§ Episod 2 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa terus memusingkan badannya dan terkejut melibat satu kelibat yang tidak dia tahu apakah itu sedang mendekatinya perlahan-lahan

"Siapa kau..?!" Katanya dengan nada takut

Makhluk itu mengeluarkan lidahnya lalu merangkak mendekati Gempa membuatkan Gempa terus mengundur

"Darah..bau darah..Hehe..darah" kata makhluk itu atau lebih tepatnya iblis dengan suara yang seram membuatkan Gempa terkejut mendengarnya

"Darah!bagi aku!" Kata iblis itu lalu terus berlari ke arah Gempa

"Arghhh!!" Jerit Gempa menutup matanya

Tiba-tiba..

BUK!

"Argh!!"

Bunyi teriak iblis itu membuatkan Gempa terus membuka matanya

Terlihat seorang gadis berambut hitam sedang berdiri di hadapannya

Gempa pun memandang pada iblis tadi yang sudah rebah jauh dari dia

"Apa..apa dah jadi?" Tanyanya membuatkan gadis itu terus menoleh

Mata coklat Gempa bertembung dengan mata pudar berwarna biru gadis itu

Deg

Gempa terus berdiri tegak apabila sedar berbola mata gadis itu lain dari dirinya,seperti..mata kucing

Gadis itu seperti sedar akan pandangan Gempa terus menukar bebola matanya seperti biasa dan itu membuatkan Gempa semakin terkejut

Gadis itu hanya diam memandang datar Gempa lalu menoleh ke arah iblis tadi yang sudah berdiri

"Errr!! Kenapa! Kau tolong manusia tu Hah!" Kata iblis itu membuatkan Gempa memandang dia tak mengerti

Gadis itu hanya diam,memandang kosong iblis di depannya yang mula kesal

Iblis itu pun berlari ke arah gadis itu ingin menyerangnya tetapi dengan pantas gadis itu melompat untuk mengelak

Lalu dia terus menendang iblis itu sehingga Iblis itu terbang menuju ke pokok di hujung sana

Gempa yang melihatnya terus terkejut dan melihat gadis itu tak percaya

Gadis tu pun berlari ke arah Gempa lalu memegang tangannya dan terus berlari dari situ

"He-Hey,kenapa ni?"

Tiada sahutan dari Sang Gadis,Gempa pun diam sambil memandang tangannya yang di pegang gadis itu

Dia juga baru perasan yang tangan dan kulit gadis itu sangat putih dan pucat,bahkan tangannya terasa sejuk di tangan Gempa

Satu gelang tali berwarna putih terikat indah di tangan gadis itu,ianya bersinar terang membuatkan Gempa menjadi hairan

Dan ini membuatkan Gempa tertanya-tanya,siapakah gadis ini?

"Berhenti!" Kata Gempa membuatkan gadis itu terus menghentikan langkahnya

Gadis itu memandang Gempa,seperti menunggu jawapan dari Gempa tentang mengapa budak lelaki ini menyuruhnya berhenti

"Siapa kau ni dan apa benda tadi tu?" Kata Gempa membuatkan Gadis itu memandangnya kesal

Dia pun memegang tangan Gempa lagi tetapi Gempa terus menariknya

"Jawab dulu soalan aku" kata Gempa

Gadis itu hanya diam lalu cuba lagi menarik Gempa dan tiba-tiba

"Tak!"

Shing!

Satu perisai lutsinar terus keluar dari rantai di leher Gempa membuatkan gadis itu tidak boleh mendekati Gempa

Gempa yang juga terkejut terus mengundur kebelakang

"A-apa.."

"Ermm!!" Kelihatan gadis di depannya merintih kesakitan,tangan kanannya terluka akibat perisai Gempa itu

Gelang tali yang berada di tangan kanan gadis itu terputus lalu jatuh ke tanah yang di penuhi salji itu

Gelang itu perlahan-lahan cahayanya menjadi pudar lalu terus bertukar warna menjadi gelap

Darah jatuh membasahi salji putih itu,Gempa yang melihat darah menitis di tangan gadis itu terus terkejut

"He-hey! Kau okey tak?"

Keadaan senyap dan tak lama lepas itu

"Errr!!!" Gadis itu mengangkat wajahnya

Urat-urat mula timbul di wajahnya dan lengannya,matanya yang pudar itu terus bertukar warna menjadi biru gelap

Bebola matanya bertukar seperti mata kucing memandang tajam Gempa seperti sedang menahan rasa lapar yang sangat kuat

Hujung tangannya mengeluarkan urat sehingga ke hujung jari lalu kukunya terus memanjang membuatkan Gempa semakin terkejut

"Grrr..grrrr!!" Suara yang menyeramkan yang dikeluarkan oleh gadis itu sambil membuatkan gigi taringnya kelihatan

"Grrr!! Raghhh!!!" Jerit gadis itu lalu berlari ke arah Gempa

"Arghh!!" Gempa pun terus mengundur kebelakang dan terus menyandar di dinding perisai itu

Shing! Shing!

Gadis itu tidak dapat menyentuhnya disebabkan perisai yang ada di rantai pada lehernya itu

"Grrr!!!" Gadis itu terus menerus cuba untuk mendekati Gempa tetapi malang tak bisa disebabkan perisai yang menghalangnya

Gempa pun hanya diam,memerhatikan gadis di depannya

Rasa terkejut,tak percaya,pelik dan takut menguasai dirinya

Tapi

Tiba-tiba

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki seseorang membuatkan Gempa dan gadis itu terus tersedar

Gadis itu pun menoleh kebelakang lalu

Pak!

"Ak!"

Pengsan disebabkan seseorang telah memukul perlahan tepi lehernya

Bruk

Dia pun rebah ke tanah dan tak sedarkan diri

Gempa memandang terkejut gadis itu lalu memandang siapakah orang di depannya

"Datuk!" Panggil Gempa gembira

Dia lalu berlari ke arah datuknya,perisai di rantainya hilang

Dia terus memeluk kuat datuknya

"Datuk,Gempa takut" kata Gempa di sebalik pelukan mereka

Datuknya pun mengusap rambut Gempa lalu mengeluh memandang gadis yang rebah di tanah itu

"Nasib sempat.." bisik hatinya

"Datuk..apa benda tu? Kenapa..dia macam tu?" Tanya Gempa memandang pelik gadis yang pengsan itu

"Suatu hari nanti kamu akan tahu dan datuk nak minta maaf sebab buat ni pada kamu" kata Datuknya membuatkan Gempa memandangnya pelik

Tidak faham akan kata-kata datuknya itu

Dan sebaik sahaja datuknya mengatakan itu

Pak!

"Ak!"

Dia terus memukul perlahan leher Gempa,seperti yang dia lakukan kepada gadis itu

Datuknya pun mengendong Gempa lalu mengangkat gadis itu juga

Sempat dia memandang sekilat perisai di hadapannya sebelum pergi dari situ

[TBC]

Ini baru permulaan tau sebab umur Gempa baru 10 tahun hohoho

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro