TR 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

H.I.M Dorm

"Where are you going Kal?" Soal Mirul sebaik sahaja mendapati kawannya memakai sportwear.

"Jogging" balasnya lalu mengambil cap di atas meja.

Towel dan botol air jenama Nike itu juga turut dibawa bersama.

"Be careful. Paparazzi everywhere" pesan Izz yang sedang mengeringkan rambutnya.

Haykal mengangguk lalu mengikat tali kasutnya. Sejurus itu terus dia hilang di sebalik pintu.

Haykal POV

Aku meletakkan botol dan towel di bangku berdekatan dengan padang. Kelihatan dari jauh terdapat satu figura yang sedang berlari di atas track.

Aku hanya membiarkannya dan memulakan larian.

Aryana POV

Smartwatch dikerling.

'Mana la those kids ni. Sembang betul'

Aku terus duduk di sebuah bangku di mana tempat botol airku berada.

Penutup botol air dibuka.

Air diteguk sehingga separuh.

Aku memandang ke arah bangku yang berada di sebelahku dan terdapat juga botol air Nike dan tuala kecil.

Aku berdiri dan berjalan ke arah bangku itu lalu memandang sekelilingiku.

"Ah aku ingat Ad punya" kataku sendirian.

"Sorry Miss"

Tiba-tiba ada suara yang menegurku dari belakang.

Bulu romaku mula meremang.

'Ah takkan la hantu kan"

Aku berpaling.

Seorang lelaki yang memakai cap berada di belakangku.

"Oh sorry. Yours?" Soalku.

Lelaki itu mengangguk. Aku ke tepi untuk memberi jarak antara kami.

Tanpa disedari mereka, terdapat lensa kamera yang setia memerhati mereka dari jauh.

"Sorang je ke?" Soal lelaki itu. Pandangannga agak samar-samar kerana di situ gelap.

Aryana mengangguk.

"Tadi dengan kawan tapi diaorang ada matter yang nak kena uruskan" jawab Aryana.

Dia masih tidak dapat melihat rupa paras lelaki itu.

"I go first" tutur Aryana. Namun, lelaki itu memegang pergelangan tangannya.

"Can I know your name?" Soal lelaki itu.

"4th year student Ar—"

"Aryyyy"

Percakapannya dipotong oleh seseorang. Aryana menahan marahnya.

"Kau kenapa suka sangat jerit nama aku" marah Aryana tanpa disedari dia meninggalkan lelaki itu tanpa memberi jawapan.

Muka dingin ditayangkan kepada Dahlia dan Adrinne.

"Balik. Dorm. Sekarang"

Dia menyebut sepatah demi sepatah perkataan itu dengan jelas.

Menggeletar lutut kedua-dua rakannya itu.

10:00 P.M

Haykal menutup pintu biliknya.

Izz dan Mirul sudah berpindah ke alam lain.

Tuala di penyidai diambil lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya yang sudah melekit.

Esoknya

Swimming Department

Dahlia masuk ke dalam bilik persalinannya.

"Weyh Dahlia" panggil Bella.

"Hah kau kenapa?" Soal Dahlia lalu menanggalkan jaket rasmi pasukan renang Sevit.

"Headcoach nak jumpa kau before training" kata Bella.

"Ouh okay. By the way— harini training sekali ke asing?" Soal Dahlia.

"Sekali sebab coach nak bagitahu apa entah. Jumpa dekat main pool. Aku gerak dulu" pesan Bella.

Dahlia mengangguk lalu menukar pakaiannya.

Main Pool

Mirul melangkah masuk ke main pool. Mereka akan mendengar taklimat sebelum memulakan latihan seperti biasa.

"Yo Mir" tegur Fayyad lalu mereka melaga bahu.

"Yo" kata Mirul lalu duduk disebelah Fayyad.

Headcoach datang bersama seorang atlet perempuan di sebelahnya.

Dahlia duduk di sebelah Najwa.

"HC cakap apa dekat kau?" Soal Bella sebaik sahaja mencuit bahu gadis itu.

"Bad news gila" bisiknya supaya tidak didengari oleh orang lain.

"Attention guys. Saya baru dapat berita dah pihak atasan yang pada pertandingan akan datang akan terdapat tambahan satu kategori" umumnya.

"Iaitu kategori mix relay" tambahnya.

"Jadi untuk acara ini saya akan membentuk dua pasukan sahaja sebagai permulaan iaitu Mirul Daniel dan Serra Dahlia. Sila berdiri di hadapan"

Mirul terkejut saat namanya disebut oleh ketua jurulatih. Dia dan seorang gadis yang berada di barisan hadapan berdiri lalu berjalan ke hadapan menghadap 200 atlet yang lain.

Dahlia mengeluh.

'Mampos la kau lepas ni Dahlia. Confirm kau kena dengan kipas-kipas dia ni'

"Second team Bella dan Izzuan"

Serentak nama mereka diumumkan, student senior mula bersorak kerana Bella merupakan girlfriend kepada Izzuan.

Bella mula menghantar laser kepada mereka. Serentak itu seluruh tempat itu senyap.

"Yang lain mulakan latihan seperti biasa dan jadual mentor-mentee untuk pelajar tahun pertama akan ditampal di papan kenyataan esok. Harini Alef akan handle basic training untuk junior. Awak berempat ikut saya ke private pool untuk latihan berpasukan"

Sebaik sahaja arahan dismiss diberikan mereka mula menjalankan tugas masing-masing.

Manakala mereka berempat melangkah ke private pool.

"Pertandingan akan datang ialah pada 24 February jadi masih ada sebulan untuk awak berempat berlatih dan wujudkan semangat berpasukan. Bella dan Izzuan saya tidak risau terhadap awak berdua cuma Mirul dan Dahlia" kata HC bimbang dengan pasukan yang baru sahaja diwujudkan itu.

Bella dan Izzuan beredar.

"Mirul ni Dahlia dia ialah MVP untuk 3 tahun berturut-turut. Dan saya harap awak berdua dapat bekerjasama dengan baik" kata HC.

Mirul mengangguk.

"Kalau macam tu saya tinggalkan awak berdua. Dan ni jadual latihan awak berdua"

Dua helai kertas bersaiz A4 dihulurkan kepada mereka.

Dahlia meneliti jadualnya.

"Padat gila" gumamnya.

"Ingat mix relay senang ke. Kalau tak ada chemistry takkan berjaya" ujar Mirul.

"Pikir aku nak sangat ke" kata Dahlia perlahan.

"Hah apa dia? Cuba cakap balik. Aku tak dengar" tutur Mirul.

"Ah tak ada apa-apa" kata Dahlia lalu pergi ke shower untuk membasahkan badannya.

Mirul tersenyum nakal.

'Serra Dahlia hrm— I will remember your name'

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro