73

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                      PERLAHAN-LAHAN kelopak mataku terbuka. Silau cahaya matahari dari luar menembusi masuk ke dalam bilik. Kening berkerut sedikit. Sudah pagi? Mata terus mencelik, luas.  Mengapa aku rasa seperti terlupa tentang sesuatu? Semalam, pukul berapa agaknya aku tidur? Aku mula tertanya-tanya. Hairan.

Baru sahaja hendak bangun dari pembaringan, tiba-tiba aku rasa ada ada
sesuatu yang menahan. Dan disaat kepala menunduk melihat ke tubuh, rupa-rupanya tangan Brayan yang sedang erat memeluk serupa tidak mahu aku jauh daripadanya.

Sekali lagi keningku berkerut tatkala melihat luka di belakang tangannya. Nampak macam masih baru.

"Ini bukan luka masa di majlis haritu..." gumamku seorang diri. Perlahan aku mengangkat jari ingin menyentuh luka itu. Mahu merasainya sendiri. 

"Kau dah bangun?"

Sekonyong-konyong, aku disergah. Kelam kabut aku melarikan tangan dan memandang ke muka Brayan. Tangan yang sedang memeluk tadi perlahan ditariknya. Dia membuka mata. Lantas bangun membetulkan posisi kepada duduk bersandar di kepala katil. Rambut sedikit serabai. Mukanya juga nampak penat.

Dia menoleh memandang aku yang berada disisinya. Kaku.

"Kenapa tak kejutkan aku?" Soal Brayan.

"Saya pun baru aje bangun." balasku. Dia mengangguk perlahan tanda faham. Sekilas dia menoleh ke arah meja ditepi katil. Telefon canggih yang berada disitu dicapai. Ingin memeriksa notifikasi penting yang masuk jika ada.

Sedangkan aku masih fokus merenung kesan luka di belakang tangannya. Walaupun dia nampak tenang seperti tiada apa-apa berlaku, namun aku tahu luka itu sangat pedih dan menyakitkan. Tetapi aku lebih tertanya-tanya bagaimana luka itu boleh muncul?

"Nayra..."

Aku sedikit tersentak saat nama diseru. Terus aku melangut kepala memandangnya yang sudah meletakkan telefon ke tepi.

"Hari ni ada VVIP yang buat lawatan ke museum. Aku kena ada sekali dekat sana. Untuk beri sedikit penerangan. Kau nak ikut?"

Aku menggeleng. "Saya rasa tak berapa nak laratlah. Boleh tak kalau saya nak duduk di rumah aje?"

"Tiada siapa dekat rumah ni yang boleh teman kau."

"Madamkan ada?"

"Dia ambil cuti hari ini."

"Oh..." aku kematian kata. Cuti? Pertama kali dalam sejarah aku dengar Puan Nora Elena ambil cuti. Agaknya ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Tetapi jika tiada siapa yang boleh menemani aku dirumah, sudah tentu Brayan tidak benarkan aku duduk seorang diri.

"Macam mana kalau Doktor Maira? Saya boleh minta dia teman saya sambil belajar jalan kalau awak benarkan dia masuk dalam rumah." Cadangku.

"Tapi aku mungkin balik lewat. Temu janji kau dengan dia cuma 2 jam."

Aku terdiam lagi. Betul juga. Selepas dua jam, sudah tentu Doktor Maira akan balik dan tinggalkan aku seorang diri. Habis macam mana ya? Ada lagi ke orang lain yang boleh menemani aku? Rasanya sudah tiada.

Aku mengeluh berat. Tidak mahu tidak, kena ikut samalah jawabnya.

"Tapi mungkin aku boleh bayar dia lebih untuk stay di sini dengan kau?" Brayan mencelah. Kasihan agaknya apabila melihat aku yang tidak larat mengikutinya ke muzium. Lantas dia kembali mencapai telefon canggih di atas meja. Jari-jari mula menaip seolah-olah sedang menghantar mesej kepada seseorang.

Sepasang keningku terangkat ke atas. Biar betul?

"Awak nak bayar dia lebih?"

Bayan mengangguk kepala.

"Hari ini sahaja. Jadi tak mengapa." Balasnya, tenang.

"Mahallah kalau awak bayar Doktor Maira untuk duduk dengan saya di sini. Untuk dua jam pun dah berapa ribu awak habiskan..."

"Aku tiada masalah dengan duit." Potongnya.

Aku terdiam sejenak. Matanya beralih melihat tepat ke mataku. Merenung dalam-dalam.

"Masalah aku cuma akan muncul kalau ada apa-apa terjadi kepada kau. Lebih baik ada orang yang teman daripada tak ada. Dan aku izinkan Doktor Maira masuk ke dalam rumah ni. Dengan syarat..." Dia jeda setakat itu.

Sedangkan aku masih lagi menanti. Apa syaratnya?

"Cuma bahagian dapur, bilik air dan ruang tamu yang dia boleh jejak. Selain daripada itu aku tak benarkan. Dan... dia tak boleh bawa kau keluar daripada kawasan ni selagi tak minta izin daripada aku."

Terangguk-angguk kepalaku mendengar. Peka.

"Dan kau pun ada syaratnya..."

"Apa dia?"

"Jangan buat perkara macam semalam. Cuba untuk pergi ke bilik bawah tanah." Pesan Brayan.

Lambat-lambat aku mengangguk kepala. Dia masih ingat tentang hal itu rupanya. Ingatkan sudah lupa. Risau sungguh Brayan apabila aku cuba untuk ke sana. Agaknya kenapa? 'Ah! Jangan nak fikir macam-macam Nayra! Cukup baik dia benarkan kau tinggal di rumah daripada memaksa ikut dia ke muzium.'

"Promise?" dia menjongket sebelah keningnya memandangku. Meminta aku untuk berjanji.

"Promise."

Dia tersenyum kecil. Lantas kepalaku pun digosok-gosoknya. Manja.

"Thank you. Aku nak kena bersiap sekarang. Dah lambat." Katanya lalu bingkas turun daripada katil. Kain tuala dicapai seraya dia berlalu masuk ke dalam bilik air untuk menyucikan diri.














MELIHAT kereta Bezza masuk ke dalam perkarangan rumah, terus aku bangkit dari kerusi yang berada di beranda rumah. Teruja. Akhirnya, Doktor Maira dah sampai!

"Sorry, I'm late." Rayu Doktor Maira sebaik sahaja keluar daripada perut kereta. Dia melangkah menuju ke arahku. Kacamata hitam yang dipakai dibuka lalu disangkut pada kot yang dipakai.

"Mana Tuan Brayan?" Soalnya. Anak mata turut melilau mencari kelibat Tuan Brayan.

Tepat pada masanya, Brayan keluar dari pintu utama. Siap memakai pakaian ahli korporat dari atas sampai ke bawah. Dia melangkah mendekati kami berdua. Berdiri rapat disebelahku.

Doktor Maira tersenyum lebar. Kacak sungguh penampilan lelaki itu di matanya. Malang sekali suami orang. Cepat-cepat dia menepis segala hasutan jahat di kepala.

"Pukul berapa Tuan Brayan akan balik?" Soal Doktor Maira.

Brayan tunduk memandang jam ditangan sebentar. Dia menjongket bahu.

"Entah. Tapi selagi aku tak balik, jangan biarkan Nayra berseorangan di rumah. Aku akan cuba untuk pulang awal." Pesan Brayan. Doktor Maira sekadar mengangguk kepala. Menurut arahan.

Pin! Pin!

Hon kereta mula kedengaran tanda Pak Mat sudahpun menghidupkan enjin. Sedia untuk bertolak ke muzium. Semerta mengalihkan perhatian Brayan kearahnya. Dia mengangguk perlahan.

"I have to go now." katanya. Lantas, dia memusing tubuh menghadapku. Wajahku ditatapnya sebelum satu kucupan ringan singgah ke dahi. Sekejap sahaja. Aku terpempan sejenak.

"Jaga diri. Aku janji aku akan balik secepat yang boleh." Pesannya kepadaku. Tanpa menunggu lama, dia pun melangkah menuju ke kereta.

Aku hanya melambai tangan saat dia menoleh melihatku dari dalam kereta. Dahiku sedikit berlapis tatkala menyedari reaksi mukanya yang begitu jelas kerisauan. Entah apa yang dia risaukan pun tak pasti. Kemudian, pacuan empat roda itu pun bergerak meninggalkan halaman rumah ini. Aku hanya memerhati sehingga bayangan kereta itu hilang melepasi pintu gerbang.

"So? Kita nak buat apa sekarang?" Soal Doktor Maira setelah lama mereka berdiam diri. Kami saling berpandangan. Memikirkan aktiviti yang hendak dilakukan.

"Berlatih macam biasa?" Aku cuba memberi cadangan.

Namun bibir Doktor Maira mencebik seolah-olah tidak menarik baginya. Dia menggeleng kepala sambil memeluk tubuh.

"Takkan kita nak berlatih sepanjang masa? Lagipun, saya tengok kaki awak dah makin baik. Hmm..." anak matanya beralih ke arah pintu utama yang terbuka luas.

"Boleh saya masuk ke dalam rumah? Panas pula dekat luar ni."

"Boleh." Aku memberi keizinan. Dia tersenyum teruja. Lantas, Doktor Maira pun melangkah masuk ke dalam rumah itu. Manakala aku hanya mengekor dari belakang. Melopong mulutnya saat menyaksikan ruang yang begitu luas dan besar. Sama seperti reaksiku sewaktu pertama kali tiba di rumah Tuan Brayan dahulu. Kagum dan terpukau.

"Patutlah dia tak benarkan orang luar masuk ke dalam. Banyak barang antik juga dalam rumah ni." Ujar Doktor Maira sambil dia berjalan ke arah hiasan antik yang tersusun kemas di ruang tamu. Sekejap kepalanya mendongak memandang ke setiap tingkat yang ada.

"Wah! Banyak tingkat betul! Kalau ada scene berlari daripada hantu pasti tak keruan jadinya!" Komen Doktor Maira. Dia mencekak pinggang.

Aku sekadar tersengih. Kekok. Kalaulah Doktor Maira tahu aku pernah berada dalam 'scene' yang dikatakan itu pasti dia pun tidak berani jejakkan kaki ke rumah ini. Bezanya, aku bukan dikejar oleh hantu tetapi Brayan sendiri. Terus meremang bulu romaku saat teringat kembali kejadian menakutkan itu. Muka bengis Brayan pada masa itu masih lagi segar di ingatan.

Harap-harap ia tidak akan berlaku lagi. Aku sudah serik!

"Untung awak Nayra dapat suami yang kaya seperti Tuan Brayan. Sudahlah penyayang, romantik... kacak dan ada segala-galanya pulak tu. Kadang-kadang saya pun cemburu lihat cara dia jaga awak. Setiap hari tak pernah miss satu kiss. Setiap hari dia akan tatap muka awak sebelum bertolak ke tempat kerja. Tak cukup dengan itu, dia upah pembantu jagakan awak. Seolah-olah..." Doktor Maira memusing tubuh memandangku yang tercegat di tepi sofa.

"Dia takut akan kehilangan awak." sambungnya dan tersengih nampak gigi.

Aku hanya tersenyum mendengar pujiannya. Hendak sahaja aku tambah lagi satu perkataan iaitu 'misteri'. Walaupun Brayan nampak hampir sempurna dimata manusia yang lain, tetap ada satu misteri yang dia cuba selindungkan.

"Oh!" Keningnya spontan terangkat apabila melihat galeri yang berada berdekatan ruang tamu. Laju langkah menuju ke situ. Aku juga turut bergerak ke sana. Banyak lukisan Brayan yang ditampal di situ. Lukisan yang sangat-sangat sukar untuk orang tidak berseni sepertiku untuk memahaminya. Contengan dari kayu pensil yang begitu serabut.

"Lukisan macam ni... selalunya orang depression yang hasilkan." komen Doktor Maira.

"Saya pernah melawat ke hospital sakit jiwa. Manusia yang mengalami tekanan jiwa seperti mereka pasti akan meluahkan sesuatu menggunakan seni. Ada sebahagian mereka suka melukis, ada yang suka mendengar muzik, ada juga yang suka mencipta sesuatu. Tapi lihat dari lukisan ni... I think... dia meluah dengan semua cara."

"Doktor Maira boleh baca ke maksud lukisan-lukisan tu?" Soalku, agak tertarik mendengar cerita dari wanita itu.

Dia mengangguk kepala. "Boleh. Tapi tidaklah berapa arif sangat. Macam lukisan yang ini!" Dia menunding jari ke arah satu lukisan yang menggambarkan dua orang lelaki dan seorang perempuan ditengahnya. Mereka berdua sedang berpegangan tangan. Tetapi yang satu lagi diconteng mukanya dengan pen merah. Manakala satu lagi lelaki tenang bahagia bersama wanitanya dan ada bayangan hitam di belakang si lelaki tersebut. Mungkin kesan daripada geseran tangan yang cuba untuk dihapuskan.

"Nampak macam mereka sedang berebut sesuatu." Komen Doktor Maira.

Keningku berkerut.

"Berebut?"

Dia angguk kepala.

"Ya. Tapi bukan berebut dengan manusia."

"Habis?"

"Dengan bayangan sendiri."jawabnya. Aku terdiam tak berkata apa-apa. Adakah maksud wanita itu, Brayan sedang rebutkan aku dari Aryan iaitu personalitinya sendiri.

"Wait." Doktor Maira bergerak sedikit lebih dekat. Ingin melihat dengan lebih jelas apa yang dia nampak sebentar tadi. Dimana ada lingkaran pada wanita ditengahnya yang cuba dihapuskan dengan menggunakan tangan.  Seolah-olah wanita itu sedang berada di dalam kotak kaca. Otak cuba memproses maksudnya.

"Dia nak simpan perempuan tu..." gumam Doktor Maira.

"Apa?" Keningku berkerut. Kurang jelas mendengar.

"Tiada apa. Mungkin dia nak padam yang  lingkaran tu. Err... tiada benda lain ke yang kita boleh buat dekat sini? Saya bosanlah." Ujarnya cepat-cepat dia mengubah topik perbualan. Kemudian Doktor Maira memusing menghadapku menantikan cadangan.

"Saya tak tahulah..."

"Apa kata kita keluar jalan-jalan?"

"Tapi suami saya tak benarkan kalau tak minta izin dia terlebih dahulu." Rungutku.

Dia mengeluh kecil. "Sekejap aje. Bukannya dia tahu pun. Diakan sedang sibuk?"

Aku tetap geleng kepala. Tak berani untuk mengingkar janji kepada Brayan malam semalam. Kalau dia tahu aku keluar senyap-senyap, tentu dia akan mengamuk sekali lagi.

"Alahai... kejaplah. Saya chat dia." Dia pantas mengeluarkan telefon canggih dari kocek seluar. Aplikasi mesej dibuka ingin menghantar mesej. Namun, saat anak matanya beralih melihat simbol data yang sudah kehabisan, dia mendecik kecil. Sekejap, Doktor Maira mendongak memandangku kemudian menunduk melihat ke skrin semula. Dia benar-benar mahu keluar jalan-jalan di luar tetapi jika Nayra tidak bersetuju dia pun harus kekal di rumah.

Bagaimana ya?

"Saya dah hantar mesej. Tuan Brayan benarkan." bohong Doktor Maira. Cepat-cepat dia menyimpan telefon canggihnya sebelum aku meminta bukti untuk melihat mesej mereka.

Sepasang keningku terjongket ke atas. Terkejut. Cepat betul Brayan balas?

"Ya ke? Cepatnya..."

"Tak payah fikir-fikirkan sangat. Jom, kita keluar sekarang!"

Tak sempat aku hendak membuka mulut, dia terlebih dahulu menarik tanganku mengikutnya keluar dari rumah. Pintu utama ditutup. Dia terus menolakku masuk ke dalam kereta Bezza miliknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro