2| DANGEROUS EYES

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


- There's full of evil in his dangerous eyes -
_______________________________


"Mandy!"

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an menoleh ke belakang saat namanya di seru seseorang. Dia tersenyum lebar apabila terpandangkan gadis pemalu tersebut yang tersenyum dengan wajah yang kemerah-merahan itu.

Mandy merupakan pemilik Cafe yang selalu dikunjungi Carla Liliana Pia dan mereka berdua sememangnya rapat memandangkan Carla Liliana Pia sudah menjadi pelanggan tetapnya di Cafe itu.

"Si, tesoro." (Yes, honey)

Carla Liliana Pia menghampiri Mandy, mata memerhati ke arah sebuah meja panjang yang dihiaskan dengan alas meja bewarna merah gelap dan juga kerusi yang tersusun rapi.

Jelas menunjukkan bahawa meja tersebut disediakan untuk tetamu penting yang bakal berkunjung di Cafe tersebut. Fikirannya mula memikirkan gerangan yang bakal berkunjung nanti.

"Who is coming? Looks like they are important guests?" soalnya ingin tahu dengan wajah berkerut hairan.

Mandy terdiam sejenak, serta-merta air mukanya berubah ketakutan dengan pertanyaan Carla Liliana Pia. Sememangnya dia juga berdebar untuk menantikan kehadiran pelanggan penting itu.

Mandy berdehem kecil sambil mengukir senyuman halus dibibir, wajah dirapatkan pada telinga gadis itu.

"They're from some of Mafia Leader and their gangs and they choose to to meet in my cafe. Bad news for me too, but don't worry, just stay away from them. Alright, tesoro?"

Terkebil-kebil Carla Liliana Pia mendengar pernyataan Mandy. Dia sudag terbiasa mendengar desas-desus mengenai ahli kumpulan Mafia yang berada di sekitar Itali berjumpa sesama mereka di tempat awam.

Tapi, hatinya tiba-tiba saja terasa berdebar-berdebar tika ini. Terselit juga rasa gerun dengan mereka tapi dia hanya beriak biasa saja.

'Calm down, Pia! Here goes nothing! Mind your own bussiness.'

Cuba ditenangkan hatinya, separuh hatinya yakin tiada apa yang akan berlaku tapi separuh hati lagi turut kerisauan jika berlaku perbalahan antara ahli Mafia itu, semestinya darah yang akan mencemarkan lantai Cafe itu.

Seperti yang dinasihatkan Mandy, jauhkan diri daripada mereka dan itu lebih baik untuknya kerana mereka tak akan menghiraukan jika tak berkaitan dengan urusan mereka. Ya, jauhkan diri.

"Alright. Gracias, Mandy." (thank you) ujarnya perlahan seraya tersenyum nipis.

Carla Liliana Pia lebih selesa berbahasa Portugis jika bercakap kerana untuk menuturkan bahasa Itali dia kurang fasih. Mandy pun sudah tahu dengan perkara yang satu itu.

Bukan dia tak faham langsung tapi untuk perkataan yang mudah, mungkin dia faham.

Kaki diatur menuju ke arah meja yang menjadi tempat kegemarannya kembali, lalu laptop miliknya dihidupkan dan seperti biasa dia mula fokus menyiapkan tugasannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Pun begitu dia sentiasa memasang telinga. Nasihat papanya sentiasa diingati; setiap tempat, ada bahayanya jadi harus sentiasa peka.

Seketika, bunyi loceng yang terhasil apabila pintu kaca Cafe tersebut dibuka menarik perhatian Carla Liliana Pia yang sedang tekun dengan apa tang dilakukannya tika itu termasuk pelanggan yang lain.

Lantas kepala didongak sedikit memandang ke arah pintu masuk Cafe tersebut sebelum dia terkebil-kebil dengan bibir yang sedikit terbuka. Terhenti perbuatannya sesaat.

Kelihatan beberapa orang lelaki bersut hitam dan bertali leher dengan wajah bengis dan menggerunkan diikuti berpuluh-puluh lelaki berbadan sasa yang mempunyai tatu dibahagian lengan dan hanya seorang saja yang lehernya dipenuhi tatu melangkah masuk ke dalam Cafe tersebut.

Ditubuh masing-masing tersarung jaket kulit dan lengkap dengan senjata. Riak wajah juga serius tanpa sebarang senyuman. Mereka disambut oleh Mandy yang tersenyum sambil menunduk hormat itu di muka pintu.

Sesaat, mata Carla Liliana Pia terbuntang luas sebaik terpandangkan seorang lelaki daripada mereka yang digembar-gemburkan dengan berita yang mengatakan bahawa lelaki tersebut melarikan diri daripada penjara itu.

Jantungnya berdegup kencang, seakan tak percaya bahawa dia akan bertemu dan berhadapan dengan lelaki itu. Fikirnya, mungkin lelaki tersebut sedang bersembunyi tika ini tapi dia silap.

Air liur ditelan kasar.

"Oh. My. God!"

Serentak itu, kesemua ahli Mafia tersebut menoleh ke arahnya saat terdengar suara gadis itu. Tajam anak mata menikam mata gadis tersebut.

Suasana dalam Cafe tersebut yang sepi apabila pelanggan yang lain hanya berdiam diri membuatkan suara terkejut Carla Liliana Pia terdengar agak kuat. Carla Liliana Pia terkelu lidah seketika.

Jika boleh membunuh, sekarang juga kulit badannya disiat-siat dengan pisau tajam apabila kesemua anak mata ahli kumpulan Mafia itu merenung dirinya seakan ingin ditanamnya hidup-hidup tika ini.

Serentak, salah seorang daripada mereka yang merupakan orang suruhan antara salah seorang ketua Mafia yang berada di situ mengeluarkan pistol yang berada di pinggangnya lalu dihalakan ke arah Carla Liliana Pia.

Terkedu gadis itu melihat pistol yang dihalakan ke arahnya. Carla Liliana Pia terkebil-kebil memproses apa yang sedang berlaku. Dia hanya bersuara kerana terkejut saja.

"Metti giù quella cazzo di pistola!" (put the fucking gun down)

Lelaki yang lengan dan lehernya yang dipenuhi tatu itu berbisik keras dengan nada yang penuh dengan amaran pada lelaki yang memegang senjata itu dengan mata merenung tajam wajah gadis tersebut.

Cukup membuatkan jantung Carla Liliana Pia berdegup kencang, pandangan mereka tajam dan menakutkan.

Berkerut seketika dahi Carla Liliana Pia mendengar kata-kata lelaki tersebut, satu patah perkataan yang disebut lelaki itu langsung tak di fahaminya. Pekat dan laju malah antara dengar dan tidak.

Lelaki yang menghalakan pistol pada Carla Liliana Pia terus menyimpan kembali senjata tersebut seraya menunduk sedikit kepalanya.

Mereka mula bergerak ke arah meja yang telah ditempah khas oleh salah seorang daripada ketua Mafia tersebut. Sempat lelaki yang dipenuhi lukisan tatu dibadannya itu merenung ke arah Carla Liliana Pia sekilas.

Serta-merta wajahnya membahang malu, seluruh kulit mukanya merah-kemerahan apabila kesemua pelanggan yang ada menoleh ke arahnya. Lantas dia menunduk kepala kebawah.

Skrin laptopnya ditatap seraya menekan-nekan papan kekunci laptop itu berpura menyibukkan dirinya. Stupid Pia! Stupid! marahnya dalam hati dengan tingkahnya itu yang bila-bila masa saja akan mendatangkan masalah padanya.

Setelah dirasakan tiada lagi pandangan membunuh mereka terhadapnya, nafas lega dihela panjang.

Segera Carla Liliana Pia mengemas segala barang dan kertas kerja miliknya, beg laptop disangkut pada bahu. Dia harus beredar sebelum perkara lain yang berlaku.

Kepala ditunduk ke bawah memandang lantai sambil melangkah laju ke arah pintu Cafe tersebut, belum sempat tangannya menolak pintu Cafe, terdengar seseorang memanggilnya. Tubuh Carla Liliana Pia mengeras sambil perlahan menoleh ke belakang.

"For you, take care honey." sebuah paper bag bewarna hitam dihulurkan pada gadis itu.

Carla Liliana Pia tersenyum tipis seraya mengambil paper bag yang diberikan Mandy padanya. Tahu benar dengan sikap prihatin wanita yang dianggap sebagai ibunya itu setiap kali dia ingin pulang daripada Cafe tersebut.

Pipi kanan Mandy dikucupnya sepintas lalu tanda terima kasih, wanita itu hanya tersenyum kecil. Saat Carla Liliana Pia ingin berpaling ke arah pintu Cafe, jantungnya seakan berhenti berdegup.

Salah seorang lelaki yang menjadi tetamu penting itu sedang merenung ke arahnya dengan pandangan tajam dan menggerunkannya itu.

Pandangan yang terselit bahaya disebaliknya.

Serta-merta bulu romanya meremang apabila lelaki yang sedang merenungnya itu perlahan mengukir senyuman di hujung bibirnya, sinis. Segera Carla Liliana Pia melarikan anak matanya ke arah lain.

Wajahnya mula membahang malu, perkara yang selalu terjadi apabila dia berpandangan dengan sesiapa saja. Tergesa-gesa Carla Liliana Pia keluar daripada Cafe tersebut tanpa berpaling ke belakang.

Lelaki itu, lelaki paling berbahaya dan juga menggerunkan itu yang merenungnya. Hatinya kuat mengatakan bahawa ada perkara yang tak diingini bakal berlaku padanya tapi dihiraukannya.

Pandangan mata lelaki itu, there's full of evil in his dangerous eyes.

Beberapa minit berjalan pulang, Carla Liliana Pia tiba di rumahnya. Lagi pula, jarak antara Cafe dan rumahnya tak begitu jauh.

Rumah yang didudukinya itu dibeli oleh papanya, kerana tak mahu membebankannya.

Masuk ke dalam rumah, pintu dikunci dari dalam lalu beg laptop dan juga buku rujukannya diletakkan ke atas meja yang berada di ruang tamu itu. Punggung dilabuhkan ke atas sofa.

Seketika, mengingati wajah lelaki yang berada di Cafe itu, Carla Liliana Pia pantas mengusir perasaan negatif yang dirasakannya itu. Lantas Carla Liliana Pia berlalu masuk ke dalam biliknya.

•••••

Mandy dengan wajah seriusnya mengira sesuatu menggunakan kalkulator di dalam bilik yang terletak dalam Cafe tersebut dimana menjadi bilik khasnya sebagai pengurus dan juga pemilik Cafe tersebut.

Pintu bilik yang dibuka kasar daripada luar menyentakkan wanita itu, segera kepala didongak ke atas memandang susuk tubuh seorang lelaki yang mempunyai ukiran tatu dilehernya itu.

Lelaki tersebut hanya mempamerkan wajah bengisnya seraya melangkah perlahan ke arah Mandy yang kini sudah berdiri tegak sambil menunduk ke bawah, jelas tubuh wanita itu sedikit menggigil.

Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya seraya berdiri dihadapan wanita itu. Sempat diperhati disekeliling bilik seakan pejabat itu sepintas lalu.

"Who is she?" perlahan saja lelaki itu bertanya.

Mandy menelan air liurnya, kesat. Nafas ditarik dalam, cuba menenangkan degupan jantungnya yang mengepam laju itu. Dia tahu siapa yang dimaksudkan lelaki itu.

"She , I consider her as my adopted child, Master."

Lelaki itu merenung wajah pucat Mandy sekilas, kot yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Senyuman sinis terlakar dibibirnya saat wajah merah-kemerahan gadis itu terlayar diruangan matanya.

"Name?"

Mandy mendongak sedikit kepalanya memandang ke arah lelaki tersebut, mata biru yang setia merenung tajam ke arahnya. Mandy berdehem kecil, membetulkan suara yang dirasakan tersekat di anak tekaknya.

"Carla, Master."

Tanpa sebarang balasan, dia berpaling lalu melangkah keluar daripada bilik tersebut meninggalkan Mandy yang sedang menghembus nafas lega.

Tak pasti mengapa lelaki itu bertanyakan tentang gadis pemalu tersebut. Dan dia hanya mampu berharap semoga lelaki itu hanya sekadar bertanya saja.

"Va tutto bene." (everything is fine)

Keluar daripada Cafe tersebut, sebuah kereta mewah berwarna matte black berhenti dihadapan De'luz lalu keluar seorang lelaki berbadan sasa dan juga bertatu di lengan kanannya membukakan pintu kereta di bahagian belakang untuk lelaki itu.

"You know where to go, Matteo."

Pemandu peribadinya itu hanya mengangguk faham. Kereta bergerak meninggalkan perkarangan Cafe tersebut membelah jalan raya.

De'luz mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor Lucas merangkap orang kanan dan juga pengintip maklumat yang dipercayainya di dail.

Tak menunggu lama, panggilan terus bersambung.

"Name Carla. I want all the information about her to be in my office as soon as possible!"

"." (yes) balas Lucas disebelah talian patuh dengan nada tegas dan seriusnya.

Panggilan dimatikan. De'luz bersandar di kerusi kereta sambil tersenyum penuh makna.

Tetapi, hanya seketika bila senyumannya serta-merta lenyap saat fikirannya mula teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

The war will begin.

[#] Done.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro