4| TAKEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- The law of the street is take or be taken -
________________________________

Seminggu setelah berlakunya pembunuhan di Universiti tersebut, ingatan Carla Liliana Pia masih lagi segar dengan apa yang berlaku dihadapan matanya; Fernando, dikelar dan juga pelajar lelaki yang ditembak.

Sepanjang pihak Universiti menguruskan kes pembunuhan tersebut bersama pihak polis, kesemua pelajar diberi cuti mengejut selama tiga hari. Carla Liliana Pia masih lagi mengingati lelaki tersebut.

Wajah lelaki itu mampu menggerunkan sesiapa saja termasuknya tetapi tak dinafikan lelaki itu memang kacak orangnya, mampu membuatkan perempuan tersungkur dikakinya.

Tapi tak bagi Carla Liliana Pia. Apa yang dilihatnya hanya gerun dan menakutkan menghiasi wajah lelaki itu. Ditambah lagi anak mata bewarna biru gelap lelaki tersebut.

Jika direnung dari jarak jauh, mata lelaki itu seakan ada tarikannya yang tersendiri apabila terkena cahaya. Mata lelaki itu kelihatan seakan-akan berwarna hijau sedangkan warna asalnya adalah biru.

Dan warna mata lelaki itu akan berubah gelap dan kelam serta-merta apabila amarah menguasainya. Cukup dia katakan, pandangan lelaki itu mampu membuat mereka yang lain menggigil ketakutan.

Paling membuatkan Carla Liliana Pia hairan, tiada sebarang bukti atau kesan yang boleh diambil tindakan terhadap lelaki yang membunuh dua orang mayat lelaki tersebut. Pihak polis tak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan terhadap lelaki itu.

De'luz.

"Are you alright, dolcezza?" (sweetie)

Mandy melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Carla Liliana Pia yang jauh termenung itu. Wajah gadis itu yang selalunya ceria, kelihatan suram.

Carla Liliana Pia tersenyum kelat sebaik memandang wajah kerisauan Mandy. Nafas ditarik dalam, tak perlu rasanya dia ceritakan hal yang satu itu pada wanita dihadapannya ini.

Bukan niatnya ingin berahsia tapi dia yakin bahawa lelaki bernama De'luz itu sedikit sedikit sebanyak membuat hatinya tak tenteram, seakan sesuatu yang buruk bakal melanda dirinya.

", I'm fine. Just a bit tired, don't worry Mandy." (yes) ujarnya perlahan sambil tersenyum nipis.

Liar!

Dia terpaksa berbohong demi keselamatan wanita itu juga, dia tak mahu jika nanti sesuatu yang tak diingini berlaku pada Mandy apabila dia menceritakan hal yang sebenarnya. Wanita itu terlalu baik padanya.

"You look -"

Seketika, bunyi yang terhasil dari pintu Cafe tersebut membantutkan niat Mandy untuk menyoal Carla Liliana Pia apabila kelibat tiga orang lelaki kemas bersut hitam melangkah masuk ke dalam Cafe tersebut.

"I'll be back!"

Lantas Mandy bangun dari duduknya dan berjalan pantas ke arah lelaki bertiga itu. Mandy menunduk hormat pada lelaki yang berada dihadapan dua orang lagi lelaki yang berada dibelakang lelaki tersebut.

Sebaik Mandy menatap wajah lelaki dihadapannya itu, jelas wajahnya berubah ketakutan.

Jantungnya mula berdetak hebat, dia teramat kenal dengan pemilik mata tajam dan membunuh tersebut.

De'luz.

"Dov'è la ragazza?" (where is the girl)

Mandy terdiam sejenak, cuba memikirkan siapa perempuan yang dimaksudkan lelaki itu. Matanya meliar memerhati pelanggan dalam Cafe tersebut sepintas lalu.

Hatinya tak henti mengharapkan bukan Carla Liliana Pia; gadis pemalu itu yang ingin dijumpa oleh lelaki tersebut kerana dia tahu, sekali nama mereka meniti dibibir lelaki itu, tiada jalan untuk mereka berpatah balik.

"Mi scusi, Maestro?" (Excuse me, Master)

De'luz merenung tajam wajah bingung Mandy, jika diikutkan hatinya mahu saja dia patahkan leher wanita dihadapannya itu. Paling pantang baginya jika mensia-siakan masanya.

"The girl with white-gray hair! Where she is?!" soalnya dengan suara yang berbisik. Keras dan mendalam.

Terasa bagai jantungnya direntap keluar saat perempuan yang ingin dijumpai lelaki tersebut ialah Carla Liliana Pia.

Badannya mula menggigil halus, gerun dengan suara lelaki tersebut dan juga risau akan gadis pemalu itu.

"Mi dispiace." (I'm sorry)

Dengan tangan yang terketar halus, jarinya menunjuk ke arah meja dimana Carla Liliana Pia berada. Manakala Carla Liliana Pia pula sedari tadi memerhati wanita dan lelaki tersebut dengan perasaan hairan.

Sebaik lelaki yang berbual dengan Mandy itu menoleh ke arahnya, terasa udara tersekat dikerongkong. Lelaki yang ditamparnya seminggu yang lepas, lelaki paling digeruni disekitar bandar Itali itu.

Lantas dia mula mengemaskan mejanya secepat yang mungkin tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya hairan. Dia perlu pergi dengan segera sebelum lelaki itu mendapatkannya.

Lelaki tersebut yang melihat Carla Liliana Pia yang kelihatan tergesa-gesa itu tersenyum sinis. Dia tahu, semestinya gadis tersebut bertindak sedemikian setelah melihatnya, malah turut mengenalinya.

Carla Liliana Pia mula berdiri dan melangkah laju untuk keluar daripada Cafe tersebut. Sedikitpun tak ditolehnya ke arah lelaki itu, perasaan benci, takut dan marah mula bercampur-aduk.

Memandangkan pintu utama Cafe itu bukan satu tindakan yang betul, dia memutuskan untuk menggunakan pintu belakang Cafe tersebut.

'Mama! Tolong Pia! Kakak!'

Laju kakinya melangkah, lalu pintu belakang Cafe itu dibukanya perlahan sebelum tergesa-gesa melangkah keluar.

Sesaat, Carla Liliana Pia tergamam apabila dua orang lelaki berbadan sasa yang dua kali ganda lebih besar darinya berdiri betul-betul dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan orang suruhan De'luz.

Air liur ditelan kasar.

Wajah bengis dua orang lelaki tersebut dipandang bersilih-ganti sebelum memandang kedua belah tangan halusnya. Tak mungkin dia berjaya menjatuhkan lawannya itu kali ini.

Carla Liliana Pia menggenggam erat beg laptopnya seraya perlahan-lahan mengundur ke belakang apabila lelaki berdua itu mula mendekatinya dengan senyuman penuh muslihat yang terlakar dibibir masing-masing.

Seketika, Carla Liliana Pia terkaku apabila belakang badannya menyentuh sesuatu— atau lebih tepat lagi melekap pada tubuh seseorang. Laju saja dia menoleh ke belakang.

Bibir halusnya terbuka kecil dengan mata yang membuntang luas saat wajah De'luz yang hanya beriak kosong dan jelas menggerunkan itu sedang merenungnya tajam. Dia terkaku seketika.

Lidahnya kelu untuk bersuara, fikirannya pula memikirkan cara untuk melarikan diri daripada lelaki bertiga itu. De'luz dibelakangnya, manakala dua orang lelaki dihadapannya.

She's trapped.

Carla Liliana Pia cuba untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu tetapi De'luz pantas memeluk pinggang kecil gadis tersebut lalu ditarik rapat padanya sekaligus menghalang gadis tersebut melarikan diri.

Carla Liliana Pia meronta kuat dengan perasaan cemas yang terselit sedikit ketakutan tapi sia-sia kerana lelaki itu lebih gagah darinya. Mata dipejam rapat saat tapak tangan besar De'luz menyentuh tepi wajahnya.

Rambut lurus gadis itu diselitkan pada belakang telinga seraya merapatkan wajahnya dengan wajah Carla Liliana Pia. Diperhati segenap wajah gadis itu sepintas lalu.

"For me, the law of the street has two options. First is, take or be taken- "

Lalu rahang Carla Liliana Pia dicengkamnya perlahan supaya memandangnya dengan sebelah tangan besarnya. Ibu jari diusap perlahan pada pipi kiri gadis tersebut yang mula merah-kemerahan.

"And I choose the second options, you're taken." bisiknya perlahan dengan senyuman sinis di bibir.

Carla Liliana Pia menentang pandangan lelaki itu dengan perasaan yang bercampur-baur, wajahnya mula merah padam saat amarah menguasai dirinya. Tangan besar De'luz ditepisnya kasar.

"I am not your 'thing' to be taken!" tuturnya dengan suara dicelah gigi.

De'luz berdecit perlahan sambil menatap wajah gadis tersebut dengan wajah tak beriaknya.

Pantang baginya sesiapa yang berani melawan katanya, tapi kerana gadis itu dia cuba bertenang setenang yang mungkin.

Tanpa sebarang suara, tubuh kecil Carla Liliana Pia yang berada dalam pelukannya itu ditarik hingga melekap rapat pada tubuhnya manakala wajah gadis itu tersembam di dada bidangnya.

Isyarat mata diberikan pada dua lelaki yang merupakan orang suruhannya.

Seketika Carla Liliana Pia mengaduh sakit saat terasa sesuatu yang tajam menusuk masuk ke dalam kulit bahu kanannya, beg laptop dan juga termasuk buku rujukannya terlepas dari genggamannya.

Orang suruhan lelaki itu menyuntik sejenis cecair yang membuatkan mangsa akan pengsan serta-merta.

Ianya juga sama seperti klorofom tetapi cecair itu memberi kesan yang pantas, hanya mengambil masa 3 saat untuk membuat mangsa tak sedarkan diri.

Tubuh Carla Liliana Pia dengan tiba-tiba terasa lemah dan tak bermaya, kelopak matanya makin memberat dengan pandangan yang mula kabur dan berbalam-balam. Dia tak pasti apa yang sedang berlaku padanya.

"Sarai mia, tesoro mio." (you will be mine, sweetheart)

Itu perkataan terakhir dan juga wajah lelaki tersebut yang tersenyum penuh makna merenungnya. Tubuhnya yang ingin rebah ke atas lantai sempat ditahan oleh lelaki itu sebelum semuanya gelap.

De'luz mencempung tubuh kecil gadis yang sudah tak sedarkan diri itu lalu kaki diatur menuju ke arah keretanya. Mata-mata pelanggan di Cafe itu yang melihatnya tak dihiraukan.

"M-Master! Please! She's my daughter! P-Please!"

Mandy cuba untuk menghalang lelaki tersebut daripada membawa pergi Carla Liliana Pia yang dianggap sebagai anaknya itu. Silapnya juga kerana memberitahu nama gadis tersebut pada lelaki kejam dan menakutkan itu.

Tapi dia tiada pilihan.

Jika dia menutup mulutnya, bermakna nyawanya bakal ditamatkan oleh lelaki yang tak mengenal erti simpati itu. Mandy teresak-esak menangis sambil merayu pada lelaki tersebut.

"P-Please Master! I'm begging y-you!"

Sesaat, tangisan Mandy makin kuat kedengaran apabila pipi kanannya ditampar lelaki itu hingga membuatkan tubuh Mandy jatuh terduduk di atas lantai dengan tepi bibir yang pecah dan sedikit berdarah.

"Adopted child. Not your daughter!" ujar De'luz perlahan dan keras tepat pada wajah merayu dan kesedihan wanita itu.

Dibawanya tubuh Carla Liliana Pia ke arah kereta yang sudah sedia menunggu dihadapan Cafe tersebut dengan wajah tak berperasaannya seakan langsung tak merasa bersalah menculik gadis itu.

Setelah masuk ke dalam perut kereta, De'luz bersandar di kerusi kereta seraya memerhati sepintas lalu Cafe tersebut. Dilihatnya Mandy yang merenung ke arahnya dengan airmata yang menuruni pipi wanita itu.

Dia hanya tersenyum sinis.

Tiada siapa yang boleh menghalang apa yang diinginkannya. Walau dia perlu membunuh sekalipun dia akan lakukan, asalkan apa yang dia inginkan menjadi miliknya.

"La mia dimora." (my mansion)

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro