43: RAHSIA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#150 comments baru aku update tau.

Bayu malam menjentik sanubari Tengku Zamil. Dia termenung. Berulang kali dia berfikir adakah kesengsaraan yang dihadapi oleh seluruh dunia disebabkan dia?  Haruskah dia berkorban? Tapi bagaimana?

Mahukah DIA menerimanya sebagai galang nyawa semata-mata agar perbuatan DIA dihentikan?  Tengku Zamil mengeluh buat kesekian kali.

Tiada siapa tahu. Ya, tiada siapa yang tahu rahsianya termasuk Tzar Xender sekalipun. Tiba-tiba terasa dada Tengku Zamil dipeluk dari belakang. Dia sedikit tersentak. Dia menoleh ke belakang sekali gus melihat Tengku Lily sedang melakarkan senyuman manis ke arahnya.

"Kenapa tak tidur lagi? " bisik Tengku Zamil, prihatin.

"Macam mana Lily nak tidur kalau suami Lily yang muda ni takde kat sebelah?" Tengku Lily tersenyum mengusik. 

Terhambur jua gelak kecil daripada bibir Tengku Zamil. Dia mengusap pipi si isteri lalu dicium manja.

"Sayang tahu... Sayang nampak cantik, " bisik Tengku Zamil, romantis.

Tengku Lily tersipu malu. Dia menyentuh wajah Tengku Zamil yang langsung tak dimamah usia. Tampak sangat muda serupa anak remaja. Kalau keluar dating pun, gadis-gadis muda sibuk berebut nak ngorat suaminya. Begitu juga perkara yang berlaku pada Tengku Lily.

"Abang bercakap sebijik anak sulung kita."

"Well,  bukan abang yang ikut dia. Dia yang ikut abang, " Tengku Zamil tak nak kalah.

"Erk? Abang tak berubah dari dulu sampai sekarang. Abang ingat macam mana abang ngorat sayang? " Tengku Lily cuba bermanja dengan merangkulkan lehernya pada si suami.

"Bila? 1800 tahun yang lalu atau sekarang? "

Tengku Lily terdiam pada soalan Tengku Zamil. Senyumannya kian pudar bila tahun tersebut terpacul daripada bibir sang suami.

Sedar pada keterlanjurannya, Tengku Zamil cepat-cepat membetulkan semula.  Pinggang Tengku Lily ditarik rapat ke dalam pelukan.

"Maksud abang... "

"Takpe. Sebolehnya Lily tak nak ingat benda yang dah lepas. Kita dah janji nak mulakan hidup baru, " ujar Tengku Lily sambil menoleh ke arah lain.

Tengku Zamil merasa bersalah. Nampak sangat dia dah sakitkan hati satu-satunya wanita yang ia agungkan. Nak pujuk, Tengku Lily pula sudah merungkaikan pelukannya lalu beralah ke bilik.

Bukan Tengku Zamil tak nak halang tapi dia sedar ayat-ayatnya telah mengingatkan Tengku Lily secara tak sengaja berkaitan kisah 1800 tahun yang lalu.

"Sayang... " panggil Tengku Zamil, risau.

Tatkala ayah kepada ketua tzar itu cuba mendekati si isteri, tiba-tiba bayu malam bertukar ganas hingga Tengku Zamil dan Tengku Lily terpaksa menghalang angin dan habuk daripada memasuki ruang mata. 

Nampak gaya ribut taufan ingin melanda, namun jauh dari dasar hati Tengku Lily, dia tahu ribut ganas ini bukan disebabkan perubahan cuaca. Melainkan amaran daripada DIA. Dalam diam-diam Tengku Lily menjengilkan mata. Dia berdecit jelek lalu memaksa diri untuk masuk ke dalam bilik.

Kala kaki melangkah, Tengku Lily mengutuk DIA.

"Sampah! "

___________________________________

Mia Aurora berlari mengelilingi ruangan putih. Nafasnya tercungap-cungap mencari jalan. Sedaya-upaya dia mencari pintu keluar, namun sebuah pintu pun dia tak nampak. Alih-alih Mia memaksa diri untuk berhenti dan menyerap sebarang bunyi yang datang.

Mungkin dengan cara tu Mia boleh cam bunyi angin datang dari mana. Bijak tak dia? Eh,  mestilah bijak. Kalau tak bijak, bukan 03 namanya.

"Hei...."

Mia Aurora tersentak. Mata ia melilau mencari suara tersebut.

"03..."

Sah! Ada 'benda' yang tengah panggil dia! Tapi apa? Atau siapa? Dah 2 hari Mia terperangkap kat sini, baru suara itu tetiba muncul. Dah tu siap panggil 'nama sebenar' dia.  03 bukan Mia Aurora. Takkan penulis yang panggil dia? Eh, tak mungkin. Penulis sendiri malas nak layan perangai Mia.

"Aku di sini. "

Berdesup Mia Aurora menoleh ke belakang. Apa yang terhidang di mata, sukar diterima. Tak semena-mena tubir matanya bergenang. Tanpa disuruh, dia berlari laju menuju ke suara tersebut.

"Irisna! "

Irisna tertawa kecil usai tubuh ia dipeluk erat oleh Mia Aurora. Wanita tersebut menangis di dadanya tak ubah seperti budak kecil. Sama seperti dulu saat Mia Aurora meluah yang dia takde sape-sape di dunia ini melainkan Irisna.

Kalau diingatkan semula, ia membuatkan Irisna tersenyum lebar. Semua makhluk kata 03 sejenis makhluk yang takde perasaan, kejam, jahat, dan pelbagai lagi bentuk hinaan yang dilemparkan terhadap 03.

Apa yang tambah menyedihkan, hinaan ini menyebabkan 03 takde kawan dan hidup berseorangan. Dia sendirian. Bila dia melangkah, semua orang bertindak melarikan diri daripada dia. Tak buat apa-apa lagi, semua makhluk dah menangis melihat wajahnya.

Sape kata ada kuasa best? Sape kata jadi 03 tu seronok? Jadi bini Roland tu yang seronok. Selebihnya, pahit! Anjay.

"Iris... Aku ingat kau dah mati, " esak Mia Aurora.

Irisna mengusap lembut kepala 03 bersama pandangan yang agak redup.  Tumpah pula rasa kesian pada wanita yang dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

"03, aku dah mati. Nanami sengaja bagi kau ubat supaya kau boleh rehatkan minda kau yang bercelaru. Aku hanya roh yang dah berpisah dari jasadnya yang sebenar, " jelas Irisna, jujur.

Mia Aurora tersentak. Dia mendongak perlahan-lahan menatap anak mata Irisna. Tak mungkin ini semua sekadar mimpi. Takkan Babyfik nak bagi dia fake hope?

"Ka... Kau dah janji takkan tinggalkan aku, " Mia Aurora menangis tersedu-sedan.

"Aku tahu. Walaupun aku dah mati, roh dan jiwa aku masih bersama kau, " lembut Irisna memujuk.

Mia Aurora menggeleng sewaktu telapak tangan Irisna hinggap pada bahagian hatinya. Meskipun kenyataan itu sungguh pahit untuk dihadam, Mia Aurora sedar Irisna betul-betul dah takde.

Mia Aurora juga sedar dia sekarang berada di alam mimpi yang dicipta oleh dirinya sendiri. Ini semua gara-gara ubat yang diberikan oleh Nanami. Sekarang kat mimpi pun boleh berhalusinasi tanpa hisap gam. Takde contoh lain ke penulis nak bagi?

Tak lama kemudian, Mia Aurora menjarakkan diri daripada Irisna. Wajah cantik si dewi direnung penuh kasih.

"Aku dah buat kau mati, " Mia rasa bersalah.

"Tsk! Mengarut. Semua orang tahu aku mati atas pilihan sendiri. Aku harap pemergian aku buatkan aku jadi heroin dalam cite ni, " gurau Irisna lalu tergelak kecik.

Ceh, ceh,  ceh. Mak minah oii...semua orang tahu 02, 03 , 04 dan 05 heroin dalam cite ni. Tu pasal tak mati-mati lagi. Muahahaha!

"Tapi aku dah 'bunuh' A-13. Kalau bukan sebab aku,  dia takkan... "

"Dah tahu salah, asal tak minta maaf dengan aku? "

Mia Aurora terkejut besar usai suara tersebut didapati berada tak jauh daripada lokasi mereka berdua.

Sepantas kilat dia bangkit lalu mengigit bibir yang tak habis-habis menggeletar sejak tadi.  A-13 yang sedang menyandar sambil melipatkan tangan rapat ke dada merenungnya dengan pandangan yang selamba.

"Yoo! Dah lama tak nampak, " sapa dia, mendatar.

"Iris, tu... "

"Yupp! A-13. Pergilah jumpa dengan dia, " saran Irisna.

Tak nak berlengah lagi, Mia Aurora berlari anak ke arah A-13 lalu melayangkan senyuman manis. Anak matanya turut tersenyum meskipun tampak sedikit berair. Sape tak terharu bhai nampak makhluk yang dah mati tetiba muncul kat depan mata? Erhh walaupun mimpi.

"Hei... " tutur Mia, sebak.

"Hei... " balas A-13, pura-pura polos.

Tanpa mampu ditahan lagi, tangisan Mia Aurora terhambur jua. Semua makhluk yang dia sayang, ada kat sini. Uwarghhh!

"Hodoh arh kau! " kutuk A-13.

Walau bagaimanapun, tangannya ringan menarik lengan Mia Aurora ke dalam dakapan. Dia mengelus rambut 03 dengan harapan wanita tersebut berhenti daripada menangis. Cengeng semacam makhluk sekor ni.

"Kau arh bodoh!  Yang kau mati tu apesal?! " bebel Mia Aurora dalam tangisan.

"Salah aku? Kalau natang tu tak tipu dalam duel match, dah lama aku duduk sebumbung dengan kau. Mungkin sekarang ni aku tengah lepak sambil dilayan oleh dayang-dayang kat istana, " berangan A-13.

Tak semena-mena perutnya menerima tumbukan kecil daripada Mia Aurora. Dah mati tu, buat-buatlah mati. Eh, kejam sangat penulis ni. Anjayyyy...

"Kau nak mati? " jeling Mia Aurora.

"Aku dah mati, " releks A-13 menjawap.

Mia Aurora terdiam. Macam manalah dia lupa abang iparnya dah lama 'goal'.

"Aku rasa kau tak patut duduk kat sini lama-lama. Kau dah boleh keluar, " cadang A-13, tiba-tiba.

"Maksud kau? "

"Kitorang cuma mimpi kau, 03. Lepas kau dah bangun, kitorang takkan ada kat dunia nyata. Aku harap sangat kau dah jumpa ketenangan dalam ni. Aku tak nak kau terlalu ingat kematian kitorang. Yang dah mati, mati. Apa boleh buat... Kau tu yang hidup, jangan berlagak dah 'mati'."

Ambik! A-13 dah pot pet pot pet dengan kemurungan Mia Aurora. Dia dah agak Mia akan sedih berbulan-bulan lepas ni, sebab tu dia pesan awal-awal.

"Aku boleh balik sekarang? Tapi aku tak nak tinggalkan kau dengan Iris. Aku nak tinggal sini. "

Tak sia-sia dahi Mia Aurora dijentik kuat. Padan muka! Sape suruh bangang?

"Habistu kau nak biarkan Roland? Anak kau dengan dia, kau dah lupa? Kau kena ingat,  03. Anak yang kau kandungkan masih berstatuskan manusia. Roland ada hak. Lagi satu,  kau tak boleh tinggalkan penjaga kau tanpa bertuan," peringat A-13, tegas.

Panjang lebar pula nasihat dia erk. Bila ayat A-13 dipertimbangkan semula,  Mia Aurora mengeluh berat. Ya,  dia masih ada Roland, Alice dan semua orang.  Dia takkan pernah lupa detik-detiknya bersama Riley, Grey,  Ryan dan Triple Han sewaktu di cite Extraordinary Wife dulu.

"Kalau kau stay kat sini lelama, aku tak hairan kalau ada pompuan lain yang jatuh cinta dekat suami kau masa suami kau berada kat luar. Entah-entah dia bersama dengan pompuan lain sekarang, " kata A-13, tiba-tiba.

Prakkkk!!

Burung berkicauan. Anjing menyalak.  Kucing mengembek. Buaya berjalan dua kaki. Suasana tiba-tiba terasa seakan sunyi. Tak lama selepas itu, Mia Aurora memandang A-13 dengan senyuman yang menakutkan.

"Haha dia sayang aku. Aku percaya dia setia. Mustahil dia tengah bersama dengan pompuan lain sekarang. "

Sementara itu...

"Jasmine, kau tahu jalan nak keluar daripada tempat ni? " soal Roland yang tengah duduk di hadapan Jasmine sekarang.

Ryan dan Grey pula nampaknya masih belum bangun daripada lena masing-masing. Tinggallah Roland dan Jasmine duduk berduaan kat depan unggun api yang dah mati.

"Tak,  tapi saya tahu sape yang boleh tolong. Senang je.  Kita kena lalui Hutan Cahaya tu, " beritahu Jasmine.

Sekali sekala dia menilik ketampanan
pada raut wajah Roland ketika lelaki itu sibuk mengacau kayu api menggunakan ranting.  Bila Roland mendongak saja, Jasmine berpura-pura melihat ke arah lain.

"Hutan Cahaya? "

"Ya, hutan tu dikawal oleh DIA. Kalau kita masuk hutan tu,  kita kena hadap pelbagai mahluk aneh dan bahaya. Tapi awak tak perlu risau tau. Awak ada saya! Saya boleh hmm bantu awak, " tunduk Jasmine, segan.

Tak sempat lagi Roland ingin membalas, muncul pula dua makhluk yang sering menyusahkan hidup orang lain. Sape lagi kalau bukan Ryan dan Grey.

Bukan kemain selamba lagi keluar sambil menguap. Tak tanya apa-apa, kedua-dua manusia tersebut membasuh muka dan berkumur menggunakan air yang disangkakan sungai.

Sampai tergeleng Jasmine dibuatnya. Kan dah kata tu laut dalam. Mungkin Ryan dan Grey dah lupa.

"Morning guys! Bro, buatkan aku air kopi tanpa kopi," arah Ryan kepada Roland.

"Kalau kau nak muka kau kena pijak, cakap dengan aku. Aku boleh buat tanpa kenakan bayaran," jeling Roland. 

Ryan dan Grey duduk di samping Roland lalu melemparkan pandangan ke arah Hutan Cahaya yang dimaksudkan oleh Jasmine sebentar tadi. Walaupun diorang bangun lewat, jangan sangka diorang tak pasang telinga.

"Aku rasa kita tak perlu buang masa. Jom gerak sekarang, " sela Grey. 

"Jap,  sebelum tu aku nak tanya. Selain aku,  kau dan kau... Dah takde orang lain kan yang hilang macam kita? " usul Roland. 

Ryan dan Grey berfikir lama.

"Takde kut. Lepas kau tetiba hilang,  aku dengan Ryan hilang pada masa yang sama. So, aku rasa kita tiga je yang hilang, " jawap Grey.

"Apesal korang tiga je yang hilang? " kerut Jasmine.

"Bukan aku nak perasan. Tapi dalam kalangan kitorang semua, kitorang bertiga yang paling handsome. Sah-sah akulah yang pertama baru tu Roland."

Fuhh,  lain macam erk keyakinan kau Ryan. Kalau dilempang sekali ni, rasanya dah boleh terbang jauh.

"Asal kau pula yang pertama? Ikut ranking sebenar, aku nombor satu. Kau tak nampak warna mata aku ni warna hijau? Kau ado nyah?" bidas Grey,  tak nak kalah.

"Ele,  setakat macam tu. Lubang bontot aku pun ada, " perlekeh Ryan.

"Korang berdua boleh diam tak?  Ada juga yang aku siku sekor-sekor ni kang. Benda kecik pun nak gaduh! Semua orang dah tahu aku paling handsome en," sampuk Roland.

Ini lagi satu natang nak minta kena lempang. Kata gaduh macam budak. Habistu yang engko buat ni apa?  Tengah main tepuk-tepuk amai ke? 

Jasmine yang sekadar menjadi pemerhati hanya mampu menggarukan kepala bila ketiga-tiga manusia di hadapannya itu mulai bercakaran antara satu sama lain.

Rasa dah terbalik. Sape yang berperangai macam binatang sekarang ni?  Walau apapun, kaki Roland, Ryan dan Grey tetap ringan melangkah ke arah Hutan Cahaya.

Tanpa Roland sedar, jari-jemarinya kosong tanpa sebarang perhiasan. Bukti perkahwinannya bersama Mia Aurora sudah lama tertanggal dan tenggelam di dalam air sewaktu lemas tempoh hari.

Dia berjalan dan terus berjalan jauh meninggalkan cincinnya hanyut pergi entah ke mana.

#Jangan salahkan Roland. Dia tak perasan. 

#150 comments baru aku update tau.

#Yang kata aku tak update-update sebab kering idea tu, aku setuju! Bila aku takde idea, aku akan stop kejap. Takleh lah paksa diri untuk update dengan jalan cite yang buruk en. Nampak sangat tergesa-gesa karang.

Tapi jangan risau. Aku 'hilang' tak sampai seminggu pun.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro