Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SIAP menyapu lantai, aku kutip kain cadar di setiap bilik untuk dibasuh. Masa aku tepuk cadar tadi, memang banyak habuk berterbangan. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Agaknya berapa lama Tuan Brayan tak balik ke rumah ya sampai rumah dia hampir dipenuhi habuk dan usang? Aku melangkah turun ke tingkat satu dengan membawa bakul berisi cadar kotor itu menuju ke bilik dobi.

Ada enam mesin basuh automatik, aku masukkan setiap cadar itu ke dalam mesin yang berbeza. Tak muat. Masukkan cecair pencuci dan tekan. Ia sudah berpusing melakukan pembersihan.

Sementara menunggu cadar katil itu siap dibasuh dan kering, aku menuju ke ruang tamu. Mengelap cermin kaca yang terbina luas di situ menghadap ke arah tasik buatan. Pasti ini tempat berehat Tuan Brayan. Dapat tenangkan diri dengan melihat kejernihan air tasik yang mendamaikan.

"Cik Nayra! Oooo... Cik Nayra!"

Aku sedikit tersentak mendengar suara Pak cik tua memanggil namaku dari pintu utama. Aku berhenti mengelap cermin. Siapa pula yang panggil aku ni?

"Sekejap!" Aku menyahut. Lantas, terus berlari anak ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas lalu ditarik. Kelihatan seorang pak cik memakai kemeja cotton berdiri di situ dengan melemparkan senyum mesra.

"Ya Pak Cik ada apa?" Soalku.

"Nama Pak Cik, Pak Mat. Tadi Puan Nora ada hubungi Pak cik suruh hantarkan Cik Nayra ke kedai." Dia memperkenalkan diri serta memberitahu tujuannya ke sini.

"Oh, Pak Mat rupanya... Haah, saya memang nak ke kedai pun. Tapi saya belum siapkan kerja lagi. Boleh Pak Mat tunggu sekejap?" Pintaku. Dia mengangguk kepala tanda boleh.

"Boleh. Pak Mat tunggu dekat luar ya?"

"Eh, tunggu dekat dalamlah. Dekat luar panas." Tegurku, prihatin. Kasihan pula jika aku biarkan pak cik tua itu menunggu di luar dengan cuaca panas. Kalau pengsan orang tua tu nanti tak ke naya dibuatnya? Siapa yang akan hantar pak cik itu ke hospital? Luthfi pun sudah tidak berkhidmat lagi di sini.

Pada mulanya aku nampak dia tersenyum-senyum apabila aku mempelawanya masuk ke dalam rumah. Kasut pun sudah separuh ditanggalkan bermakna dia sudi untuk menunggu di dalam rumah. Namun, sesaat anak matanya terkilas ke arah tingkat tiga terus reaksinya berubah takut. Kepalanya tertunduk. Sama seperti Luthfi semalam.

Aku mengerut kening. "Kenapa pak cik?" Soalku, pelik. Sesekali aku toleh ke belakang, tercari-cari apa yang Pak Cik itu lihat tadi. Tapi tiada apa-apa. Aku kembali memandang Pak Mat.

"Err... tak apalah, Pak Mat tunggu dekat luar aje."

"Eh, kenapa pula macam tu? Masuklah."

"Pak cik hampir terlupa peraturan dekat sini. Tak boleh sesuka hati masuk rumah Tuan Brayan tanpa kebenaran. Terima kasih aje lah sebab pelawa pak cik masuk. Kalau dah siap, bagitahu pak cik ya." Ujarnya kemudian tergesa-gesa melangkah dengan laju ke arah garaj kereta seolah-olah melarikan diri dari seseorang.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Tak faham dengan apa yang berlaku. Kenapa dengan pekerja-pekerja di sini? Asal tengok ke atas sahaja terus berubah takut. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Sekali lagi aku toleh ke tingkat tiga. Tetap kosong.

"Apahal ek dia jadi macam tu? Semalam Luthfi pun tiba-tiba berubah. Takkan nampak hantu Kut? Rumah ni ada penunggu ke?" Aku mula rasa seram sejuk. Anak mata melilau ke sekeliling kawasan rumah. Manalah tahu kang tiba-tiba ada jembalang bertenggek dekat atas perabot. Terus pecut langkah seribu aku nanti!

Tapi keadaan rumah ini nampak biasa sahaja. Semalam waktu aku tidur pun tak kena gangguan apa-apa. Aku jongket bahu. Entah.

"Biarlah. Baik aku siapkan cepat. Nanti kesian pakcik tu tunggu lama." Kataku pada diri sendiri. Seraya kembali menyambung kerja mengelap cermin kaca itu. Fokus. Tanpa sedar ada sepasang mata hijau tua yang memerhati tindak-tanduknya dari jauh. Dia keluar dari sebalik pintu bilik ketika menyedari Nayra kembali menyambung kerja. Kedua-dua belah tangan yang berurat itu ditongkat pada kekisi kayu. Dia tersenyum menyenget.

"You almost broke my rules, sayang."dia bersuara dengan perlahan. Serak.
















"DAH sampai. Nak Pak Cik teman kamu masuk kedai ke?" Pak Mat menyoal sebaik sahaja kereta diberhentikan di hadapan kedai runcit serbaneka. Dia menoleh ke belakang memandang Nayra.

Aku menggeleng kepala. "Tak apa, saya masuk seorang aje. Pak cik tungu sini ek."

"Baik, hati-hati ya Cik Nayra." Ucapnya.  Aku mengangguk sebelum melangkah keluar dari perut kereta dan terus menapak masuk ke dalam kedai runcit serbaneka itu. Sepasang mata melilau ke sekeliling kedai, tercari-cari di bahagian mana ubat nyamuk itu diletakkan. Malangnya, tempat ini terlalu luas. Aku tak mampu mengimbas semua tempat. Kemudian anak mata terhala ke arah seorang staf wanita yang sedang menyusun tin susu. Lantas, aku menuju ke arahnya untuk bertanya.

"Maaf, dik. Saya cari ubat nyamuk. Ada dekat bahagian mana ek?" Aku menegurnya dengan mesra. Dia yang sedang menyusun tin susu terus beralih pandangan ke arahku.

"Ubat nyamuk? Ada dekat bahagian belakang tu. Akak terus aje selepas tu belok ke kiri. Dekat dengan bahagian racun serangga." Dia memberitahu dengan jelas.

"Oh, okay. Terima kasih ya." Senyuman mesra aku hadiahkan kepadanya sebelum kembali mengatur langkah. Bak kata adik itu tadik, terus dan belok ke kiri. Seraya aku pun belok ke kiri apabila terlihat bahagian racun serangga. Anak mata perhati dari bawah sampai atas. Begitu banyak sekali racun serangga yang terjual di sini. Rambang mata. Tak tahu nak pilih mana satu yang lebih bagus dan berkesan.

"Ambil aje lah yang mana-mana pun." Aku menggumam. Malas nak fikir lama-lama. Yang penting berkesan. Langsung ubat nyamuk berbentuk lingkaran yang berada di dalam kotak aku capai satu. Kemudian, aku beredar meninggalkan bahagian racun serangga ingin menuju ke kaunter. Namun, saat terlihat puding caremal yang terletak di sebelah kanan. Automatik langkahku terhenti.

Tiba-tiba rasa teringin nak makan puding caremal. Sehingga tertelan air liur. Dah lama aku tak makan. Tapi bila teringatkan peraturan Tuan Brayan yang  satu itu 'Dilarang membawa makanan luar masuk ke dalam rumah' terus niatku terbatal. Hanya mampu membelek-belek sahaja bekas puding caremal itu dengan bibir mencebik kecewa.

"Bukan rezeki aku nak makan kau wahai puding. Biasalah, bos aku tu cerewet. Tak taulah kenapa tak boleh bawa makanan luar masuk rumah. Bukannya aku nak sepahkan rumah dia." Desisku, geram. Sempat lagi mengutuk bos sendiri. Alah, bukannya dia ada dekat sini pun. Buat apa nak takut? Puan Nora Elena pun tak ada.

"I really want to eat you." Aku mencebik bibir sambil bekas puding caremal itu dilekapkan ke dada. Sungguh, aku teringin sangat nak makan. Serupa ibu mengandung pula!

"But it's not good for you." Satu suara garau itu menegur dari belakang. Aku jeling mata. Dengar suara pun aku dah cam siapa pemiliknya. Dia melangkah menghampiriku dengan lebih dekat dan berdiri di sisi. Rapat. Mataku kecilkan memandangnya. Dilihat dari atas sampai bawah berulang-ulang kali seperti tak puas hati.

Ish, suka sangat berdiri dekat dengan aku! Getus hatiku, geram. Seraya aku bergenjak selangkah ke tepi dengan mendengus.

Yan tersenyum kelat. Dia buat-buat membetulkan kaca mata sebelum kembali bersuara. "100 gram puding bersamaan dengan 145 kalori. Awak tahu macam mana nak bakar kalori tu nanti? Awak kena kayuh basikal selama 40 minit. Itu untuk yang 100 gramlah, kalau dekat tangan awak tu entahlah berapa gram. Kandungan gula pun mungkin tinggi. Baik buat sendiri dari makan makanan yang diproses dari kilang."

"Eh, suka hati sayalah nak makan apa? 145 kalori ke? Apa ke? Ini badan saya bukan badan awak."

"I just want to remaind you, Nayra. Because I care about you."

Nayra menjeling. Macamlah aku ni isteri dia sampai nak care bagai. Lantas puding caremal itu aku letak semula ke tempat asal. Hilang salera aku nak makan puding gara-gara dia seorang!

"Awak nak ke mana?" Dia menyoal saat melihat aku ingin pergi.

"Nak baliklah, ke mana lagi? And lagi satu saya nak tanya, awak ikut saya lagi ke? Kenapa saya asyik jumpa awak aje setiap kali saya keluar rumah?"

"Awak sendiri yang cakap, kalau ada rezeki kita jumpa lagi." dia kembali mengingatkan aku tentang ayat yang pernah terluah dibibirku semasa di kedai serbaneka 24 jam itu. Aku terdiam.
Rasa menyesal pula sebab cakap macam itu!

Dia tersenyum kecil.

"Finally, saya dapat rezeki tu. Kan?"

"Eh, awak tak payah nak rezeki-rezeki bagailah. Cakap aje awak intip saya!"

"Kalau saya intip pun apa salahnya? Bukan selalu saya dapat jumpa awak Nayra. Awak tak tahu macam mana susah cara saya nak bertemu dengan awak. I have to do something crazy to meet you."

Keningku berkerut. Sesuatu yang gila? Dia buat apa? Ah, malas aku nak ambil tahu. Tapi mengapa dia cakap bukan selalu dia jumpa aku? Sedangkan setiap kali aku keluar asyik bertemu sahaja dengan dia. Takkan aku jumpa orang lain pula sebelum ni?

"Awak jangan nak merepeklah, Yan. Stop intip saya atau saya report polis. Faham?"

"Police can't do anything if you do the report."

Aku menjuih bibir dengan muka tak percaya. "Kenapa pula?"

"I have more money than you." Ujarnya dengan tersenyum sinis. Terus terdiam aku apabila dia kaitkan dengan duit. Ya, jika nak dibandingkan darjat aku dengan dia ibarat langit dan bumi! Tanpa sedar undang-undang dunia sekarang pun boleh berubah hanya kerana duit.

"Awak jangan risaulah. Saya bukannya nak buat apa-apa pun dekat awak. Saya cuma nak jumpa awak. Saya tiada niat lain pun Nayra."

"Apa-apa aje lah!" Aku mendengus sebelum berlalu pergi. Namun, tangannya lebih pantas menangkap pergelangan tangan kananku. Aku tersentak. Terus menoleh memandangnya dengan muka berkerut.

"Apa ni? Jangan sentuh saya sesuka hati boleh tak?"

"Saya nak bagi ni." Dia membuka tanganku lalu meletakkan sekotak krim aloevera kecil di atas telapak tangan.

"Pakai. Sesuai untuk hilangkan kesan luka dengan cepat. Aloevera is good for skin. Tambah-tambah kesan dekat leher tu." Beritahunya. Aku lihat ada senyuman nakal di bibirnya. Dia tertawa kecil, lantas pergelangan tanganku dilepaskan sebelum dia beredar pergi dengan kepala yang tergeleng-geleng.

Aku masih lagi sesat. Tak faham dengan apa yang disampaikan. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh leherku yang bertompok merah. Tak sangka yang dia perasan kesan merah ni walaupun aku selindung dengan rambut tebalku.

"Tajamnya mata dia."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro