§ Episod 4 §

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pak!

Melempar bebola salji ke arah iblis itu lalu berlari ke batu di tepinya dan terus melompat ke atas pohon

"Grrr!! Budak tak guna!" Teriak iblis itu masih menggosok matanya yang masuk salji

"Hahahah" tawa Gempa lalu dengan cepat dia melompat ke arah gadis di tepi iblis itu

Tap!

Dengan lembut dia mendarat di hadapan iblis itu,iblis itu memandang terkejut Gempa yang tersenyum ceria ke arahnya

"Bye" kata Gempa lalu terus mengangkat gadis itu lalu melompat tinggi menjauhi iblis itu

Mungkin dia tak boleh membunuh iblis itu tetapi iblis itu tidak tahu kebolehan dia yang boleh dengan mudahnya melakukan lompatan tinggi

Gempa dari kecil dari tinggal di kawasan salji ini,udara sejuk dan jalan yang di penuhi salji tidak sedikit pun membuatkan Gempa susah bergerak

"Awak okey?" Tanya Gempa sebaik sahaja dirinya berjaya membawa jauh gadis itu dari iblis tersebut

"Arkk! Arkkkk!!" Teriak gadis itu dan tiba-tiba

Spisss!!

Darah memecik keluar dari badan gadis itu sehingga terkena Gempa,Gempa terkejut apabila melihat tubuh gadis itu sudah terpotong-potong menjadi serpihan

"HA HA HA HA" suara seorang perempuan kedengaran di belakangnya

"Hebat,aku kagum dengan kehebatan kau" kata iblis itu lalu mengubah dirinya menjadi seorang wanita

"A-apa..." kata Gempa terkejut

"Tapi..."

"Kehebatan kau itu tak mungkin boleh mengalahkan iblis yang mempunyai kuasa seperti aku" kata Wanita Iblis itu memandang tajam Gempa

Gempa pun berdiri lalu memandang dingin wanita iblis di depannya,dia tak tahu yang wanita itu boleh beruba bentuk

Wanita iblis itu berambut merah gelap,pakaian juga berwarna merah gelap dan matanya merah darah

Tanduk di kepalanya membuatkan Gempa tahu bahawa iblis itu menunjukan rupa aslinya

"Bahaya..aku kena lari dari sini" kata Gempa lalu mengerakkan anak matanya,mencari cara untuk melarikan diri

Dia pun mengundur lalu terus berlari ke pohon di belakangnya dan terus melompat naik ke atas pohon itu

"Heh! Cuba untuk lari? Tak mungkin"

Wanita iblis itu pun bertukar bentuk menjadi serigala hitam lalu terus berlari mengejar Gempa

Gempa menoleh dan terkejut melihat wanita iblis itu bertukar lagi

Dan kemudian

Deg

Di sebabkan dia terlalu memandang belakang,kakinya tiba-tiba tersandung dan itu membuatkan dia terus terjatuh ke tanah

Bruk!

Gempa pun mengangkat wajahnya,dia rasa kesal akan kesilapan yang dia lakukan

Wanita iblis itu mendekati Gempa lalu beruba ke wujud aslinya

Gempa pun memandang tajam wanita iblis itu,dia menggenggam kuat tangannya..cuba memikirkan cara lain

"Hahaha~ dah mengalah ke?" Kata wanita iblis itu

Wanita itu pun mendekati Gempa lalu menunduk

"Bau darah kau sangat kuat,aku dapat rasakan sesuatu yang pelik dalam diri kau" kata wanita iblis itu memandang tajam Gempa

Matanya bersinar terang apabila melihat aura keemasan yang keluar dari tubuh Gempa

"Dan itu membuatkan Aku jadi sangat teringin akan darah kau" kata iblis itu mengangkat tangannya

Gempa pun memegang kapak nya lalu melempar bebola salji ke wajah wanita itu

"Jangan! HARAP!" Jeritnya kuat

Pak!

"Arghh!"

Krak!

Gempa menghayunkan kapak ke lengan wanita iblis itu dan tangannya terus terpotong

Gempa pun melompat kebelakang,dia memerhatikan darah yang banyak dari lengan wanita iblis itu yang sudah terpotong

"Berhasil" bisik hati Gempa lega

"Ark! Ha..Haha! Hahaha!" Wanita iblis tiba-tiba ketawa membuatkan Gempa terus memegang kapaknya,cuba berhati-hati jika dia di serang lagi

"Kau ingat..dengan memotong tangan aku,aku akan mati?" Kata wanita iblis itu lalu mengambil tangannya yang jatuh di tanah

"Aku iblis yang mempunyai kuasa jadi...aku boleh menyembuhkan semula luka aku"

Lengan yang terpotong itu terus terpasang kembali membuatkan Gempa terkejut melihatnya

"Sekarang.. MATI" kata wanita iblis tu menghilang dari pandangan dan terus berada di hadapan Gempa

Deg

"Terlalu pantas! Aku tak sempat mengelak" bisik hati Gempa dan matanya terus memandang tangan wanita itu bergerak laju menuju ke jantungnya

Gempa yang sudah pasrah pun menutup matanya

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki seseorang dari belakang wanita iblis itu,tapak kaki itu pun terus berlari ke arah wanita iblis itu lalu melompat dan..

BRUK!

"Arghh!!"

Gempa pun membuka matanya dan terkejut apabila memandang tubuh wanita iblis di depannya tanpa kepala

"Arghh!!" Jeritnya lalu terus menolak tubuh wanita iblis itu

"Kyaaaa!!! Tak gunaaaa!! Berani!! Berani sekali raksasa seperti kau membunuh aku!!"

Gempa pun memandang kearah kepala wanita iblis itu yang sudah jauh terjatuh dari tempatnya

"Kyaaaa!! Tak guna!! Tak guna!!" Jerit wanita iblis itu semakin hilang disebabkan dirinya yang bertukar menjadi debu-debu hitam

Dan tak lama lepas itu,keadaan pun sunyi

Gempa yang masih terkejut pun terus tersedar lalu memandang seorang gadis berambut hitam di depannya

Gadis itu membelakanginya membuatkan Gempa tidak dapat melihat wajah gadis itu

"Oh?" Tiba-tiba gadis itu menoleh membuatkan Gempar terus terkejut

Mata coklat Gempa bertembung dengan mata pudar berwarna biru gadis itu

"Apa..? Siapa kau?.." kata Gempa cuba untuk bangun tetapi tidak bisa

Tubuhnya sudah terlalu lemah disebabkan dia terlalu banyak gunakan tenaganya tadi

Gadis itu mendekati Gempa dan serta-merta rantai di leher Gempa bersinar terang

"Huh?" Gadis itu menyentuh luka di pipi Gempa membuatkan Gempa terus terkejut memandangnya

Tangan gadis itu terasa sangat dingin di permukaan pipi Gempa dan tak lama lepas itu,rantai di leher Gempa terus berhenti bersinar

Tap tap tap

Bunyi tapak kaki seseorang membuatkan Gempa terus menandang ke arah bunyi itu

"Datuk!" Panggilnya gembira apabila menyedari siapakah orang itu

Datuk Takashi pun mengeluh lega lalu berjalan mendekati Gempa

"Syukurlah kamu selamat" kata Datuk Takashi

"Kerja yang bagus" kata Datuk Takashi lagi lalu mengusap lembut rambut gadis itu

Gadis itu pun memegang tangan Datuk Takashi yang berada di rambutnya lalu memindahkan ke pipinya

"Datuk..siapa..dia ni..?" Tanya Gempa apabila sedar datuknya mengenali gadis di depannya ini

"Nanti Datuk beritahu,sekarang kita balik. Kawasan di sini tidak selamat" kata Datuknya

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro