<{Prolog}>

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada zaman dahulu,

Terdapat satu kisah kuno di antara dunia manusia dan dunia iblis serta raksasa

Mereka semua hidup berdampingan satu sama lain dan pada waktu itu hidup mereka sangat damai

Kerana terdapat seorang wanita yang mempunyai 7 kuasa alam semula jadi telah memberikan sumber tenaga kepada semuanya

Dan wanita itu telah menjadi Ratu kepada sebuah kerajaan yang bernama

Seveny Kingdom

Tetapi...

Semuanya telah musnah apabila satu kuasa jahat merancang untuk merampas kuasa Sang Ratu

Dia pun mengarahkan kesemua iblis dan raksasa untuk menyerang kerajaan Ratu itu demi mendapatkan kuasa utama Ratu tersebut

Disebabkan pada ketika itu keadaan menjadi sangat huru-hara,Sang Ratu pun di arahkan untuk membawa lari seorang bayi yang merupakan anaknya

Sebenarnya...

Dalam diam Sang Ratu telah memberikan kuasa utamanya kepada satu-satunya anak lelakinya

Dan itu telah berjaya di ketahui oleh kuasa jahat,mereka pun sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa yang ada di dalam tubuh bayi kecil itu

Sang Ratu membawa lari bayinya masuk ke dalam hutan lalu menuju ke sungai kecil di hutan tersebut

Dia pun meletakan bayinya lalu memberikannya seutas rantai keemasan bersimbolkan perisai yang akan melindungi bayinya

"Jagalah diri kamu dan bonda akan menunggu kepulanganmu"

Kata-kata terakhir dari Sang Ratu sebelum dia menolak perahu kecil itu menjauh dari tempat dia berada

Bunyi teriakan dan cahaya api kelihatan dan kedengaran di dalam hutan

Sang Ratu menoleh ke hutan lalu memandang sekilas perahu kecil itu dan kemudian berlari masuk kembali ke hutan

Meninggalkan bayinya yang berada di perahu membawanya semakin jauh dari kerajaan ibunya yang sudah musnah itu

———
———

10 tahun telah berlalu,

Kerajaan 'Seveny Kingdom' kembali megah berdiri tetapi tidak untuk kerajaan lainnya yang sudah musnah disebabkan kerosakan oleh para iblis dan raksasa

Sang Ratu telah membuat sebuah perisai sisa-sisa dari kuasa utamanya untuk membuat pembatasan antara kerajaannya dengan yang lain

Dia juga telah membuat sebuah akademi pahlawan kepada sesiapa sahaja yang ingin masuk

Akademi itu bukan sahaja akan mengajar mereka menjadi seorang yang lebih kuat dalam melindungi kerajaan mereka

Tetapi..

Sang Ratu juga akan memberikan kuasanya kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan peringkat 7 pahlawan terkuat

Pada saat itu,Sang Ratu sentiasa berharap akan ada seseorang di kalangan para pahlawan yang ingin sekali dia berjumpa

Seseorang yang telah lama dia tinggalkan

Sang Ratu sentiasa menunggu

Menunggu dan menunggu

Akan kepulangan Putera kesayangannya

{|The Missing Prince|}

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro