Bab 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


                    DOMPET dibuka. Satu sen pun tiada. Haish! Rezza mengeluh. Digaru belakang kepala yang tidak gatal. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawan untuk lepak malam ini. Kalau tiada duit, nak lepak macam mana? Buat malu sahaja! Lalu, dia terus melangkah keluar dari bilik menuju ke pintu dapur.

Melihat figura emaknya yang sedang duduk di meja makan sambil memicit kepala dengan muka berkerut. Dia datang menghampiri.

"Mak, duit aku habis!" Adunya. Dia melemparkan dompet kosong itu ke meja sebagai bukti.

Puan Fatimah mengeluh panjang. Tangan yang sedang memicit kepala dijatuhkan ke bawah sebelum dia menoleh memandang Rezza di sebelah.

"Kalau engkau tak ada duit, apa kena mengena dengan mak?"

"Lah! Engkau mak aku, kaulah kena bagi aku duit! Lagipun, bukan ke bulan lepas mak dapat duit banyak? Siap boleh shopping sakan lagi!" Ujar Rezza, siap mengungkit lagi kesenangan wanita itu semasa memiliki duit yang banyak. Tatkala Puan Fatimah hanya diam tak berkata apa. Dia tidak tahu bagaimana ingin terangkan. Tapi duit yang diberi oleh Puan Nora Elena tempoh hari sudah habis digunakan mengikut nafsunya. Sangkakan, wang sebanyak itu boleh bertahan selama bertahun-tahun. Malangnya, sekejap sahaja boleh habis jika dipegang oleh tangan yang tak pandai untuk berjimat.

Haih...

Dia menyesal.

Kalau dahulu, dia boleh berharap kepada Nayra untuk bekerja. Tetapi, sekarang Nayra sudah berada dalam jagaan orang lain. Khabar berita tentang wanita itu pun langsung tak kedengaran selepas dia diberi duit. Nak telefon pun, Puan Nora Elena sudah pesan mereka tidak ada apa-apa hubungan lagi.

"Duit semua dah habis."Keluh Puan Fatimah.

Rezza melopong serupa tak percaya.

"Dah habis? Biar betul? Cepatnya!"

"Memanglah cepat. Bukan mak seorang yang guna. Kau pun sama! Tak habis-habis minta duit. Sekarang, satu habuk pun tak ada tinggal! Kalau ada kakak kau, tahu juga dia nak cari kerja. Engkau? Tahu apa? Menyusahkan mak!"

Hendak terbelahak Rezza mendengarnya. Dia menunding jari ke muka sendiri.

"Aku pulak yang salah? Eh, siapa yang bodoh pergi jual anak sendiri dekat jantan berlagak kaya tu?" Hambur Rezza, tidak puas hati. Berdesing telinga emaknya mendengar tuduhan itu. Sudahlah dia sedang tertekan, makin ditambah pula kekusutan di kepala sampai otaknya rasa nak meletup.
Puan Fatimah mengetap bibir. Dia terus bangkit dari kerusi. Menghadap ke arah Rezza sebelum menjerkah.

"Aku tak jual dialah! Pembantu peribadi dia tu yang paksa aku untuk beri Nayra kepada dia! Kalau aku tak bagi kakak kau, kau dengan mak dengan adik beradik kau yang tak bersalah tu sama-sama berhimpit dalam kubur. Kau nak?!"

"Apa yang ada pada Nayra sampai jantan tu tergila-gilakan sangat? Setakat perempuan macam akak tu, tepi jalan pun boleh dapat banyaklah! Entah-entah jantan tu nak dia sebab nak jual? Jadikan pelacur. Lagilah dia dapat untung! Mak tu yang tak fikir panjang."

"Kalau aku tak fikir panjang masa tu sekalipun, apa boleh buat huh? Kau fikir mak kau ni ada pilihan lain daripada terima duit dia? Kalau betul pun kakak kau tu kena jual, dapat juga dia duit. Kita ni? Adik-adik kau tu semuanya mengadu dekat mak barang sekolah asyik tak cukup. Kau mampu ke tunaikan permintaan diaorang huh? Mampu?"

Rezza menjuih bibir. Kepala digeleng yang berkali-kali. Panas pula hati ini apabila Puan Fatimah cuba merendahkan-rendahkan dirinya. Tahulah dia bukan seperti Nayra yang gigih mencari kerja untuk sesuap nasi, tetapi orang tua dihadapannya sekarang pun dua kali lima sahaja dengan dia.

"Fine! Memang aku tak mampu nak buat macam dia. Tapi kalau dah susah sangat, mak call sahaja pembantu mamat bodoh tu untuk pulangkan Nayra. Kalau dia tak nak serahkan, mak guna aje kuasa phone. Viralkan! Biar satu dunia ni tahu. Biar dia malu dan serahkan Nayra semula." Ujar Rezza.

Puan Fatimah menjuih bibir dengan muka tak percaya. Nak minta lelaki itu pulangkan Nayra semula? Dia fikir seperti minta hutang dipulangkankah? Begitu mudah. Dia mara setapak menghampiri anaknya.

"Kau ingat sesenang itu sahaja ke kau boleh dapat kakak kau balik?"

"Apahal pula tak boleh? Hebat sangat ke jantan tu sampai mak sendiri takut nak bertindak?" Soal Rezza, berani sambil sebelah keningnya dijongket.

Puan Fatimah tersenyum sinis. Takut bertindak? Tunggu sekejap. Kemudian, Puan Fatimah melangkah semula ke arah meja. Menarik beg tangannya lalu mengeluarkan satu kad yang disimpan disitu sebelum dihentak kuat ke meja dan ditolak ke arah anak lelakinya. 

Rezza tunduk memandang nama yang tertera bersama nombor telefon yang tercetak kemas diatas kad berwarna hitam itu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala memandang emaknya semula menantikan penjelasan.

"Kau hubungilah dia, kalau kau nak tahu orangnya bagaimana?" Cabar Puan Fatimah, lantas dia berlalu meninggalkan dapur itu. Membiarkan Rezza tercegat seorang diri sambil menatap kad yang masih berada di atas meja.

Kemudian dia tersenyum sinis. Kad dicapai. Ditatap sekali lagi nama panjang yang tertera.

"Brayan Alpha Herman."














            “TUAN BRAYAN!" sapa sekuriti yang sedang berlari mendapatkan Brayan dan Nayra yang baru sahaja keluar dari pintu muzium. Dia menunduk hormat terlebih dahulu sebelum tubuh ditegakkan semula menghadap bos besarnya. Baru sahaja hendak buka mulut, tiba-tiba...

"Only me?" Soal Brayan dengan kening terjongket sebelah. Dia menjeling mata kearah Nayra yang berada di sebelah seolah-olah memberi arahan untuk sekuriti itu membuat perkara yang sama.  Pada mulanya, dia tidak faham dengan maksud lelaki itu. Namun, apabila anak mata menangkap cincin di jari manis wanita itu barulah dia faham akan maksud bosnya.

"Maafkan saya, Tuan Brayan. Salam perkenalan Cik Nayra." Usai meminta maaf, dia terus tunduk hormat kepadaku di sebelah.

Aku tercengang seketika. Ah, tak perlulah sampai begitu sekali! Aku langutkan kepada memandang Brayan dengan muka polos yang tidak faham perbuatan sekuriti itu tadi dan Brayan cuma tersenyum sambil menggosok kepalaku seperti anak kecil. Kemudian, dia mengalihkan perhatian kepada sekuriti itu semula.

"Apa yang kau nak cakap kepada aku?" Soal Brayan, mengembalikan semula topik yang tergendala sekejap tadi.

"Pengunjung dah beratur dekat luar gate. Boleh ke kalau saya buka sekarang?" Soal sekuriti itu meminta pendapat. Sekilas, Brayan menjenguk ke arah luar gerbang besar yang tertutup. Kelihatan pengunjung luar sudah berkumpul ramai-ramai di situ menunggu masa untuk masuk ke dalam. Dia tunduk sekejap melihat jam mahal dipergelangan tangan pula. Sudah tiba masa untuk dia dan Nayra pulang ke rumah. Maka, waktu melawat muzium boleh dibuka semula.

Kemudian, Brayan angguk kepala memandang sekuriti itu.

"You can open it now." Dia mengeluarkan arahan. Sekuriti itu mengangguk tanda faham, tanpa menunggu lama walkie-talkie yang terselit di belakang seluar dicapai lalu mengeluarkan arahan kepada si penjaga pintu gerbang itu untuk membukanya.

Setelah beberapa minit, pintu gerbang kiri dan kanan itu pun terbuka secara perlahan-lahan seakan-akan menyambut kedatangan tetamu untuk masuk ke dalam. Lantas, mereka yang sudah membeli tiket terus menyerbu masuk ke dalam muzium.

"Kita kena balik sekarang Nayra." Kata Brayan. Aku hanya mengangguk kepala tanda setuju. Baru sahaja dia ingin berjalan ke belakang kerusi rodaku, tiba-tiba ada seorang kanak-kanak  berlari kearah mereka tanpa sengaja sebelah kakinya tersadung pada tangga sehingga menumpahkan minuman coklat yang dibawa ke coat mahal milik Brayan.

Semerta, langkah lelaki itu berhenti. Kepala menunduk memandang coat mahalnya yang kini kotor.

Riak wajah sekuriti yang menyaksikan kejadian tadi terus bertukar cuak.

"Aduh..." Budak lelaki itu mengaduh sakit. Perlahan-lahan dia bangkit dari terduduk di atas lantai.  Macam manalah kaki boleh tersadung tadi? Kemudian, dia melangutkan kepala memandang Brayan dengan muka takut-takut. Tangannya menggigil tatkala melihat pada kesan kotor atas perbuatan cuainya. Bawah bibir digigit dengan rasa serba-salah.

"Where's your mom kid?" Suara Brayan kedengaran sedang menahan geram. Tak tahu kenapa, aku pula yang rasa takut apabila melihat pandangan Brayan kali ini biarpun bukan salahnya berpunca daripada aku.

Seraya tanganku bergerak menyentuh lengannya. Digoyang-goyang sedikit cuba menarik perhatian lelaki itu menoleh ke arahku.

"Dia mungkin tak sengaja." Bisikku, cuba untuk memujuk. Namun, takku sangka buat pertama kalinya tanganku ditepis dengan perlahan sebelum Brayan melangkah dengan lebih dekat kepada budak lelaki itu. Pujukan aku mungkin tak menjadi. Aku semakin gelisah. Bimbang apa yang bakal terjadi kepada budak itu.

Kemudian, Brayan duduk bertinggung di hadapan budak kecil itu menyamakan ketinggian. Direnung mata yang masih kecil itu dalam-dalam dan sekali lagi dia mengulangi soalan.

"Abang tanya... mana mak adik?" Soal Brayan dengan suara yang lebih lembut. Tangannya perlahan naik menyentuh rambut budak kecil itu yang agak sedikit serabai ditiup angin. Tak tahu kenapa, matanya sakit apabila melihat sesuatu yang tidak sempurna.

"Mak... Mak pergi tandas." Tergagap-gagap budak lelaki itu menjawab. Brayan mengorek senyuman senget.

"Pergi tandas?"

Budak kecil itu mengangguk mengiyakannya.

"Mak tak bagitahu ke apa-apa peraturan atau larangan dekat sini?" Soal Brayan lagi. Budak kecil itu menggeleng kepala. Kemudian, aku dengar Brayan mengeluh panjang. Tangan yang sedang merapikan rambut budak kecil itu, kini turun pula ke bahagian kolar baju T shirt yang dipakai. Dibuat-buat seperti sedang membetulkan beberapa butang yang tak tercantum dengan kemas. Namun, mata Brayan masih melekat pada wajah budak kecil itu yang masih dalam ketakutan.

"Peraturan dekat sini... tak boleh bawa makanan atau minuman luar masuk dalam muzium. You know that?"

Dia menggeleng tanda tidak tahu.

"Abang tak suka tempat ni kotor. Apatah lagi... " Brayan tunduk melihat coatnya yang masih lagi melekat dengan bau air coklat. Ditarik bahagian kotor itu lalu ditunjuk kepada budak kecil itu apa kesalahan yang dia telah lakukan.

"My coat." Sambung Brayan.

"Maafkan saya, abang. Saya tak sengaja." Rayu budak kecil itu, serba-salah.

Sedangkan bibir Brayan hanya mengukir senyuman lebar. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, tiba-tiba ada suara lain yang terlebih dahulu memotong.

"Akif!" Jerit wanita berumur 30 itu. Tergesa-gesa dia berlari anak mendapatkan anaknya yang dicari-cari tadi. Rasa nak gugur jantung, ingatkan diculik. Rupa-rupanya masih ada di sini. Sampai sahaja pada mereka, lengan anaknya terus ditarik memusing ke arah dia.

"Mak suruh tunggu dekat luar tandaskan tadi? Akif buat apa dekat sini? Kalau hilang tadi macam mana?" Bebel emaknya dengan nada sedikit meninggi. Manakala budak kecil itu hanya tunduk menikus memandang ke bawah.

"Jadi awak mak dia?" Brayan bangkit dari duduk.

Pandangan wanita itu terus beralih ke arah Brayan apabila ditegur. Dan ketika anak mata terpandang pada kesan kotor pada coat mahal lelaki itu terus matanya membulat besar. Tak lain tak bukan, itu adalah kesan cuai daripada anak lelakinya. Tanpa menunggu lama, dia terus tunduk tanda maaf.

"Maafkan saya, encik. Itu anak saya yang buat ke? Saya harap encik boleh maafkan dia. Dia ni memang tak dengar cakap! Degil! Saya dah kata minum air sampai habis dulu tapi... dia..." Kata-kata wanita itu terhenti saat Brayan mula mengangkat tangan. Seolah-olah menyuruh dia untuk berhenti bercakap.

Kemudian Brayan tarik nafas lalu hembus sebelum kembali bersuara.

"It's okay, he's just a kid. He don't know anything. So, I will forgive him."ujar Brayan bersama senyuman mesra.

Muka budak kecil yang pada mulanya takut terus berubah ceria saat dimaafkan, dia terus melangut kepala memandang Brayan. Emaknya juga turut rasa lega.

"Terima kasih, encik!" Sekali lagi dia menunduk tanda hormat.

Brayan sekadar mengangguk kepala. Sekilas dia menoleh ke belakang melihat Nayra yang turut tersenyum lega. Dia tahu, wanita itu takut jika dia bertindak melakukan hal yang bodoh kepada budak kecil itu. Kemudian, dia menoleh ke hadapan semula. Anak mata dicerun sedikit melihat wajah budak kecil itu.

"Boleh saya nasihatkan dia sedikit?" Pinta Brayan kepada emak budak itu. Wanita itu mengangguk kepala tanda membenarkannya.

Tanpa menunggu lama, dia bergerak mendekatkan jarak dengan budak lelaki itu. Tubuh yang tinggi lampai, terpaksa dibongkokkan agar bibirnya  menyamai sebelah telinga kiri budak kecil itu ingin berbisik sesuatu.

Namun entah mengapa, aku lihat riak wajah budak kecil itu semakin lama semakin berubah. Tak pasti apa nasihat yang Brayan bisikkan sebelum lelaki itu kembali berdiri tegak. Daripada tadi tak lekang senyuman dibibirnya. Jarang sekali aku lihat lelaki itu 'murah' dengan senyuman.

"Keep smiling kid, act like you've never made a mistake." Pesan Brayan, sambil kepala budak lelaki itu digosok-gosok manja. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke belakang kerusi roda milikku sebelum menolaknya pergi daripada situ. Wajah budak kecil itu hanyaku pandang dari jauh. Mukanya macam hendak menangis.

Sampai sahaja di hadapan pintu kereta, pembantunya terus buka.

"Nayra?" Panggil Brayan.

Aku sedikit tersentak. Terus pandanganku toleh kearahnya yang sedang menghulur tangan ingin memapahku masuk ke dalam.

"Kau tengok apa?" Soal Brayan, matanya turut bergerak-gerak ke sekitar kawasan itu mencari apa yang aku sedang perhatikan.

Lantas, aku geleng kepala.

"Tak ada apa."





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro