BAB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓐𝓲𝓶𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓺𝓮𝓮𝓶.

2 Bulan Kemudian...

SELEPAS majlis pertunangan Raisya Amanda dengan lelaki tidak dikenali berjalan  dengan lancar 2 bulan lalu. Tetapi dia nampaknya melakukan perkara yang sama. Semua orang buat hal sendiri. Dia masih menunggu surat tawaran belajar dan masih tidak tahu keputusannya.

Kini Raisya bersama Puan Elrina a.k.a bakal ibu mertuanya sedang mencari barangan perkahwinan. Dia yang hanya mengikut Puan Elrina dari arah belakang lalu mereka berjalan masuk ke dalam sebuah butik pengantin untuk mencari busana pengantin untuk hari menikah yang lagi beberapa minggu lagi.

Gaun pengantin itu diselak satu persatu namun tiada satu pun yang relevan di hatinya. Raisya terdengar seseorang memanggilnya. Dia menoleh ke belakang dan memandang Puan Elrina yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Kakinya melangkah ke arah Puan Elrina yang sudah memegang baju pengantin di tangannya.

"Raisya, umi berkenan lah baju kurung ni. Cantikkan." ujar Puan Elrina yang menunjukkan gaun pengantin muslimah berwarna putih ke arah Raisya.

Raisya yang berada di sebelah Puan Elrina. Matanya memandang baju kurung itu yang kelihatan cantik. Tangannya mengambil baju kurung tersebut untuk lihat dengan lebih jelas.

Dia mengukirkan senyuman dan berasa begitu kagum dengan pilihan bakal ibu mentua.

"Cantik juga, pandai bakal mak mertua aku pilih. Kalau nak harap, aku cari sampai ke sudah tak jumpa." bisik Raisya sendiri dalam hati.

"Cantik." Sepatah sahaja Raisya membalas dengan senyuman manis di bibir.

Matanya hanya melihat gaun pengantin yang dipilih oleh bakal ibu mertuanya sendiri. Puan Elrina hanya tersenyum mendengar kata-kata bakal menantunya itu.

"Umi rasa, Raisya sesuai dengan baju kurung ni dengan kamu." kata Puan Elrina dengan menjengkelkan kening kirinya. Raisya hanya mampu menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar.

Selepas beberapa jam mereka bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah itu. Raisya dan Puan Elrina mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing untuk berehat.

Setelah kereta yang membawa mereka tiba di hadapan rumah sahaja. Raisya melangkah turun dari kereta alphard.

"Terima kasih umi untuk hari ini." ucap Raisya dengan mengukirkan senyuman manis.

Puan Elrina yang melihat wajah manis bakal menantu. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Bibirnya turut mengukir senyuman manis. Dia gembira hari ini kerana dapat keluar bersama bakal menantunya untuk persiapan majlis perkahwinan.

"Yelah, umi pergi dulu. Kirim salam pada ibu." balas Puan Elrina. Raisya hanya menganggukkan kepalanya dan dia turut menyalam tangan Puan Elrina.

Tangan Raisya melambai ke arah kereta alphard milik Puan Elrina sebelum meluncur pergi dan terus beredar dengan jauh. Langkahnya diatur masuk ke dalam rumah, pintu dibuka dan salam diberi.

"Assalamualaikum"

Tangannya cuba menanggalkan kasut di kakinya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Raisya terus berjalan menuju ke ruang tamu. kakinya mendekati ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Tangannya yang penuh dengan barang - barang yang di beli tadi.

Raisya terus berjalan menuju ke ruang tamu. Kakinya melangkah ke arah sofa dan melabuhkan punggung di atas sofa. Tangannya penuh dengan barang yang dibelinya tadi. Dia meletakkan barang di tepi sofa. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan penatnya.

Rania yang turun dari anak tangga terakhir. Secara tidak langsung matanya memandang ke arah ruang tamu rumah sebelum dia menuju ke dapur. dia berjalan mendekati Raisya yang sudah terlelap di sofa.

"Ehh, adik baru balik nak beli barang kahwin kau." Rania melabuhkan punggung di sofa menghadap adik bongsunya.

"Banyak barang kahwin yang kau beli, dik." Tegur Rania apabila matanya memandang barang-barang perkahwinan di sisi sofa adiknya.

Raisya yang sedang tidur di sofa. Dia terus tersedar. Kepala diangkat apabila mendengar bicara daripada kakaknya. Dia hanya tersenyum manis walaupun kepenatan berbelanja dan tidak ada mood yang baik untuk berbual dengan orang lain

"Haah, biasalah kena beli banyak-banyak." Raisya bangun dari baringnya lalu dia membetulkan duduk di sofa.

"Adik, kau betul-betul dah habis fikir ke? Ini soal kahwin, kak bukan apa. Kak risau takut akan menjejaskan masa depan kau nanti aje." tanya Rania dengan nada risau.

"Entahlah kak, dik rasa okay aje. Takpelah kak, insyaallah tak ada apalah kak. Lagipun dik tak nak susahkan ibu dengan hutang-hutang bukan sikit-sikit. Adik tak nak biarkan ibu pikul hutang tu sorang-sorang."

Raisya yakin dengan keputusan yang dibuat. Dia tidak mahu ibunya menanggungnya. Lagipun semua hutang datang dari dia. Rania hanya mengangguk kepalanya.

SYAKIRA yang berada di hadapan pintu bilik kawan baiknya. Tangannya mengetuk pintu bilik itu sebelum dia melangkah masuk.

TOK

TOK

TOK

"Raisya, boleh aku masuk?" Tanya Syakira dengan suara yang lantang di sebalik pintu agar sahabatnya itu dapat mendengar.

"Masuklah." Jerit Raisya dari dalam bilik apabila telinganya menangkap suara Syakira di luar.

Kemudian tombol pintu dipulas sebelum pintu bilik dibuka perlahan. Matanya memandang wajah sahabatnya yang begitu cantik dengan gaun pengantin berwarna putih.

"Wah! Cantiknya kawan aku. Kalau bakal suami kau pandang kau, confirm dia akan terpegun punya?" usik Syakira sambil tersenyum nakal.

"Kau ni kan? saja aje nak usik aku kan." kata Raisya yang menoleh sambil matanya menjeling ke arah Syakira.

"Hahahaha, Mana aku usik kau? Memang betul apa, kau tengoklah nanti." balas Syakira yang masih ketawa terbahak-bahak. Dia terus menahan tawanya apabila dapat merasakan mata sahabatnya itu merenung tajam ke arah dirinya. Bibirnya cuba menahan ketawa.

Raisya hanya menggelengkan kepalanya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya di hadapan meja soleknya dan berdiri di hadapan cermin, berpusing di hadapannya.

Raisya menoleh memandang ke arah Syakira sebelum melangkah ke katilnya dan melabuhkan punggungnya di birai katilnya. Syakira berasa pelik melihat kawan baiknya itu. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah Raisya di birai katil.

"Kau dah kenapa? Ada masalah ke cuba beritahu kat aku?" Tanya Syakira dengan risaunya

"Kau rasa aku okay tak?" Soal Raisya memandang cermin solek lalu dia berdiri di hadapan cermin melihat gaun pengantin yang dipakainya sambil memusingkan badannya dari kiri ke kanan.

"Haih, macam sedih je bunyinya, patutnya kau gembira sebab jodoh kau dah sampai. Bukan macam aku. Aku tak tahu bila jodoh aku akan sampai. Sedih." kata Syakira dengan riak wajah yang sedih. Dia sangat sedih.

"Tak apa. Aku nak beritahu kau yang aku nak kau rahsiakan perkara ini." kata Raisya dengan nada serius.

Syakira yang memandang Raisya. Dia menjengkelkan kening kirinya mendengar apa yang Raisya katakan sebentar tadi.

"Rahsia?" tanya Syakira pelik.

"Haahh, Aku tak nak orang tahu aku ni berstatus isteri orang." balas Raisya dengan nada suara serius. Dia berharap orang lain tidak tahu statusnya.

"Ehhh, patutnya kau bangga dan bersyukur dah kahwin dan jadi milik orang. Ini tidak, kau nak berahsia. Cuba tengok orang di luar sana. Ada yang bujang sampai tua, kau tahu!!" bebel Syakira sambil memegang kepalanya. Dia pening dengan perangai kawan baiknya itu.

"Ya, aku tahu, tapi tolong kali ini aje, simpan rahsia ini, terutamanya Amru." pujuk Raisya supaya tidak mendedahkan statusnya kepada orang lain.

"Yelah, tetapi bercakap tentang Amru. kau tahukan Amru suka kau, kan?" balas Syakira apabila teringat sesuatu yang muncul di kepalanya.

"Sebab tu, aku nak kau rahsiakan perkara ini daripada Amru. Amru ni psiko sikit." kata Raisya sambil mengeluh panjang sambil menggelengkan kepalanya.

"Hmm ya." balas Syakira dengan nada suara pasrah.

Mereka berbual sehingga terdengar pintu bilik dari luar dan pintu dibuka, kemudian kelibat Rania melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Dia ingin memanggil adik bongsunya untuk mereka bergerak ke perkarangan masjid.

"Adik, adik dah siap? Kalau adik dah siap, kita boleh gerak sekarang, lambat sampai pula." Rania memandang wajah adiknya yang sungguh cantik hari ini.

"Dah siap, kak." Raisya yang tersenyum manis dan terus bangun dari duduknya.

Rania hanya tersenyum manis apabila melihat adik bongsunya yang nampak cantik di matanya.

"Jom turun bawah. Ibu tunggu kat bawah." kata Rania yang mula melangkah keluar dari bilik adiknya.

Raisya dan Syakira mula keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Mereka semua mula bergerak ke perkarangan masjid untuk majlis akad nikah.

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro