58:BERITA SEDIH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


#Tepat part yang ke-80, cite ni akan habis.

Hari demi hari, Mia Aurora semakin sihat dek minum darah Roland. Dia tak sedar nyawanya diam-diam bergantung kepada lelaki itu.  Yang eloknya Mia makin ceria dan tak eloknya beralih kepada Roland.

Pada mulanya, semua baik-baik saja. Sehinggalah satu tahap, Mia ketagih dengan darah tersebut dan meminta Alice untuk bawakannya setiap hari. Yang jauh lebih teruk, tiap per jam Mia nak minum.

Terpaksa juga Roland bagi cadangan pada Alice supaya bagitau kat Mia yang bahan untuk buat minuman tu sukar nak jumpa. Dari tu, Mia berhenti dari minta setiap jam tetapi berubah kepada tiap hari.

Walau bagaimanapun, Roland tak pernah mengeluh. Dia mengikuti kehendak Mia dengan mengorbankan darahnya dan selepas itu luka ia akan disembuhkan oleh Alice. 

"Lately ni, mummy tengok korang berdua asyik sama-sama. Buat air pun sama-sama. Tengah sorokkan sesuatu dari Mia ke? "

Teguran Putri Risha mematikan perbualan antara Roland dan Alice yang baru saja menghidangkan air istimewa. Nampaknya Risha dan Tasya datang ke dapur tanpa disedari oleh mereka berdua.

"Ada masalah ke? Kau selalu dengan Xender,  tak pernah pula aku tegur, " balas Alice, dingin plus bodoh.

Roland mengerutkan dahi. Macam tak betul je ayat Alice. Dah sah-sah Xender tu suami Risha memanglah selalu sama-sama. Lainlah kalau Risha tetiba menempel dengan jantan yang bukan diorang kenal.

"Kalau along dan Alice tengah sorokkan sesuatu dari Mia, along harap mummy tak bagitau dia apa-apa yang mummy nampak, " pinta Roland lalu pamit bersama Alice.

Putri Risha diam. Kalau korang nak tahu, Risha sebenarnya tak nampak pun. Pendek kata, dia tak faham maksud Roland. Takkanlah Roland betul-betul ada sembunyikan sesuatu dari 03?

"Risha, kau tak rasa akhir-akhir ni Xender macam pelik ke? "

Putri Risha mengalihkan perhatian kepada Tasya. Wanita itu selamba meneguk jus lalu meletakkan gelasnya di atas kabinet.

"Maksud kau? "

"Aku cakap macam ni bukan sebab nampak masa depan atau lalu. Tempoh hari aku tak sengaja nampak dia duduk sorang-sorang kat bilik latihan. Dia nampak macam penat," cerita Tasya, bersahaja.

Putri Risha menayang wajah naif.

"Walaupun dia nampak muda, hakikatnya tua. dia Dia mudah penat sesuai dengan umur dia sekarang. Tak macam dulu."

"Tak macam dulu? " kerut Tasya cuba mengorek kisah Putri Risha.

Kebetulan ye guys, orang yang tengah diorang umpat muncul tiba-tiba. Xender yang tak tahu apa-apa menuju ke arah belakang Putri Risha dengan tangan masuk ke dalam poket. Tasya berdehem sebagai signal supaya Risha menutup mulut.

Jangan cite apa-apa. Tapi si bengong ni tak faham-faham! Dah puas Tasya batuk-batuk, minah tingtong ni masih TAK FAHAM!

"Maksud aku dia macam takde tenaga sekarang. Asyik-asyik tidur awal lepastu tak pernah tanya apa yang aku nak. Ada satu malam tu, aku cuba nak goda dia. Aku pakai lingerie biar dia nampak boobs aku yang mantap ni. Boleh pula dia tidur. Kau rasa patut ke dia buat macam tu? " luah Risha, geram.

Tasya pura-pura menggaru kepala yang gatal bersama gelak hambar. Dari sisi matanya, dia melihat Xender diam membungkam. Habislah kau Risha. Confirm, watak kau tamat kat sini.

"Haha..lelaki pun tahu penat, " acah Tasya membela.

"Kau kat pihak aku ke kat pihak dia?  Huh, laki tu. Dia tak guna! Aku tahu dia penat fikir dunia ni sampai lupa pasal aku! Tiap kali dia ada masalah, dia tak kongsi pun! Duk simpan sorang-sorang! Lepastu...arghh! Aku rasa kurang kasih sayang. Dia tak manjakan aku macam dulu siak. Berlagak jadi ketua mafia lepastu ketua negara... Hei, aku pun ada nafsu tau! Dah berapa bulan dia abaikan aku! Takkan dia nak aku main sendiri?! Aku tak reti! "

Zappppp!!

Tasya meluru pantas menutup mulut Putri Risha dari terus mengutuk suaminya. Pompuan ni kalau tak mati di tangan DIA, confirm mati kat tangan Xender. Berani dia kutuk suami dia belakang-belakang erk.

"Apehal dengan kau ni?! " tepis Putri Risha, kasar.

"Ak...aku rasa kau perlu faham Xender. Okay, bye! "

"Weh,  kau nak gi... "

Mulut Putri Risha bagai terlekat dengan gam sejurus tubuhnya dipusingkan ke arah belakang. Figura Xender yang sedang tersenyum lagak psiko diamati sekejap.

"Teruskan, sweetheart. I dengar, " ceria saja Xender berbicara.

Putri Risha tertunduk lalu tak lama kemudian wajahnya ingin menangis. Dia akan mati kejap lagi. Selamat tinggal dunia.

"Takde. I tak cakap apa-apa," bohong Putri Risha.

Xender tersenyum kacak. Dia mengelus rambut depan Putri Risha dan membiarkan wanita itu memandang ke arah lain.

"Tua? Tak bertenaga?"

Ambik! Sesuka hati kau tuduh Xender kita dah tua erk! Dia muda lah! Kalau tak sebab mimpi buruk yang selalu datang dalam lena Xender, dah lama Xender layan kau tau! Hah, penulis pula yang panas.  Kau tak tahu ke penulis paling sayang watak Xender? Tiber.

"Look, daddy. I tak cakap apa-apa. Serius. I... I mungkin ada tercakap sikit tapi erhh dahlah! I sakit perut! " dalih Putri Risha.

Ketika dia cuba melarikan diri, Xender cepat-cepat menarik kolarnya lalu tubuh si isteri juga ditolak rapat ke kabinet. Tak puas dengan itu, Xender turut menghimpit tubuh Putri Risha sehingga tiada lagi jarak di antara mereka.

"You nak lari hmm?"

"Okay, fine! I mengaku I memang ada umpat you tapi sikit je. Dan tak salah kalau I...erhh you tahulah meluah, " Putri Risha tak nak kalah.

"Sikit? "

Panjang berjela Risha bebel tu yang sikit? 

"You kata I tak layan you, tak tahu nak puaskan nafsu you? You nak try sekarang ke hmm? "

Xender menyelitkan kaki kanannya di antara celah kelangkang Putri Risha lantas dagu si isteri turut didongak ke atas. Ego kelakiannya rasa tercabar hebat! Cara Risha cakap macam Xender ni lemah sangat. Jangan kata kehendak batin Risha gagal Xender tunaikan.

"You kata I tak mampu puaskan nafsu you? " bisik Xender.

"No!  I tak maksudkan macam tu. You hebat! Kalau tak hebat, tak dapatlah Roland Riley sekali gus. Cu.. Cuma you terlalu sebok urus dunia luar, " jelas Putri Risha.

Xender menatap anak mata Putri Risha lama. Detik itu barulah Xender sedar pada perubahan dirinya. Ya, dia dah lama tak luangkan masa dengan Risha. Apa yang paling penting, dia dah jarang ucap perkataan sayang pada wanita itu.

Betul ke Xender dah alpa dengan dunia luar? Mungkin ya, mungkin tidak. Ataupun dia dah jarang luangkan masa dengan Putri Risha disebabkan mimpi buruk yang datang setiap hari?

"You nampak cantik. "

"Hah?"

Dah lama Xender tak puji dia cantik. Kalau dulu sebelum diorang kenal DIA, Xender selalu puji dia cantik lepastu dah takde. Dan sekarang...

"Daddy minta maaf. "

Putri Risha tergamam. Situasi dah jadi terbalik. Tiba-tiba Putri Risha merasakan bibirnya basah disentuh sesuatu. Matanya sempat terbeliak sebelum dipejam erat. 

Kucupan romantis yang diberi oleh Xender dibalas dengan urutan lembut.  Bila punggungnya diramas oleh si suami, Putri Risha mendesah perlahan. Saat bertukar saat, jari-jemari Xender mula bermain di dalam seluar Putri Risha.

Hampir bahagian intim si isteri diusap, boleh pula muncul satu suara garau yang membuatkan Xender cepat-cepat keluar menarik tangannya dan menyembunyikan Putri Risha di dalam pelukan.

"Hairan. Istana kemain besar,  dapur ni juga korang main, " geleng Alex sambil menaip sesuatu di atas kabinet.

Istana ni canggih doh. Tak perlu sebok nak cari minuman,  just taip je. Semua barang untuk manusia, Rosilia dah sediakan.

"Shit bro! Blah arh! "

"Takyah halau aku. Aku pun tak hingin nak tengok," ujar Alex selamba lalu beransur pergi.

Dia membiarkan pasangan sejoli tersebut beradu asmara kat sana. Pepandailah otak diorang fikir kat mana tempat sesuai nak buat baby baru.

"Hubby! " sergah Tasya.

Alex menghentikan langkah di hadapan tingkap. Sambil-sambil itu, dia menatap Tasya bersama riak wajah yang tenang.

"What? "

"Xender dengan Risha buat apa kat sana? " korek Tasya.

Kut-kut Risha bebetul tak selamat. Nak juga Tasya tahu. Hehe..

"Asal baby nak tahu?"

"Saja. "

Alex diam sebentar. Tak semena-mena otaknya memikirkan idea nakal. Hehehe,  boleh ni kenakan Tasya. Dah lama tak buat Tasya marah.

"Nak hubby tunjukkan ke? " Alex menyembunyikan tawa jahat.

Tasya berfikir sejenak. Tunjuk? Alex nak bagi contoh? Maksudnya Xender bebetul ada buat something dekat Risha. Ambik! Maka si bodoh ni pun mengangguk setuju dengan tawaran Trivago Alex.

"Macam ni. "

Pinggang Tasya ditarik rapat lantas bibir wanita tersebut dipagut lembut. Tasya tercengang.  Dia juga merasakan bahagian dadanya diramas oleh tangan sasa Alex.  Loading jap.

"Eyuh! Eyuh! Eyuh! Papa! Pergilah masuk bilik.  Asal tempat terbuka juga nak buat anak? "

Raisha yang datang bersama Xendra menggeleng ke arah lain dan cepat-cepat berlari ke Golden Area merangkap tempat di mana mereka harus berkumpul sekejap lagi.

"Alex! "

Tubuh Alex ditolak lalu dihadiahkan sebuah penumbuk akibat rasa malu. Si suami hanya tersengih gembira.

"Saja nak kenakan orang!"

"Baby yang nak en? "

"Hubby tak cakap diorang tengah... "

"Alex gerak!  Rosilia dah panggil," laung Aden yang kebetulan muncul bersama Fakhrul dan Joshua.

Anneliese pula dah berada awal di Golden Area dengan Eiji dan Mia Aurora. Alex dan Tasya akur. Mereka berdua melangkah ke arah lokasi utama sambil berpimpinan tangan.

Saat mereka hampir tiba, Rosilia tersenyum lebar. Tasya nampak gembira dengan pasangan manusia. Begitu juga dengan 01, 02, 03 dan 04. Mereka betul-betul tak sama dengan diri diorang yang dulu.

Kadangkala, Rosilia berharap diorang akan stay macam ni.  Tapi DIA tu memaksa diorang berlima untuk mengeluarkan diri sebenar masing-masing.

"Sape tu? "

Rosilia menoleh Anneliese.

"Kenapa 02?"

"Pak cik tu sape? "

Pak cik?

"Pak cik mana weh? " kerut Zack.

"Tu. Yang tengah berjalan kat tepi Tasya," tunjuk Anneliese, polos.

Semua memandang ke arah tepi Tasya. Kosong. Yang ada cuma Alex lah. Takkan Alex tu yang pak cik Anneliese maksudkan?

"Kau nampak hantu kut, " gurau Ciko.

"Atau pun roh yang tak tenang. Wuuuhhh, " tambah Jethan, nakal.

Kerutan Rosilia mati secara drastik ditambahkan pula situasi berubah kucar-kacir.  Tasya yang tadinya elok tertawa manja bersama Alex tiba-tiba tumbang di atas lantai.

"Hei, hei, hei kenapa ni? " cemas Alex.
Tasya terdiam lama. Tak lama selepas itu, esak kecil mula terdengar di bibirnya. Bermula dari esakan lalu bertukar raungan yang menyayat hati. Dia menangis kuat sehingga merisaukan Alex.

Tanpa mengetahui punca si isteri menangis, Alex hanya mampu memeluk belakang tubuh Tasya.

"Cindy... "

Alex tersentak. Black Cindy? Kenapa Tasya tetiba sebut nama pompuan yang patut dah mati tu?

"Baby, tengok I! Kenapa dengan dia?!" desak Alex, tertekan.

"Cindy bunuh ayah!! "

Masing-masing terkejut bukan kepalang. The Shadow (Mr &Mrs. Assassin)  dah mati kat tangan Cindy yang baru dibangkitkan oleh DIA. Macam tak percaya, The Shadow yang juga ketua mafia di Negara Amerika telah dicabut nyawa oleh seorang perempuan.

Rosilia muncul di sisi Tasya lantas meletakkan tangannya pada belakang wanita itu. Saat dia membaca fikiran Tasya, dia melihat bagaimana James (Abang Tasya) diseksa oleh beberapa pengikut DIA dan juga bagaimana Cindy memijak tubuh The Shadow lalu kepala lelaki tersebut dicabut menggunakan tangan dengan senyuman seram.

Semuanya berlaku dalam 2 hari yang lepas. Rosilia tak dapat mesej dari sesiapa bahkan dari Nanami kerana dewi itu berada di Jepun.

"Ayahhh! Ayah aku! Ayah aku! Tak! Tak! Dia tak boleh mati! Aku kena balik!! "

Tasya menolak kuat tubuh Alex, namun ditahan pula oleh Putri Risha. Puas sahabatnya memujuk, tetap Tasya berkeras ingin balik ke dunia manusia.

"Aku kata TEPI! Cindy tak guna! Aku bunuh kau!! Aku bunuh kau!! "

Bagai histeria Tasya menolak setiap daripada mereka yang ingin menghalangnya. Takde cara lain, Mia Aurora maju ke hadapan sambil mengeluarkan kuasa hijaunya.

"Tepi Mia! Aku kata tepi!"

"Maaf, 05. Tapi aku tak boleh biarkan kau pergi. "

Serentak Mia menurunkan nyawa Tasya menjadi 10 peratus. Wanita itu tidak lagi mengamuk, namun jatuh perlahan-lahan di atas lantai. Mujur Alex segera menyambut isterinya.

"Ayah, " rintih Tasya perlahan sebelum matanya terkatup rapat. 

Anneliese menutup mulut.  Rasa simpati mulai menjalar di segenap hatinya. Kalau betul ayah Tasya dah takde, maksudnya Tasya pun macam dia, Putri Risha, Eiji dan Mia. Diorang semua dah takde mak bapak.

Tapi ada satu perkara yang membuatkan Anneliese kekal diam. Seorang lelaki atau entiti sejak tadi setia berada di sisi Tasya dengan wajah yang sedih. Wajahnya ada iras-iras Tasya.

Tiba-tiba Anneliese tersentak. Ya, dia boleh nampak roh yang berkeliaran kat mana-mana. Maksudnya, roh ni ayah Tasya?

"Guys, mana Eryn? " suara gelabah Zack menarik perhatian semua orang.

Umpama faham, Maisara berdecit sebal. Tak syak lagi, Eryn hilangkan diri semasa kekacauan tadi untuk mencari Cindy! Maisara sempat nampak Eryn mengetapkan rahang sambil mengepal tumbukan.

"Aku ikut dia! Jom Mikami! "

Mikami Brothers akur. Diorang bertiga lesap sekelip mata mengikut Eryn. Hanya Luciana dan Alice setia di sisi tuan masing-masing.

"Ayah Tasya dah takde?" Putri Risha masih tak percaya.

Dalam diam-diam, Rosilia memandang ke arah seseorang dan seseorang itu juga turut memandang ke arahnya dengan mata yang tenang. Selang beberapa minit, Rosilia menghembus nafas.

"Katakan pada seluruh alam. Kita dah kehilangan satu lagi pejuang Alfa Kegelapan."

#Sape kata hidup Mia dengan Risha je sadis? 

#Liese hilang mak bapak dia dalam kemalangan. Dia ingat Aden yang bunuh, rupa-rupanya orang lain. Tak lama lepas tu, dia tahu ibu bapanya sengaja berkorban demi diri dia sendiri. Liese anggap dia penyebab utama kematian ibu bapanya.

#Dan sekarang Tasya dah hilang ayah yang paling dia sayang.

#Eiji takut diri dia sendiri dan tak tahu guna kuasa.

#100 comments baru aku update tau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro