9| DEVIL'S UP

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- When he's mad; even the demons run for cover -
___________________________

Bunyi dentuman kuat dan juga kaca pecah yang terhasil daripada biliknya bergema dalam rumah agam tersebut. Pembantu dan orang suruhannya hanya berdiam diri dengan badan yang menggigil ketakutan. Wajah masing-masing pucat tak berdarah.

Carla Liliana Pia yang berada dalam bilik tidurnya turut mendengar bunyi bising tersebut memandangkan biliknya hanya bersebelahan dengan bilik lelaki itu.

Kini dia mengerti apa yang dikatakan Lorenzo sebentar tadi.

Itu sisi sebenar De'luz apabila dikuasai oleh amarahnya dan amukannya satu perkara ngeri bagi mereka yang mengenalinya.

Carla Liliana Pia yang sedang berbaring di atas katil itu mula cemas dan gelisah. Pasti lelaki itu sedang mengamuk dengan sikapnya seketika tadi, terselit rasa kesal dihatinya.

Mungkin lelaki itu akan menghukumnya nanti.

Serta-merta jantungnya berdegup kencang, tangan halusnya yang bergetar kecil itu mencengkam erat selimut yang menutupi hingga separas bahunya. Sungguh tak dia jangka amukan De'luz benar-benar membuatnya ketakutan.

Lorenzo mengetap gigi rapat dengan wajah tegangnya. Dentuman diikuti bunyi pelbagai benda yang terhempas membuatkan dia kerisauan memikirkan apa yang sedang sahabat baiknya itu lakukan tika ini.

"I told you." ujar Lucas perlahan dengan wajah berkerut. Kusut dibuatnya.

PRANG!

Lelaki itu tak boleh dibiarkan, lantas Lorenzo melangkah pergi dari ruang tamu tingkat tiga itu diikuti Lucas masuk ke dalam lif menuju ke tingkat atas dimana terletaknya bilik De'luz.

Sempat Lucas memandang ke arah Jane dan pembantu yang lain sambil memberi isyarat supaya mereka berhati-hati jika De'luz hilang kawalan dan menjadikan mereka sebagai tempat melepaskan amarahnya.

Telefon dikeluarkan lalu nombor seseorang di dail, Lorenzo menekapkan telefon pada telinga kanannya sambil melangkah keluar daripada lif. Setelah beberapa ketika berbual, talian ditamatkan.

"Watch out the girl's room!" arah Lorenzo tegas pada Lucas yang berada di sebelahnya.

Kepala diangguk perlahan sebelum Lucas melangkah ke arah bilik yang diduduki Carla Liliana Pia lalu dia berdiri dihadapan pintu bilik gadis itu. Dua orang pengawal yang turut berada disitu menunduk hormat padanya.

Manakala, De'luz yang berada di dalam biliknya masih lagi menghamburkan amarahnya. Segala benda yang terlihat di matanya dicampak dan dihempas ke atas lantai dan dinding bilik tersebut melepaskan amarahnya pada Carla Liliana Pia.

Komputer yang berada di atas lantai remuk dan skrin pula retak seribu, kaca pasu bunga berselerak di atas lantai, meja dan kerusi juga turut diterbalikkan.

Bilik yang kemas dan rapi kini bersepah menjadi mangsa amukan De'luz.

Seketika De'luz meraup wajahnya kasar dengan dada yang turun naik. Tika ini, sesiapa saja pasti gerun melihatnya.

Kata-kata Carla Liliana Pia mula bermain difikirannya dan itu menaikkan lagi amarahnya. Lantas meja cermin besar dihadapannya ditumbuk sekuat hati.

Berderai kaca cermin tersebut jatuh ke atas lantai . Lantas rangka meja cermin itu diangkat dan dicampaknya ke dinding bilik membuatkan rangka meja cermin tersebut patah dan tercabut dari tempatnya .

Tapi dia masih belum puas , gadis itu benar-benar buatnya ingin membunuh sesiapa saja saat ini . Lalu komputer yang berada di atas lantai itu ditendangnya sebelum melangkah ke arah pintu bilik lalu pintu dikuak kasar .

"WHAT?!"

Lorenzo yang berada dihadapan pintu bilik lelaki itu menarik nafas dalam dengan kedua tangan yang digenggam membentuk penumbuk mendengar jerkahan De'luz. Tak dinafikan, dia juga gerun dengan lelaki itu.

"Look, I know you're mad now but if you destroy this house though it will not solve the problem."

Wajah menggerunkan De'luz dipandangnya dengan wajah serius tapi lelaki itu hanya merenungnya tajam dengan riak bengis dan rahang tajamnya yang terketap rapat.

Tapi Lorenzo tak bernasib baik apabila kolar bajunya kini dicengkam kuat oleh De'luz dan tanpa sempat dia bersuara, belakang badannya terhentak kuat pada dinding sebelah pintu bilik lelaki itu.

"Calm down, Capo. Can't you?!"

Lorenzo menahan tangan De'luz yang berada dilehernya itu dengan wajah berkerut menahan sakit pada badannya yang terhentak kuat pada dinding itu.

Lelaki itu masih lagi belum bertenang malah mata birunya juga teramat gelap.

"And who the fuck you are to tell me what to do?!" De'luz bersuara dengan nada keras dan penuh bahayanya tepat dihadapan Lorenzo.

Cengkaman di kolar baju lelaki itu diperkemaskan lagi hingga membuatkan udara tersekat di anak tekak Lorenzo.


"F-fuck! God damn it!"

De'luz merenung seakan ingin dibunuhnya lelaki itu saat ini sambil menguatkan lagi cengkaman di leher Lorenzo. Riak wajah lelaki itu mula merah padam saat udara untuknya bernafas tersekat.

Lantas, dengan tenaga yang ada Lorenzo menepis kasar tangan yang timbul dengan urat-urat hijau kecil De'luz dari cengkaman di kolar bajunya. Nafas Lorenzo laju dan kasar mencari nafas dengan sebelah tangan mengusap lehernya.

Ini yang dia cuba elakkan , lelaki itu seakan bukan dirinya yang sebenar apabila dalam keadaan marah atau tertekan . Dia boleh menjadi kejam malah turut membunuh sesiapa saja .

Hanya disebabkan Carla Liliana Pia yang menaikkan amarah lelaki itu hampir kesemua mereka turut menjadi mangsa, tapi dia juga tahu bahawa gadis tersebut masih belum mengenali diri De'luz yang sebenarnya.

Sesaat anak mata biru yang gelap seakan kehitaman De'luz terarah pada Lucas yang berada dihadapan pintu bilik Carla Liliana Pia yang sedang merenungnya dengan wajah tegang itu.

Lalu dengan langkah besar, dia meluru ke arah Lucas yang menelan kasar air liurnya. Manakala Lorenzo pula membuntuti De'luz sambil cuba merentap bahu lelaki itu, risau Lucas pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Sebaik tiba dihadapan Lucas terus tubuh lelaki itu ditolaknya hingga tersandar pada pintu bilik Carla Liliana Pia. De'luz melayangkan penumbuknya ke arah Lucas tapi sempat dielak oleh lelaki itu.

" What the fuck are you doing here? She's mine! Stay away from her fucking room you bitch! "

Lucas dengan nafas termengahnya akibat terkejut dengan tindakan tiba-tiba De'luz menghantar isyarat melalui matanya pada dua orang suruhan De'luz supaya beredar dari situ sebelum mereka turut terkena tempiasnya.

"You might kill her. Do you know how bitch you can be when you're mad?!"

Balas Lucas perlahan dengan nada keras seraya menolak bahu lelaki itu dengan wajah tegangnya. Lorenzo pula mengeluh kasar seraya cuba menahan Lucas daripada memburukkan lagi keadaan.

Carla Liliana Pia tersentak apabila terdengar pintu bilik yang seakan dihentak kasar dari luar. Mata dipejam rapat, makin kuat tangannya mencengkam selimut ditubuhnya itu.

Nafas Carla Liliana Pia tak sekata apabila memikirkan bahawa De'luz bakal menghukumnya sekarang ini. Dan jika itu terjadi dia terima kerana dia punca lelaki itu mengamuk saat ini.

Bunyi jerkahan seseorang dan diikuti lagi seorang dihadapan pintu biliknya seakan sedang bertekak itu cuba didengarinya tapi hanya suara yang bercampur antara satu sama lain saja kedengaran.

Seketika, sepi saja diluar biliknya. Sebaik yakin tiada lagi suara bertengkar mereka yang berada di luar biliknya, Carla Liliana Pia menghembus nafas lega yang bergetar ketakutan itu.

'Now I know, when he's mad; even the demons run for cover. It's all because of you Pia!'

•••••

Lorenzo dan Lucas menahan lelaki itu yang masih lagi belum reda dari kemarahannya seraya cuba membawa De'luz keluar daripada rumah tersebut apabila tiada cara lain lagi untuk menenangkan lelaki itu.

Bagi mereka berdua sebagai kenalan dan orang paling rapat dengan De'luz, jika lelaki itu dalam keadaan seperti sekarang— satu tempat saja yang akan membuatnya bertenang dan menghapuskan amarahnya.

Pantai.

De'luz dan mereka seringkali menghabiskan masa di pantai menghilangkan tekanan dan fikiran yang berserabut. Malah, di pantai juga dimana kali terakhir dia 'bahagia' bersama mereka yang lain.

Semenjak daripada kehilangan mereka dari hidupnya, De'luz langsung tak menjejakkan kaki sejak dari hari itu hingga kini.

Tetapi buat masa sekarang Lorenzo yang membawa kembali lelaki itu ke tempat kegemarannya.

"Don't fucking touch me motherfucker! Fuck off before I'll fuckin' break your neck!"

Lengannya yang berotot dan menimbulkan urat kecil itu direntap kasar daripada pegangan kemas Lucas dan Lorenzo membuatkan dua lelaki tersebut sedikit terdorong sedikit ke belakang.

De'luz merenung tajam rakannya berdua itu sebelum membuka kasar pintu kereta tanpa sempat orang suruhannya itu bertindak lalu tubuh dihempas kasar pada kerusi kereta tersebut.

Wajahnya tak menggerunkan seperti tadi cuma tegang dan bengis yang terpancar.

Melihatkan lelaki itu yang masih tak boleh dibawa bertenang dengan sikap panas barannya itu, Lorenzo mendengus kasar sebelum turut masuk ke dalam kereta tersebut.

"Move!"

Pemandu peribadai De'luz hanya mengangguk faham seraya mula menggerakkan kereta meninggalkan perkarangan rumah agam itu dan juga Lucas yang berdiri di pagar utama tersebut.

Nafas berat dihela perlahan sebaik kereta yang membawa Lorenzo dan De'luz hilang dipandangan matanya. Kaki diatur melangkah masuk ke dalam rumah itu kembali.

"JANE!"

Pantas susuk tubuh Jane muncul disebalik ruang tamu dengan wajah cemas dan juga ketakutan itu. Sebaik berdiri di hadapan Lucas, Jane munuduk sedikit kepalanya pada lelaki itu.

"Tell Miss Carla not to go out of her room until Master's in a good condition, get it? Now!"

Lucas merenung wajah menunduk Jane sekilas sebelum berpaling lalu melangkah ke arah sofa di ruang tamu tingkat tiga itu. Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk tersebut sambil menghidupkan telefonnya.

Email dibuka lalu maklumat terbaru mengenai Carla Liliana Pia dibacanya buat kali kedua. Seketika, Lucas mengeluh kasar sambil meraup wajahnya.

Fikirannya berserabut memikirkan tindakan De'luz jika mengetahui hal yang satu itu.

'It's not the right time'

Bukan kerana menyebelahi nasib gadis kecil itu tetapi dia perlukan masa untuk memberitahu perkara tersebut apabila kemarahan De'luz reda dan kembali seperti biasa.

Dia tak dapat mengagak apa tindakan yang akan diambil De'luz untuk menghukum Carla Liliana Pia selepas ini kerana lelaki itu setia dengan kata-kata yang diungkap dari mulutnya.

Untuk kali ini dia tak dapat menyebelahi gadis itu, dan Carla Liliana Pia terpaksa menerima hukuman daripada lelaki tersebut. Mereka sendiri tak punyai keberanian untuk menghalang lelaki itu.

Walaupun begitu dia tetap patuh dengan arahan De'luz dan tak akan sesekali menghilangkan kepercayaan lelaki itu terhadapnya.

Itu prinsipnya termasuk Lorenzo.

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro