BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓐𝓲𝓶𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓺𝓮𝓮𝓶

PUAN Alya melangkah masuk ke dalam bilik anak bongsu. Namun apa yang buat dirinya rasa marah apabila melihat anak perempuannya masih terbaring di atas katil.

Puan Alya melangkah masuk ke dalam bilik anak bongsu itu. Namun apa yang membuatkan dia berasa geram. Dia melihat anaknya masih terbaring di atas katil.

"Bertuah dapat anak! Bangunlah! Pukul berapa awak tak bangun lagi!" Jerit Puan Alya. Tangannya dicekak pinggang sambil merenung anaknya.

Raisya yang dibuai mimpi terkejut mendengar jeritan ibunya. Kelopak matanya dibuka perlahan sambil menggosok matanya.

Puan Alya berjalan menghampiri anaknya sambil menggelengkan kepalanya. Raisya tersengih apabila matanya memandang wajah garang ibunya.

"Ibu dah pukul berapa?" tanya Raisya dalam keadaan mamai. Biasalah orang baru bangun tidur.

"Dah pukul 7 pagi Raisya sayang! Awak masih terbaring di atas katil lagi. Apa nak jadi dengan awak, bangun sekarang!" ujar Puan Alya dengan kuat.

"Alah Ibu, baru pukul 7 pagi. Raisya ambil result pukul 9 pagi. Bagi Raisya 5 minit." Dengan malas dia baring semula di atas katil. Puan Alya menggelengkan kepalanya.

"Kamu dah solat subuh ke belum?" tanya Puan Alya.

"Sudah ibu tercintaku." jawab Raisya ringkas sambil memejamkan mata. Puan Alya yang melihat gelagat anak bongsu itu hanya menggelengkan kepala.

Hari yang ditunggu-tunggu di mana semua pelajar tingkatan 5 akan menerima keputusan SPM pada hari ini. Selepas mereka cuba menjawab yang terbaik dalam peperiksaan SPM beberapa bulan lalu. Ramai rakan lain yang hadir bersama ibu bapa mereka.

Tetapi berbeza dengan Raisya, dia tidak kisah semua itu. Lagipun dia faham dengan keadaan ibunya yang sibuk menjahit baju custom.

Dalam masa yang sama, hatinya berdebar-debar sejak menunggu giliran untuk mengambil keputusan slip SPM. Tetapi dia tidak keseorangan mengambil keputusan SPM sementara menunggu giliran dirinya dipanggil oleh guru kelasnya.

Raisya turut ditemani oleh kawan baiknya a.k.a bff yang juga ingin mengambil keputusan SPM. Tangannya yang dingin digenggam erat oleh Syakira yang merupakan kawan baiknya sejak kecil.

"Syakira, agaknya result kita macam mana?" tanya Raisya dalam keadaan berdebar-debar menunggu giliran dipanggil. Kepalanya menoleh memandang Syakira yang berada di sebelahnya.

"Insya-Allah keputusan kita okey. Jangan risau, kita dah buat yang terbaik, apa pun keputusan yang akan keluar nanti. Kita kena terima dengan hati terbuka." balas Syakira yang memberi kata-kata semangat.

"Raisya!"

Raisya menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggilnya apabila mendengar seseorang memanggilnya. Matanya jatuh pada seorang lelaki yang sangat dikenalinya yang melambai-lambaikan tangannya sebelum dia pantas berlari ke arah mereka.

"Ehh Amru, bila kau sampai? Dah lama ke kau sampai?" soal Raisya.

"Tak ada lama mana pun. Aku pun baru lepas ambil result spm tadi. Aku nampak kau dan syakira dari jauh, sebab tu aku terus pergi dekat korang." balas Amru tersengih sambil mengusap lembut belakang lehernya. Syakira dan Raisya mengangguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata Amru tadi.

"Korang berdua baru sampai ke?" tanya Amru pula.

"Haah, kita korang baru je sampai. Tak ada lama mana pun. Betul tak Syakira?" kata Raisya sambil memandang Syakira yang duduk di sebelahnya. Syakira hanya mengangguk kepalanya.

"Ouh, faham-faham."

"Eh, Amru macam mana dengan keputusan spm kau? Ok tak?" tanya Syakira sambil memandang ke arah Amru.

"Haah, macam mana Amru dengan keputusan SPM awak?" Raisya yang bertanya sekali mencelah.

"Aku punya keputusan biasa-biasa je. Bolehlah buat lepas untuk sambung belajar nanti. Korang berdua dah ambil keputusan ke belum?" 

Amru Raziq merupakan rakan sekelas Raisya dengan Syakira. Mereka bertiga berkawan rapat sejak tingkatan 1 hingga sekarang.

Raisya tahu Amru ada perasaan suka padanya tetapi dia hanya buat-buat tidak tahu. Raisya hanya menganggap Amru sebagai kawan baik lebih daripada itu.

"Aku dan Syakira belum dapat lagi, sekarang pun aku tengah tunggu giliran aku dipanggil." kata Raisya dengan senyuman di bibir.

Amru menganggukkan kepalanya beberapa kali. Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba nama Raisya dipanggil.

"Raisya Amanda Binti Zakri."

"Ehh, tu nama kau cikgu panggil kau. Pergilah masuk." kata Amru yang turut mendengar nama Raisya dipanggil sebentar tadi.

"Haah, Raisya masuklah jangan lupa baca doa." kata Syakira sambil menepuk bahu sahabatnya itu dan memberi kata-kata semangat kepada kawan baiknya.

"Okay"

Raisya menarik nafas terdahulu lalu menghembus perlahan-lahan sebelum berjalan ke arah pintu pejabat dan dengan gugup melangkah masuk ke dalam dewan sekolah.

Selepas beberapa minit kemudian. Dia keluar dari pejabat dan langkahnya terhenti. Kepalanya tertunduk memandang ke slip keputusan SPM yang sudah berada di dalam genggaman tangannya.

Raisya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam slip keputusan SPM. Dia berasa gembira dan bersyukur. Doanya dimakbulkan sehingga tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

"Raisya, macam mana dengan result kau?" tanya Syakira yang berjalan laju mendekati Raisya dengan reaksi wajah teruja ingin tahu result SPM kawan baiknya itu.

Raisya memandang Syakira dengan wajah teruja dan tidak sabar untuk memberitahu result spm dirinya kepada kawan baiknya. Tanpa membuang masa, Raisya terus memeluk Syakira dalam dakapannya.

Syakira yang berada dalam dakapan Raisya. Dia hanya mampu berdiam diri sambil membalas pelukan mereka.

"Raisya!"

Syakira yang masih terkejut dengan tindakan Raisya yang tiba-tiba memeluknya dengan begitu erat. Syakira meleraikan pelukan mereka dan matanya memandang Raisya yang mengukir senyuman dibibirnya dengan wajah ceria.

Syakira yang pelik melihat gelagat kawan baiknya sambil mengangkat keningnya. Senyuman yang terukir di bibir Raisya tidak henti-henti terukir sambil matanya melihat reaksi rakan baiknya yang sedang menunggu keputusan SPM.

"Aku dapat 10 A!!" jerit Raisya teruja. Nasib baik tiada orang lalu lalang. Air matanya mula mengalir dan dia kembali memeluk tubuh Syakira dengan erat.

Syakira yang mendengar bicara tadi. Dia seperti terkaku seketika. Dia tidak menyangka kawan baiknya itu akan mendapat keputusan yang begitu cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Apapun, dia bersyukur dan gembira dengan kecemerlangan sahabatnya itu.

"Alhamdulillah aku bangga dengan kau, boleh aku nak tengok result kau." ujar Syakira yang turut tersenyum sambil membalas pelukan mereka. Raisya meleraikan pelukan dan menghulurkan slip keputusan SPM kepada Syakira.

"Wahhh, aku macam tak percaya bahasa Inggeris yang kau benci tu cemerlang macam ini sekali. Kau memang terbaik, Raisya." Syakira tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam slip keputusan SPM.

"Well, aku pun macam tak percaya bila tengok." Ujar Raisya sambil tersenyum lebar.

"Tak pelah, walau apa pun, aku ucapkan tahniah kat kau. Aku bangga dengan kau dapat keputusan yang cemerlang." Balas Syakira sambil menepuk bahu kawan baiknya itu.

"Thank you, Syakira." Balas Raisya sambil mengukirkan senyuman di bibirnya.

"Result SPM kau macam mana?" tanya Raisya dengan pantas.

"Aku dapat 6A 3B. Bukan macam kau 10A. Apapun, aku tetap gembira untuk kau." Balas Syakira yang mengukir senyuman sambil memeluk bahu kawan baiknya. Raisya hanya tersenyum manis.

"Okey lah, aku balik dulu, esok aku jumpa kau di tempat biasa ok. Aku tak sabar nak tunjuk slip keputusan SPM aku kat ibu aku. Bye Syakira, Assalamualaikum." 

Raisya yang terus beredar sambil memberikan flying kiss ke arah Syakira.

"Okay Raisya, see you tomorrow. Bye." Syakira dengan suara lantang sambil melambai tangannya ke arah Raisya.

Raisya menoleh ke belakang untuk melihat kawan baiknya itu. Dia turut melambai tangannya ke arah Syakira. Syakira yang melihat gelagat Raisya hanya menggelengkan kepala melihat telatah kawan baiknya itu.

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro