25 :ANNELIESE MASUK PERANGKAP

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dark Angel. 04 spesies makhluk yang dikenali sebagai burung bersayap hitam. Dia bukan setakat boleh merasakan bahaya tapi juga boleh terbang. Walaupun dia belum keluarkan diri dia yang sebenar tapi perubahan ni dah cukup baik. Dia agak maju daripada yang lain," jelas Nanami, puas hati.

Xender berdecit jelek. Baik konon. Happy tu memang happy sangat tengok bini sendiri dah berkembang baik tapi part dia ngan Shane tu yang dia takleh blah. Takpe. Tunggulah Risha balik nanti. Satu minggu Xender layan dia macam angin. Tak pun suruh dia kemas satu istana ni walau terpaksa memakan dua tahun!

Dalam pada itu, tiba-tiba mata Nanami tersorot pada Anneliese yang sedang menarik-narik hujung baju Naib Tzar Aden. Tingkah wanita itu yang merengek bagai budak kecik berjaya menarik perhatian Nanami.

"Pehal korang berdua ni?"

Aden dan Anneliese menoleh ke arah Nanami. Semua orang kini memandang ke arah mereka berdua.

"Erhh kitorang nak jumpa Ayla, anak kitorang, " beritahu Anneliese, ragu-ragu.

Aden sekadar diam. Dia tahu jawapan yang bakal dikeluarkan oleh Nanami. Pasti wanita tersebut takkan bersetuju. Paling-paling diorang akan diceramah selama sebulan.

"Apa?"

"Aden dah janji nak bawa saya..."

"Tak, aku faham maksud kau tapi kenapa?" Riak wajah Nanami jelas mempamerkan riak tak senang.

"Sebab kitorang dah lama tak jumpa Ayla," sedih Anneliese menjawap.

"Hah, bagus. Pergilah jumpa dia lepastu bagi DIA tahu lokasi sebenar anak kau. Bila kau dah puas tengok budak tu, DIA arahkan makhluk lain untuk bunuh anak kau ataupun culik budak tu sebagai tebusan. Yang paling bagus, nyawa anak-anak yang lain pun akan terancam. Silakan, aku tak halang, " kata Nanami dalam sindiran.
Anneliese terdiam. Perlahan-lahan dia merungkaikan jarinya daripada hujung baju Aden. Harapannya untuk berjumpa dengan si kecik kian pudar.

"Aku nak tanya. Siapa lagi yang terfikir nak jumpa dengan budak-budak tu? "

Sepi. Ada yang tertunduk tak kurang juga ada yang saling berpandangan. Nanami menarik nafas sehela. Tak lama kemudian, dia menoleh ke arah Tasya yang turut berdiam diri.

"04 kau pun sama? " soalnya.

Pada mulanya, Tasya diam namun bila Nanami masih menatap ia, dia terpaksa berkata jujur.

"Siapa yang tak rindu dengan anak sendiri?"

"Haih, dengar sini. DIA tu jauh lebih baik daripada kita kat sini. Walaupun otak-otak kita ni semua bergabung pun, kita masih takleh fight dengan kepintaran dia. Salah satu kuasa DIA yang kita dah sedia maklum adalah kuasa telepati. Dengan kuasa tu, dia boleh tengok apa yang kita tengok. So, korang masih terfikir nak jenguk budak-budak tu? "

Berbutir-butir hujah yang Nanami sampaikan dan tiada sesiapa pun yang berani untuk menyangkal. Lagipun apa yang Nanami cakap semuanya betul. Kalau sayang dengan anak masing-masing kena berkorban.

"Kita lupakan hal ni. 02 bawa 04 balik," arah Nanami tanpa amaran.

Mia Aurora yang duduk di sebelah Riley terus sahaja memandang ke arah Nanami dengan wajah yang kosong. Tanpa menggerakkan kepala dia melirik ke arah Anneliese yang sudahpun terkebil-kebil.

"Saya?!"

"Liese? Sensei tahu Liese masih tak... "

"Tak payah ajar aku, manusia. Aku tahu keadaan 02. Buat apa yang aku suruh, " potong Nanami.

Aden tak tahu nak balas apa. Dia masih ingat janjinya pada Nanami untuk percaya wanita itu demi kebaikan Anneliese juga. Kalau langgar, Nanami kata Aden akan disumpah jadi kodok. Dunia khayalan dunia impian. Entahlah nak...

"Bersiap sedia, 02. Aku akan hantar kau sekarang... "

"Abang... "

Dan Aden terpaksa relakan.

____________________________________

Tanah kuburan, 2026.

"Terima kasih untuk semuanya, " senyum Putri Risha ikhlas.

Tayler tak berkata apa-apa. Hanya Shane sahaja yang tersenyum sebagai balasan pada ucapan wanita tersebut.
"Aku harap kita akan jumpa lagi."

"Tak mustahil kalau umur panjang. "

Putri Risha tersenyum pendek. Dia kemudian menuju ke arah Maisara yang sedang berdiri tak jauh daripada mereka bertiga. Saat mereka berdua kelihatan berbincang sesuatu, Shane menoleh ke arah Tayler yang sejak tadi berdiam diri.

"Dia burung dari generasi pertama, Tay. Kau perlu tahu pada siapa kau perlu patuh, " pesan Shane, mendatar.
Tayler tak menjawap. Pandangannya masih terarah terhadap Putri Risha dan Maisara yang sudahpun berpimpinan tangan lalu hilang entah ke mana. Lepas dah berminggu-minggu balik ke sini, akhirnya diorang berdua balik. Balik ke dunia manusia yang bukan tempat mereka patut berada.

Usai sang tuan dan sang penjaga tiba di tempat yang diinginkan, Putri Risha membuka mata perlahan-lahan. Apa yang terhidang di hadapan mata bukanlah istana milik Tzar Malaysia melainkan sebuah rumah banglo besar yang telah musnah.

Putri Risha membatu diri. Setiap detik yang berlalu, dia dapat merasakan jeritan kebahagian seorang anak kecil bersama ahli keluarganya.

"My sweetheart! Where are you? "

"Sha, kau yakin nak duduk kat sini kejap? " soal Maisara perlahan.

Putri Risha mengangguk. Dia duduk di atas jubin yang telah hancur lalu bekas tempat tinggalnya ditenung sedalam mungkin. Dia rindu semuanya namun digagahkan diri untuk tidak menangis. Semua ni sebab dia dah berjanji pada Tok Mariam untuk kekal kuat demi arwah keluarganya.

"Mai, kalau kau tak kesah... Boleh tak aku nak rehat kat sini kejap?"

Maisara mengangguk faham.

Beberapa minit selepas itu, Putri Risha serta Maisara terlelap di atas lantai kotor. Dalam keadaan tak sedar, mereka berdua didatangi oleh seorang wanita. Dia mendekati Putri Risha dan Maisara.

"Sha? Mai? Lah buat apa tidur kat sini?" soal Anneliese, lembut.

Baru sahaja dia ingin menggoyangkan bahu Putri Risha tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang menyebabkan bulu romanya tegak berdiri. Anneliese menelan air liur. Dia sudah lali dengan kelebihannya yang satu itu. Meskipun lali tak semestinya dia tak takut.

Berbanding dia dengan Aden, confirm dia blah dulu. Giler nak stay.

"Liese.... Hihihi.... "

Mata Anneliese melilau mencari suara yang mendayu-dayu memanggilnya. Tangan pula dari tadi sibuk membangunkan Putri Risha. Tak sangka pompuan ni tidur mati. Kalau tak bangun juga, Anneliese terfikir nak bagi penampar.

"Liese...kebenaran hidup engkau ada pada aku. Engkau tak nak melihatnya? "

Anneliese kaku pabila anak matanya melihat sebuah bebola kristal biru terapung nun jauh di dalam hutan. Bagai terpukau, kakinya melangkah mengikuti benda tersebut.

"Kebenaran... "

Berbalik pada pihak manusia, Aden serta-merta memandang Nanami. Wanita itu melipatkan tangannya rapat pada dada seraya memejam mata. Ia seakan-akan memikirkan sesuatu.

"Sensei apa semua ni? Liese nak pergi mana? Dia patut bawa diorang berdua balik en? Sensei kata... "

"Dia akan selamat, manusia. Kau sangsi pada aku? " soal Nanami tegas kepada Aden.

Serentak, Mia Aurora menaikkan kepala memandang Nanami tanpa sebarang riak. Seterusnya, dia memandang ke arah Aden pula. Lelaki itu tak mampu lagi berkata apa-apa.

"Kebenaran ada pada aku... "

Anneliese berhenti di tengah hutan. Pada masa yang sama, muncul seorang gadis berpakaian ala-ala wanita Vietnam yang memakai baju tradisional bewarna kuning. Di atasnya terdapat nombor level 51.

"Kau siapa? " soal Anneliese, curiga.

"Aku? Hehe aku kebenaran yang kau cuba nak cari," ujar dia.

"Tipu! Kau raksasa DIA! Tapi kenapa kau lain? Kau nampak macam... "

"Manusia? " potong dia.

Anneliese memandang tajam pada gadis tersebut.

"Aku memang tipu. Nama aku Hannah dan aku salah satu ciptaan DIA. Tak semua raksasa berlevel nampak macam raksasa. Kau tentu dah sedia maklum tentang tu, " jelas Hannah, tenang.

Sejenak, Anneliese senyap. Dah sedia maklum? Kepala tempurung lutut dia! Takde pula Anneliese dengar raksasa berlevel boleh ikut rupa manusia. Ingatkan semua rupa macam binatang.

"So, kau nak apa dari aku? "

"Takde. Aku saja nak tolong kau. Kau nak ke? "

"Tolong apa? "

"Tunjukkan kebenaran seperti kebenaran 03 dan 04."

Anneliese ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut. Dia lupa bahawa gadis di hadapannya ialah salah seekor ciptaan merbahaya milik DIA.

"Kau tak nak? Kau tak nak tahu siapa diri kau yang sebenarnya Liese? Atau aku patut panggil 02?" perangkap makhluk itu.

Anneliese menelan air liur. Tipulah kalau dia tak nak. Semua ni macam tak masuk akal! Dia ada kuasa? Huh, sampah! Sejak kecil dia dibesarkan oleh manusia dan bukannya DIA. Tapi setelah semua yang dia hadap dan dia lihat adalah benar, Anneliese mulai sangsi pada dirinya sendiri.

Siapa dia? Kenapa dia ada kuasa? Betul ke dia dan empat lagi yang lain pernah berkawan baik pada 1800 tahun yang lalu? Tak disangka-sangka Anneliese akhirnya menganggukkan kepala. Dia tak tahu tindakan ini bakal merosakkan dirinya selepas ini.

Hannah tersenyum suka. Tak tunggu lama, dia melontarkan bebola kristal biru milik Anneliese ke udara sekali gus memori milik Sofia iaitu ibunya terlayar luas. Keadaan mula menjadi sunyi.

"Anneliese sayang... Anneliese kena membesar jadi anak yang baik. Ibu sayang Liese. Ayah sayang Liese. Semua sayang Liese, " ucap Sofia seraya mengelus lembut rambut si anak.

Anneliese bersama wajah kosong memandang lama wajah Sofia. Sikit pun dia tak rasa sayang pada wanita tersebut. Baginya, perempuan di hadapannya itu hanyalah pinjaman antara ia dan juga DIA.

"Manusia...kau tak perlu baik pada aku. Aku berasal daripada DIA dan selama-lamanya milik DIA. "

"Liese! Berapa kali ibu dah kata Liese anak ibu! Bukan DIA! Ibu yang lahirkan Liese! Liese anak ibu! " bentak Sofia, garang.

Anneliese tak menjawap. Dia memandang Sofia tanpa kata. Hal ini membuatkan Sofia bangkit lalu keluar daripada bilik anak gadisnya. Meninggalkan gadis tersebut berseorangan bersama perangai yang pelik.

Ya, Anneliese seorang budak yang pelik. Jarang bercakap, tak bersosial. Dia hanya akan bercakap jika ingin menghina seseorang dan mengagungkan DIA. Setiap detik, saat, minit Sofia dan Zakif rasa terseksa. Anneliese tak pernah menganggap mereka sebagai ibu bapa kandung dia.

Hanya DIA. Apa yang lebih memeritkan, Anneliese menyembah DIA sementara Zakif dan Sofia melakukan solat lima waktu. Sehinggalah satu hari... Semuanya berubah...

"Ini apa? "

"Ini adik Liese. Suka tak dapat adik baru? " senyum Sofia.

Zakif tergelak kecil. Dia menarik tubuh Sofia ke dalam pelukan lalu mengucup dahi si isteri tanda sayang.

"Milik DIA? "

"Cukup Liese! Anak-anak ayah semuanya manusia. Hak ayah dan ibu. Lupakan DIA!" marah Zakif, bengang.

Anneliese merenung tajam ke arah mereka berdua. Dengan tatapan seram, bibir gadis itu tersenyum sinis.

"Aku lahir daripada engkau tapi aku masih milik DIA. Sesiapa yang meminta aku melupakan DIA, orang itu harus mati! "

"Anneliese Cherina! "

Kesabaran Zakif sudah hilang. Hampir dia menolak Anneliese tetapi tangannya cepat-cepat ditahan oleh Sofia. Anneliese yang berasa jijik mula mengatur langkah meninggalkan mereka berdua.

Pada saat itulah, tangisan si ibu pecah jua. Di dalam pelukan Zakif, Sofia menangis. Di dalam pelukan Zakif, dia meronta. Di dalam pelukan Zakif, dia berdoa pada Allah agar anaknya normal seperti anak-anak manusia yang lain.

Siang berganti malam, Anneliese memasuki ruang bilik tidur ibu dan bapanya. Di dalam tangan gadis berumur 6 tahun itu terdapat sebilah pisau. Tak sengaja mata Anneliese tertancap pada tangan Zakif yang elok terletak di atas perut Sofia yang berusia 7 bulan.

Anneliese mendekati Sofia. Bibirnya mengukir senyuman menakutkan.

#Vote and comment.

#Good luck yang nak ambik result spm esok!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro