5: BERTEMU SEMULA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Boom!

One hit!

Ada satu kuasa datang secara mengejut bersama aura bewarna jingga gelap. Yang lebih mengejutkan pabila kuasa tersebut berjaya membuatkan seluruh pihak musuh terbuang jauh ke belakang. Hanya satu serangan, 1000 tentera DIA berstatuskan manusia yang memilih jalan kejahatan tumbang di atas tanah.

Ryan dan Grey yang berada di bahagian tengah sudah ternganga. Hilang saja habuk di udara , gerangan yang membantu mereka memusingkan kepalanya sambil melakarkan senyuman amat manis sekali.

"Miss me?" sengih si dia, mengusik.

"Aunty Mai!"

Maisara tergelak kecil lantas muncul di hadapan mereka berdua. Kepala Ryan dan Grey sempat diusap manja.
Kedua-dua jejaka tersebut sekadar tersenyum kacak. Syukur tak mati hari ni. Fuh, nasib baik!

Untunglah Maisara ada kuasa. Datang-datang je bagi diorang tu semua 'tidur' terus. Kalau nak harapkan diorang berempat yang manusia ni, ceh! Belum tentu hidup.

"Aunty Mai!"

Dari jauh, kelihatan Double R melangkah seribu ke arah mereka bertiga. Tiba saja, tubuh Maisara dipeluk erat oleh Riley. Rasa gembira Maisara datang sebagai penyelamat.

"Aunty Mai datang sorang je ke?" soal Roland.

Sekali sekala kepalanya terjengul mencari kehadiran yang lain. Kut-kut diorang nak datang berziarah ke. Untung-untung raya awal. Sempat lagi Roland berfikiran tak waras.

"Ha'ah," jawapnya.

Kira-kira lima minit mereka berbual, barulah kaki masing-masing mengorak langkah untuk masuk ke dalam kereta tentera. Sepanjang dalam perjalanan ingin ke istana Tzar Tazaki Genji, Roland melirik pada Maisara melalui ekor matanya.

Air muka wanita tersebut tampak begitu ceria. Seakan-akan membawa berita gembira. Harapan Roland agar Maisara membawa khabar gembira buat dunia ini. Kut-kut Maisara nak kata yang DIA tu dah mati terlanggar tiang jalan. Huh, tapi Roland tahu tu semua mustahil.

Mana mungkin DIA tu mati dengan mudah. The Master tu pun kebal semacam, apatah lagi tuan sebenar yang menciptakan pelbagai makhluk berkuasa.

Usai tiba, kelibat Honey (I'm A Fighter!) menyapa pandangan mereka berlima. Riak wajah gadis itu nampak sedikit gelabah.

"Triple Han mana? Jangan kata..."

"Diorang okay, aunty. Diorang kena stay lama sikit kat sana untuk pertahankan bahagian A. Ingat tak?" peringat Grey.

Honey melepaskan keluhan lega. Ingatkan diorang dah tewas dalam 'gelanggang harimau'. Kalau diorang takde, entah apa nak jadi dengan bahagian A. Lokasi A tu banyak sumber asli yang dilindungi oleh kerajaan Jepun. Tu pasal ramai manusia yang tamak haloba khusus orang jahat memilih untuk menentang askar Jepun atas nama DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

"Well done! Aku gembira korang masih selamat!"

Serentak semua memandang ke arah Tazaki Genji. Lelaki itu segak memakai baju besi tanda baru pulang dari bertarung. Muka ketua kerajaan tersebut pula kelihatan sedikit kotor dengan arang-arang hitam atau seumpamanya.

"Kitorang akan terima tu sebagai pujian," jawap Ryan, mendatar.

"Mai! Lama tak jumpa!"

Tengku Nurfaiza turun dari tingkat atas bersama tangan yang erat menjinjing jari kecil Tazaki Zulkanain. Si kecik berlari mendapatkan ayahnya lalu memberikan kucupan pada pipi.

"Tahniah! Papa masih hidup hari ni! Yeah!" sorak Zulkanain.

Tazaki Genji terkebil-kebil. Apesal ayat tu macam dia pernah dengar erk?

"So, diorang camne?" tanya Tengku Nurfaiza, tak sabar.

Dia mengambil tempat di sebelah Honey yang turut tertanya-tanya mengenai keadaan di negara Malaysia.

"Takde perubahan. Masih sama."

"Ohh okay."

Serta-merta riak wajah kedua-dua wanita itu berubah kecewa. Apa yang berlaku kat Jepun turut berlaku kat negara-negara lain. Apalah yang nak dihairankan.

"Tapi aku bawa berita gembira," sambungnya.

"Happy news?! Pasal mummy ke?!" teruja Riley.

Macam dah tahu-tahu Maisara nak cakap pasal Putri Risha.

"Yup! She's back!"

"Seriously?!"

Oh My Gosh! Macam tak caya! Ryan serta Grey tersenyum lebar seperti Roland dan yang lain-lain. Riley pula hampir menangis terharu. After all this time, mummy diorang dah balik? Kau rasa? Demi nak berlagak kuat,Riley sanggup menahan air matanya dengan melakarkan senyuman yang paling manis sekali.

Roland tergelak kecik. Macamlah dia tak sedar mata Riley nampak sangat berair. It's okay to cry. Takde sape yang nak ejek pun. Nangis tanda kau kuat.

"Nice! Kalau macam tu, kita balik Malaysia!" cadang Tazaki Genji.

"Balik?! Uncle serius ke? Sape nak jaga tempat ni kalau..."

"Lek lek. Serizawa kan ada kat sini. Kalau ada apa-apa terjadi, dia boleh lapor pada aku. Lagipun aku percaya dia boleh handle tempat ni dengan yang lain tanpa aku," yakin Tazaki Genji.

Semua mengangguk kemas. Setuju sangat dengan kenyataan tu. Serizawa, Tokio dan Makise semestinya boleh diharapkan! Walaupun erhhh pada masa yang terluang, diorang selalu gunakan untuk bermain benda yang tak berfaedah. Shortly, kerja bodoh.

Cuma bila dah masuk bab-bab bertarung, barulah otak serius diorang bertiga tu diaktifkan. Eh, lupa nak selitkan Mikami Brothers.

Diam-diam Tazaki Genji menghela nafas panjang. Ada sesuatu dia harus lakukan! Dia yakin dia sememangnya wujud 1800 tahun lalu sama seperti yang didakwa oleh Mikami Brothers sebelum ini. Tapi kenapa dia mati?

Macam mana dia boleh bangkit selepas 1800 tahun berlalu? Siapa yang dah bangkitkan dia? Dan yang paling penting, siapa identiti DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA?

Ya, dia harus tahu kebenaran yang satu ini. Dia yakin yang lain turut memikirkan hal yang sama. Serpihan misteri ini harus diungkap!

_________________________________

Putri Risha ingin menangis. Wajah muda Tok Mariam ditenung lama. Sungguh dia terhutang budi pada wanita di hadapannya ini. Kalau bukan sebab Tok Mariam, mungkin sampai sekarang Putri Risha masih hidup segan mati tak mahu. Kekal berkurung di dalam sarang kekecewaannya.

"Betul ke tok tak nak ikut kitorang balik?" sayu suara Putri Risha menyoal.

"Sweetheart...ini tempat tok. Tok kena duduk sini. Mulai sekarang, kamu semua tak perlu tengok kawasan ni. Biar tok yang jaga. Lagi pula, tempat ni tak boleh dikesan oleh DIA," ulas Tok Mariam.

"Tak boleh dikesan?" kerut Akim.

Tok Mariam tersenyum. Ya, tempat yang dihuninya ini sama sekali tak mampu dikesan oleh pihak DIA. Dan sebab tersebut biarlah Tok Mariam rahsiakan. Lambat-laun diorang pasti akan tahu.

"Oh, ya. Tok tahu kamu semua sibuk dengan kerja masing-masing untuk selamatkan dunia. Jadi, tok dah fikir masak-masak. Apa kata biar tok yang jaga anak-anak kamu semua?" cadang Tok Mariam.

Para ibu bapa tersentak. Sebentar, mereka saling berpandangan ragu-ragu. Biarkan anak-anak berada di luar pengawasan mereka? Oho, tu sangat membimbangkan! Plus anak-anak diorang banyak karenah biarpun dah besar panjang.

"Setuju!" sahut Xendra.

"Eh?"

"Yelah. Tok kan tinggal sorang. Dengan adanya kitorang yang comel-comel ni, boleh hilangkan rasa sunyi tok! Lagipun, lately ni daddy dah takde masa dengan kitorang," kata Xendra, mendatar.

Putri Risha merenung Xender bersama pandangan tajam. Jangan kata sepanjang dia duduk kat sini, Xender tak layan anak-anak? Lelaki dengan kerja, ceh! Memang tak dapat dipisahkan.

"Aku setuju. Tempat kita terlalu bahaya untuk diorang. Rasanya diorang akan lebih selamat bersama tok," sokong Tengku Haikal.

Alex mengangguk manakala Xender mengeluh berat. Triple Ko dan Akim mulai memeluk anak masing-masing.

"Tapi... Frender tak nak duduk kat sini," tunduk Frender.

Tengku Haikal diam.

"Kak long tak balik lagi," sambungnya.
"Kalau macam tu, Frender duduk dengan kitorang," ajak Tengku Haikal.
Frender mengangkat kepala seraya tersenyum lebar. Dia yakin Anneliese akan balik jua dengan apa cara sekalipun! Entah bila tapi Frender tetap percaya.

Selesai sesi menghantar pesanan terhadap anak masing-masing, Putri Risha menyambut huluran Alice. Matanya tampak berkaca-kaca melihat senyuman Xendra bersama yang lain. Itulah perkara terakhir matanya melihat dan selepas itu, mereka muncul di dalam sebuah istana besar.

"Tempat apa ni?"

Mata Putri Risha terbuntang luas melihat keindahan istana yang tersergam luas. Jika dibandingkan dengan saiz mereka, mereka ibarat manusia-manusia kerdil.

"Rumah kita," jawap Xender sambil kepala si isteri diusap lembut.

"Mummy!!"

Putri Risha tersentak. Suara tu...Riley!

"Mummy!"

Sepantas kilat Putri Risha menoleh ke belakang. Bibirnya mengukir senyuman manis melihat Triple Han, Ryan, Grey, Riley berlari serentak ke arahnya. Hanya Roland kekal mengatur langkah bersama gaya tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Mummy!"

Baru sahaja Riley ingin memeluk tubuh Putri Risha, Triple Han sudahpun menolak badannya ke tepi. Sampai terbuang Riley dibuatnya.

"Hoii!! Tak guna punya kembar!!"

"Mummy!!"

Putri Risha tergelak. Tubuhnya dipeluk oleh Triple Han diikuti Ryan dan Grey. Dari dulu tak pernah nak berubah.

"Tepilah weh! Mak aku tu!" halau Riley.

Dia menjeling ke arah Triple Han yang tak nak berganjak daripada terus memeluk tubuh Putri Risha.

"Lah mak kitorang juga."

Riley merengus. Akhirnya, terpaksa juga dia mengalah. Dalam bentuk bulatan, tubuh Putri Risha dipeluk bersama-sama. Berharap agar si ibu merasakan kasih sayang dan perasaan rindu mereka terhadapnya selama ini.

"Along tak nak peluk mummy ke?" tanya Xender dengan kening yang sengaja dinaikkan ke atas.

"Lain kali je lah."

Sebagai abang yang hot kat pasaran, Roland kenalah acah cool weh. Dia mana boleh ada sikap 'lembut' di hadapan adik-adiknya.

Walhal sejak tadi Roland ingin menangis. Diketap bibir sekuat mungkin demi menahan air mata jantannya daripada turun menitis pipi. Malulah abang sulung nangis weh. Bak kata pak saudaranya, Alex 'Takde telur.'

Takpe, lepas Putri Risha masuk bilik sorang-sorang nanti, Roland akan peluk tubuh ibunya lama-lama. Siap nangis dan luahkan apa yang dia alami selama ini. Penat duk hadap musuh setiap hari.

"Mia kat mana?"

Zappp!!

Sebaris ayat berjaya membuatkan Roland tergamam tanpa bicara. Yang lain tak tahu nak jawap. Maka, Roland hanya mampu tersenyum tawar.

Mia? Ya, mana Mia sekarang?

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro