63: CABAR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#150 comments baru aku update tau.

#Hah, sila.  Sila baca.

Tarik...

Hembus..

"Erhh... Tuan tengah buat apa? "

Alice hairan melihat posisi senaman yang dilakukan oleh Mia Aurora. Wanita itu bermeditasi di atas udara dengan kaki yang terkangkang luas. Dah pehal gaya macam ahli gimnastik pula ni? Buat kat atas lantai pun cukuplah.

"Alice, Alice. Aku dah kata selagi kau hidup dalam dunia ni, kau kena banyakkan belajar. Kan dah bodoh. Aku tengah buat senaman ringan sebagai persediaan aku nak bersalin. Kecik-kecik tak nak belajar, " geleng Mia, rasa simpati.

Alice diam merenung Mia. Tu senaman ringan tuan dia kata? Lagi satu, sape kata senaman tu dibuat oleh manusia? Mia sorang je yang Alice nampak buat benda gila macam ni. Boleh pula dia cakap Alice tak pandai. Uwargh! Nasib baik Alice dah biasa.

"Tapi saya tak pernah 'kecik' tuan. Saya tak membesar macam tuan. Saya penjaga."

Mia Aurora diam.

Krik.. Krik... Krik... Krikk..

"Lice,  mana minuman aku? Kau lupa erk? " dalih Mia Aurora.

"Ni dia, tuan, " hulur si penjaga.

Mia Aurora muncul di hadapan Alice lantas minuman tersebut berganti tangan.  Selesai air tersebut disedut, Mia Aurora menjilat tepi bibirnya dengan mata yang terpejam. Mantap!

"Hal ni kau tak bodoh. Kau memang pandai buat air untuk aku. Nanti aku naikkan gaji kau erk, " puji Mia lalu mengusap kepala Alice.

"Erhh tapi tuan tak pernah gajikan saya," balas Alice, janggal.

Mia Aurora buat-buat tak dengar. Dah memang dia tak pernah bagi gaji kat Alice, buat apa dia nak kecoh? Semua keperluan Alice dia dah sediakan. Siap bina rumah untuk penjaga tu. Terer en Mia jaga Alice?

"Mana suami aku? "

"Dia dalam bilik Xender. "

"Mamat tu tak bangun lagi? "

"Tak, tuan. "

"Agaknya dah mati kut. Aku tak rasa kita ada peluang nak selamatkan dia, " selamba Mia Aurora memberikan pendapat.

Alice hanya mempamerkan wajah kosong. Mulut tuannya memang kurang ajar tapi hati fuhh. Rama-rama pun boleh berenang kat situ. Dengan kau-kau sekali boleh sumbat dalam hati Mia. Tiber.

"Saya rasa Xender tak nak bangun dari koma. Tuan tak rasa ke lelaki tu sengaja nak rancang semua ni?" curiga Alice.

"Yes, memang Xender plan semua ni. Aku tahu dia ada gaduh dengan Lily tapi aku tak nak ambik tahu. Bangun atau tak, lantak dia. Kalau dia fikir pasal kita semua, dia akan bangun. "

Motto Mia Aurora senang je guys. Suka hati lah orang tu nak buat apa en. Kalau ada sikap timbang rasa, orang tu sendiri pandai fikir. Takyah nak serabutkan fikiran.

"Tapi tuan... Xender kena bangun. Kalau dia tak bangun, Tuan Roland yang kena urus semua hal. Tuan juga yang susah. "

Ni lah ciri-ciri makhluk reti guna otak! Bukan kepala kotak! 

Serta-merta mata Mia Aurora membulat teruja. Ya tak ya en! Kalau Xender bangun, takyahlah Roland susah nak ke hulur ke hiliaq. Mia juga yang untung. Dapatlah Roland manjakan dia tiap jam! Muahaha!

"Alice! Kau memang bijak! Mulai hari ni, sape je panggil kau bodoh, bagitau aku. Biar aku penggal kepala dia! "

"Tapi tuan baru je panggil saya..."

"Jom kita cari jalan pujuk Xender! "

Leher Alice dirangkul erat lalu mereka bergandingan menuju ke bilik Xender. Alice macam biasalah. Redha je dengan perangai Mia Aurora. Memandangkan Alice pun jenis tingtong macam tuan dia, maka Alice iyakan saja.

Akhirnya, otak dua-dua masuk air! Yang tuan bengong, yang penjaga pula bengap.

Sementara di dalam bilik Xender, Roland menatap sang ayah dengan pandangan sukar ditafsir. Wajah lelaki itu nampak dingin dan tenang pada masa yang sama. Diam-diam Rosilia menilik ke arah Roland.

Dia jarang bercakap anak kepada ketua tzar tersebut. Ada sesuatu yang buatkan Rosilia tak senang pada Roland. Perkara tu dia takkan bagitau sekarang pada sesiapa. Belum tiba masanya.

Tak lama kemudian, Rosilia menapak keluar dan Roland pula masih setia merenung mata si ayah. Sejak tadi mata tertutup Xender bergerak ke kiri serta ke kanan umpama sedang mengharungi sesuatu di dalam dunianya.

Semasa Rosilia beredar, dia terserempak bersama Ketua Dewa yang mengetuai upacara pengebumian Irisna dan A-13 dahulu. Sebenarnya Ketua Dewa datang berhajat dan hajat tersebut telah dibincangkan bersama Rosilia seminggu yang lepas tanpa pengetahuan sesiapa.

"Sudah tiba waktunya kita berikan ingatan sebenar pada manusia itu. "

"Tunggu. Anak dia masih berada di dalam. "

"Maksud kau... "

Ketua Dewa tak jadi teruskan ayat tatkala Roland tiba-tiba datang melintasi mereka berdua. Ketua Dewa sekadar memberikan tunduk manakala Roland terus berjalan ke hadapan. Sempat mata Roland melirik kedua-dua sampingnya.

"Mari kita masuk. "

Ketua Dewa akur. Dia melangkah dan terus berdiri di sisi seseorang. Tubuh manusia yang terdampar sepi di atas katil diperhati lama.

"Aku harap kau dapat bantu dia, " tunduk Rosilia, sesaat.

"Usah kau risau, Rosilia. Ku pegang segala perkara yang berada di dalam dunia ini.  Termasuk memori dia. "

Rosilia faham. Semua harapan diletakkan pada Ketua Dewa. Mungkin pengembalian memori Xender membuka lembaran yang baharu. Siapa tahu?

Seterusnya, bibir Ketua Dewa terkumat-kamit membaca mantera. Sihir yang hanya diketahui oleh dia dan arwah Irisna memandangkan dewi tersebut turut memegang kuasa yang hampir sama dengan Ketua Dewa.

Belum sampai seminit, kelihatan Ketua Dewa meletakkan telapak tangannya di atas dada Xender.  Satu gelombang kecil muncul dari telapak tangannya lalu meresap masuk ke dalam badan seterusnya ke otak tzar tersebut.

Secara tak langsungnya, datang sebuah lagi memori menyerang organ utama Xender.

"Awak betul nak pergi rumah saya? Kita boleh patah balik kalau... "

"Kan aku dah kata aku nak pergi. Ke kau takut sangat dengan aku? " sinis 04 menyindir.

Faiq menggaru kepala yang tak gatal. Bukan macam tu. Dia ada sebab tersendiri dan sebab tu buat dia rasa malu.

"Tapi awak tak boleh gelak tau. Kampung saya pedalaman dan jauh sangat dari kawasan luas macam awak. Kitorang taklah mewah sangat tapi masih boleh hidup biasa. Kitorang hidup bergantung antara satu sama lain. Lepastu... "

"Bla bla bla dan bla. Aku tak nak tahulah semua tu. Dah dekat 3 jam kita jalan, mana rumah kau? " rungut 04.

Kebetulan, Faiq menghentikan langkah di hadapan dedaun lebar. Sekejap nafas ditarik dalam-dalam. Tingkah Faiq hanya dipandang malas oleh 04. Lembab betullah mamat ni! Susah sangat ke nak tunjuk?

"Baiklah. Selamat datang ke kampung aku."

Serentak, Faiq menyelak daun tersebut sekali gus menunjukkan pemandangan yang sebenar. Mata 04 terus membulat manakala Faiq mengusap belakang leher.

Terlalu banyak... Terlalu banyak yang tinggal kat sini. Ya, Faiq tak tipu pasal tempat tinggal dia. Cuma mamat tu tak bagitau pun jumlah makhluk yang tinggal kat sini. Apa yang 04 lihat sekarang berjaya membuatkan gadis tersebut ternganga.

Terdapat sekumpulan kanak-kanak perempuan menari dalam bentuk bulatan sambil didendangkan sebuah muzik daripada para budak lelaki. Ada juga gadis yang sedang berbual sambil diusik oleh pemuda.

Remaja dan dewasa tak terkira banyaknya. Ada yang berlatih memanah, bersilat dan ada juga yang sedang bergelak tawa.

Walaupun cuma sebuah perkampungan kecik, namun ia nampak aman dan harmoni. Jauh sangat dengan apa yang 04 bayangkan. Terbit rasa cemburu di hati 04. Berbanding dengan tempat tinggalnya, dia hanya ada 01, 02, 03 dan 05.

"Ak... Aku tak pernah tahu kewujudan kawasan ni, " bingung 04.

Tiba-tiba suara seorang gadis menyentak lamunannya.

"Abang Faiq dah balik! Yeah!!"

"Abang long bawa gadis! Kawan-kawan mari lah sini, " ajak kawannya pula.

Faiq tergelak kecil bila kedua-dua kakinya dipeluk oleh gadis pertama. Pantas raut wajah 04 bertukar kelat. Tak sangka pula Faiq ni jenis selesa dengan bebudak. Kalau 04, dah lama bebudak ni dia tendang. Jangan harap dia nak...

"Kekasih abang long cantik! Akak nak dukung! " pinta gadis bernama Najwa.

04 menelan air liur. Dia alergik! Sedar pada perubahan 04, Faiq duduk mencangkung menyamai ketinggian anak-anak buahnya bersama senyuman ceria.

"Akak ni tak dapat ikut kita lama-lama. Mari kita main kat situ. Akak pula duduk kat rumah, " lembut Faiq berbicara.

Semua mengikut nasihat Faiq, kecuali seseorang. Najwa masih setia menunjukkan wajah comelnya, malah dia sengaja membulatkan mata agar 04 memberikan dia dukungan. Pada mulanya, 04 buat-buat tak kesah.

Tapi bila Najwa melompat-lompat ingin mencapai wajahnya, terpaksa juga 04 kentalkan hati. Lagipun, dia yang nak sangat ikut Faiq. Kan dah mendapat.

"Yeahhh! Akak cantik dukung kita. Abang long lihat Naj! "

Faiq terkebil-kebil usai tubuh dipusing menghadap ke belakang semula. Melihat Najwa yang sedang memeluk 04, semua kanak-kanak terjerit teruja lantas berpatah balik semula ke arah 04. Masing-masing datang mengerumuni 04 semata-mata inginkan perhatian gadis tersebut.

Faiq terdiam. Sedetik berlalu, dia tersenyum. 04 dipaksa untuk duduk menyamai ketinggian mereka. Tak terjangka dek akal betul. Sekejap je bebudak ni dah sesuaikan diri dengan orang luar.

"Abang long, sape gadis tu?  Kekasih?" sapa si adik kedua.

"Tak. Dia baru tolak aku. "

"Mengapa kau harus bawa dia ke sini? " selidik si adik.

"Sebab aku kalah."

"Kau bertarung dengan dia? "

"Ya. "

"Dan kau kalah? "

"Ya. "

"Aku tak faham. Apa? Kau kalah? "

"Macam yang aku kata, ya. "

Si adik kedua terpinga-pinga. Dia melihat 04 dan Faiq silih berganti. Macam tak logik je. Faiq kalah dengan pompuan? Setelah wajah 04 diamati dalam, si adik yang bernama Hanif tersentak hebat.

"Dia bukan ke anggota Alfa Cahaya?! "

"Tapi tak lama. "

Faiq beredar meninggalkan Haniq yang tertanya-tanya dengan ayatnya. Tapi tak lama? Apa abang long dia dah gila nak bawa pejuang DIA datang ke sini? Habis tempat tinggal diorang akan dihancurkan.

Dah bertahun-tahun diorang bersembunyi, takkan Faiq yang merangkap ketua kampung sengaja nak musnahkan tempat mereka?

Hanif melepaskan keluhan ringan. Apapun yang Faiq cuba fikirkan, dia hanya mampu percaya. Faiq orang yang berpengetahuan. Tak logik dia nak buat macam tu.

"Akak cantik ni siapa nama? "

04 jadi gagap.

"Erhh 04."

"Eeee buruknya. Tak suka! Mak akak ke yang bagi nama? " soal si budak lelaki bernama Anaqi.

04 terdiam. Amboi, bukan kemain jujur. Sepak betul-betul kang. 04 mana ada mak.

"Takpe, biar Naj bagi nama comel pada akak. Hmmm....hmmmm apa erk? Hah! Risya! Cantik tak?"

"Pendek sangat. Akak ni cantik macam orang-orang dalam istana tu. Orang panggil..."

"Putri! Putri! "

"Ya! Putri Risha! Cantiknya nama tu! "

Sejak tadi 04 senyap. Ewah-ewah bebudak ni. Suka hati nak namakan orang.

"Kak Risha, jomlah main dengan kami. Kami tak pernah tengok makhluk luar datang ke sini. Akak makhluk pertama, " ajak Najwa, comel.

04 rasa canggung. Dicari-cari kelibat Faiq tapi mamat tak guna tu boleh pula hilang sekarang erk.

"Korang semua tak pernah keluar ke? " pelik 04.

Macam sakai je gaya gaya bebudak ni.

"Tak pernah,  tak pernah. Abang long kata banyak makhluk jahat kat luar sana. Seram, seram. "

Yelah, cakap sekali dahlah. Ni ulang-ulang. Kita tak pekak arh.

"Jomlah Kak Risya! "

Siapa Kak Risya kau?

Tak cakap apa-apa lagi tangan 04 ditarik lalu mereka membuat sebuah bulatan. Muzik didendang menggunakan kompang dan seruling.  Mula-mula rasa janggal juga nak menari bulat-bulat macam bodoh, tapi lama-lama 04 pula yang teruja gila.

Dia pula yang melebih nak terlompat-lompat serupa kanak-kanak.  Pertama kali doh. Masa kecik dulu dia dah diajar cara bunuh makhluk. Tak sangka bila dah besar macam ni, baru dia rasa pengalaman jadi bebudak yang sebenar.

Pagi bertukar tengahari, 04 terasa penat melayan karenah anak-anak kat sini. Bukan tu je tau, para gadis datang pula mengerumuninya untuk menceritakan kisahnya bertemu dengan Faiq. Tak puas dengan itu, 04 disuruh untuk berbalas pantun dengan pemuda.

Menjelang petang, 04 duduk di sebuah takah tangga. Penat melayan penduduk kat sini langsung tak terkira. Entah kenapa dia rasa gembira dan bebas. Okay, tu pelik.

"Letih? " tegur Faiq sambil duduk di samping 04.

"Tak. "

Faiq tergelak kecil.

"Mereka agak teruja melihat makhluk pertama macam awak masuk ke kawasan sini, " tenang Faiq.

"Haha... Gaya kau bercakap macam.. "

Tiba-tiba senyuman 04 perlahan-lahan pudar. Dia teringat sesuatu yang baru disedarinya sepanjang setahun berteman dengan Faiq.

"Ye ke? Mana saya tahu. Pertama kali saya dengar. " (Bab 37)

"Semua orang ada ayah. " (Bab 39)

"Kak Risha, jomlah main dengan kami. Kami tak pernah tengok makhluk luar datang ke sini. Akak makhluk pertama."

"Tak pernah,  tak pernah. Abang long kata banyak makhluk jahat kat luar sana. Seram, seram. "

"Mereka agak teruja melihat makhluk pertama macam awak masuk ke kawasan sini."

Imbasan tersebut berjaya membuatkan 04 terus bangkit lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak mungkin. "

Faiq jadi hairan. Dia terus mendekati 04, namun 04 segera berundur ke belakang.

"Apa yang tak mungkin? "

"Kau... Kau manusia?"

Faiq mengerutkan dahi.

"Saya tak pernah bagitau awak pasal tu ke? "

04 menjerit bengis lantas berdesup laju mencengkam kolar Faiq. Tingkahnya menyebabkan para pemuda mendekatinya dengan pedang masing-masing. Mereka tahu siapa 04.
Sejak tadi mereka berhati-hati dengan gadis itu dan baru sekarang 04 keluarkan belangnya yang sebenar. Tatkala Hanif ingin meluru ke arah 04, Faiq segera memberikan isyarat dengan jarinya agar Hanif berundur.

"KAU TIPU AKU! "

"Saya tak pernah tipu awak. Sumpah, 04! Dengan darah dan nyawa, saya berani bersumpah yang saya tak pernah tipu awak."

"Kau tahu... Aku tak boleh berkawan dengan manusia. Kau sengaja datang hampiri aku dan sekarang kau berani kata tak tipu aku?! Hamba hina! " tengking 04 seraya menguatkan lagi cengkamannya.

Untuk satu sebab, dia rasa sakit. Untuk satu sebab yang 04 sendiri tak tahu, dia terluka. Rasa sangat dikhianati. 

"Awak salah! Saya dekat dengan awak sebab hati saya dah pilih awak!"

Sunyi. Mata 04 terketar-ketar mendengar luahan secara langsung daripada bibir Faiq. Pantas dia menolak kasar tubuh Faiq ke belakang.
"Ini yang awak salah, 04. Awak selalu anggap saya main-main tentang perasaan. Walhal hati saya dah memang pilih awak."

"Kau diam,  manusia! Kau tak layak bercakap dengan aku! Mulai hari ni, aku tak nak kau muncul di hadapan aku! Pergi sebelum aku bawa angkatan DIA ke sini! " ugut 04, jahat.

Hampir 04 melangkah pergi, namun sekali lagi Faiq bersuara. Nadanya pula kedengaran lantang dan berani.

"Baiklah, saya akan pergi. Tapi sebelum tu, awak kena tunaikan permintaan saya. "

04 berdecit bengis. Dia memusingkan tubuhnya ingin menumbuk wajah Faiq, tetapi pemuda itu pula terlebih bersuara.

"Bersaksikan mata manusia, saya cabar awak untuk bertarung dengan saya. Kalau saya tewas, saya janji takkan sesekali muncul kat depan awak. TAPI! kalau saya yang menang, awak... Putri Risha kena kahwin dengan saya! "

#Apa dia? Sape Faiq? Aku pun tak tahu. Pepandailah korang teka sendiri. Boleh jadi Zamil tu Faiq. TIBER!

#Aku tak cakap Faiq tu sape tapi yang aku boleh jamin,  memori tu ada kat dalam otak Xender. Fahami tau. Walaupun tu memori Xender, tak semestinya tu dia. Mungkin watak lain? Watak baharu?

#150 comments baru aku update tau. Contoh,  if esok dah cecah 150, hari tu juga aku update. Aku pun nak cite ni habis cepat-cepat. Lepastu akhirnya aku boleh cau! Huhu yeah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro