Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       “SAYANG!" Beberapa orang yang menghalangi jalannya ditolak sedikit ke tepi. Lantas dia terus meluru ke arah Nayra. Duduk bertinggung di hadapan wanita itu. Sedar dirinya sekarang turut menjadi perhatian orang ramai, Brayan buat-buat gelisah. Kedua-dua belah tangannya naik menekup pipi Nayra dengan lembut. Nafasnya mencungap seperti baru sahaja lepas berlari beratus-ratus meter. Dahinya turut berpeluh.

"Sayang, why are you here? Kenapa lari daripada abang? Kan abang dah cakap, kita kena pergi hospital. Kenapa sayang degil sangat nak dengar cakap abang?" Nadanya tidak tinggi dan tidak juga keras tetapi tegas. Anak mata Nayra ditenungnya penuh kerisauan.

Keningku berkerut. Apa yang dia cuba lakukan ini? Dia cuba nak tipu orang awam disini dan katakan yang aku sebenarnya bersalah? Aku ketap bibir. Tangan Brayan ditepis dengan kasar.

Brayan sedikit tersentak.

"Awak jangan nak cuba tipu orang-orang dekat sini. You're a liar! I'm not your wife!!" Bentakku dengan nafas turun naik menahan amarah.

Brayan mengeluh berat sambil tangannya meraup wajah.

"Nayra... please. Jangan buat hal lagi. Nayra memang isteri, abang. Ya, abang tahu abang ada buat silap sampaikan sayang tak nak mengaku yang abang ini adalah suami Nayra tapi abang janji. Abang takkan lukakan hati isteri abang lagi. I'm promise." Rayu Brayan penuh dengan lakonan semata-mata. Sekilas anak matanya mengerling ke arah beberapa orang yang tadinya mengeluarkan telefon bimbit ingin menghubungi pihak polis dan sekarang jari-jemari mereka langsung tak bergerak menekan apa-apa nombor. Terpaku dengan lakonan hebatnya.

Malahan, ada juga yang membatalkan panggilan kecemasan itu sekelip mata. Dalam diam Brayan tersenyum menyenget. Today is not your lucky day, Nayra.

Brayan menatap wajah Nayra semula. Kedua-dua belah tangan wanita itu ditarik lalu digenggam penuh erat. Kini, wajahnya bertukar riak penuh kesal dan kecewa. Air mata sedikit demi sedikit bertakung di bawah kelopak mata. Dan tak sampai beberapa saat, ia menitis mengalir ke pipi Brayan.

Aku tergamam. Terkesima dengan lakonannya yang sangat hebat!

"Maafkan, abang Nayra. Abang tahu abang bodoh sangat kerana sia-sia isteri abang. Kesilapan abang yang buatkan Nayra jadi sakit macam ni. Tapi tolonglah... jangan lari daripada abang. Abang tak nak kehilangan Nayra. Abang terlalu cintakan isteri abang. Maafkan abang..."

"Awak yang buat saya macam ni. Jangan perbodohkan orang dekat sini. Mereka takkan percayakan awak!"

"Yes, abang mengaku. Memang salah abang! Kerana abanglah Nayra sanggup bertindak untuk bunuh diri, kan?"

Bijak Brayan memanipulasikan cerita. Dapat dia melihat reaksi orang awam yang sedang menonton ke arah mereka berubah riak terkejut. Mata-mata itu tumpu kepada Brayan seorang sahaja, seolah-olah kepercayaan mereka beralih kepada lelaki itu. Sekelip mata.

Aku sudah geleng kepala. Takkan bulat-bulat sahaja mereka mempercayai kata-kata Brayan itu? Aku mendengus. Tangan lelaki itu direntap kuat sehingga tanganku bebas daripada genggamannya.

"Tak! Dia tipu! Dia yang cuba untuk bunuh saya! Dia gila! Dia bukan suami saya tolonglah jangan percayakan dia!" Aku masih lagi cuba untuk tegakkan keadilan yang sebenar.

"Nayra, stop it! Abang tak suka bila sayang cakap yang abang ni bukan suami Nayra. Kenapa? Nayra nak semua orang ingat yang abang ni orang jahat huh? Kononnya cuba nak apa-apakan Nayra? Macam itu? Nayra nak abang masuk penjara supaya Nayra dapat lari daripada abang? And of course I would never let that happen. Semua orang dekat sini bukan budak-budaklah yang Nayra boleh perbodohkan macam itu aje. I'm your real husband!"

"Cukuplah dengan lakonan bodoh awak tu!"

Brayan mencorek senyum sinis.

"Lakonan? Sayang memang nak abang buktikan dekat semua orang yang abang ni suami Nayra huh? Kalau Nayra nak, sekarang juga abang akan buktikan dekat semua orang dekat sini yang Nayra adalah isteri abang yang sah!"

"Buktikanlah! Saya cabar! Awak langsung tak ada bukti! Kita tak pernah kahwin!"

"Here is the proof!" Brayan mengeluarkan sekeping kertas A4 yang dilipat kecil dari kocek seluarnya. Lantas lipatan kertas itu dibuka sebelum diangkat kembali ditayang kepada semua orang di situ. Terpampang jelas surat perakuan nikah.  Lagi membuatkan mereka percaya tentang apa yang Brayan katakan tadi adalah benar.

Aku kematian kata. Mulut terlopong luas. Membuntang mataku melihat kertas A4 ditangannya itu.

"Abang dah agak. Setiap kali kita gaduh. Pasti Nayra tidak akan mengaku yang abang ini adalah suami Nayra, sebab itu abang bawa surat ni siap-siap. Supaya Nayra tak boleh tipu semua orang! Apa lagi yang Nayra nak abang buktikan dekat semua orang? Semua bukti abang ada."

Aku geleng kepala berkali-kali. Tak percaya.

"Awak cetak surat tu sendirikan? Itu bukan surat rasmi!"

"Cukuplah, Nayra. Jangan tipu semua orang lagi. Abang dah minta maafkan? Please forgive me. Abang janji abang tak akan ulangi kesilapan yang sama lagi. I will be a good husband to you after this. And promises to make you the luckiest wife in the world." Manis sungguh janji yang ditaburkan. Malang sekali takkan buatkan aku termakan dengan kata-kata perangkap itu.

"Awak gila! You are not my husband! Sampai bila-bila tak akan jadi suami saya!!" Terus aku menumbuk dada bidangnya berkali-kali. Kuat. Tapi seolah-olah langsung tidak memberi kesan sakit kepada Brayan. Sikit pun Brayan tidak menepis atau melawan. Dia hanya membiarkan tangan kecil Nayra menumbuk dadanya.

"Syhh... jangan cakap bukan-bukan lagi." Brayan geleng kepala. Kedua-dua belah tangan Nayra digapainya dan digenggam dengan kuat. Ditarik tubuh wanita itu ke dalam pelukannya. Aku cuba untuk melawan, akan tetapi pelukan Brayan saat ini terlalu ketat sehingga tidak memberikan aku ruang langsung untuk bergerak.

"Calm down, sweetheart. I will make sure you forget all this. All this, Nayra... All this..." Sedang bibirnya melemparkan kata-kata manis itu. Dalam diam sebelah tangannya merayap ke pinggang mencapai picagari yang diselitkan di situ. Dengan penuh berhati-hati, perlahan-lahan jarum itu dicucuk pada paha kanan Nayra. Ditolak semua cecair ubat tidur itu sehingga tidak ada yang tertinggal biarpun sikit. Kemudian, picagari itu disorok semula.

"Kita akan bincang semula di rumah nanti." Bisik Brayan dekat dengan cuping telinga Nayra. Tak sampai beberapa minit, tubuh Nayra terasa semakin berat.  Kelopak mata perlahan-lahan tertutup dengan rapat sebelum jatuh pada pangkuan Brayan. Terlena akibat kesan ubat itu.

Brayan buat-buat panik. Ditampar pipi Nayra dengan perlahan. Konon sedang memujuk Nayra untuk kembali sedarkan diri. Orang awam disekelilingnya juga turut kelihatan cemas apabila melihat Nayra yang tiba-tiba pengsan.

"Sayang! Sayang bangun, sayang!" tubuh Nayra digoncangnya perlahan. Tetap tidak buka mata.

"Encik nak kami call ambulans ke?" soal wanita memakai blouse muslimah itu. Brayan mengangkat wajah memandang wanita itu dan menggeleng.

"It's okay. Saya boleh bawa dia ke hospital sendiri. Isteri saya memang akan pengsan kalau dia terlalu tertekan. Tapi, boleh tolong saya bukakan pintu kereta?"

"Boleh, Encik. Mana kereta encik?"

"Itu kereta saya." Brayan menunding jari menunjuk ke arah kereta mewahnya yang terparkir di hadapan kedai 7 Eleven. Wanita itu mengangguk kepala. Lantas dia terus meluru ke arah kereta Buggati Veyron berwarna hitam itu untuk membuka pintu kepada Brayan.

Tanpa menunggu lama, tubuh Nayra terus digendongnya menuju ke sana. Dimasukkan Nayra ke dalam perut kereta di pintu penumpang hadapan.  Kepala kusyen diturunkan sedikit untuk Nayra baring dengan selesa. Kemudian, seat-belt dipasang dengan kemas. Pintu kereta ditutup.

Brayan memusing memandang wanita memakai blouse muslimah itu. Secarik senyuman mesra diukir.

"Thanks a lot."ucap Brayan.

"You're welcome. By the way, encik memang seorang suami yang baik. Tetap tak berkasar dengan isteri walaupun dia dah tuduh encik yang bukan-bukan tadi.  Biasalah dalam rumahtangga memang ada banyak ujian. Apa-apa pun dia sangat bertuah kerana memiliki suami yang sangat baik macam encik." Puji wanita itu.

Brayan tersenyum lebar mendengarnya. Sesekali dia menoleh menatap wajah Nayra disebalik cermin hadapan keretanya. Lama. Kepala diangguk perlahan.

"Yeah, I hope she will think the same as you." Brayan senyum kelat.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro