti akan miliki sekeping hati milik Carla Liliana Pia.

Sebaik masuk ke dalam lif, De'luz mengukir senyuman sinis dihujung bibirnya, kelopak mata dipejam rapat buat sesaat sebelum dibuka kembali dengan anak mata birunya yang mula bertukar gelap.

Carla Liliana Pia pantas mencelikkan mata sebaik saja mendengar bunyi pintu biliknya dikunci daripada luar menandakan bahawa De'luz sudah keluar daripada biliknya. Degupan jantung yang berdegup kuat itu cuba distabilkan.

Dia sedar dan dia tahu lelaki itu masuk ke dalam biliknya tetapi sengaja dia berpura-pura tidur. Sesaat, terasa ciuman lelaki itu yang singgah di dahi dan bibirnya tapi perasaan lain menjalar dihatinya.

Cinta?

Bukan. Tapi apa yang dia rasakan dan boleh dia simpulkan, setiap kali lelaki itu menciumnya ia adalah ikhlas. Ya, dia rasa begitu. Tapi cepat saja diusir perasaan tersebut. Mustahil dia jatuh hati pada lelaki itu. Nonsense!

Seketika, dia mula teringatkan tentang perkara yang dari awal sudah dirancangnya sejak dua hari lalu. Dia sendiri tak tahu sudah berapa lama dia berada dalam kurungan lelaki itu.

Pantas Carla Liliana Pia melompat turun daripada katilnya lalu tergesa-gesa dia menuju ke arah almari pakaiannya yang dua kali ganda lebih besar dari almari pakaian di rumahnya, tangan meraba dalam salah satu laci sebelum mencapai sesuatu.

Setelah mendapatkan apa yang dicarinya, lantas Carla Liliana Pia mengeluarkan tab kepunyaan salah seorang pembantu rumah yang tertinggal di atas meja pasu di ruang tamu waktu makan tengahari tadi.

Mata tak lepas memandang ke arah pintu biliknya, berjaga-jaga. Risau jika perbuatannya itu diketahui mereka.

Nafas ditarik dalam bersama senyuman penuh berharap terlakar di bibirnya saat melihat gadjet tersebut.

Dengan pantas dia berlari masuk le dalam bilik air lalu pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Dengan nafas yang bergetar, segera tab tersebut dihidupkan lalu nombor Carla Luna Mia di dail. Mujur saja dia mengingati angka nombor kakaknya itu.

Sementara menunggu talian disambungkan, mata dipejam rapat dan serentak itu airmata laju mengalir menuruni pipinya. Hatinya tak berhenti berharap dia bakal terlepas daripada kurungan lelaki itu.

"Hello."

Serta-merta esakan halusnya terlepas dari bibir halus itu saat mendengar suara Carla Luna Mia menyapa disebelah talian. Sungguh dia rindukan kakaknya termasuk ibu dan bapanya.

"H-hello. Kakak, tolong adik!  Adik tak nak duduk dekat sini! Adik nak balik..  A-adik- "

Mulut ditekup dengan tapak tangan menahan suara tangisannya, tubuh yang disandarkan pada belakang pintu bilik air perlahan melurut ke bawah. Terhinjut bahunya dengan mata yang dikaburi airmata.

"Adik! Adik dekat mana sekarang?! Adik okay ke? Adik cakap dengan kakak, adik dekat mana? Kakak dengan mama and papa tengah risaukan adik!"

"A-adik tak tahu adik ada d-dekat mana.. A-adik tak tahu."

Carla Luna Mia di sebelah talian terdiam seketika dengan wajah cemas dan kerisauannya.

Suara tersekat dan esakan Carla Liliana Pia membuatkan jantungnya berdegup kencang. Adiknya dalam bahaya.

"Adik tunggu dulu. Jangan off lagi, biar kakak cuba cari adik punya location sekarang. Jangan - "

Talian terputus tanpa sempat Carla Luna Mia meneruskan bicaranya manakala Carla Liliana Pia pula terpinga seketika sebelum mata bulatnya terbuka luas dengan wajah berubah pucat.

"Hello?! Kakak! Hello!" tab yang dipegangnya direnung dengan mata yang berkaca-kaca.

Wajah ditekup dengan kedua belah tapak tangan saat menyedari bahawa harapannya untuk keluar daripada kurungan De'luz mungkin tak akan berhasil.

Dia buntu.

Tab dihidupkan sebelum mendail semula nombor kakaknya tetapi tetap tak berhasil malah tiada liputan rangkaian yang tersedia. Dicuba berkali-kali tapi tetap tak berjaya , usahanya hanya sia-sia.

"Miss, open the door!"

•••••

De'luz melabuhkan punggung di atas kerusi kaca yang terletak dalam kelab malam tersebut. Manakala dua orang pengawal peribadinya berdiri disisinya dengan tangan yang disilangkan pada dada.

Dia baru saja berjumpa dengan salah seorang daripada mereka yang berurusan dengannya.

Sejak dari tengahari tadi hingga ke malam hari dia sibuk bertemu dengan mereka sama ada untuk berurusan dengan pengedaran dadahnya dan juga mereka yang berhutang dengannya.

Dalam bilik VIP tersebut dapat dilihatnya pengunjung kelab malam tersebut yang sedang menari dan tak kurang juga berpelakuan tak bermoral tanpa rasa malu. Mata birunya tajam memerhati disekeliling kelab malam itu disebalik dinding kaca bilik tersebut.

Remy Martin yang berada di atas meja kaca di hadapannya dituang ke dalam gelas kaca lalu gelas yang diisi separuh dengan minuman keras tersebut diambil lalu diteguk perlahan . Sesaat , mata tertancap ke arah Lorenzo .

Lelaki itu yang sedang berbual bersama beberapa orang lelaki yang juga dari kalangan ahli kumpulan mafia yang lain.

Dan disebelahnya terdapat seorang perempuan yang hanya mengenakan dress sendat separas atas peha sambil mengusap dada lelaki itu tapi Lorenzo hanya mengabaikan gadis tersebut.

Deringan telefon miliknya yang berbunyi nyaring itu melarikan anak mata birunya yang sedang memandang ke arah Lorenzo itu beralih ke arah telefon miliknya yang terletak dalam poket kot di sebelah dalam itu.

Melihat nama pengawal yang diarahkan untuk mengawasi bilik Carla Liliana Pia membuatnya berdecit halus lalu telefon ditekapkan pada telinga setelah panggilan dijawab. Mata dipejam rapat.

" Master! Miss Carla was using a tab to call someone! "

Terukir senyuman sinis dihujung bibirnya.

Dia sudah mengetahuinya sedari awal lagi dengan apa yang dirancang gadis itu. Semuanya dia lihat melalui CTTV yang dipasang dan tersembunyi dalam bilik Carla Lilana Pia.

" I know . Be sure to take her into my room . If I knew you hurt her , you'll die . " tenang saja dia bersuara .

Panggilan ditamatkan lalu telefon disimpan kembali, arak yang masih berbaki diteguknya sekali nafas sebelum gelas tersebut diletak kasar ke atas meja dengan anak mata birunya yang berubah gelas dan menggerunkan itu.

Bangun dari duduknya dia mula melangkah keluar daripada bilik VIP kelab malam itu diikuti dua orang pengawal peribadinya.

Seketika datang seorang gadis seksi menghampirinya dengan lenggok badan dan senyuman menggoda terukir di bibir.

Sebaik gadis itu menempel pada tubuhnya dengan sebelah tangan yang bermain dengan tali lehernya dan perlahan menurun ke bawah dan kebawah itu, De'luz tergelak kecil.

Dalam dan sinis tawanya.

Sepantas kilat, tangan besarnya mencengkam kuat leher gadis tersebut hingga membuatkan tubuh gadis itu terangkat sedikit dengan kaki yang tak mencecah lantai. Jelas gadis tersebut terperanjat dengan tindakan De'luz.

" Listen here and listen good . Mio cazzo isn't interested to scopata la tua figa di merda , slut! "

Katanya keras dan perlahan pada gadis itu yang meronta dengan wajah berubah pucat kebiruan cuba mencari oksigen untuknya bernafas. Lalu cengkaman pada leher gadis tersebut dilepas kasar dan terus gadis itu terjelupuk ke atas lantai.

Lantas rambut panjang gadis itu pula direntapnya kasar menghadapnya, wajah didekatkan pada telinga gadis itu.

"I can't hear you." bisiknya keras seraya menguatkan lagi cengkamannya pada rambut gadis tersebut.

Gadis itu yang menggigil ketakutan mengangguk faham. Walalupun tekaknya perit untuk bersuara tetapi di paksakan juga, benar-benar ketakutan dengan lelaki yang berada dihadapannya ini.

"Y-yes, Sir. I'm s-sorry."

De'luz tersenyum sinis sebelum melepaskan rambut gadis tersebut yang sedang mengusap leher yang berbekas dengan cengkaman tangannya itu dengan nafas yang tercungap-cungap sambil terbatuk kecil.

Kaki diatur kembali meneruskan langkahnya. Kemarahan yang membuak-buak mengingati gadis kecil yang berada di rumahnya itu cuba ditenangkan. Gigi diketap rapat.

'You should never wish for your wishful thinking, babygirl.'

Manakala Lucas yang sebaik saja mendapat tahu tentang gadis itu terus menggodam sistem panggilan Carla Liliana Pia, dia harus bertindak pantas kerana jika gadis itu berjaya —

Bukan dia dan mereka yang lain yang bakal menjadi amukan De'luz malah Carla Liliana juga turut menerima akibatnya. Gadis itu benar-benar berani, dia sendiri tak pasti apa yang De'luz akan lakukan selepas ini.

•••••

Carla Luna Mia menekan-nekan skrin komputer dengan tangan kanannya, manakala sebelah lagi tangan memegang kemas telefon bimbitnya sambil anak mata bersilih-ganti memandang dua alat komunikasi tersebut.

Wajahnya juga terpancar dengan riak cemas dan kerisauan seraya cuba untuk mengesan lokasi Carla Liliana Pia melalui nombor yang digunakan adiknya itu seketika tadi, tapi hingga tika ini tiada petunjuk dari mana lokasi tersebut.

"Shit! Macam mana boleh hilang pulak?! Jangan cakap Pia off handphone! Arhh!"

Telefon bimbit ditangannya dihempas kasar ke atas meja komputer tersebut dengan nafas kencang, turun-naik dadanya memikirkan adiknya.

Sungguh dia kusut tika ini. Wajah diraup kasar.

Malangnya apabila sewaktu dia sedang mencari titik lokasi Carla Liliana Pia, nombor yang digunakan adiknya untuk menghubunginya seketika tadi sekelip mata hilang daripada log panggilan telefon bimbitnya l.

Tit!

Seketika, Carla Luna Mia menghalakan anak mata ke arah skrin komputer yang memaparkan butir maklumat yang terpapar semasa dia cuba mengesan kedudukan adiknya kini lenyap daripada skrin komputer tersebut dengan tiba-tiba .

"No! No! Tak boleh hilang macam ni je! Please, jangan hilang." gumamnya dengan nada yang jelas kembimbangan.

Diperhati dan bersungguh-sungguh Carla Luna Mia cuba untuk mencari kembali maklumat yang masih belum lengkap itu.

Hanya separuh saja maklumat yang didapatinya tapi tak memberi sebarang petanda dimana lokasi adiknya.

Gagal!

Carla Luna Mia menarik nafas dalam dengan wajah tegang dan juga mata yang mula berkaca-kaca saat usahanya untuk mendapatkan kembali maklumat yang tak sempat disimpannya itu hilang begitu saja.

Suara ketakutan Carla Liliana Pia, esak tangisnya dan juga getaran dalam nada suaranya jelas menunjukkan adiknya dalam bahaya dan juga ketakutan.

Dia sendiri masih berdebar untuk memberitahu pada orang tuanya.

"Adik jangan takutkan kakak. Adik dekat mana? Macam mana kakak nak explain dekat papa dan mama?"

Getaran telefon bimbit yang berada di atas meja komputer itu menarik perhatiannya lalu dicapai gadjet tersebut dan tertera nama Jay yang terpampang di skrin telefon bimbitnya. Panggilan dijawab dengan segera.

"Kau ada dapat apa-apa tak? Maklumat yang aku dapat tadi semua lesap! Aku tak tahu kenapa!"

Jay yang berada di sebelah talian terdiam sejenak sebelum menghela nafas berat. Bukan Carla Luna Mia yang kehilangan maklumat tetapi dia juga sama seperti gadis itu. Jay mengetap rapat giginya.

"Aku dah dapat. 10% baru copy masuk dalam file l, tengah loading tu terus hilang. Satu pun tak sempat save."

Nafas dihembus perlahan, Jay merenung kosong komputer dihadapannya sebelum menyambung kembali kata-katanya yang membuatkan Carla Luna Mia terkedu dengan fikirannya yang cuba memproses maksud Jay.

"Aku pun tak suka nak cakap tapi apa yang aku boleh cakap, orang yang ada adik kau bukan calang-calang orang. Aku tak tahu siapa tapi..."

Carla Luna Mia memicit perlahan dahinya, kepalanya mula terasa berdenyut perlahan. Mungkin terlalu memikirkan apa yang berlaku pada adiknya. Jantungnya berdegup kencang.

" Apa? M-maksud kau? Jangan cakap dorang apa-apakan adik aku! " suara dicelah gigi , penuh dengan kemarahan dan juga kerisauan .

Begitu juga dengan Jay disebelah talian yang turut berwajah tegang. Otaknya ligat memikirkan keadaan dan juga cara untuk menjejak kedudukan Carla Liliana Pia.

"Orang yang ada dengan adik kau. Apa yang aku boleh agak, dia bijak, cekap buat kerja. Maklumat yang kita cari sekejap je dah lesap, see? Paling sial, tak dapat detected langsung walaupun satu hint dekat mana adik kau."

Carla Luna Mia terdiam seribu bahasa. Cuba mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi dan siapa - dia?



* Pia cari pasal (sigh) teguk air sambil tengok muka ketat Luna and Jay . Kesian (smirk) .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro