65: TENANGLAH DIKAU, ALEX

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Chakkk!! Malam ni aku tetiba rasa rajin.

#150 comments baru aku update tau.

"Salam duhai, Bonda. Aku datang membawa berita daripada salah satu angkatan kita, " ucap The Master, penuh hormat.

"Katakan anakku. "

"05 telah mendapat memori asalnya. Adakah perlu makhluk itu dihapuskan? "

DIA tak menjawap. Malah, DIA tampak sibuk menghiasi jerami patung-patungnya bersama dendangan seram. The Master yang sudah biasa hanya mampu menunggu dengan setia.

"Usah kau bimbang, Master. Biarkan mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Ada baiknya mereka cepat mendapat memori dahulu. "

The Master faham. Tiba-tiba mindanya teringat sesuatu. 

"Bonda, bagaimana mereka yang ada kat istana? Aku dapat merasakan perempuan yang pernah berjuang bersama Lelaki Pedang Hitam itu, mulai merencanakan sesuatu untuk menentang kita, " luah The Master, serius.

DIA tersenyum manis. Dengan gerakan yang lemah-gemalai, dia memusingkan tubuhnya menghadap The Master.

"Aku ada sesuatu yang mampu merosakkan mereka dari dalam."

The Master mengerutkan dahi. Dari dalam? Maksudnya... Pengintip? Lama kelamaan, bibir The Master mengukirkan senyuman seram. Jadi, keluarga Tengku Zamil tak sedar ada seseorang dari mereka yang sedang hancurkan mereka perlahan-lahan. 

Kesian!

_________________________________

1800 tahun yang lalu...

Berdirinya 04 di tengah medan pertarungan bukan disebabkan ingin berlatih! Namun disebabkan seorang manusia! Janji yang telah termaterai membuatkan 04 semakin yakin diri bahawa Faiq akan menjauhkan diri daripadanya.

Penonton yang merupakan penduduk kampung menjadi saksi pertarungan antara makhluk ciptaan DIA dan manusia biasa. Keadaan menjadi hening seketika.

"Jenis kekalahan?"

"Nyawa turun dulu, dia tewas. "

"Nampaknya awak tak pilih jenis kekalahan yang mengakhiri nyawa. Tu tanda awak sayang dengan... "

"Diam! Pilih jenis perlawanan sekarang!" potong 04, bengis.

"Baik,  baik. Saya pilih guna pedang. Awak dan saya hanya dibenarkan kekal di atas tanah. Tak boleh terbang, " jelas Faiq, lembut.

04 tersenyum sinis. Guna pedang? Huh, Faiq dah silap percaturan! Dia 04. Permainan pedang adalah makanannya.

"Baiklah! "

Selang beberapa saat, 04 menyeru pedang jingga gelap lalu pedang tersebut muncul di tangannya. Tatkala Faiq juga turut berbuat sedemikian, keadaan sekeliling bertukar riuh.

"Bang long dah keluarkan pedang hitam dia! " sorak Anaqi disambuti sorakan teruja yang lain.

04 terus berdecit. Dia mengalihkan perhatian ke arah pedang hitam yang sedang berada di dalam genggaman Faiq. Jujur, dia juga sedikit rasa takjub. Tak pernah-pernah dia tengok pedang warna macam tu.

Jika dibandingkan dengan pedang cahaya milik DIA, jelas sangat warna mereka berlawanan.

"Dari mana kau dapat pedang tu? " selidik 04 sedar tak sedar.

Faiq mempamerkan riak muka naif.

"Pedang hitam ni? Saya pernah diserang kat istana dulu sampai pengsan. Celik je mata, pedang ni dah ada kat samping saya. Tapi pedang ni lain tau, wak. Dia macam tak dengar arahan saya. Seolah-olah pedang ni hanya singgah. Tapi pedang ni memang saya punya tau. Saya tak curi."

Pening 04 mendengar cerita Faiq. Kejap dia punya, kejap kata pedang tu hanya singgah. Walau apapun, 04 tetap rasa terpegun. Sebelum ni, dia tak pernah nampak Faiq keluarkan pedang dia. Cantik pula tu. Kalah dengan bentuk dan ukiran pedang 04.

Nampak gaya macam berat tapi bila tengok Faiq selamba angkat pedang hitam tu, 04 rasa tercabar. Tak boleh jadi! 04 kena berhenti daripada terus memandang rendah pada Faiq!

"Kalau dua-dua dah bersedia, pertarungan akan dimulakan sekarang! " heboh Hanif, lantang.

Faiq mengangguk kemas manakala 04 membetulkan posturnya. Ketara sangat Faiq nampak tenang. 04 pula rasa sedikit tegang. Apatah lagi bila melihat Faiq langsung tak gentar dengannya.

Duel match! Start!

Sejurus masa 1 minit 15 saat dikira secara membelakang, 04 berdesup lari lantas melibaskan bilah pedangnya pada wajah Faiq. Saat itu ada sesuatu yang 04 sedar. Faiq nampak tak bersedia tetapi riak wajahnya sudahpun menggambarkan seribu satu kekuatan yang terpendam.

Zengggg!!

Bunyi libasan pedang yang berpusing-pusing kedengaran jelas di udara. Kala pedang jingga gelap 04 berjaya ditangkis oleh pedang milik Faiq, gadis itu terkedu. Apatah lagi mata pedangnya kini selamat terbenam di dalam tanah.

04 tak bergerak. Matanya terketar-ketar tak percaya dengan kekuatan lawannya. Tak sampai sesaat pun, pedang teragung yang diciptakan oleh DIA khas untuk 04 terbuang ke tepi.

Semua orang juga turut terdiam. Masing-masing dah boleh agak siapa yang menang. 

"Tak mungkin... Macam mana kau... "

"Erhh maaf. Saya terkuat ke? " Faiq rasa bersalah.

Tak semena-mena 04 teringat perlawanannya bersama Faiq tempoh hari. Kalau difikirkan cara Faiq bertarung sekarang, maksudnya hari tu Faiq saja bagi dia peluang?

"Kau main-mainkan aku! "

"Tak! Saya... "

04 segera menyeru kepala pedangnya supaya datang kembali. Datang saja, 04 melepaskan serangan bertubi-tubi kepada Faiq. Rasa marahnya pada lelaki itu meluap-luap. Yang lebih menyakitkan hati, Faiq melawan serangan 04 tanpa bersungguh.

Semakin banyak peluh yang dikeluarkan oleh 04, semakin tenang pula wajah Faiq. Didorong rasa panas yang membara, perut lelaki itu ditumbuk kuat. Hasilnya, Faiq terdorong jauh ke belakang.

Kesempatan ini diambil oleh 04 untuk menerjah ke arah Faiq lantas melayangkan tendangan lututnya pada bahagian kemaluan lelaki itu. Mujur Faiq berjaya melarikan diri terlebih dahulu.

"Tunggu! Awak main tipu!"

"Tsk! Berhenti merungut dan berdepan dengan aku macam lelaki sebenar! "

Lelaki sebenar? 

"Apa yang tak kena dengan awak ni?"

"Salah kau jadi manusia!"

"Sekurang-kurangnya saya ada perasaan. Dan perasaan cinta saya ikhlas pada awak," luah Faiq.

Cinta? 04 mengetap rahang. Kepala pedangnya digenggam keras lalu dia lesap dan muncul di belakang Faiq. Bersama jeritan yang kuat, dia melibaskan bilah pedangnya pada belakang Faiq.

"Kau seksa aku! "

Sepantas kilat Faiq mengelak hanya dengan satu gerakan halus. Pada masa yang sama juga, otaknya memproses ayat 04. Seksa? Bila masa dia seksa gadis yang ia sendiri cintai? Mungkinkah...

"Aku benci kau!! "

04 melanggar peraturan perlawanan. Dia mengeluarkan kuasa jingga dari tangannya lalu disembur ganas ke arah Faiq. Kali ini, Faiq gagal mengelak. Dia terbuang jauh ke dalam hutan sekali gus membuatkan yang lain terbeliak.

"Kau main tipu! " marah Hanif.

04 tak kesah. Malah, dia terbang  mencari kelibat Faiq.  Walaupun dia berada di atas langit, namun kelibat lelaki tersebut gagal dijumpai sehinggalah telinganya tiba-tiba terdengar sayup-sayup libasan pedang.

04 tergamam! Dia dah tak sempat mengelak bila pedang hitam Faiq muncul dari bawah dan menghiris bahagian abdomennya. 04 terus kehilangan 39% nyawa. Hanya dengan hirisan halus, pedang Faiq dah cukup menghasilkan impak yang besar.

04 benar-benar kehilangan arah. Ralit menahan kesakitannya, 04 tak sedar pedang Faiq berpatah balik semula ke arah dia. Hanya dengan bunyi, barulah 04 sedar dia berada di ambang kekalahan.

Skretttt!!

Salah satu sayap 04 terhiris dua! Ia membuatkan keseimbangannya hilang serta-merta lalu menyebabkan 04 tumbang dalam kelajuan pantas menuju ke muka bumi.

Dengan keadaan macam ni, 04 tersenyum sinis. Dalam sejarah pertarungannya, dia tak pernah tewas. Tetapi hari ini rekod ia telah berjaya dipecahkan. Dia tewas. Di tangan sorang manusia pula tu. Macam tak percaya.

04 memejam mata. Hampir tubuh 04 mendarat di tanah, tiba-tiba muncul Faiq menyambut tubuhnya. Sekali lagi lidah 04 menjadi kelu.  Dia kini berdiri sambil dipeluk oleh seseorang yang juga turut berdiri bersandarkan pokok.

Sejenak, kedengaran nafas Faiq tidak sekata.

"Awak kata saya seksa awak tapi sebenarnya perasaan awak yang terseksa. Awak kata awak benci saya. Tu sebab awak awak tak boleh bercinta dengan manusia. Awak cintakan saya, 04. Awak tak nak mengaku sebab awak takut pada DIA," bisik Faiq, syahdu.

Bibir 04 mengigil menahan rasa sebak. Pantas dada Faiq ditolak kasar.

"Kau tak tahu apa-apa pasal aku manusia!"

04 merengus bengang lalu cuba beredar, namun langkahnya terbantut pabila melihat keputusan duel match yang tertera di atas udara. Dia... Kalah.

"Awak kena tunaikan janji awak pada saya," peringat Faiq sambil memasukkan pedangnya pada sarung semula.

04 berdecit tak puas hati.

"Aku kahwin dengan kau? Huh, kau siapa nak arah aku? " bidas 04, dingin.

"Betul. Saya bukan sesiapa yang awak perlu dengar tapi awak perlu akur dengan janji yang awak dah buat sendiri. Awak tahukan apa yang akan terjadi pada makhluk yang melanggar perjanjian alam? "

Walaupun muka Faiq nampak tenang, namun setiap ayatnya bagai belati yang menusuk jantung 04. Hakikat yang satu itu, ,04 takleh lawan. Tiada mana-mana makhluk yang boleh melanggar perjanjian alam.

Jika perjanjian tersebut dilanggar, jiwa makhluk itu yang akan menjadi galang gantinya. Bermaksud dia harus mati.

"Awak kena kahw... "

Zappp!

04 menghilangkan diri. Tak sempat habiskan ayat lagi, pompuan tu dah blah. Tingkahnya membuatkan Faiq terkebil-kebil. Takpe, takpe. Faiq pasti 04 tetap akan mencarinya selepas ini. Dia sangat yakin 100%.

"Bang long! Bang long! Puas aku cari kau! Pejuang Alfa Cahaya tu dah kalah ke? "

"Ya! Kejap lagi aku kahwin dengan dia! " laung Faiq dari jauh.

Yakin itu harus pasti ya guys.

______________________________________

Pakkk!!

Bagus! Tak sia-sia kepala Anneliese ditolak oleh Luciana. Lupa jap siapa penjaga, siapa tuan.

"Tuan ingat ni basikal mainan ke? Tak reti bawa, cakap awal-awal!" bebel Luciana.

Anneliese mempamerkan wajah minta kesian. Disebabkan kecuaiannya ini, Zalek dan Hannah berjaya menangkap mereka berdua. Tubuh Luciana dibuang kasar oleh Hannah manakala rambut Anneliese pula ditarik oleh Zalek.

Puas Anneliese menjerit kesakitan, tetap Zalek tak endahkan.  Yang lebih teruknya, Zalek melontar tubuh Anneliese bagai bola boling sampaikan wanita tersebut terhentak pada akar pokok. 

Walaupun kesakitan, Luciana paksakan diri untuk muncul dan menjaga Anneliese. 

"Jangan cabar dia, dewa kotor! Kau mungkin lupa dia 02!" tengking Luciana, garang.

"Opps! Kau juga mungkin lupa yang tuan kau dah hilang ingatan, " sampuk Hannah, sombong.

Luciana menggerutu bengis.

"Korang ingat boleh larikan diri daripada aku? Aku tahu korang sengaja pilih lokasi ni sebab korang dah tahu aku akan datang, " seringai Zalek.

Anneliese lelah, tetapi pendengarannya masih jelas. Diorang pilih lokasi ni? Tak! Diorang tercampak bro. Tercampak! Dan orang yang halau diorang tu ialah...

Tunggu! Anneliese seakan tersedar. Tasya kata dia nampak Alex akan mati. Lepastu Tasya campak diorang kat sini. Dan Zalek pula kata diorang sengaja ada kat sini untuk larikan diri.

Rupa-rupanya Tasya dah tahu Zalek tengah kejar diorang! Tasya tak halau diorang bertiga. Niat pompuan tu sebenarnya nak protect diorang semua dari Zalek. Tapi Zalek tetap dapat kejar walaupun Tasya dah hantar diorang gi jauh-jauh!

"Biar aku rosakkan mental pompuan ni dulu," ujar Hannah lalu maju mendekati Anneliese.

Luciana mennyeringai tajam. Hajatnya ingin melindungi Anneliese tidak dapat ditunaikan bila Zalek tiba-tiba muncul lantas melepaskan tendangan pada belakangnya. Luciana dipaksa untuk menentang Zalek yang berlevel 83.

Sementara perhatian Luciana dialihkan, Hannah mengeluarkan kuasa lalu dihalakan pada Anneliese. Mental dan emosi Anneliese mula terganggu. Dia mula melihat bayangan ibu bapanya semula.

"Sanggup Liese bunuh ayah!"

"Ibu ayah mati sebab Liese! "

"Liese anak tak guna! Kami tak patut besarkan kamu! "

Suara-suara makian Sofia dan Zakif menyebabkan Anneliese menutup kedua telinganya sambil menangis. Jujur, dia trauma. Kalau boleh dia tak nak ingat semua ni. Dia tak nak ingat hari di mana ibu bapanya pergi meninggalkan dunia.

Hannah pula sudah tergelak kuat. Dia gembira melihat penderitaan Anneliese. Penderitaan orang lain merupakan kegembiraannya. Nasib baik dia berada di pihak yang terkuat.

"Go away, bitch! "

Pap!

Kepala Hannah ditendang oleh Alex dari belakang sampaikan dia tertunduk ke bawah. Berkat tendangan mamat tu, kuasa Hannah hilang dalam sekelip mata.

Dilihatnya Alex cuba memimpin Anneliese untuk melarikan diri. Malangnya, kudrat Anneliese tak kuat. Dia masih tak berdaya setelah menerima serangan ilusi Hannah.

"Tsk! Apa yang kau tunggu lagi?! Kita kena..."

Hening. Alex dapat merasakan sesuatu baru melintasi tubuhnya dan mendarat tepat dibelakang ia dan juga Anneliese. Mahu tak mahu, Alex menoleh ke belakang.

Zappp!

Tekaan Alex mengena! Zalek ada di belakangnya lalu mencekiknya tanpa ampun. Kalau nak dibandingkan dengan kekuatan Alex sebagai manusia, sah Zalek menang.

Tak sampai pun beberapa saat, Alex berasa sesak nafas. Dahlah tangan Zalek siap berketul-ketul bagai. Kalah-kalah Goku. Wajah Alex juga turut mulai memerah. Berulang kali dia cuba memukul kepala Zalek, namun dia gagal.

Sekali, sekali je Alex berharap dapat tampar muka Zalek yang menyakitkan hati tu. Gigi tajam Zalek membuatkan Alex rasa nak eeeeee! Asal tak rata?!

"Kau manusia nak cabar kitorang? Dasar tak sedar diri! "

Tubuh Alex dilambung ke atas udara lantas cuba dihentak pada tanah. Untungnya, Luciana segera datang dan menyambut tubuh lelaki itu sebelum mencecah ke tanah.

"Hmm tak mati lagi, " sinis Zalek berbicara.

"Kau boleh main dengan diorang berdua. Aku pula masih nak main dengan 02. Opss!  Patut ke aku panggil Anneliese? "

Tak lama selepas itu, Anneliese yang lemah ditendang bertubi-tubi oleh Hannah. Zalek pula menghabiskan tenaga Luciana terlebih dahulu.

"Tak guna! "

Semangat berapi Alex membara ganas. Dia berlari menangkis setiap tumbukan dan tendangan Hannah dengan tenaganya sebagai manusia.

"Bagus! Bagus! HAHAHA! " gelak Hannah.

Anneliese cuba bangkit.  Kabur-kabur matanya memandang Alex yang cuba melawan Hannah yang berlevel 52 dengan tangan kosong.

"Alex... Cukup... "

Anneliese rasa tak berguna. Dek dibawa penyesalan atas kisah lama, Alex pula yang menjadi pelindungnya.

"Bangun Liese! Aku tahu kau boleh lawan diorang semua! Kau hanya perlu yakin dengan diri kau! KAU 02!"

Alex ditumbuk kuat sehingga mulutnya merecikkan banyak darah. Tatkala itu, mata Anneliese terbuntang luas. Dunia seakan-akan pula menjadi sepi.

Jelas, Anneliese melihat Zalek muncul dari arah tepi sambil mengeluarkan pedangnya. Apa yang terjadi lepas ni, ia seolah-olah mampu diteka oleh sesiapa.

"ALEX!! "

Sunyi.  Anneliese kaku. Dada Alex yang baru ditembusi dengan mata pedang dipandang tak percaya.

Tak...

Mungkin...

Nun jauh di sana, Rosilia memejam mata. Dia berasa sebak setelah merasakan ada sesuatu buruk yang telah menimpa pihak yang berada di alam lain.

Dia muncul di tengah ruangan dan memanggil semua orang untuk berkumpul. Ia merupakan mesej kecemasan. Roland yang beriak dingin pula hanya dipandang sekilas.

"Kenapa Rosilia?" soal Tengku Zamil, rasa tak sedap hati.

Rosilia menghembuskan nafas berat. Satu persatu wajah mereka dipandang sedih. Bersama hati yang berbelah bahagi, akhirnya berita buruk tersebut disampaikan.

"Aku minta maaf. Seorang lagi ahli pejuang Alfa Kegelapan meninggalkan kita semua. "

#Terkadang pengorbanan tu kena ada. Bukan kehendak tapi keperluan. Alex tahu Anneliese lebih berguna pada dunia berbanding diri dia sendiri.

#Cite ni dah nak habis.  Eisk eisk... Aku tak tahu nak buat apa lepas ni.
#150 comments baru aku update tau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro