36: A-13 MENUNTUT BELA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#100 comments baru aku update tau.

Tap! Tap! Tap!

Berhenti. 04 mengetap gigi tanda berang. Dia sudah hilang kesabaran menahan perangai menjengkelkan lelaki yang sejak tadi mengikutinya mencari tumbuhan aneh jauh di dalam perut bumi. Bila 04 berhenti, lelaki itu juga turut berhenti.

Okay cukuplah dia bagi muka kat Faiq! Laki ni dah melampau!

"Kau jangan sampai aku bunuh, tak guna! " meledak jua kemarahan 04.

"Awak marah saya ke? " polos Faiq menyoal.

Eh, tak. Mana 04 marah. Kau tak nampak 04 tengah belai kau dengan kasih sayang? Gila! Dah sah-sahlah darah orang berderau! Yang kau sebok nak ikut orang ke hulur ke hiliaq ni pasal apa? Dah lama tak makan penampaq? Eh, penulis pula yang panas.

"Kau blah sekarang! " halau 04.

"Tapi kita kan kawan? "

"Eh, bodoh! Sape nak kawan dengan kau hah?" jengil 04, bengis.

Faiq menggaru kepala yang tak gatal. Dia mendekati 04 tanpa was-was.

"Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Awak tak nak ke? "

04 merengus. Dia mengeluarkan bebola bewarna jingga dari genggaman tangannya lantas diserang ke arah wajah Faiq. Berharap sangat laki tu terbuang lepastu mati katak kat sana.

Namun seperti yang dijangka, Faiq pantas mengelak lalu kembali memandang 04 dengan wajah yang naif. Berdecit jelek terus 04. Bencinya pada Faiq semakin meluat-luat. Dahlah kaki ikut orang. Tampar kang!

"Awak tahu tak.. Awak boleh kuatkan lagi kuasa awak kalau awak... "

"Diam! Kau... Kau makhluk lemah! Kau tak perlu ajar aku! " gertak 04.

Faiq diam seketika. Walaupun dah masuk minggu kedua Faiq mengekori 04 ke sana ke sini, tetap hati wanita tersebut sukar dipujuk. Keras sangat nak sentuh. Dahlah cakap gaya jantan. Sikit-sikit ugut nak bunuh. Nasib baiklah Faiq kita ni jenis sabar orangnya.

"Kalau kau dekat dengan aku lagi sekali, aku bunuh kau, " ugut 04.

Saat dia melangkah setapak, tiba-tiba Faiq membuka suara sekali gus membuatkan 04 mematikan pergerakan.

"Jadi, kenapa tak buat? "

04 menoleh.

"Apa kau kata? " serius 04 merenung Faiq.

"Kenapa awak tak buat? Awak tahu... Dah lama saya ikut awak. Tapi tak pernah pun awak keluarkan kuasa sebenar awak untuk serang saya. Lagipun, awak pengikut DIA. Biasanya pengikut DIA, tak bagi muka kat makhluk lain," hujah Faiq, rasional.

04 tersentak. Kalau difikirkan semula, betul juga kata Faiq. Asal 04 boleh pula layan laki ni? Siap berbual macam... Kawan. Bukan 04 tak pernah serang Faiq, actually dah banyak kali.

Tapi laki sekor ni je yang pandai nak mengelak. Lepastu siap bagi komen yang 04 guna kuasa dia ala kadar. Sah-sahlah 04 tak bersungguh-sungguh. Baginya, bila-bila masa saje dia boleh bunuh Faiq. Cuma malas.

Tak larat dan bazir tenaga dia. Faiq dapat elak pun sebab tuah mungkin. Takpe, ada masa 04 betul-betul guna kuasa dia sampai Faiq mati.

"Lantak aku. Kenapa? Kau dah tak sabar nak mati ke? "

04 menuju ke arah Faiq lalu dagu pemuda tersebut ditongkat bersama senyuman sinis. Faiq yang sepi hanya mampu terkebil-kebil. Tak semena-mena lelaki itu tertawa kecil sehingga menyebabkan 04 mengerutkan dahi.

Dah pehal jantan ni? High minum bir ke?

"Akhirnya, awak tersenyum juga! Kan saya dah kata awak memang cantik bila senyum macam tu, " puji Faiq, ikhlas.

Senyumannya masih tak lekang di bibir. 04 pula cepat-cepat menghindarkan diri daripada Faiq. Dia menjeling kasar pemuda tersebut. Apalah nasib dia dapat jumpa laki camni. Ada ke patut senyum sinis dengan senyum ikhlas pun dia tak mampu bezakan?

Ketika 04 buat endah tak endah, tiba-tiba Faiq mendekatinya lantas memperlakukan hal yang sama seperti yang 04 lakukan sebelum ini. Giliran dagu 04 pula ditongkat sedikit ke atas. Sejenak mata mereka berlaga.

"Awak memang cantik, " bisik Faiq, romantis.

Lidah 04 menjadi kelu. Pabila matanya cuba diliarkan ke tepi, Faiq segera mendekatkan lagi wajah mereka hingga hampir bersentuhan.

"Saya dah agak. Awak tak macam yang lain," Faiq mengherotkan senyuman kecil.

04 yang dah rasa tak selesa segera menolak tubuh Faiq lantas menghadiahkan tumbukan ke wajah lelaki itu. Yang boeknya, Faiq gagal mengelak lalu mengakibatkan wajahnya terteleng ke tepi. Awww rasanya mantap banget!

"Okay, saya memang layak dapat tumbukan tu, " kata Faiq sambil mengusap pipi yang sakit.

"Lagi sekali kau dekat... Ak... Aku bunuh kau! Huh! " dengus 04.

Dia menonong pantas tanpa hala tuju. Untuk pertama kalinya, pipi 04 memerah malu. Pelik tapi benar. Mahkluk sepertinya wujud perasaan sedemikian. Arghh! Lantaklah! Yang penting bukan sebab Faiq! Erhhh... Mungkin.

____________________________________

"Kau nampak tak pompuan tu? Aku rasa dia lah yang kita nampak masa kat kedai Grego."

"Yang ada kat helogram tu ke?"

"Haahlah! Memang dia. Hampir makhluk DIA rogol dia en. "

"Aku dengar pompuan ni bekas DIA lepastu jadi pengkhinat. Kalau dia jadi buruan DIA, tak ke kita semua dalam bahaya? "

Mia Aurora buat-buat tak dengar ketika lalu di hadapan sekumpulan wanita yang menjual pelbagai makanan. Hajatnya untuk ke pasar bagi mencuci mata tak seberapa menarik hatinya bila menjadi bahan umpatan masyarakat sekeliling.

Dia terus berjalan ke depan. Dia cuba kentalkan hatinya daripada merasa terkilan. Maklumlah Roland kata mulut manusia ni banyak sangat hasad dengki. Tu tak kena, sini tak kena. Gaya nak minta pelempang. Walau apapun, Roland nasihatkan Mia untuk selalu bersabar dengan perangai manusia.

Dan sekarang benda yang Roland nasihatkan lah ni Mia tengah buat. Jalan releks tak ambik kesah apa-apa.

"Hoi pompuan! "

Mia Aurora tersentak sebaik sahaja tubuhnya direnjis air ikan. Dia berundur setapak mengelak daripada terkena lagi renjisan tersebut. Wajah wanita itu sedikit berkerut tak puas hati.

"Kau ni yang pihak DIA tu cari kan? Seluruh dunia dah tahu. Kalau kitorang simpan kau kat sini, negara kitorang pula yang terjejas!" marah si penjual ikan.

Mia Aurora tak membalas. Dia faham dia membawa kepada kebencanaan. Semua orang benci kat dia dan Roland pula suruh dia untuk fahami sikap manusia.

Mia takut tak kuat. Mia takut manusia lemah ni jadi mangsa penumbuknya. Dahlah penumbuk Mia bukan cikai-cikai weh. Tumbuk sikit confirm pompuan ni terbang sampai kat negara Afrika. Takyah lagi naik kapal terbang.

"Aku kata pergi! Makhluk menyusahkan! "

Tiba-tiba bahu Mia Aurora ditarik rapat ke bahu seseorang. Nampaknya, A-13 kelihatan tersenyum lebar ke arah penjual ikan tadi.

"Kalau tak nak aku mengamuk, jauhkan diri kau dari dia, " ugut dia, seram.

Penjual tersebut tertunduk ketakutan. Tanpa kata, A-13 membawa tubuh
Mia Aurora keluar daripada pekan tersebut lalu menghala ke sebuah desa terpencil. Apa yang A-13 suka lepak kat sini, penduduknya riang dan baik.

Sopan je perangai. Langsung tak memandang rendah pada mereka. Siap benarkan mereka berempat untuk tinggal kat sini sementara waktu.

Dalam keadaan yang masih merangkul erat bahu Mia Aurora, A-13 melemparkan pandangan ke arah Irisna yang sedang berdiri tegak di atas bangunan loceng dengan mata yang terpejam.

Irisna menghirup udara tenang. Angin sepoi-sepoi bahasa membenarkan benaknya merantau memikirkan situasi cemas yang mungkin terjadi. Selain itu, dia juga baru bercakap dengan seseorang melalui telepati.

"Aku nak rehat, " pamit Mia Aurora, dingin.

"Eh, eh kau nak gi mana? " halang A-13.

"Aku penatlah."

"Kau tu bukan manusia. "

Mia Aurora berdecit. Arh! Terkena juga Mia dengan ayat sendiri. Tulah kemaruk sangat mengaku bukan manusia. Walhal 20% badannya diperbuat daripada sedikit gen manusia.

"Aku nak gi tengok Alice. Manatau dia ada perkembangan baru, " seloroh Mia Aurora.

A-13 diam. Dia tahu mood Mia tak baik semenjak berada kat sini. Asyik nak marah-marah. Macam mana tak baran kalau asyik kena pandang serong oleh penduduk setempat? Sampaikan Mia asyik terkurung kat dalam desa kecik ni.

Ini semua Master punya pasal! Maka, Mia Aurora tak boleh merayau seperti A-13 dan Irisna walaupun Irisna ada ajak dia gi jalan-jalan. Sadis en?

Tiba-tiba kedengaran bunyi petikan gitar dan beberapa gong dipalu. Pantas A-13 menoleh ke arah beberapa penduduk yang sedang menari bersuka-ria di tepi jalan. A-13 tersenyum pendek. Apa yang penduduk ni tunjukkan, bukan semua orang takut pada DIA.

Bukan semua makhluk harus takut dan sedih 24 jam. Kegembiraan wujud andai dicipta. Kegembiraan adalah satu pilihan. Dan penduduk kat desa ni pilih untuk tak kekal dengan rasa gerun.

"Hei, kau nak menari tak? " soal A-13.

Mia Aurora mengerutkan dahi.

"Kau bergurau?"

A-13 diam. Dia menarik tangan Mia Aurora lalu berdiri di tengah penduduk yang memainkan lagu Bailando. Tunggu, Mia Aurora terdiam. Dia pernah terdengar A-5, kakaknya dengar lagu ni. Sebelum tidur, pompuan tu wajib dengar lagu ni. (Pasang media kat atas)

"Aku selalu menari lagu ni dengan kakak kau, " beritahu A-13 tanpa disuruh.

Mia Aurora diam. Tangannya diraih oleh A-13 lalu mereka menari-nari sekali gus membuatkan Mia Aurora terkebil-kebil. Sekejap mereka berpusing, sekejap A-13 memegang pinggang Mia Aurora lalu diangkat ke udara persis tarian tango.

Untuk beberapa minit, Mia Aurora tak sedar dia tergelak kuat hingga membuatkan A-13 terikut gelak sama. Penduduk juga turut tersengih melihat keakraban yang terjalin antara dua makhluk tersebut. Dari jauh, Irisna turut menonton mereka dengan wajah yang gembira. Dewi itu tersenyum terharu.

"Mana sesuai lagu dengan tarian ni! " gelak Mia Aurora saat tubuhnya dipeluk oleh A-13 daripada belakang lalu digoyang ke kiri dan ke kanan.

"Adalah! " nafi A-13.

"Bodohlah kau! "

"Kau pun sama bodoh. Ikut juga aku."

Untuk beberapa seketika, Mia Aurora lupa pada kesedihannya. Untuk beberapa seketika, mereka berdua lupa pada masalah yang harus ditanggung. Sebaik saja lagu habis, lagi sekali mereka berdua ketawa.

"Kau memang sama macam dia, " ujar A-13 tiba-tiba.

Senyuman Mia Aurora kian pudar perlahan-lahan. Dia faham maksud A-13. Dah memang kembar. Cuma perbezaannya, Mia Aurora tak baik macam Efrosina.

"Hei, boleh tak aku minta sesuatu daripada kau? "

"Apa? "

"Kalau boleh... Lepas semua ni tamat, aku nak kau ikut kitorang balik. Kau boleh tinggal dengan kitorang. Satu istana, " cadang Mia Aurora, janggal.

Sebenarnya, cadangan dia tu lebih kepada permintaan. Mia berharap sangat A-13 sudi menjadi salah satu ahli kat istana. At least, tengok A-13 bagaikan melihat A-5. Tapi sekarang A-13 kelihatan ragu-ragu untuk bersetuju. Cepat-cepat Mia Aurora membetulkan keadaan semula.

"Ak... Aku faham kalau kau tak nak. Aku tak paksa. Aku faham kau tak suka kitorang tambah-tambah aku. So, aku..."

"Hei, hei sape kata aku tak nak?" potong A-13, mendatar.

Mata Mia Aurora perlahan-lahan membulat teruja.

"Kau nak? "

A-13 mengangguk sekali gus membuatkan Mia Aurora melompat gembira lantas memeluk tubuhnya. A-13 tercengang sebentar. Dia dapat merasakan kegembiraan yang Mia tunjukkan kala ini.

"Aku tak pernah rasa ada abang, " bisik dia syahdu, namun mampu didengari oleh A-13.

A-13 tersenyum tawar lalu turut membalas pelukan si adik ipar.

"Kau dah ada sekarang. "

Sesaat, pelukan dileraikan. Mia Aurora mengigit bibir lalu memusingkan tubuh ke belakang seraya terbayang wajah kegembiraan setiap ahli keluarganya pabila menyambut kedatangan A-13 nanti.

Mesti seronok! Lagi-lagi Roland memang rapat dengan arwah A-5 sebelum ni.

"Yes! Akhirnya kita tinggal bersama! "

Mia Aurora menoleh semula ke arah A-13. Dan saat itulah senyumannya hilang ditukar dengan air muka yang serius. Jauh di dada langit dia melihat seekor kelibat turun bersama ribut yang kuat.

Penduduk berpusu-pusu melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah masing-masing. A-13 pula turut memandang ke arah lokasi yang menjadi panahan anak mata Mia Aurora.

"Cantik tempat yang korang pilih. Tapi tak terlalu jauh untuk aku kejar, " ujar dia dalam senyuman bermakna.
Irisna turun daripada atas bangunan lalu mendarat di tanah dengan lemah-gemalai. Dia tersenyum melihat kehadiran The Master. Tak sangka, haiwan buas ni dapat kesan diorang. Patutnya diorang pergi kat Amazon. Biar jauh sikit.

"Baru 5 hari, kau dah rindu pada kitorang? " usul Irisna, tenang.

"Cakap kosong. Tujuan aku ke sini sudah pasti diketahui oleh semua makhluk. Pengkhianat harus mati, " kata Master merujuk kepada Mia Aurora.

Dahlah tukar pihak lepastu mengandung pula anak manusia. Memang tak boleh dimaafkan! Tapi dengan adanya Irisna dan A-13, Master lebih suka.

Bermakna dia dapat habuan yang sangat besar! Lagi-lagi Irisna yang bergelar dewi. Darah suci yang mengalir pada tubuh wanita tersebut bakal menjadi mangsanya.

Tampak jauh, A-13 menarik tangan Mia Aurora agar bersembunyi di belakangnya. Dalam diam-diam Irisna melirik ke arah A-13 tanpa pengetahuan Mia Aurora.

"Bagaimana jika kita bermain, Master? Kau dan aku. Duel match, " cabar A-13, sinis.

Mata Mia Aurora terbeliak besar. Pantas pergelangan tangan A-13 dicengkam geram.

"Kau cakap apa ni? Kita bertiga, kita boleh lawan dia! "

"Dia bunuh A-5."

"Dan dia kakak aku! "

"Stay back, 03. Ini pertarungan aku dengan dia. Jangan masuk campur, " A-13 mendorong tubuh Mia Aurora ke belakang lalu maju ke hadapan.

"Iris! A-13...tolonglah halang dia! " bentak Mia Aurora.

Irisna menggeleng.

"Seorang lelaki menuntut bela demi kematian isterinya, dialah yang lebih layak, " Irisna bermadah.

Hal ini membuatkan Mia Aurora berdecit dan terpaksa menerima keputusan A-13. Dari jauh dia melihat A-13 mara ke hadapan menentang The Master.

"Jenis perlawanan? " soal si musuh.

A-13 tersenyum sinis.

"Sampai mati! "

Duel match pun bermula.

#100 comments baru aku update tau.

#Next chap: A-13 Vs The Master

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro