20: INSPEKTOR SHANE MASIH HIDUP?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Comment and vote

Entah kenapa Putri Risha rasa diri dia tak berguna sekarang. Biarkan Maisara fight sorang-sorang untuk dia. Huh, sejak bila dia jadi pengecut? Bila difikirkan dengan lebih dalam, Maisara ada hidup dia sendiri. Miko, suaminya. Apa perasaan Miko bila tengok isteri dia macam ni?

Dihempas, dihentak? Setiap kali Maisara kena bertarung dengannya, pasti wanita itu akan mengalami kecederaan sama ada ringan atau berat. Tipulah kalau Miko tak risau. Suami mana yang tak ambik kesah bila tengok bini dia kesakitan?

Putri Risha jadi rasa bersalah. Tiap hari Maisara jaga dia dan dia pula buat apa? Memanglah pompuan tu penjaga dia tapi pada masa yang sama, Maisara juga merangkap rakan baiknya. Wanita tu lah yang dah banyak protect dia masa diorang duduk di bawah empayar The King.

Sedih, gaduh, marah, bertarung, gelak, gila, bodoh diorang semua dikongsi bersama. Putri Risha terasa kerdil. Mana Angel yang dulu? Angel yang jenis bantai sesiapa sahaja yang menganggu jalannya. Angel yang gila bertarung, Angel yang berani, Angel yang jahat, Angel yang jauh lebih ekstrem.

Sementara itu pula, Tayler memandang Putri Risha dari atas ke bawah. Menurut penelitiannya, Putri Risha berkata jujur. Nampak sangat tak pandai guna kuasa. Lagi satu sejak bila 04 jenis peramah makhluknya? Siap boleh diajak bercerita bagai.

Lainlah kalau 03. Cakap sikit, kunci mulut. Tegur sikit, bagi jelingan. Tak peramah langsung! Setahu Tayler 01 hinggalah 05 bukan jenis bersosial. Almaklumlah, diorang golongan syaitan dulu. Suka nak bunuh orang tanpa ampun. Jenis ikut hati nak bantai makhluk lain.

Maka, makhluk yang tak berdaya telah tertindas angkara mereka berlima. Siapa sahaja yang berada di bawah angkatan DIA, pasti dibenci. Terutama mereka berlima. So, kalau nak cakap diorang berlima tu dah berubah jadi baik, korang ingat ada sesiapa nak percaya ke?

"Apesal you tak tahu guna kuasa? " selidik Tayler.

"Aku tak ingat. "

"Huh, tak ingat? Elok je 03 tu guna kuasa, " bidas Tayler.

"Dia lain. Dia dah lama duduk dengan DIA. Kitorang tak."

Tayler mengecilkan mata. Kitorang? Maksudnya, selain 03 yang selebihnya macam 04?

"I dengar you dah kahwin dengan manusia. Betul ke? " soalnya lagi.

"Hmmm.. "

Sah, betul! Patutlah bongok tak tahu guna kuasa. Diorang dah langgar pantang yang DIA paling tak suka. Cinta! Perkahwinan! Anak! DIA benci pada ketiga-tiga perkara ini.

"Arghhhh!! "

Kedengaran jeritan Maisara bergema di atas udara. Begitu khusyuk sekali penjaga tersebut bertarung dengan si serigala manakala mereka berdua pula elok berbual ala-ala kat kedai kopi.

"You tak cuba nak ingat balik? "

"Dah tapi sikit je dapat. Aku tahu cara bertarung tapi bukan cara nak lancarkan kuasa macam Mia buat."

"Kau perlu motivasi kut, " tembak Tayler.

"Motivasi? "

"Haah. I ada kawan yang terer pasal bab ni. Dia ada kuasa manipulasi watak. Erti kata lain dia boleh tukar watak orang dengan watak yang lain. Watak apa je orang tu nak. Kalau you nak jadi I pun boleh, " senyum Tayler.

Putri Risha menilik Tayler atas bawah. Macam tak betul je budak ni. Kalau dia boleh tukar watak pun, takkanlah watak sotong Tayler pula jadi pilihan hatinya. Gila!

"Takpe kut," tolak dia.

"Rugilah you! "

Putri Risha tersengih janggal lantas mengubah topik dengan menghalakan pandangan ke arah Maisara. Tampak dari jauh, Maisara mendarat di atas tanah bersama lelah yang tak terkira. Sang serigala pula masih kuat bertahan bersama nyawa yang tinggal separuh.

Jika raksasa tersebut tidak dikalahkan sekarang, pasti nyawa raksasa itu kembali sediakala pada keesokan harinya. Mereka bagaikan berada di dunia permainan.

"Penjaga you memang kuat tapi dia pun tahu penat tau. Apa kata you tolong dia? " cadang Tayler, lembut.

"Aku? "

Bukan tak nak tolong weh. Tapi rasanya kehadiran Putri Risha akan jauh lebih menyusahkan Maisara.

"Tinggal separuh nyawa. "

Diam-diam Tayler memandang ke arah Putri Risha. Kalau tak ingatkan pompuan kat hadapan dia ni 04, mungkin Tayler dah lama kategorikan Putri Risha sebagai wanita yang naif.

Sayang seribu kali sayang, dia tak reti guna kuasa.

"Raksasa bodoh!! "

Separuh lagi dannnnn...

Zapppp!

Mata Maisara terbeliak luas lalu dia mendarat di atas tanah kering. Umpama tak percaya, raksasa serigala tadi hilang secara tiba-tiba. Lagi sekali dia, Putri Risha dan juga Tayler ditarik oleh satu kuasa yang menyebabkan mereka berada di tempat asing.

Sikit lagi, Maisara boleh kalahkan serigala tadi. Kalau tak sebab tempat ni bertukar, dia dah menang!

"Arghh! Sikit lagi! " bentaknya, sebal.

Kedua-dua kaki dihentak tak ubah seperti anak kecil inginkan gula-gula. Sekilas dipandang, nampak comel. Dua kali pandang, rasa nak lempang pun ada. Siapa je ada kuasa tukar-tukar tempat ni, confirm nahas Maisara kerjakan!

"Mai, kita kat mana? "

Maisara menoleh ke belakang bersama riak wajah tak puas hati.

"Entah."

"Kubur," sampuk seseorang.

Putri Risha, Maisara dan juga Tayler pantas memusingkan kepala masing-masing sebaik sahaja kedengaran suara seseorang menyampuk.

"Sayang! " teruja Tayler menjerit lantas tubuh rakan baiknya dipeluk erat.

Korang jangan fikir dia gay tau. Gaya dia memang lembut macam ni.

"Kau gi mana, Tay? Puas aku cari kau seminggu ni, " ujarnya, kurang berkenan.

"I dengan Melvin lah. Lepak dengan dia. You tahu tak Juggernaut dengan Mel dah bertarung dengan 03. Lepastu... "

"Biar aku agak. 03 menang en? "

"Absolutely yes! "

Tanpa mereka berdua sedari, Putri Risha terpaku lama. Yang lain bukan kemain rancak je berbual tapi bukan dia. Ada sebab mengapa mulutnya terkunci sejak tadi. Dia terkejut sampai tak tahu nak cakap apa.

"Kira baik 03 lepaskan korang," kata si dia.

"I takde kaitan okay! "

Si dia sekadar menggelengkan kepala. Apalah nak jadi dengan kawan-kawannya. Berani betul nak hadap 03. Nasib baik khabar mengatakan 03 dah bertukar haluan daripada mengikuti DIA ke membela nasib manusia.

Kalau 03 tu masih jadi jahat macam dulu, takde maknanya Melvin dan Juggernaut hidup sampai sekarang.

Seketika, si dia menoleh ke arah Maisara dan seterusnya pada Putri Risha. Wanita itu sedari tadi tak membuka mulut dan mata tak berkedip walau sekali.

"Hai, dah lama tak nampak. Awak apa khabar? " senyum dia.

Putri Risha terundur setapak.

"Sh... Shane?! "

(Miss Destroyer, tunang Angel @Putri Risha. Dalam cite ni, Shane dah mati dibunuh oleh Angel. Pepandailah korang ingat ye.)

___________________________________

Mia Aurora pasrah. Pasrah dibebel oleh Roland selama sejam lebih. Semuanya gara-gara sikap dia yang cuai sangat sampai tak perasan ke mana Putri Risha dah pergi. Disuruh jaga, dia pula boleh jalan dulu semata-mata nak mendabik dada.

Ele, Roland sayang dia konon. Hah, tengok sekarang! Lelaki ni juga yang tengah cuci telinga dia sekarang. Tak pasal-pasal Mia kena ceramah.

"Sekarang kita nak buat apa? Mana kita nak cari mummy? Kau tahu tak Riley tu dah separuh gila nak cari mummy sorang-sorang."

"Saya tak perasan kan? Awak mana boleh marah saya macam ni. Mak awak yang hilang tak ajak saya sekali, " bahas Mia.

Roland mati akal. Serius doh kalau dia ada kuasa dah lama dia masuk otak Mia Aurora. Teringin sangat nak tengok apa yang bini dia tu tengah fikirkan. Tak sampai sejam, mummy diorang dah hilang.

"Habislah daddy ngamuk nanti! "

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hah, padan muka Mia! Dahlah cuai lepastu buat-buat tak dengar pula. Dia hidup memang ditakdirkan untuk buat onar.

"Untuk sekali ni Mia, boleh tak kau jangan buat masalah? Aku... "

Bla, bla, bla... Roland ni en memang handsome dia tahap takleh bincang. Mia sayang dia sangat-sangat dan sanggup buat apa saja untuk mamat ni termasuk korbankan nyawa. Tapi kalau dah masuk hal-hal macam ni, pernah juga Mia terfikir untuk belasah Roland masa lelaki tu tengah tidur.

Ataupun tumbuk muka mamat tu sampai dia puas. Bila dah habis lampiaskan nafsu geramnya, barulah nyawa Roland dipulihkan semula. Tapi tulah, ia cuma angan-angan yang tak pernah dan takkan pernah kesampaian.

"Saya dah minta maaf. Bukan ke awak patut maafkan saya?" protes Mia.

Roland macam tak percaya ayat isterinya. Dahlah buat silap lepastu sesenang tikus keladi kat hutan dia minta dimaafkan.

"Aku cuma nak kau berhati-hati Mia. Orang yang kau hilangkan tu, mak aku, keluarga kita, keluarga kau."

Sejenak, Roland diam. Cakap banyak pun tak gunalah. Readers tetap bela kat Mia. Semua salah dia. Sebenarnya, ini semua salah penulis. Eh, tiber penulis pula yang kena.

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk menyapa halwa pendengaran masing-masing. Shawn yang bekerja sebagai pembantu peribadi Xender datang memberi tunduk hormat.

"Tuan Yang Di-Mulia, Tuan tzar panggil tuan muda dan puan muda ke bilik dia sekarang," lapor dia, amanah.

Roland mengeluh perlahan. Faham sangat arahan daddynya untuk berjumpa dengan mereka berdua. Sah, pasal Putri Risha.

"Okay," jawapnya, perlahan.

"Baik, tuan. "

Sejurus kehadiran Shawn hilang di sebalik pintu, Roland bersedia untuk melangkah menuju ke pejabat si ayah. Baru setapak diatur, tangannya pula diraih kemas.

"Awak marah saya? " soal Mia Aurora, senada.

Eh, taklah! Tak! Siapalah yang nak marah bila mak dia hilang en? Entah-entah dah kena makan dengan lalat gergasi ataupun jatuh kat lohong hitam. Haha mana ada marah. Gila tak marah!

Risha yang takde kuasa tu tengah merayau entah kat mana lepastu Mia expect orang tak marah dia?!

Roland tak menjawap. Perlahan-lahan dia meleraikan tangan Mia Aurora lalu meneruskan langkah yang tergendala. Dia tahu bila Mia Aurora bakal diceramah oleh Xender nanti, dia juga akan menjadi pelindung buat wanita itu. Sebab dia dah biasa.

Tiap kali Mia Aurora buat onar, dia juga yang kena bela. Hinggalah satu tahap Roland terfikir. Adakah Mia benar-benar menganggapnya seperti sebuah patung?

#Comment and vote
#Selamat Hari Raya Aidilfitri


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro