Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       Kringg!
Bunyi jam loceng berdering dengan kuat menyentakkan aku dari lena. Dalam keadaan mamai, sebelah tangan cuba meraba-raba meja disisi katil. Tercari-cari butang untuk mematikan suis jam tersebut. Ambil masa beberapa minit juga aku mencarinya, namun tetap tak jumpa. Aku mengeluh kecil. Mata yang masih terasa berat itu dipaksa juga buka.

Serentak itu bunyi jam loceng yang bingit itu terhenti dengan sendirinya. Pelik. Rasanya aku belum tutup tadi? Keningku automatik berkerut. Terus kepalaku pusing ke tepi.

"Huh?!" Aku sedikit terkejut. Kelopak mata yang kecil terus berubah besar. Lantas, aku bangun daripada posisi baring kepada duduk di atas katil. Rambut yang sedikit serabai dirapikan supaya kelihatan kemas. Sesekali aku mengelap bibir, manalah tahu ada air liur keluar semasa aku tidur tadi. Pasti memalukan!

Malah, lelaki yang entah sejak bila muncul itu boleh pula menayang senyuman indahnya. Dia duduk di atas kerusi, sambil menghadap aku yang masih berada di atas katil. Sepasang mata hijaunya juga bergerak-gerak memerhatikan aku. Entah apa yang dia fikir agaknya.

"Sorry, aku lupa nak ucapkan selamat pagi. Aku buat kau terkejut ke?" Soal Brayan, dia menundukkan sedikit muka memandang wajahku.

Muncul macam cerita hantu, boleh pula dia tanya aku terkejut atau tidak dengan kehadiran dia? Mujurlah aku ni muda lagi, tiada penyakit berkaitan dengan jantung.

"Sejak bila awak ada dekat sini?" Tanpa menjawab soalan daripadanya, aku pula tujukan soalan lain.

"Ermm..." Perlahan Brayan menyandarkan tubuh ke belakang. Sebelah kaki kirinya disilang ke atas paha kanan. Anak matanya melihat ke atas seolah-olah sedang berfikir. Jari telunjuknya turut bergerak mengetuk lutut sendiri. Haih? Susah sangat ke soalan aku tadi sampai harus memikir dahulu sebelum jawab?

"I don't know. Maybe in a few hours?"katanya dengan begitu selamba.

Aku terlopong.

"Ap... Apa?"

"But don't worry. I don't do anything. Fikiran aku masih waras." Sambungnya lagi sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia tidak melakukan apa-apa semasa aku sedang lena tidur tadi. Namun, perasaan takut dan curiga tetap tak hilang daripada hati aku. Walaupun, dari segi riak wajahnya tidak nampak yang dia sedang berbohong.

Aku menghembuskan nafas dengan perlahan. "Habis? Apa awak buat dalam bilik ni? Takkan duduk termenung sahaja selama berjam-jam?"

"Aku takkan buat perkara yang membosankan macam itu. Aku cuma perhatikan kau. Err...no! Actually... jaga kau." Dia perbetulkan ayat sendiri. Sebelah kakinya Yang berada di atas lutut dijatuhkan semula.

Aku mengerut kening. "Kenapa pula nak jaga saya?"

"Sebab semalam kau dah jaga aku. Jadi giliran aku pula untuk teman kau tidur. Lagipun, Puan Nora tiada. Aku arahkan dia untuk ganti tempat aku di office. Sebab  hari ni... aku nak luangkan waktu dengan kau."

"Luangkan waktu?"

Brayan angguk kepala. Lantas, dia bangun dari kerusi. Melangkah ke arah tirai langsir panjang yang masih menutup tingkap sebelum dia menariknya ke tepi. Kemudian, tingkap kaca itu dibuka. Membiarkan angin pagi masuk ke dalam. Sejuk. Kawasan yang dikelilingi dengan pokok-pokok ini memang akan rasa sejuk semula jadi di awal-awal pagi.

"Yes. Aku nak bawa kau ke muzium aku. Pagi-pagi hanya kita berdua sahaja yang boleh masuk. Kalau petang, ramai orang. I'm sure you will be like it. Dekat sana banyak benda menarik yang aku nak tunjuk dekat kau."ujarnya, sebelum memusing ke belakang memandangku. Pinggangnya disandar pada tingkap sambil kedua belah tangannya memeluk tubuh.

Patutlah awal-awal lagi dia sudah tercongok disini. Rupa-rupanya nak ajak aku pergi ke muzium. Dia pun sudah bersiap dari atas sampai bawah. Gaya seolah-olah nak pergi ke majlis VVIP pun ada, dengan mengenakan kot labuh berwarna coklat gelap dan berbaju hitam didalam. Dikenakan lagi dengan seluar formal berwarna hitam. Dilengkapkan dengan gaya curtain hair dan jam mahal diperlangan tangan kirinya. Cukup pakej!

Jauh beza dengan aku yang masih dengan baju tidur diatas katil. Tak lupa juga dengan muka polos baru bangun tidur.

Tetapi... aku tetap ada rasa curiga.

"Tiba-tiba sahaja awak nak ajak saya keluar. Sebelum ni, bukan ke awak nak kurung sahaja saya dalam rumah ni sampai bila-bila?"

"Mungkin itu dulu, sebab kau ada cubaan melarikan diri. Tapi sekarang aku percaya, kau takkan ada niat nak buat perkara macam itu. So... kau nak atau tak?"

Aku diam. Masih lagi fikir mahu ikut atau tidak.

"Dan yang pasti, peluang ni mungkin takkan ada buat kali kedua..."

"Nak! Saya nak ikut!" laju sahaja aku memberi jawapan apabila dia berkata begitu. Sesekali aku nak juga lihat dunia di luar sana. Duduk dalam rumah ini pun, bukannya boleh buat apa-apa. Lagipun, sebelum ini aku pernah dengan tentang muzium patung milik Brayan. Malangnya belum pernah jejak ke sana kereta harga tiket agak mahal.

Dan...

Aku bukannya seorang yang arif tentang seni sangat. Kalau pergi pun, cuma tengok dan ambil gambar. Jangan harap nak faham segala maksud tersirat yang digambarkan dari seni itu!

Brayan tersenyum senang.

"Baiklah, kalau macam itu aku akan hubungi Puan Nora untuk siapkan kau sekarang. Jadi, aku tunggu di luar dahulu." Katanya, sebelum mengatur langkah keluar dari bilikku. Sambil-sambil tangannya menyeluk ke dalam poket kot, mengeluarkan telefon canggih miliknya ingin menghubungi Madam dengan segara.

Pintu ditarik separuh kemudian dia berhenti. Anak matanya melihat ke arahku seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Aku turut menoleh memandangnya.

"And don't be too pretty, I don't want other eyes to look at you other than me. Okay?" Pesannya sekali lalu. Sempat lagi dia menghadiahkan satu kenyitkan mata kearahku sebelum pintu ditutup rapat.

Tak tahu kenapa, tapi pesanan itu buat aku meremang sekejap.











                            “BAIK, Tuan Brayan. Sekarang juga saya balik." Usai berkata, talian dimatikan dari pihak sana. Puan Nora Elena kembali menyimpan telefon canggihnya. Fail ditutup. Dia bingkas bangun dari tempat duduk. Mengemas sedikit meja yang agak bersepah. Setelah itu, beg tangan miliknya yang ditarik tanpa sengaja menoleh bekas berisi pen jatuh ke lantai.

"Haish, kenapa aku ni cuai sangat?" Marahnya kepada diri sendiri. Sekilas dia menunduk melihat jam dipergelangan tangan. Harapnya tak lewatlah sampai ke rumah Tuan Brayan.

Kemudian, dia meletakkan semula beg itu ke atas meja lalu duduk mencangkung di atas lantai mengutip semula pen-pen yang bertaburan di situ. Siap! Baru sahaja hendak bangun, anak matanya tertancap pada objek bersinar di bawah meja. Kecil sahaja. Nampak seperti lencana.

"Apa benda pula tu?" Tanpa ragu-ragu, Puan Nora Elena menunduk mencapainya. Sebaik sahaja dia dibawa ke depan muka, baru jelas. Benarlah, ia lencana nama milik seseorang. Pin di belakang pun sudah tertanggal. Perlahan-lahan dia memusing lencana nama itu ke depan, ingin melihat empunya nama tersebut.

Dia terkedu sejenak.

Mata tak berkelip.

Driver Luthfi. Jelas tercetak disitu. Bagaimana name tag lelaki itu boleh ada di office Tuan Brayan?

“Sebelum talian tertutup, saya ada dengar suara bos awak. Saya dengar dia panggil nama anak saya!" Kata-kata Puan Jas semalam kembali bermain difikirannya. Semerta, hatinya mula rasa tak tenteram. Berdebar. Rasa berbuak-buak ingin tahu! Apa sebenarnya yang telah terjadi? Dan...

Benarkah Tuannya pun ada terlibat sekali dalam kes ini?

Pantas Puan Nora Elena geleng kepala.

"Tak mungkin. Tuan Brayan bukannya sekejam itu. Melainkan... Ah, tidak! Aku tak boleh fikir macam itu. Sudahlah, aku kena pulang sekarang." Ujarnya. Lantas, bangun dari duduk di atas lantai. Lencana nama itu terus dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan sebelum dia keluar dari bilik pejabat milik Tuan Brayan.

Teo yang berada di meja kerja dipandang.

"Teo, saya nak balik sekejap. Kalau ada sesiapa yang buat temu janji datang suruh mereka tunggu sebentar. Dan, kalau tiada. Panggil sahaja bodyguard untuk heret mereka keluar. Faham?" Pesan Puan Nora Elena. Teo mengangguk kepala tanpa menerima arahan.

"Baik, Madam."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro