75

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

          “JANGAN dekat!" Brayan memberi amaran. Bibirnya terketap-ketap, kuat. Tajam anak matanya menikam ke arah Puan Emelda yang cuba mendekatinya. Langkah orang tua itu terus berhenti. Pandangannya masih sama. Penuh sayu bercampur kesal saat merenung mata lelaki di hadapannya.

Aku masih tercegat dengan muka bingung. Wajah Brayan dan pengemis tadi dipandang silih berganti. Aku tak pasti apa yang berlaku diantara mereka berdua, namun jelas dimata Brayan hanya menunjukkan kebencian yang amat.

"Ayan..." Terketar-ketar tangannya cuba menyentuh wajah Brayan. Malang sekali Brayan menepis.

"Jangan sentuh aku! Pergi daripada sini... jangan tunjuk muka kau dihadapan aku lagi. Pergi!" Halaunya. Ditolak tubuh orang tua itu. Kasar. Membuatkan pengemis tadi terinjak sehingga beberapa tapak ke belakang. Mujur sahaja dia sempat mengimbangi diri daripada jatuh menyembah ke bumi.

"Kau masih nak tercegat di sini? Fine! Ikut suka hati kaulah!"

Brayan mengetap bibir. Anak mata menjeling penuh meluat. Malas dia hendak pandang muka orang tua itu lagi. Lantas, Brayan memusing menghadap aku pula. Kedua-dua belah tangannya menggenggam bahuku, ditarik menoleh kearahnya. Buat beberapa minit, anak matanya melilau ke seluruh tubuhku mencari kesan lebam atau luka jika ada.

Dia mendengus kecil. Ada lebam pada pergelangan tanganku ketika dia menyelak lengan baju itu ke atas. Kini anak mata naik merenung garang ke dalam mataku.  Aku telan air liur. Muka Brayan masih lagi merah padam.

"Kita balik sekarang." Arahnya dengan nada suara tegas tetapi mendatar. Sebelah tanganku terus digenggam lalu ditarik mengikut langkahnya menuju ke kereta.

"Nayra awak nak ke mana? Siapa lelaki tu?" Soal Doktor Maira yang baru kembali. Dia memandang figura Nayra dan lelaki berbaju kemeja yang sedang membelakanginya.

Brayan memberhentikan langkah. Begitu juga denganku. Satu hembusan nafas dilepaskan. Kasar. Lantas, Brayan pun memusingkan badan ke belakang.

Terbeliak biji mata Doktor Maira ketika melihat wajah lelaki itu.

"Tu... tuan Brayan?" Lekas dia menunduk kepala ke bawah. Tidak berani untuk bertentangan mata. Sedar akan salahnya sendiri. Tetapi, bagaimana Tuan Brayan boleh tahu dia membawa Nayra keluar? Ah! Itu bukan persoalannya yang patut dijawab sekarang!

"Kau!" Jari Ditunding ke arah Doktor Maira. Lambat-lambat wanita itu mengangkat kepala memandang muka tegang Brayan.

"Jumpa aku dekat pejabat nanti!" arah Brayan. Keras. Seraya tanganku ditarik semula menuju ke kereta. Membiarkan Doktor Maira terpinga-pinga seorang diri. Malah kaki juga terasa seolah-olah tak mampu bergerak dari tempatnya. Tidak lain tidak bukan, dia akan dimarahi Brayan di sana nanti! Bawah bibir digigitnya. Baru sekarang dia rasa menyesal.












                         TALI pinggang keledarku genggam sekuat mungkin. Bibir diketap. Mata dipejam merasakan kelajuan kereta yang dipandu Brayan saat ini. Laju. Sungguh laju. Jelas lelaki itu sedang melepaskan segala amarahnya dengan menekan pedal minyak sekuat hati. Aku hendak membuka suara pun tidak berani. Mood Brayan mungkin masih belum elok.

Bila dia rasa panas dan tidak selesa, lengan baju kemeja itu diselaknya sampai ke lengan. Dia tetap memandu seperti biasa. Pandangannya hanya fokus ke hadapan.

Aku tergamam tatkala melihat kesan lebam pada lengannya yang begitu Banyak. Pasti ianya pedih dan menyakitkan! Aku yang satu inipun sudah berdenyut-denyut rasanya. Apatah lagi seperti Brayan?

"Dia ada bagi kau makan tak?" Setelah lama mendiamkan diri. Akhirnya Brayan melontarkan suara. Tegas.

Perlahan aku menggeleng kepala.

"Tak. Tapi mungkin dia beli donat tadi  sebab nak beri saya makan dalam kereta tapi... tak sempat?" ujarku. Sekadar ingin menyedapkan hati Brayan. Tidak mahu dia lagi mengamuk.

Anak mata mengerling sekilas kearah tangannya yang menggenggam stereng kereta. Makin mencengkam lebih kuat sehingga menampakkan urat-urat di belakang tangannya. Cukup membuatkan aku faham, bahawa kata-kata aku tadi langsung tidak menyenangkan hati si dia.

"Macam mana dengan kaki kau? Ada rasa sakit? Lenguh? Kebas?" Dia menyoal lagi. Kali ini nada suaranya kedengaran kerisauan.

Aku geleng juga.

"Tak ada." ringkas aku menjawab. Kepalanya kelihatan terangguk-angguk sedikit.

"Kita singgah makan sekejap. Selepas itu ke muzium. Aku kena jumpa Teo untuk batalkan perbincangan dengan VVIP tadi. Sepatutnya pukul 4 nanti, tapi aku rasa tak sempat." Ujar Brayan, terus tangannya memusingkan stereng membelok ke kanan. Laluan yang sepatutnya membelok ke kiri untuk ke muzium kini bertukar arah untuk mencari restoran terdekat.

Aku sudah terkulat-kulat melihat ke belakang. Timbul rasa serba-salah apabila Brayan terpaksa membatalkan kerjanya gara-gara aku seorang.

"Tak perlulah sampai macam itu. Saya tak lapar mana pun. Dan saya boleh aje tunggu awak sampai habis perbincangan dekat sana. Lepas dah habis tu, kita pergilah makan?" Aku cuba memberi cadangan lain. Yang mungkin lebih bernas? Namun, dia menggeleng kepala tidak setuju. Dalam keadaan tubuhnha yang penuh lebam, dia rasa tidak sesuai untuk melakukan perjumpaan.

Kepala Brayan menjenguk sedikit apabila melihat papan tanda restoran di hadapan sana.

"Dekat depan sana nampak macam ada restoran. Kita singgah situ ya?" Ajak Brayan.

"Saya ikut aje."

Brayan mengangguk. Lantas, dia membelok menuju ke arah restoran yang berada tidak jauh daripada situ. Buat beberapa minit, dia mencari parkir yang berdekatan. Tidak mahu aku berjalan terlalu jauh. Selesai memarkir kereta, enjin pun dimatikan. Seraya Brayan melangkah keluar dari perut kereta menuju ke arah pintu disebelahku.

Dia membuka dari luar. Tangan tangan dihulur meminta aku untuk menyambutnya.

"Terima kasih." Ucapku sebelum tangannya digenggam lalu melangkah keluar dari perut kereta. Kami sama-sama berjalan menuju masuk ke dalam restoran itu. Ada banyak meja kosong, tetapi Brayan lebih memilih tempat paling hujung.

Dia menarik kerusi untukku.

"Duduk." Arahnya. Tanpa banyak soal, aku terus duduk. Dia mengambil tempat di sisiku. Buku menu yang sudah tersedia ada di setiap meja dicapai. Dia melihat terlebih dahulu.

"All here is western. So how about this?" Soal Brayan, menunjuk menu pilihannya kepadaku. Spageti carbonara. Kali ini aku menggeleng tidak berapa suka. Rasa muak pula apabila makan spageti pada waktu begini.

"Saya tak terasa nak makan spaghetti kali ni."

"Really? Hmm..." Dia tunduk melihat menu sekali lagi. Mencari makanan lain.

"Steak?" Dia mencadang lagi.

Aku diam memikirkan sebentar. Tiba-tiba teringatkan daging steak yang dimasak oleh Brayan dahulu. Semerta membuatkan lidahku rasa terliur terngiang-ngiangkan rasa special itu. Lagipun, agak lama juga aku tak makan steak. Lantas, kepala diangguk-angguk tanda setuju.

"Okay, sekejap aku order untuk kau. Waiter!"

Tidak sampai beberapa saat, pekerja restoran itu datang ke meja. Segera Brayan memesan makanan dan minuman untukku. Selesai. Pekerja tadi berlalu ingin pergi menghantar pesanan.

"Wait!" Brayan menghalang. Langkah pekerja tadi berhenti. Dia memusing memandang Brayan.

"Sorry if you don't mind... suhu aircond tu boleh turunkan sedikit? Kaki isteri saya tak boleh kena sejuk sangat. Nanti akan kebas." Bisik Brayan, sambil menunjuk ke arah penghawa dingin yang berdekatan dengan meja kami. Pekerja tadi mengangguk kepala tanda boleh. Lantas, dia bergerak mencapai alat kawalan jauh yang mengawal suhu aircond. Dinaikkan suhu yang pada awalnya 23 darjah celcius kepada 25. Kemudian dia melangkah masuk ke bahagian dapur.

Sesekali Brayan menghembuskan nafas. Menu ditangan diletakkan semula ke atas meja. Kini dia memeluk tubuh, bersandar pada kerusi menunggu pesanan tadi tiba.

Aku toleh melihat mukanya. Mood angin Brayan nampak macam dah kurang sedikit. Bolehlah aku membuka topik tentang Doktor Maira tadi. Aku berdehem sebentar membetulkan suara ditekak.

"Err... saya nak minta maaf tentang tadi. Sebab keluar dari rumah. Saya ingatkan dia dah minta kebenaran awak rupa-rupanya..."

"Tak mengapa. Aku tak salahkan kau." Cantas Brayan. Aku terdiam. Dia turut menoleh memandang mukaku.

"Lagipun aku memang dah agak dia akan bawa kau keluar. Tiada siapa yang sudi duduk dalam rumah tu berjam-jam selain Puan Nora seorang aje. Walaupun aku dah bayar dia dua kali ganda untuk teman kau. Malangnya tak boleh diharap!" Bebel Brayan penuh geram. Bila teringatkan semula, rasa nak dijerkah sahaja kuat-kuat ke muka Doktor Maira yang sesuka hati membawa Nayra keluar dari rumah. Bukannya doktor itu tidak tahu, kaki Nayra belum cukup kuat untuk berjalan jauh-jauh. Kalau sakit, dia juga yang akan susah.

"Madam ada bagitahu awak ke bila dia akan bekerja semula?" Soalku. Baru sehari tidak berjumpa dengan Puan Nora Elena, aku sudah mula tertanya-tanya bila dia akan kembali.

Brayan sekadar menjongket bahu.

"Entah. Aku dah hubungi dia banyak kali tapi dia tak jawab. Mungkin lama lagi?" Ujar Brayan. Membuat andaian sendiri.

Terangguk-angguk kepalaku mendengar. Kini, fikiranku tiba-tiba teringatkan tentang pengemis di gerai donat tadi apabila melihat kesan lebam di pergelangan tangan Brayan. Bermacam-macam soalan bermain kepalaku. Mengapa dia tiba-tiba sahaja meracau? Kemudian bertindak membaling batu? Dan selepas itu bertukar sedih pula?

Pelik. Tetapi aku tahu, hanya Brayan sahaja yang punya jawapannya.

"Pasal pengemis tadi..." belum sempat aku menghabiskan ayat, makanan yang dipesan sudah pun tiba di meja. Baru sahaja aku ingin tanya sama ada benar atau tidak pengemis tadi ialah Puan Emelda atau bukan? Tetapi Brayan nampak lebih tertarik dengan sizzling steak yang berada di hadapan mata. Lalu aku lupakan sahaja.

"Panas ni. Biar aku tolong potongkan." katanya. Lantas, dia memotong daging steak itu menjadi bahagian lebih kecil. Dicucuk satu daging yang telah dipotong menggunakan garfu. Brayan meniup terlebih dahulu sebelum disua kearah mulutku.

Tanpa membiarkan lama, aku pun menggigitnya. Dikunyah-kunyah perlahan cuba untuk mengamati kesedapan. Lama-kelamaan mukaku berkerut.

"Kenapa? Tak sedap ke?" Soal Brayan apabila melihat reaksiku berubah. Dia mencucuk satu lagi daging lalu disuap ke dalam mulutnya pula. Ingin rasa.

"Sedap aje. Tiada yang pelik." komen Brayan.

"Ada. Rasa dagingnya tak sama dengan yang awak buat dekat saya dahulu." Aku bersuara.

Tangannya yang sedang memotong itu terus berhenti. Dia kaku tak bergerak. Mata turut tidak berkelip. Seolah-olah bicaraku tadi bagaikan petir yang tiba-tiba datang menyambar.

"Saya ingatkan rasa dia akan sama. Sebab itu saya pilih steak. Tiba-tiba rindu rasa special daging itu sendiri." Ujarku.

Sekonyong-konyong, Brayan tersenyum sedikit sinis.

"Kau teringin nak makan daging tu lagi?" Dia menyoal. Lantas, menoleh memandang aku disisinya.

Aku mengangguk kepala. "Ya. Tapi saya tahu daging tu mahal. Jadi saya tak nak paksa awak beli."

"Bukannya mahal mana pun. Tapi lebih kepada susah untuk dapatkan dekat sini? Tapi tak mengapa, untuk kau... nanti aku cari. Yang lebih sedap daripada yang dahulu punya." Ujarnya.

Bersinar mataku mendengar. Tetapi dalam masa yang sama turut rasa bahawa aku telah menyusahkan kerjanya.

"Tapi tak susahkan awak ke?"

Dia menggeleng kepala. Sebelah tangannya naik mengusap wajahku dengan lembut. Mataku ditenung dalam-dalam. Ada segaris senyuman dibibirnya..

"Kau tak pernah susahkan aku. Aku akan cari nanti. Tapi, kau kena habiskan steak ini dahulu baru aku boleh tunaikan permintaan kau. "
















Berkemungkinan tinggal lagi 5 atau 7 bab lagi. Fighting!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro