Bab 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                      SEPASANG mata Brayan terbuka. Bagai baru tersedar daripada mimpi, terus dia bangun membetulkan posisi kepada duduk. Kepala ditunduk ke bawah. Mengapa dia tertidur di atas sofa pula? Keliru. Sesekali pandangannya mengerling ke segenap ruang yang luas luas ini. Bilik yang dipenuhi dengan buku-buku berbahasa Inggeris.  Bayangkan sepenuh-sepenuh dinding, dari bawah sampai ke siling, semuanya dipenuhi dengan buku.

Siapa lagi yang minat membaca kalau bukan Aryan?

Ya. Sekarang dia berada di bilik Aryan. Pelik juga bagaimana dia boleh berada di bilik ini secara tiba-tiba. Apa yang jadi sebelum ini langsung tak ingat. Brayan mengeluh kecil sambil sebelah tangannya meraup wajah.

"Kenapa aku ada dekat bilik Aryan pula ni? Haih..." Keluh Brayan. Sekilas dia menoleh memandang dirinya sendiri  yang terpantul pada cermin besar di sebelah kanan. Melihat pakaian yang dikenakan pada tubuhnya . Kening Brayan berkerut.

"Apahal aku pakai pakaian macam ni? Entah-entah Aryan keluar semasa aku tertidur tadi?" Brayan menyoal kepada diri sendiri. Tatkala rasa pedih dibahagikan lengan kirinya kepala Brayan menunduk ke bawah. Melihat kesan torehan di situ makin meyakinkan Brayan bahawa Aryan telah menggantikan tubuhnya sebentar tadi.

Brayan mendengus.

"Kurang ajar betul si Aryan ni." Terketap-ketap gigi Brayan menahan geram. Disebabkan Aryan, tubuhnya banyak yang meninggalkan parut akibat daripada kesan torehan. Salah satu cara untuk split Aryan keluar adalah dengan melihat darah. Jadi setiap kali Aryan ingin menggantikan tubuhnya padi dia akan bertindak menoreh apa-apa sahaja asalkan darah kelihatan.

Aryan memang baik. Tapi baiknya sangat bahaya.

Lantas, Brayan bangun dari sofa. Meluru ke arah almari baju. Baju kemeja yang dikenakan pada tubuh ditanggalkan, terserlah menunjukkan dada bidangnya dengan tubuh yang tegap di cermin besar itu. Jelas kelihatan ada beberapa kesan parut di bahagian dadanya. Dia masih ingat kejadian bagaimana parut itu boleh ada di situ. Waktu itu, dia dan Aryan sedang bergaduh. Tak pasti apa punca pergaduhan itu tapi mereka memang saling membenci antara satu sama lain. Pergaduhan yang bermula dari pentengkaran mulut berakhir dengan aksi pergelutan. Tanpa dia sedar, Aryan waktu itu sudah mengutip satu cebisan kaca lalu dihayunkan ke arah Brayan. Tak semena-mena, dadanya juga yang jadi target. Darah keluar begitu banyak sekali sehingga menitis-nitis di atas lantai. Tapi bila teringatkan semula, baru dia sedar dia sedang berlawan dengan dirinya sendiri.

Brayan geleng kepala. Entah apalah nak jadi. Lantas Brayan menggantikan dengan baju T shirt berlengan panjang berwarna hijau gelap. Lengan baju disenteng hingga ke siku.

"Nayra..." Nama itu terpacul dibibirnya. Dia hampir lupa tentang Nayra. Bila dia teringat yang wanita itu diletakkan di biliknya, Brayan jadi gelisah. Takut jika Nayra melarikan diri sekali lagi sewaktu dia sedang tidur. Lantas, Brayan terus berlari keluar dari bilik itu. Menginjak kaki per satu meniti anak tangga meluru ke tingkat tiga.

"Nayra!" diseru nama wanita itu sambil tangan menolak pintu biliknya. Melihat Nayra yang masih terlena di atas katil, Brayan menghembus nafas lega. Nasib baik.

"Kau masih tidur?" Dia melangkah menghampiri katil. Pelik. Lama juga kesan ubat tidur itu. Sepatutnya Nayra dah sedar sekarang. Kemudian, Brayan melabuh punggung di ruang kosong sebelah Nayra. Wajah cantik yang masih lagi terlena itu ditatap lama. Dengkuran halus menyapa telinga Brayan.

Seluruh wajah Nayra ditenungnya. Dari mata turun ke hidung sehinggalah ke bibir yang nampak sedikit terluka akibat kulit kekeringan. Perlahan tangan Brayan menyentuh lembut bibir Nayra. Terasa kasar.

"Semalaman kau tak minum air." gumam Brayan sambil bibir itu diusap lembut. Tatkala melihat kelopak mata Nayra yang bergerak-gerak terus Brayan menjauhkan tangan.

"Eh, awak nak buat apa ni?!" Membuntang Mata Nayra saat melihat figura Brayan muncul di hadapan mata. Terus aku bangun membetulkan posisi kepada duduk. Aku bergenjak sedikit ke tepi saat menyedari jarak lelaki itu terlampau dekat. Riak wajahku jelas ketakutan. Comforter tebal ditarik rapat ke dada. Tidak mahu diapa-apakan oleh lelaki tak guna itu!

Brayan tersenyum menyenget. "Kau fikir aku nak buat apa?"

"Awak jangan berani nak sentuh saya." Awal-awal aku memberi amaran. Mataku kecilkan memandangnya.

"Kau ingat aku akan sentuh kau?"

"Kalau awak berani cederakan saya apatah lagi nak sentuh." Sindirku.

Brayan mencorek senyum kelat. "Kalau aku macam itu, waktu kau tidur semalam aku dah boleh buat macam-macam. Tak perlu tunggu sekarang."

Aku menjuling anak mata ke atas. Benci. Apa yang keluar dari mulut Brayan, susah untuk aku percaya sekarang. Walaupun apa yang dia kata itu betul juga. Kalau dia mahu mengambil kesempatan daripada semalam lagi dia boleh buat. Aku pun langsung tak sedar apa-apa waktu itu. Jadi Kemungkinan besar dia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu. Tapi aku tetap tak percayakan lelaki itu!

Kesan yang kononnya nyamuk gigit itu pun mungkin Brayan juga yang buat.

"Awak fikir saya bodoh ke? Sebelum ni pun macamlah awak tak pernah cuba untuk sentuh saya. Kesan yang kononnya kena gigit nyamuk ni tentu awak juga yang buat, kan?!"

"That's not me." Tekan Brayan dengan riak wajah serius. Pantang jika seseorang itu suka menuduhnya secara melulu. Apatah lagi jika kesalahan itu bukan dia yang lakukan.

Aku menjuih bibir. Tak nak mengaku pula.

"Kalau awak cakap bukan awak sekalipun, saya tetap percaya itu awak. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni? Awak seorang aje kan? Habis nak tuduh siapa? Hilmi? Pak Mat huh? Awak tu memang dah jahat!"

"Aku jahat sebab kau juga. Aku terpaksa buat semua ni kalau tak kau takkan ikut arahan aku!"

"Ikut arahan apa? Siapa saya yang nak kena ikut arahan awak huh? Saya tak kenal awak langsung!"

"Of course you should listen to me because you're mine!" Jerkahannya membuatkan aku terdiam. Garang pandangannya menikam diriku. Marah. Brayan mendengus. Lantas, dia turun dari katil meluru ke arah laci dimeja solek. Sekeping gambar dicapai lalu dicampak ke arahku.

"That's me. Kau masih tak ingat huh?"

Aku menunduk ke bawah. Lambat-lambat tangan mencapai gambar yang dibaling tadi. Tatkala melihat wajah lelaki di dalam gambar itu, lidahku terasa kelu. Sekilas aku menoleh memandang Brayan dan kembali menatap gambar ditangan. Beza. Itu yang mampu aku katakan. Lelaki yang berada di dalam gambar ini amat selekeh, tak reti langsung berfesyen, tak usah cakaplah wajahnya macam mana. Memang banyak bekas jerawat!

Nak dibandingkan dengan Brayan yang sedang berdiri dihadapannya sekarang, kacak, pakaian pun kemas. Package kaya sekaligus. Nampak lagi sempurna berbanding aku.

Sekarang baru aku ingat siapa Brayan. Dia lelaki yang pernah suka pada aku dahulu. Ah, tak sangka betul dia akan tunaikan setiap janjinya itu!

"Kau tahu berapa kos untuk aku ubah semua ni? Kau tahu berapa lama aku harus terseksa dengan diri sendiri? Hanya kerana nakkan kau seorang."

Aku diam. Tak mampu berkata apa-apa.

"Aku dah cakap dengan kau Nayra, aku takkan buatkan kau ada satu alasan pun untuk tolak aku lagi. Aku ada rupa, aku kaya, aku ada segala-galanya. Apa lagi yang aku tak ada? Aku cuma belum ada kau. Dan sekarang kau dah ada depan mata aku. Tunggu masa untuk aku jadikan kau hak aku sahaja. Kalau tak boleh cara baik, cara kasar pun aku sanggup."

"Are you crazy? Kalau awak betul-betul nak saya bukan dengan cederakan saya!"

"Kau lari daripada aku, aku kejar. Kau tak nak berhenti, aku cuba hentikan. That's it." Balasnya selamba.

Aku mengetap bibir. Kecil sahaja pandanganku terhadap lelaki itu. Benci, geram semuanya ada! Dia fikir aku ni binatang ke untuk buat macam ni?

Brayan menjeling. Dia melangkah ke arah jag kaca berisi air Puteh yang berada di atas meja kopi lalu dituang air itu ke dalam gelas kaca. Kemudian, Brayan kembali menghampiriku. Rahangku dicengkamnya kasar tapi lembut. Dipaksa kepalaku mendongak ke atas memandangnya.

"Minum." Arah Brayan. Tak tunggu lama, air itu terus dituang ke dalam mulutku. Memaksa untuk minum. Tersedak aku saat menelan air yang begitu banyak. Lantas, tangan Brayan terus ditepisku. Kuat. Menjauhkan gelas air itu daripadaku.

Aku menyentuh dada yang terasa senak.

"Awak nak bunuh saya ke apa?!"tengkingku begitu geram.

"Bibir kau kering. Kalau dibiar lama boleh luka."

"Kot iya pun bukan cara paksa macam itu. Awak cuba nak bunuh saya adalah! Konon suka saya tapi layan saya macam binatang!" Hamburku.

Brayan tersenyum menyenget. Gelas kaca itu diletakkan semula ke atas meja.

"Kalau aku nak layan kau macam binatang, aku akan buat nasib kau jadi macam mamat pondan tu."sinis Brayan.

Keningku automatik berkerut. Mamat pondan? Mel? Apa yang Brayan lakukan kepada Mel? Aku sudah jadi semakin gelisah.

"Apa awak buat dengan Mel?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro