56: TAKDE NASIB

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Vote and comment

Ketika semua orang sibuk memerhati ujian yang sedang dihadapi oleh mereka berlima, Rosilia diam-diam melirik Roland. Anak muda itu pamit tanpa orang lain sedar diikuti oleh Alice dari belakang. Rosilia tersenyum bermakna.

"Kenapa kau tak bagitau aku apa-apa semalam? " soal Roland sejurus mereka masuk ke bilik yang dipenuhi barang-barang antik.

Alice memohon maaf dengan menundukkan kepalanya. Bukan tak nak bagitau tapi dia sendiri tak jumpa kesempatan untuk berbincang dengan Roland secara tutup.

"Lupakan. Macam mana dengan kesihatan Mia lepas minum 'air' tu? "

Alice menggerak-gerakkan tangannya, namun suara gadis tersebut bagai tersekat di kerongkong. Guess what? Roland tak faham bahasa Alice.

"Kau cakap apa ni? " kerut Roland.

Alice kini bercakap tetapi nada suaranya sangat perlahan sampaikan Roland terpaksa senyap dan benar-benar membuka pendengarannya. Tetap juga tak dengar!

"Lice, kau cakap bahasa alien ke? " geram Roland.

"Mishi mishi mishi mishi... " ujar Alice, perlahan.

"Alice! Aku tak dengar! "

"Erhh.. Sebenarnya saya tak nampak peratus kesihatan tuan. Saya gelabah sangat masa tuan tanya pasal minuman tu, " sengih Alice.

Serius doh, Roland rasa nak terjun dalam laut yang hari tu dia lemas. Jadi, ini bahasa 'mishi mishi' Alice? Beria Roland tunggu dari semalam tapi sebenarnya Alice tak nampak. Kesian mamat ni sampai tidurnya pun tak berapa nak lena.

Semua disebabkan dia tertanya-tanya sama ada darah ia berkesan atau tak ke atas kesihatan Mia Aurora.

"Takpe, kita cuba lain kali, " pasrah Roland, mendatar.

Alice berasa kagum pada Roland. Mamat tu langsung tak kesah rasa sakit dan sanggup melukakan dirinya sendiri untuk sang isteri. Dah takde apa-apa nak dibincangkan, Roland beransur pergi ke bilik semula dibontoti Alice.

Ugh! Roland terpaksa cari jalan lain supaya Mia minum darahnya lagi sekali.

___________________________________

"Ak...aku?! "

"Sape suruh kau 01."

Eiji berdecit sebal mendengar jawapan Putri Risha. Hei, nombor tu bukan berdasarkan ranking kekuatan tau! Tu nama subjek!  Kiranya diorang sama-sama kuat. Habistu, kenapa Eiji juga yang kena?!

Semasa Eiji bercakap ke belakang pada mereka berempat, dia tak sedar salah satu kepala naga menyedut sesuatu dari atmosfera lalu menyemburkan kuasa kilatnya tepat ke arah Eiji.

Biji mata Mia Aurora terbeliak luas. Automatik dia menghilangkan diri lalu muncul di hadapan Eiji. Kuasa hijaunya menghasilkan tembok yang besar bagi melindungi dia dan juga yang lain-lain. Malangnya, tembok yang dihasilkan oleh 03 kian rentak.

"Erghh! Ak... Aku tak dapat tahan! "

Tembok hijau Mia pecah berkecai sekali gus membuatkan Mia Aurora terpelanting teruk mengenai dinding tanah.

"MIA! "

Mia Aurora terbatuk kuat.  Semburan kilat yang terhasil daripada mulut naga tersebut benar-benar dahsyat. Jadi, macam ni rasanya lawan DIA? Atau lebih teruk?

"Mia, kau okay tak? " pekik Tasya, lantang.

Mia Aurora tak menjawap. Dia bangkit perlahan-lahan bersandarkan dinding sarang si naga. Pabila posturnya dibetulkan, tak semena-mena dia melihat sikunya berdarah. Luka yang dialami cuma sekecik kumbang.

Apapun, tetap menyebabkan Mia kehilangan nyawa sebanyak 15%. Mia sedar ujian yang diberikan tak sesuai dengan tahap kekuatan mereka berempat sekarang. Dengan daya ingatannya yang masih lemah, sah lagi disahkan, diorang tengah tempah maut.

Dulu Mia pernah juga bertarung dengan raksasa ni masa zaman jahil dia. Asal dia bertarung? Huh, sama macam niat dia pada Poseidon. Dia nak ambik salah satu mata yang ada pada naga ni untuk dijadikan sebagai erhh... Mainan hilangkan bosan.

Perlawan tersebut boleh dikatakan hebat. Apabila nyawa Mia jatuh tepat ke 30%, dia membuat keputusan untuk berundur diri.  Naga ni pula masih dengan nyawa 100%. Kau rasa?
"Sha, kau boleh bertarung?"

"Kau tanya apa ni, beb?" lirik Putri Risha kepada Tasya.

"Kita sama-sama maju. Amacam? "

Putri Risha tersenyum sinis. Dah lama dia tak bertarung sama-sama dengan Tasya. Berkat ajaran Shane dan Nanami, dua wanita tersebut berjaya menyeru pedang masing-masing.

"Mara! " arah Tasya, serius.

"Arghhhhh!! "

Putri Risha dan Tasya berdesup pantas menuju ke arah si naga sambil ditonton penuh rasa debaran oleh Eiji, Anneliese dan Mia Aurora. Mantap penuh bergaya saat kedua wanita itu melompat ke atas langit lalu menyerang salah satu si kepala naga.

Mata Eiji dihiasi dengan warna biru dan jingga gelap di atas tubuh naga yang berduri. Nampaknya, Tasya dan Putri Risha menyerang bertalu-talu tanpa ampun. Diorang takkan berhenti sampai naga ni sendiri meraung kesakitan.

"Nyawa naga tu dah mulai turun! "

Mia Aurora tak bereaksi pada keterujaan Anneliese. Hal ini kerana ada sesuatu yang diorang berempat tak tahu pasal naga tu. Level 100 mempunyai kuasa yang tersangat kuat dan istimewa.

Kalau diorang ingat nak kalahkan naga ni semudah ABC,  oho diorang dah silap.

Tak lama kemudian, Tasya dan Putri Risha kembali turun menghampiri mereka bertiga. Masing-masing tercungap-cungap kelelahan.

"Wow, nyawa naga tu berkurang sebanyak 25 peratus. Not bad," puji Eiji,  tak rasa kagum.

25 peratus je pun. Takyah nak bangga sangat. Takpelah, janji ada en.

"Aku rasa kita dapat kalahkan naga ni kalau kita bekerjasama. Tu yang Rosilia cuba nak sampaikan, " selidik Tasya, cerdik.

"Aku setuju! " sahut Putri Risha.

"Jangan terlalu gembira," sampuk Mia Aurora.

Tiba-tiba suara sang naga berdentum-dentam di langit. Dek diserang oleh Putri Risha dan Tasya, naga tiga kepala tersebut kini menunjukkan sisi dirinya yang sebenar.

"Aku pernah bertarung dengan raksasa ni. Dan ada sebabnya aku pilih untuk berundur."

Mia Aurora mendongakkan dagunya ke arah si raksasa diikuti yang lain. Putri Risha dan Tasya yang pada mulanya berasa bangga dapat turunkan nyawa naga tersebut merasakan semangat mereka tiba-tiba jatuh merundum secara drastik.

Di mata mereka sekarang, terdapat 7 bar nyawa melintang di tepi sang naga. Apa yang jauh lebih memeranjatkan, nyawa si naga kembali ke peratus yang asal. 100%.

"Na... Naga tu boleh sembuhkan diri sendiri?! "

Mia Aurora mengangguk. Ya, selain naga tu memang kuat, naga tu juga mampu sembuhkan diri dia sendiri. Kalau tak diserang secara berterusan, nyawa raksasa tu akan meningkat semula. Sebab tu Mia pilih berundur dulu.

Takde gunanya nak serang naga berkepala tiga ni. Ia seolah-olah tindakan yang sia-sia. Serang banyak kali pun, nyawa naga tu tetap menaik. Itulah keistimewaan raksasa berlevel 100. Dia ialah raja antara semua raksasa.

"Eiji, apa kita nak buat sekarang? " gelabah Anneliese.

Tazaki Eiji tersentak. Bukan diorang berempat je yang tengah pandang Eiji sekarang, kat istana pun tak kurang sama. Tzar daripada Jepun itu kelihatan agak sangsi ingin memberikan arahan.

"Hei,  kita kawan baikkan? Aku yakin dulu kita semua dengar arahan daripada kau, " kata Anneliese bersama senyuman tawar.

Tasya, Putri Risha dan Mia Aurora setia menunggu arahan daripada Tazaki Eiji. Bila diorang berlima sepi tanpa jawapan, sang naga melangkah laju ke arah Tasya.

"Tsk! Tasya, Risha, Mia,  buat perisai masing-masing. Liese, berlindung kat belakang diorang! "

Arahan diterima! Ketiga-tiga wanita tersebut mencipta perisai dari aura masing-masing yang dapat menghalang serangan bertubi-tubi si naga. Cakaran demi cakaran mereka tiba sehinggalah tubuh Putri Risha tak mampu menampung lagi daya kekuatan si musuh.

Kakinya terundur sedikit demi sedikit. Anneliese pula erat memegang hujung baju Mia Aurora. Ketika semuanya sibuk bertahan, tak sengaja dia terlihat tangan Eiji umpama mengigil di samping pinggang.

Anneliese tahu Eiji cuba nak seru pedangnya tapi kenapa lelaki tu tak buat? Eiji nampak... Takut.

"Risha!! "

Pandangan Anneliese beralih ke arah Risha yang sudahpun tergolek di atas tanah. Tak lama selepas itu, tembok Tasya juga pecah sama seperti Putri Risha. Kedua-dua ahli mafia tersebut terbaring lemah bersama peratus nyawa yang berbaki 73%.

Mia Aurora berdecit. Ikutkan hati , dia nak sangat tunjukkan taringnya yang sebenar, namun mengingatkan semula ayat Rosilia niat yang satu itu terpaksa dikuburkan.

Ini bukan pasal pentingkan diri sendiri atau pertandingan nak tunjukkan kuasa sape yang paling terkuat. Ini soal kerjasama! Kalau asyik Mia yang maju, sampai bila diorang nak berkembang? 

"Liese," panggil Mia Aurora, serius.

"A...pa? "

"Kau perlu berubah sekarang. "

Anneliese tergamam. Berubah? Maksud berubah tu apa erk? Jadi, barbie ke?

"Maksud kau? "

"Kau nak tuntut kematian mak bapa kau ke tak?"

Senyap. Sementara itu, Tazaki Eiji mendapatkan Putri Risha dan Tasya. Kedua-dua rupa wanita itu diperiksa sekilas bersama hati yang berkecamuk.

"Kitorang tak cukup kuat, " adu Putri Risha, penat.

Pada masa yang sama,  muncul satu kuasa ungu gelap melantun ke atas langit yang menyebabkan perhatian Eiji, Risha dan Tasya teralih ke arah Mia Aurora.

Diselang-seli dengan jeritan seram, kuasa ungu gelap tersebut kembali masuk ke dalam tubuh seseorang. Mia Aurora diam seketika.

"Berani kau panggil aku, 03," senyum Anneliese seram.

Mia Aurora tersenyum sinis memerhati 02 yang berdiri bersandarkan dinding sarang si naga.
Nampaknya, makhluk yang ditunggu-tunggu telahpun muncul.

"Aku perlukan kau,  02."

"Huh, kenapa bukan pompuan ni?" soal 02 angkuh merujuk kepada Anneliese iaitu dirinya sendiri.

"Kau dengan pompuan ni orang yang sama."

"Kalau macam tu, kau tak perlukan aku. "

Zappppp!!

02 hilang digantikan Anneliese yang biasa semula sampaikan Mia Aurora terkebil-kebil dibuatnya. Aik, macam tu je? Tak sampai seminit, 02 blah ikut suka hati dia je? Ya, ampun!! Bodohnya gaya. Anjay!

"Liese, aku tak nak kau. Panggil 02 balik, " arah Mia Aurora, selamba.

"Kau kata aku dengan dia orang yang sama. Apa salahnya aku keluar? " sedih Anneliese.

"Liese, jangan ambik hati tapi kau tak sesuai lawan naga ni. Kalau kau tak ingat diri kau yang sepenuhnya macam aku, aku syorkan kau berubah jadi 02," jujur Mia Aurora.

Anneliese kecewa. Meskipun kenyataan Mia Aurora tu tepat, dia tetap sedih sebab Mia perlukan 02 daripada dia.

"Aku tak seimbang, Mia. Aku tak tahu cara nak... berubah. Tadi tu pun kejap je."

Anneliese merasa bersalah. Baru je nak tunjuk temberang, dah balik dengan sifat asal. Buat malu kaum pompuan. Eisk eisk...

"Arghhhhh!!! "

Mia Aurora serta Anneliese tersentak! Belum selesai lagi urus kuasa Anneliese, giliran Putri Risha pula terjerit.

"Mia! Selamatkan Risha sekarang! " desak Eiji, cemas.

Mia Aurora tergamam melihat tubuh Putri Risha yang bergentayangan di udara bersama kaki kanannya yang sedang digigit oleh salah seekor kepala naga. Wanita itu meraung kesakitan.

"Arghhh! Ei... Eiji! Selamatkan aku! Aku tak nak mati... Uwargh!! "

Peratus nyawa Risha menurun perlahan-lahan sehingga masuk ke angka 30%.

"Mia, kau tunggu apa?! Naga tu nak telan Risha! " geram Tasya.

"Arghh! Terlalu tinggi! Kaki aku sakit!"

Mia Aurora menggeleng. Sekarang dia yakin.  Diorang takde peluang nak menang. Jadi, dia bertekad akan mengakhiri semua ni dengan cara dia sendiri. Ya, guys. Tengok baik-baik cara Mia.

"Fine! Aku menyerah kalah! "

Nani?! Eiji, Tasya, Putri Risha ternganga! Ini teknik Mia? Mana boleh diorang mengalah sekarang!

"Jangan merepek, Mia! Kalau kau menyerah, 3/5 daripada kita kena angkat tangan! " marah Eiji.

"Korang... Tolong ingat aku kat sini. Kaki aku nak terputus, " nangis Risha.

Takde sape... Penulis ulang sekali lagi. TAKDE SAPE yang layan dia. 

"Liese, " Mia Aurora menoleh ke arah Anneliese.

Umpama faham isyarat Mia, perlahan-lahan Anneliese mengangkat tangannya dengan riak wajah yang naif.

"Sorry. Ak... Aku pun mengalah, " ucap Anneliese, rasa bersalah.

Mia Aurora tersenyum seraya mengangguk. Yes, ada geng. Tinggal satu lagi dan diorang boleh balik. Muahaha! Tapi... Sape lagi yang nak angkat tangan?

Semangat bertarung Tasya, Eiji dan Putri Risha tu sangat tinggi walaupun dah terang-terang diorang akan kalah.
"Tas, sedarlah. Kita takkan ada harapan. Jom mengalah, " Mia bagi motivasi yang kaw-kaw punya.

"Betul. Mengalah tu baik, " angguk Anneliese. Bengap.

Tasya berdecit sinis. Tak! Dia takkan mengalah!

"Aku 05! Walaupun ingatan aku rapuh, darah yang mengalir pada tubuh aku masih 05! Aku tak nak menyerah dan takkan sesekali menyerah! Aku akan buktikan pada satu dunia yang aku... "

RAAAAWRRRRR!!

Tasya terdiam. Sejurus itu, dia tertawa kecil lalu menepuk tangannya dengan wajah yang ceria.

"Pftttt haha. Aku gurau jelah. Aku setuju kadangkala kita perlu menyerah. Ehek, " gembira Tasya mengangkat tangannya sama seperti Mia dan juga Anneliese.

"TASYA!! "

Rosilia tersenyum. Dia menekan sesuatu pada sistemnya dan tak lama kemudian, kelibat lima bekas pejuang DIA muncul di tengah ruangan.

"Arghhhh!!"

"Hei, hei, hei! Sha, diamlah.  Kita dah sampai, " beritahu Tasya.

Dia dan Eiji menggeleng kepala manakala Anneliese mencari Luciana. Mulutnya pot pet pot pet menceritakan kisahnya saat bertukar 02 tadi. Sakai jap. 

Alice pula bergegas menuju ke arah Putri Risha bagi menyembuhkan kaki wanita itu yang hampir terputus. Dengan Xender sekali tak sanggup nak tengok kaki Putri Risha. Nak kata kesian, memang ada. Cuma tu lah.. Ngeri doh.

Ala, lek arh. Risha kan kuat. Setakat kaki nak terputus, dia boleh tahan. Mungkin.

Di sisi yang lain, Mia Aurora berlari anak ke arah Roland lalu melompat dalam keadaan berbaring di atas paha si suami. Tanpa rasa malu, Mia Aurora tersenyum manja lalu mencapai tangan Roland agar mendarat di kepalanya.

"Amacam? Hebat kan saya bantai naga tu, " terkedip-kedip comel mata Mia meminta pujian.

Roland tak tahu nak jawap apa. Setahu Roland, diorang yang teruk kena bantai. Tah mana Mia bantai raksasa tu? Sentuh pun tak.

"Well, pujilah.. "

"Haha.. Kau memang...kuat. "

Guys, kita semua tahu Roland puji tak ikhlas langsung. Dia saja nak jaga hati Mia dan syukur pujian palsunya membuatkan Mia Aurora terjerit teruja.

"Oh,  ya. Lice,  boleh tak kau buatkan air macam semalam untuk aku? Tekak aku teringin nak minum tu," pinta Mia Aurora sambil bangkit dari paha si suami.

Alice terpinga-pinga memerhati Roland dan Mia Aurora silih berganti.

"Boleh! " jawap Alice, yakin.

"Okay, jumpa kat bilik nanti. Aku dengan Roland nak berehat, " kata Mia Aurora sekali gus menarik tangan Roland supaya mengikuti rentaknya.

Alice ternganga saat mereka berdua berjalan menuju ke lift. Roland juga nampak runsing bila tangannya ditarik oleh Mia Aurora secara mengejut.

Semua orang tengah sebok berbual dan Alice masih setia ternganga. Weh, macam mana Alice nak buat 'air istimewa' tu kalau Roland tak ikut dia sekali?

Ya ampun! Begooo!

#So,  sape teka diorang akan mengalah?

#Memandangkan ni cite terakhir daripada aku (Babyfik/Babyryens), aku izinkan korang bagi apa-apa je idea untuk cite ni. Contoh, "Saya nak Ryan terberak. "  Aku akan pertimbangkan dulu idea ni, baru aku terima.

#Vote and comment.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro