51:KEBANGKITAN (2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Tadaaa!!

"Atas namamu Bonda, ku hapuskan segala suku penyembuh melainkan 03. Jika tak keberatan, boleh aku tahu penyebabnya?"

DIA yang kekal di dalam kegelapan diam seketika. Dalam keadaan samar-samar, The Master melihat DIA sedang melakukan sesuatu di atas telapak tangan.

Selang beberapa minit kemudian, beberapa bentuk manusia terhasil daripada jerami dan dibaringkan di atas lantai.

"Penderitaan adalah hidangan utama kepada kematian. "

The Master tersenyum sinis. Kata-kata DIA umpama bahasa yang sukar difahami, namun sebagai pengikut yang setia, The Master sudah arif maksud yang tersirat di sebalik bicara DIA.

03 sengaja dibiar hidup! Biar pengkhianat tu tahu balasan mengkhianati DIA yang teragung. Perlahan-lahan 'semangat' 03 akan direntap. Bila tiba masanya, The Master pasti nyawa 03 akan berakhir di tangan Bonda sendiri.

"Patutkah aku hapuskan puak yang lain? 01, 02, 04 dan 05 patut merasakan hal yang sama, " usul The Master, jahat.

"Usah kau khuatir, anakku. Makhluk hebat seperti engkau harus berehat. Biarkan makhluk lain saja yang uruskan mereka berempat, " ucap DIA.

The Master jadi pelik sebentar. Makhluk lain? Bagai mengerti persoalan yang membelenggu fikiran pengikutnya, DIA melemparkan jerami-jerami yang baru diciptakan ke atas lantai.

The Master terdiam. Hanya bibirnya meleretkan senyuman kejam. Kali ini, mereka berempat takkan dapat larikan diri lagi.

___________________________________

Istana Malaysia, 2027

"Asal semua berkumpul kat sini? Takde kerja lain ke? "

Xender memberikan teguran tatkala melihat sebilangan ahli keluarganya sedang berbual antara satu sama lain. Roland yang kebetulan datang bersama Xender mendongakkan kepala bila si ayah bersuara.

Betul. Semua orang tengah berdiri sambil bercakap sesuatu. Sekali sekala kedengaran nama Mia Aurora terselit sama.

"Kau kat mana bro? Kau tahu tak Mia kat luar sekarang?"

"Luar?! "

Roland rasa nak pecah kepala! Baru je kena tegur, dah mula balik perangai Mia. Memang degil lah bini dia tu! Hei, nasib baik cantik. Tiber.

"Habistu korang berkumpul sebab nak tengok Mia kat luar je? Masalah kat luar tu takkan nak biarkan bertangguh? " bebel Xender.

"Bro, tugas kau dan aku tak banyak beza. Tapi sekurang-kurangnya kita kena tahu apa yang jadi kat sekeliling kita, " balas Eiji, serius.

"Well, aku tak curi tulang sekarang. "

"Master! Dia baru bunuh semua makhluk yang ada kuasa penyembuh. Generasi terakhir yang tinggal cuma Mia sorang," sampuk Putri Risha, berat hati.

Roland dan Xender terkedu. Berita tersebut benar-benar mengejutkan mereka berdua! The Master baru apa?

"Kitorang baru je tengok Nanami tenangkan Mia masa Mia nak buat keputusan nak lawan Master. Tapi... sistem komunikasi tiba-tiba je tertutup masa Mia mengaduh sakit perut," tambah Qistina.

"Sakit perut? " monolog Roland, perlahan.

Ketika dia sibuk membuat kesimpulan tersendiri, tiba-tiba Nanami, Mia Aurora dan juga Alice muncul di tengah ruangan.

Wajah Alice tampak tenang manakala wajah Mia Aurora tampak biasa. Hanya Nanami yang sedikit nampak terganggu.

"Mia! Kau okay tak? "

"Tsk, apa korang merepek ni? "

"Apesal sistem komunikasi tetiba tertutup?" kerut Akim.

"Ia merupakan gangguan yang biasa terjadi," jawap Alice.

Sesaat, Alice menundukkan kepala pada Mia Aurora lalu masuk ke dalam loket merangkap tempat tinggalnya. Eiji perasan ada sesuatu yang Mia sedang sembunyikan. Kalau tak, tak mungkin Alice tetiba nak masuk rumah.

"Mia, diorang kata kau sakit perut," resah Roland.

Dia memegang pergelangan tangan Mia Aurora sewaktu isterinya kelihatan ingin melarikan diri daripada disoal banyak.

"Tu alasan je lah supaya Nanami tak membebel ," kata Mia Aurora, mendatar.

Roland menoleh ke arah Nanami. Jelas air muka Nanami nampak sedikit sedih. Roland yakin ada yang tak kena pada jawapan Mia Aurora.

"Alasan? Weh, kitorang nampak kau menangis nak lawan Master lepastu kau..."

"Aku cuma bergurau. Lek arh, " dalih Mia Aurora.

Tak lama selepas itu, dia beredar diikuti oleh Roland dari belakang. Dia menuju ke tingkat atas dengan menaiki lif memandangkan Roland tak boleh muncul sekejap macam Mia.
"Saya tahu saya salah. Sebagai tanda minta maaf, apa kata saya buatkan awak hidangan istimewa?" ceria saja bunyi Mia Aurora ketika ini.

Roland sekadar memerhati tajam segala gerak-geri mencurigakan Mia Aurora. Masuk saja ke dalam dapur, wanita tersebut berpura-pura menyibukkan diri.

"Nak masak apa erk? "

"Mia, " panggil Roland, serius.

"Hmmm asam pedas? Tapi awak tak suka makan pedas. Pasta nak? Stik ala carte? "

"MIA! "

Mia Aurora tersentak. Tubuhnya ditarik supaya berhadapan dengan si suami. Bukan itu saja, Roland turut memaksanya untuk menaikkan kepala tanpa memandang ke arah lain.

"Master buat kau macam ni? "

Mia Aurora senyap.

"Dia bunuh...penyembuh yang lain? " soal Roland lagi.

Kali ini, Mia Aurora tak dapat bertahan. Air mata yang cuba ditahan akhirnya membasahi pipi. Bahunya yang disentuh oleh Roland terhincut-hincut naik ke atas seiring dengan tangisan kuat. Roland jadi tak keruan.
"Heii... "

"Di... Diorang semua dah takde. Diorang tinggalkan saya, " nangis Mia, kecewa.

Roland rasa sakit hati. Dia menyeka air mata Mia Aurora seraya meminta Mia supaya berhenti daripada menangis.

"Shhhh... Hei, hei. Jangan menangis. Diorang tak tinggalkan kau," pujuk Roland dalam bisikan.

"Tipu! Diorang dah takde, Roland! Semua tinggalkan saya, " ngongoi Mia Aurora.

Roland menarik Mia Aurora ke dalam pelukan lalu membiarkan saja Mia Aurora menghamburkan segala luahan yang terbuku di dalam hatinya. Wanita itu terus menangis kuat sambil diusap lembut oleh si suami.

"Saya takut awak mati! "

"Aku takkan mati Mia," bisik Roland, penuh kasih sayang.

Sebenarnya, dia tipu. Ayat tersebut sekadar ingin menyedapkan hati Mia Aurora. Dia tak mampu tengok masa depan. Apa yang boleh Roland buat sekarang cuma bertahan dan elak daripada bertembung The Master.

Kalau dia mati kat tangan dewa tu, pasti Mia Aurora akan datang menuntut dendam demi dia. Sebab tu Roland bertekad ingin hidup lama. Dia ingin menjaga Mia dan juga anaknya.

Di tingkat bawah, Nanami masih berdiam diri. Dia baru menyimpan sebuah rahsia milik 03 dan diamanahkan untuk tutup mulut. Dia mahupun Alice tak dibenarkan untuk membocorkan rahsia itu sehinggalah Mia Aurora sendiri izinkan.

"Nanami, aku yakin kau tahu lokasi makhluk-makhluk yang ada kuasa sebijik macam aku. Aku nak tengok diorang!"

Tasya tiba-tiba menyampaikan hasratnya dengan wajah yang serius.

"Wait, hold on. You cakap apa ni, Tasya? Kita tak tahu lagi Master kat mana, " ucap Alex, tak puas hati.

"Dengar. Penyembuh yang lain dah mati. Tak mustahil generasi macam I pun dah mati, " terang Tasya, terdesak.

"Aku setuju. Aku rasa aku kena bertanggungjawab pada makhluk yang ada kuasa macam aku, " sokong Putri Risha.

"Walaupun kedengaran agak menakutkan tapi aku setuju dengan pendapat diorang berdua, " giliran Anneliese menambah.

"Hei, hei. Ini bukannya masa untuk tetiba jadi pasukan rela. Kat luar tu bahaya!" bidas Aden.

"Aku setuju Ad! Aku tak benarkan korang pergi, " halang Xender.

"Aku izinkan."

Semua orang memandang ke arah Tazaki Eiji. Tzar daripada Jepun itu berdiri bersama tangan yang dimasukkan ke dalam poket.

"Aku tahu ni pelik. Tapi aku dapat rasakan diri aku yang 1800 tahun yang lalu. Aku 01. Dan aku bertindak sebagai ketua diorang, " Eiji berbicara tenang.

"Tu dulu, bro. Sekarang kau tak seimbang. Kau yakin ke dapat kalahkan Master kalau binatang tak guna tu tetiba muncul? " bahas Alex.

Eiji diam. Dia tak yakin sebenarnya. Cuma, dia pun teringin sangat nak tengok makhluk sepertinya selamat.

"Jaga antara satu sama lain. Tu satu-satunya cara untuk korang hidup lama. Korang semua jangan risau. Kalau ada apa-apa yang berlaku, aku ada."

Nanami menyakinkan semua orang dengan kata-katanya. Selang beberapa minit berlalu, Eiji, Anneliese, Putri Risha dan Tasya berkumpul di tengah ruangan sambil menyiapkan diri masing-masing.

"Sedia semua! "

Keempat-empat mereka mengangguk. Sebelum mereka hilang, Xender, Aden dan Alex sempat menitipkan mesej terhadap Eiji supaya menjaga isteri mereka.

Mata dicelik luas. Eiji, Anneliese, Putri Risha dan Tasya memerhati sekeliling bila alam yang mereka huni sekarang kelihatan gelap. Apa yang boleh Putri Risha fikir, mungkin tempat ini tak sama macam dunia manusia.

Banyak sangat bezanya. Alam ni nampak cantik dan tenang. Ada sungai yang berkilauan jernih serta bintang-bintang berkerlipan di atas langit.

"02!"

Anneliese tersentak. Dia menoleh ke tepi bila seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20 muncul menegurnya. Yang lebih mengejutkan Anneliese, lelaki itu mempunyai kepak yang besar pada belakangnya tetapi bertubuhkan manusia.

"Erhhh aku 02. Kau siapa? " soal Anneliese, naif.

Lelaki itu tertawa kecil.

"Aku tahu kau 02. Kau pengguna kuasa pertama yang boleh menyeru roh. Nama aku Elisno. Apa makhluk hebat macam kau datang kat sini? " pelik Elisno.

Sebelum tu, dia dah tahu keadaan Anneliese yang dah hilang ingatan. Biasalah khabar angin cepat tersebar.

"Semua penyembuh dah mati kecuali 03. Aku datang untuk tengok keadaan makhluk yang ada kuasa sama macam aku. "

"Kitorang selamat sebab bersembunyi. Ada segelintir yang sanggup menghadap angkatan DIA demi membela kebaikan," terang Elisno.

Anneliese mengangguk faham. Okay, tu agak baik. Maksudnya suku dia masih ada yang hidup.

"Elisno, kau tahu khabar makhluk yang lain macam kitorang? " tanya Tasya.

Elisno memerhati Eiji, Putri Risha dan Tasya. Dia juga tahu ketiga-tiga pahlawan jahat ini telah kehilangan memori yang asal.

"Mereka semua selamat. Dalam keadaan genting macam ni, kitorang saling berhubung. Kalau korang nak tengok suku dari 04, diorang ada kat belah Tenggara," beritahu Elisno.

Selepas bertukar beberapa maklumat, keempat-empat mereka berjalan seperti yang diarahkan oleh Elisno. Sampai di bahagian tengah hutan yang agak sepi, Putri Risha merasakan sesuatu yang aneh.

Dia tak jadi melangkah diikuti yang lain.

"Asal Sha? Pening ke? " bisik Tasya.

"Aku dapat rasa bahaya tengah berjalan dekat kita, " ucap Putri Risha, cemas.

"Master? Kita kena balik! " desak Anneliese.

Anneliese memegang tangan Putri Risha memandangkan dia masih tak tahu cara nak pindah tempat. Ketika keempat-empat mereka hampir melarikan diri, kedengaran ranting dipijak oleh beberapa orang.

Eiji rasa ada yang tak kena. Dia memusingkan belakang tubuhnya bila terdengar derap kaki melebihi sepasang kaki makhluk. Kalau betul tu Master, mustahil bunyi derap kaki dia macam tu. Dengar macam ramai.

"Eiji, kau tunggu apa? Kita kena... "

Putri Risha hampir jatuh terjelepok. Lututnya terasa longgar secara tiba-tiba. Dalam keadaan mengigil, dia menutup mulut tak percaya. Apa yang baru dilihat seakan-akan tak masuk dek akal!

Manusia yang sepatutnya dah lama mati kini muncul di hadapan mereka semua sambil tersenyum seram.

"Hehe.. kau ingat dah bunuh aku, wahai Angel? "

The King meleretkan senyuman sinis sambil melangkah mendekati mereka berempat. (Miss Destroyer- Book 3)

"Peluru biasa takkan mampu bunuh aku! "

Dark Lord tergelak jahat sehingga tawanya melantun-lantun di atas suara. (You Are My Life -Book 1))

"Mus... Mustahil! "

Tasya berundur setapak ke belakang. Dia takut sampaikan otaknya gagal memproses tindakan yang seharusnya dibuat.

"Tasya... Kau senang aku dah mati? "

Black Cindy terasa bahagia melihat ketakutan Tasya. (Mr& Mrs. Assassin -Book 2)

"Aku bangkit, Tazaki! Sekarang kau pasti takut dengan aku. HAHAHAHA! Aku bangkit bersama kuasa yang kuat! "

Eiji berdecit sebal bila Narumi kelihatan angkuh dengan kuasa yang baru dihadiahkan oleh DIA. (I'm a fighter - Book 4)

"Anneliese...kau milik aku! "

Anneliese menjerit histeria. Dia takut pada Alden yang berdiri megah di samping Black Cindy. (The Chosen one -Book 5)

Eiji juga rasa takut, namun dia tak boleh tunjukkan sekarang! Dia menghadang tubuh Putri Risha, Anneliese dan Tasya menggunakan tangan kanannya dan berdiri di hadapan ketiga-tiga wanita tersebut.

Mereka telah diserang! Musuh-musuh mereka telah dibangkitkan semula sama seperti The Master tapi dalam situasi yang berbeza. Kini mereka semua bukan lagi manusia melainkan angkatan DIA!

"Eiji, aku takut, " Anneliese memegang hujung baju Tazaki Eiji.

"Aku tahu. Liese, aku nak kau kekal pegang aku macam ni. Risha, Tasya fokus! Kita kena balik sekarang! " bisik Tazaki Eiji, darurat.

Tasya dan Putri Risha saling bertukar pandangan. Mereka takut dan bimbang pada masa yang sama. Tiba-tiba The King maju berseorangan lantas cuba menangkap Putri Risha.

"Sekarang! "

Zappp!!

Mereka hilang. The King mendarat sempurna di atas tanah yang baru dipijak oleh para musuhnya. Dia dapat rasakan sisa ketakutan mereka berempat.

The Dark Lord, Alden, Black Cindy dan Narumi masing-masing tergelak jahat. Mereka bangkit! Bangkit atas nama DIA! Dan sekarang dendam yang lalu akan dilunaskan tak lama lagi!

____________________________________

Istana Malaysia, 2027.

Aden memeluk tubuh Anneliese sebaik saja mereka berempat pulang. Xender dan Alex juga tak ketinggalan berbuat sedemikian.

Cuma Tazaki Eiji yang tak mampu duduk tenang. Semua benda yang berada di sekitarnya dihambur ganas dan tiang istana turut ditumbuk berulang kali.

Tengku Nurfaiza tak dapat menghalang kerana dia juga tak mampu terima hakikat bahawa mereka semua telah bangkit.

"Sial! Sial! Apa guna aku bunuh Narumi kalau binatang tu hidup balik?! Mati-matian aku bertarung dengan dia dan sesenang macam tu dia hidup? ARGH!! BODOH! SETAN! Pompuan setan tu dah hidupkan semua musuh kita yang patut dah mati!" amuk Eiji, bengang.

"Mungkin kita dah menang tapi tu dulu. Sekarang aku rasa... Aku rasa kita dah kalah," nangis Tasya.

Mengenangkan muka Black Cindy saja membuatkn semangat dia turun.

"Macam mana kita nak lawan diorang semua?! The King dan Dark Lord... Diorang... "

Putri Risha tak mampu teruskan ayat. Sebut nama diorang pun dah buat tubuhnya mengigil. Dia teringat bagaimana dirinya menjadi seksaan Dark Lord dan bagaimana The King menjadikan dia sebagai 'bahan eksperimen' untuk menentang suaminya sendiri.

Nanami cuba bertenang. Dia tahu masalah yang lagi besar dah muncul. Dan dia tak sangkalkan, kemungkinan besar mereka akan menghadapi kekalahan yang teruk. Angkatan DIA semakin kuat dan sukar ditumbangkan.

"Kita dah takde peluang. Dah jelas DIA nak kita semua menyerah kalah, " tunduk Xender.

Saat itu, Maisara berdiri dalam kekacauan. Apa yang Xender cakap tu betul. Sebab tu Maisara terpaksa guna cara yang lain! Cara TERAKHIR.

"Tak, kita takkan mengalah! Sudah tiba masanya kita berjumpa dengan dia. Dia yang selama ini dah banyak tolong kita. Dia yang perhatikan kita dan satu-satunya makhluk yang dekat dengan Alfa Kegelapan sebelum baginda mangkat! "

#Finally, persoalan korang akan terjawap tak lama lagi.

#Asal diorang bangkit balik? Aku rasa tu menarik. Cite akan jadi meletop kalau jalan cite dia juga lebih jauh mencabar.

#150 comments baru aku update tau. Comment je lah suka hati korang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro