CHAPTER 13 | THE QUEST

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hey...Wake up..."

"Ermm..."

"Wake up, you piece of shit..."

Kelopak mata dibuka apabila suara halus menyentuh gegendang telinga. Perlahan-lahan aku mengeliat seraya bangun dari katil. Rambut kelabu digosok berkali-kali.

Sapa kacau aku pagi-pagi buta ni? Its so damn annoying.

Mata coklat membalas pandanganku tatkala ku menoleh ke sisi. Aeryz tersengih melihat aku termangu-mangu. Dia memeluk tubuh sambil menyandar pada dinding kayu.

"Hello there, my slave..."

"Ha, what...? Kenapa kau datang sini?"

"Kau hamba aku, kau lupa? We make a deal, right? Mulai dari sekarang, kau kena ikut aku..."

Aku mengerut dahi mendengar kata-katanya. Aeryz mencampak beg kulit kepadaku. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya.

"Pakai armor besi tu. Its just a simple armor, not too heavy nor too weak. Aku rasa ia sesuai untuk kau..."

"Armor? Wait...Kenapa kau bagi aku benda ni!? Aku tak nak!"

Aku mencampak beg tersebut ke bawah katil. Aeryz merenung tajam padaku. Eraman serigala kedengaran jelas di telinga.

"Whatever you said, Quinn...Kau kena ikut aku...Armor tu untuk keselamatan kau...If anything happen, aku tak bertanggungjawab..."

"Ikut kau ke mana, celaka!? Aku nak keluar dari sini! Bukan ikut kau!"

"Bersiaplah...Aku tunggu di bawah..."

Aeryz membalas selamba lalu keluar bilik. Aku merengus geram. Pandanganku tertacap pada beg kulit di kaki.

Hurmmm, pagi-pagi dah buat aku bengang. Celaka punya serigala...

🔱🔱🔱🔱🔱

"Hahahaha! Awak ni kelakar, Aeryz! So, apa awak buat lepas tu?"

"Hehe, apa aku buat? Aku cucuk bontot dia dengan hujung pedang! Meraung dia! Hahaha!"

Suara Amelia berbual dengan Aeryz kedengaran tatkala aku melangkah turun dari tingkat atas rumah tumpangan. Suasana di bawah agak riuh rendah dengan penumpang lain yang turut bersarapan.

Aeryz dan Amelia mengalihkan pandangan kepadaku apabila aku duduk di kerusi kayu. Kopi pekat dihirup perlahan. Aeryz tersengih melihat aku memakai armor besi pemberiannya tadi.

"Aku tak sangka, kau nampak segak bila berpakaian besi macam ni..."

"Cut your crap, Aeryz...Kita nak kemana?"

"Hunting..."

"Hunting...?"

"Yeah, ada beberapa ekor ghast buat kacau di Kampung Tween..."

Aku dan Amelia berbalas pandangan. Aeryz menyandar pada kerusi kayu. Rambut hitamnya diusap perlahan ke belakang.

"Ghast...? Apa bendanya tu...?"

Amelia menyoal dengan nada pelik. Aeryz menyimpulkan senyuman sinis. Aku memerhati gelagat dia.

"Ghast ni merupakan makhluk hantu yang menyeramkan...Wajahnya hanya tinggal tengkorak, matanya merah...Baunya pula macam bangkai manusia...Giginya bersiung panjang..."

"Errrrr...Sound creepy..."

"Yes, tapi janganlah risau...Ghast ni tak merbahaya sangat berbanding makhluk buas yang lain...Ini cuma kontrak mudah..."

"Kontrak...?"

Aku menyoal ringkas. Aeryz mengambil gulungan kertas kuning. Kertas lusuh tersebut dihamparkan ke atas meja.

"Ini kontrak untuk buru Ghast...Setiap Ghast yang kita bunuh, bernilai 200 gold seekor...Not so much, but still...Its a gold...Apa lagi yang kau nak?"

"Aku tak berminat dengan benda ni..."

"Lol, kau hamba aku...I'm your fucking master...Kau kena ikut arahan aku..."

"Kalau tak? Apa kau nak buat, huh...?"

"I'll kill ya..."

Aku dan Amelia tergaman mendengar kata-katanya. Aeryz menyilangkan kaki. Kopi dihirup selamba. Pandangan matanya tertacap padaku.

"Kau nak bunuh aku...? "

"Jangan sangka aku sama macam Aiden, Quinn...Mungkin aku anak dia...But, aku takkan teragak-agak untuk pancung kepala kau..."

"Shit..."

"Be a good wolf...And, follow my order..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro