TR 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada masa yang sama, Aryana, Adrinne dan Dahlia keluar dari bangunan dormitory.

Mereka terus berjalan menghampiri pasangan tersebut.
Haykal yang menyedari kehadiran ketiga-tiga gadis itu segera mengatur langkah untuk beredar. Namun, sempat dia menghadiahkan pandangan sinis kepada Hanna.

Haykal memasukkan tangannya ke dalam poket jaketnya lalu beredar.

Aryana menghampiri Hanna dari belakang.

"Kau patut sedar tempat kau dekat mana" bisiknya lalu smirk.

Tiga orang gadis itu juga berlalu pergi.

Hanna menggenggam penumbuknya. Matanya sudah merah.

'Aku tetap akan dapatkan hak aku'

"Perempuan tu memang tak tahu malu betul" ujar Adrinne.

"I guess. Dah la blah macam tu je masa dapat masuk national training centre" kata Dahlia.

"And that time dia sanggup minta putus dekat Haykal. Gila betul" sambung Adrinne.

"Tak kesah la sebab apa tapi dia tu menyusahkan" kata Aryana.

"Alah Ary kau bagi je headshot dekat dia" kata Dahlia.

Aryana memandang Dahlia.

"Maksud kau?" Soalnya.

"Sekarang Scandal News sibuk nak korek rahsia pasal dating news atlet KD Insurance tu. Aku tak tahu la sebab apa" balasnya.

"So kau nak suruh aku couple dengan dia? Heol of course NEVER" bangkang Aryana.

Adrinne segera mengetuk kepala rakannya itu.

"Kau gila ke apa?" Marah Adrinne.

Dahlia mengusap rambutnya.

"Aku cakap je alamak. Bukannya suruh dia buat betul-betul" bentaknya.

Aryana memutarkan bola matanya.

"Nak kata bodoh pun tak juga. Tak tahu la aku" gumam Aryana lalu masuk ke dalam kereta.

Kereta Audi yang dipandu Adrinne segera meninggalkan perkarangan tempat letak kereta.

Swimming Department

"Bell ada nampak Dahlia tak?" Soal Mirul tercari-cari partner-nya.

Bella menggeleng.

"Ish mana la budak ni pergi. Lusa dah competition" bebel Mirul.

Tanpa disedari seseorang menghampirinya lalu meletakkan tuala di atas bangku di sebelahnya.

"Kau membebel apa hah?" Soal suara itu.

Mirul mengangkat wajahnya.

"Hah hidup pun. Ingat ponteng?" Kata Mirul.

Dahlia menjeling Mirul.

"Ikutkan hati memang pun aku nak ponteng. Bernanah mata aku hadap kau" balas Dahlia lalu membaling tuala tepat ke muka Mirul.

Kemudian, dia segera mengangkat kaki.

Manakala Mirul mengetap giginya.

"Tak apa kau Dahlia. Hari ni hari kau. Kau tunggu la esok" gumam Mirul perlahan lalu membasahkan badannya sebelum memulakan latihan.

"Kita akan mulakan dengan team 1" jerit headcoach.

Atlet perempuan kumpulan satu segera mengambil tempat mereka di papan permulaan.

Dahlia juga tidak terkecuali.

"Set. Go"

Jam digital itu mula bergerak.

"Dahlia 13.05 saat" kata junior yang menjaga barisan Dahlia.

Dahlia menghembuskan nafasnya.

"Not bad"

Dahlia segera berpaling lalu merenung tajam Mirul.

"Diam la bising" marah Dahlia.

Latihan diteruskan seperti biasa kerana dua hari lagi mereka akan bertanding.

Field & Track Department

Hanna menarik lengan Aryana.

"Kau apahal?" Soal Aryana.

Haykal berpaling sewaktu mendengar suara itu. Dia melihat Hanna dan Aryana dari jauh.

"Aku tak tahu tujuan kau cakap macam tu semalam. Tapi yang pasti Haykal tu milik aku" kata Hanna.

"Kau terdesak sangat kenapa? Aku dah kata aku tak ada kena mengena dengan dia" balas Aryana.

"Yes memang aku terdesak. Puas hati kau?" Ujar Hanna dan berlalu pergi.

Aryana menyelak rambutnya ke belakang lalu melepaskan api kemarahannya.

'Gila'

"Ary your turn" jerit Najmi.

Aryana menghempas board yang dipegangnya dan terus berjalan ke arah garisan permulaan.

Haykal hanya berdiri di tepi trek.

Hanna menjeling Aryana yang berada di sebelahnya.

Senyuman penuh bermaknanya ditayangkan. Seolah-olah dia merancang sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh semua orang.

"Ready"

"Set"

"Go"

Wisel ditiup oleh Najmi.

Sebaik sahaja tiba di tepi selekoh, Hanna dengan tidak sengaja melanggar badan Aryana sehingga gadis itu terjatuh.

Aryana jatuh terbaring akibat kesakitan yang mula dirasai di bahagian buku lalinya.

Atlet lain mula menghampiri Aryana yang sedang menahan kesakitannya.

"Ary are you okay? Ary" soal Najmi.

"Ambil ice pack cepat" arah Haykal lalu menanggalkan kasut serta stokin Aryana.

Bahagian buku lalinya sudah berwarna keunguan.

"Ops sorry tak sengaja. Aku salah lorong" kata Hanna.

Aryana mengetap giginya.

"Tak boleh jadi ni. Kal bawa dia pergi Medic Office" kata Najmi sebaik sahaja dia melihat keadaan kaki Aryana.

Hanna terkejut.

"What tu terseliuh biasa je. Letak ice pack elok la" bangkangnya.

"Eh kau diam boleh tak" tengking Najmi.

Haykal terus mengangkat Aryana gaya bridal style.

"Hal ni belum selesai lagi" katanya kepada Hanna.

Haykal segera membawa Aryana ke sickbay.

Hanna mula menunjukkan tanda protes.

"Kau nak pergi mana? Tunggu sini" ujar Najmi.

Hanna berpeluk tubuh.

Aryana cuba menahan sakit di bahagian kakinya.

"Teruk ni Ary" kata Doctor Qamilia.

Aryana menggigit bibirnya.

"Kita buat X-ray dulu" katanya.

10 minutes later

Qamilia melihat keputusan X-ray Aryana sementara seorang jururawat membalut kaki Aryana.

"Kecederaan awak terlalu teruk Aryana. Mungkin awak terpaksa rehat untuk 2 bulan akan datang"

"Apa?" Soal Aryana terkejut.

"Tapi competition saya next week" sambungnya.

Haykal yang mendengar juga terkejut.

"Maaf Aryana. Sama ada awak berehat atau awak terpaksa berhenti. Saya akan hantar laporan kesihatan awak ke hospital untuk rawatan susulan" ujar Doctor Qamilia.

"Haykal tolong bantu Aryana"

Haykal menunduk sewaktu Doctor Qamilia meninggalkan mereka.

Aryana menahan air matanya.

'Tak guna sekali lagi kau hancurkan segala-galanya. Kau tunggu Hanna Halyana. Aku akan ambil semuanya daripada kau'

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro