Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NAYRA melepaskan pandangan ke luar tingkap. Matanya ditala ke arah tasik yang ada di sebelah sana. Airnya nampak tenang mengalir tatkala dedaun kering jatuh ke atas air itu dengan perlahan-lahan. Suasana malam yang sangat sunyi dan mendamaikan. Sesekali menghadirkan rasa ketenangan kepadanya. Namun, semua itu cuma untuk sementara disaat fikirannya melayang memikirkan tentang bilik Tuan Brayan itu.

Ada apa sebenarnya di dalam bilik itu sehingga Puan Nora Elena menghalang aku sekeras-kerasnya untuk masuk. Aku cuma nak tengok. Jika tiada apa-apa, mengapa dia perlu risau jika aku ceroboh masuk.

Aku mengeluh berat. Sekilas pandangan terlempar ke arah kiri, melihat si pekebun yang sedang mengemas alat-alat berkebunnya sebelum dia pulang ke rumah. Dia juga turut menoleh ke arahku apabila dia menyedari aku sedang memerhatikannya. Lelaki tu nampak lebih tua dariku. Mungkin dalam lingkungan 27 tahun. Aku tak sempat untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja di sini.

Yang aku kenal cuma Pak Mat dengan Luthfi. Itupun Luthfi dah diberhentikan atas sebab aku sendiri tak tahu.

"Kenapa tak duduk di dalam?" Hilmi menegur.

Aku sedikit tersentak. Kepala yang tidak gatal digaru sambil menyengih. Sajalah aku nak lepak dekat luar rumah. Ambil angin.

"Saja. Angin luar sejuk." Balasku, itu sahaja jawapan yang terpacul keluar dari mulutku saat ini. Dia mengangguk kepala tanda faham.

"Jangan selalu duduk luar sangat. Tak elok. Hari pun dah nak senja, lebih baik duduk dekat dalam rumah." Kata Hilmi sambil membasuh cangkulnya yang terlekat tanah.

Aku tersenyum. Ramah juga pekerja Tuan Brayan ni.

"Kenapa? Takut saya kena gigit nyamuk ke?" Usikku.

Dia ketawa sambil kepala digelengkan berkali-kali. "Jentik-jentik pun tak ada, mana datangnya nyamuk? Saya suruh awak duduk dekat dalam rumah sebab angin malam dekat sini sejuk. Nanti terkena demam." Ujar Hilmi.

Bibirku yang daripada tadi tersenyum terus mati tatkala mendengar kata-kata Hilmi itu. Tak ada nyamuk? Keningku bertaut pelik. Hati juga turut rasa aneh. Apa maksud lelaki itu di sini tiada nyamuk? Habis bekas merah di leherku ini apa dia? Perlahan tanganku naik menyentuh leher.

"Apa maksud awak dekat sini tak ada nyamuk?" Aku beranikan diri untuk bertanya.

Hilmi menoleh ke arahku usai sahaja dia membersihkan cangkulnya. "Awak tak tahu ke Tuan Brayan tu ada OCD? Dia tak suka kawasan yang kotor. Apatah lagi kalau dia tahu ada nyamuk dekat sini. Jangan dikatakan nyamuk, lipas, tikus, dan segala serangga perosak tak ada dekat sini. Setiap tiga minggu sekali, kawasan sini akan disemburkan dengan racun serangga. Air-air takungan pun akan dibuang. Sebab itu serangga perosak tak ada peluang nak membiak. Jadi tak adalah nyamuk biarpun kawasan ni dikelilingi pokok-pokok besar." Ujar Hilmi, menceritakan tentang aktiviti pembersihan yang sering dilakukan sini.

Sedangkan Nayra hanya terdiam kaku mendengar. Tak berkelip langsung mata memandang Hilmi yang sedang bercerita. Tergamam.

"Eh, saya silap. Bukan Tuan Brayan yang ada OCD." Hilmi tersengih sambil menggaru keningnya.

Keningku berkerut. "Habis tu?"

"Tuan Aryan." Balasnya ringkas. Makin berkerut wajahku mendengar. Ada dua orangkah yang menetap di dalam rumah ini? Kenapa Puan Nora Elena langsung tidak pernah bercerita tentang seorang lagi lelaki itu.

"Tuan Aryan tu memang tegas sikit bab-bab kebersihan ni. Tapi dia baik. Kebun-kebun dekat sini, semuanya milik Tuan Aryan. Dia suka menanam. Tapi Tuan Brayan pula tak suka. Tu, tasik tu." Hilmi menunding jari ke arah tasik buatan itu. Aku turut menoleh ke arah yang ditunjukkan.

"Tasik tu milik Tuan Brayan. Dia suka duduk dekat situ. Kadang-kadang saya pun terkejut bila terserempak dengan dia, sebab dia selalu pakai hoodie warna hitam selepas itu duduk bawah cahaya lampu. Mati-mati saya ingat pencuri pecah masuk."

"Dia... pakai hoodie?" Automatik fikiranku kembali memainkan detik-detik aku terlihat lelaki yang memakai hoodie sedang berdiri di bawah cahaya lampu. Tapi Puan Nora Elena kata, itu adalah pekerja kebun di sini. Takkanlah itu...

Tuan Brayan?

"Aw... Awak pernah pakai hoodie tak sebelum ni?" Soalku, memandang ke arah Hilmi. Lelaki itu menggeleng kepala.

"Pekerja dekat sini tak dibenarkan pakai pakaian macam itu. Tuan Brayan tak suka. Kalau dia nampak, mahunya dia koyak hoodie tu."

Aku kematian kata. Jadi siapa yang pakai hoodie pada malam itu? Aku meneguk air liur. Keras. Kedua-dua belah tanganku sudah mengigil. Takut. Jantung juga tak berhenti berdegup dengan gelisah. Maknanya Tuan Brayan selama ini memang ada dalam rumah ni. Tapi mengapa Puan Nora Elena langsung tak pernah beritahu aku tentang hal ini?

Atau dia sendiri tak tahu yang Tuan Brayan sudah pulang?

"Kalau dah tak ada apa-apa, saya balik dulu ya. By the way, nama saya Hilmi." Katanya, siap memperkenalkan diri.

"Sa... Saya Nayra."

"Nayra. Sedap nama tu. Jumpa lagi Cik Nayra." Hilmi tersenyum. Lantas, dia mengangkat semua peralatan kebunnya sebelum meninggalkan kawasan perumahan Tuan Brayan itu. Sedangkan aku masih tercegat di luar rumah. Pintu utama yang masih terbuka luas aku pandang lama. Entah mengapa sekarang hatiku rasa resah sahaja untuk masuk ke dalam rumah.

Kalau nak diikutkan hati, hendak sahaja aku larikan diri sekarang. Tapi, semua barang-barang penting milikku berada di dalam bilik. Aku tak boleh tinggal macam itu sahaja.

"Elly..." tiba-tiba nama Elly terpacul dibibirku. Ya! Aku kena minta tolong Elly datang ke sini. Lantas, aku terus mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarku. Buka sahaja aplikasi WhatsApp, aku terus sent location kepadanya.

"Elly, please come here."

Selesai menghantar mesej itu kepadanya. Aku kembali simpan telefon bimbit itu ke dalam kocek seluar. Sekarang, aku harus ke bilik untuk ambil barang-barang penting. Supaya bila Elly sampai, aku boleh terus larikan diri bersama Elly.

Pantas kakiku bergerak memijak anak tangga menuju ke tingkat atas. Pintu bilikku tolak dengan laju. Benda pertama yang aku harus cari adalah dompet dan kad pengenalan milikku. Itu lebih penting sekarang. Aku berjalan menuju ke arah katil. Rasanya aku simpan dompetku di bawah bantal. Di dalam beg dompet itu sudah tersimpan kad pengenalan.

Tangan meraba-raba ke bawah bantal. Tercari-cari dimana dompet yang aku selalu simpan di situ. Keningku bertaut pelik. Mengapa rasa kosong sahaja di bawah bantal ini? Aku terus campak bantal itu ke tepi. Aku terpempan sejenak.

"Ma... Mana dompet aku?" Aku semakin gelisah. Aku yakin, aku simpan dompet aku di bawah bantal. Aku selak bantal yang satu lagi, tetap tak ada. Selimut aku campak ke lantai, manalah tahu ada di atas cadar katil. Malangnya tetap tak jumpa. Sekilas anak mataku menangkap satu note kecil yang dilekatkan pada kepala katil.

Mataku kecilkan sedikit. Note apa pula tu? Lambat-lambat aku mencapainya dan membaca setiap bait ayat yang ditulis. Tulisan cantik dan penuh kemas.

"Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you. Especially, Hilmi."

Aku semakin tak keruan. Siapa pula yang letak note ini? Sah! Dalam rumah ini bukan aku seorang sahaja. Hati aku semakin kuat mengatakan bahawa Tuan Brayan juga ada di sini. Dan disaat aku ingin membuang note itu, aku dapat menangkap ada lagi ayat yang ditulis di belakang kertas itu. Lantas, aku terus pusing note itu ke belakang.

"As a fine, I will keep your identity card with me. Now, you can't run away from me."

Aku terkejut sehingga membaling note itu ke dinding. Nafasku mula berantakan. Apatah lagi bila dapat tahu yang lelaki itu tahu tujuan aku sekarang. Iaitu ingin melarikan diri. Lebih tepat lagi, aku sedang diperhatikan.

Kepalaku terdongak ke atas. Anak mata tak henti melilau ke sekeliling siling itu. Aku pasti ada CCTV yang diletakkan di dalam bilik ini. Jantungku semakin berdegup laju.

TING! TONG! TING! TONG! TING! TONG!

Terhinjut bahuku mendengar loceng rumah yang ditekan berkali-kali dengan laju dari tingkat bawah bergema ke seluruh ruang rumah besar ini. Tak ubah seperti cerita hantu. Dimana si hantu akan mula mengejar saat ini. Aku geleng kepala. Mungkin itu Elly. Elly dah sampai untuk bawa aku pergi dari rumah misteri ini. Aku perlu lupakan tentang kad pengenalan itu yang penting sekarang adalah nyawanya!

"Elly!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro