Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     “AKU balik dululah Elly, Mel. Aku naik bas je datang sini. Takut terlepas bas pulak." Ujar Nayra memecah suasana mereka yang sedang berbual dengan rancak. Elly dan Mel terpinga-pinga buat seketika. Mereka berpaling memandang Nayra yang sudah berdiri menggalas beg tangan.

"Awalnya you nak balik?" Tegur Mel. Sekilas dia menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangan. Baru setengah jam mereka berborak. Takkan Nayra sudah malu pulang ke rumah?

Nayra mengangguk kepala. "Aku balik naik baslah hari ni."

"Alaa... aku boleh hantar kau baliklah. Duduklah sini dulu. Bukannya boleh jumpa selalu pun. Engkaukan dah berhenti kerja?" Sampuk Elly.

"Aku tak nak susahkan kauoranglah. Kau orang sambunglah borak. Aku balik dulu ek. Bye!" Nayra melambai. Kemudian, beredar meninggalkan D'cafe itu. Laluan lorong di belakang kedai digunakan sebagai jalan pintas ingin ke pondok bas. Tak adalah aku tertinggal bas nanti jika cepat sampai ke sana. Sambil berjalan, anak mata tumpu memerhati skrin telefon. Sekejap jari menolak-nolak ke atas, melihat video tiktok terbaru yang muncul di "fYP".  Tersenyum-senyum aku melayan setiap video yang keluar. Kadang-kadang aku tekan love yang ada di setiap video yang aku suka.

Tiba-tiba aku dengar derap langkah seseorang dari belakang. Bunyinya perlahan. Tapi entah mengapa hati aku tiba-tiba rasa curiga. Nak toleh ke belakang, tak berani. Senyum yang tadi elok mekar di bibirku terus hilang sekelip mata. Aku cuba berfikiran positif. Bukan aku sahaja yang guna laluan ini sebagai laluan singkat menuju ke pondok bas malah ada orang lain lagi yang turut guna jalan ini.

Relax, Nayra. Dia bukannya follow kau pun. Dia cuma guna jalan yang sama. Bisikku di dalam hati, cuba memberi semangat positif pada diri sendiri.

Aku sengaja lajukan langkah ke hadapan. Ingin memastikan yang orang di belakang tidak mengekoriku. Malahan, dia juga turut melajukan langkah sama. Hati semakin memberi isyarat bahaya. Dia memang ikut aku ke? Nayra mula cemas.

Aku lajukan lagi langkah. Dia juga sekali lagi melajukan langkah. Tetapi kali ini, derap langkahnya kedengaran semakin hampir. Aku sudah mula gelisah. Sebelah tangan sudah menyeluk ke dalam beg tangan. Meraba-raba, mencari pepper spray yang aku simpan.

"Mana pulak pepper spray aku ni..." bisikku perlahan. Jantung semakin berdegup laju.

"Nayra." Tangannya menyapa bahuku dari belakang. Aku tersentak. Sebaik saja aku menjumpai pepper spray di dalam beg tangan, terus aku keluarkan dan pusing ke belakang. Tak fikir panjang, terus aku semburkan penyembur lada hitam itu tepat ke matanya sambil jerit sekuat hati.

"Arghh!!" Dia turut menjerit kepedihan.

Tapi itukan suara...

"Mel?!" Aku terkejut. Pantas sebelah tangan menekup mulut. Ya Allah! Mel rupanya yang mengekor aku dari tadi.

"Pedih! Pedih! Help me!" Mel meraung pedih. Dia gosok mata berkali-kali, tetap rasa pedih itu tak hilang. Aku sudah mula gelabah. Macam mana ni?

"Mel... Aku minta maaf. Kenapa kau ikut aku senyap-senyap? Kau buat aku takut kau tahu tak?! Ish, apa aku nak buat ni..." Cepat-cepat Nayra menyimpan semula pepper spray ke dalam beg tangannya. Anak mata melilau ke sekeliling. Manalah tahu kalau ada kedai berdekatan. Bolehlah dia belikan air untuk disapu pada mata Mel.

"Cepatlah ambilkan I air! Pedih ni! Aduh..."

"Se... Sekejap!" Nayra pantas berlari semula ke D'Cafe. Mesin air yang berada di sebelah kedai itu menjadi sasaranku. Rm1 ringgit aku keluarkan lalu dimasukkan ke dalam mesin itu. Aku tekan butang untuk membeli air mineral dan ia terus turun jatuh ke bawah. Tanpa menunggu lama, botol air mineral dicapai dan aku kembali semula kepada Mel.

"Mel, aku ada bawa air mineral. Cepat basuh mata kau!"

"Sini!" Mel terus merampas botol air mineral di tanganku. Lantas, air sejuk itu dituang tepat ke matanya. Mengharap agar cecair lada hitam itu hilang bersama air yang dibasuh itu. Berkali-kali juga Mel mengulangi benda yang sama sambil menggosok mata. Dan akhirnya setelah beberapa minit berlalu, barulah kesan pedih itu hilang. Tapi malangnya, matanya sudah merah dan membengkak akibat pedih dari serbuk lada.

Aku gigit bibir. Serba salah.

"Mel, I'm so sorry."

"Apa sorry sorry huh?! You nak I mati ke macam mana? Sakit tahu tak?! Habis mata I..."

"Aku manalah tahu yang kau ikut aku. Kau pun satu! Kenapa ikut aku macam pencuri?"

"I just nak bagi dompet you aje. You tertinggal tadi. I dah panggil nama you berkali-kali tapi you tak dengar! Ish, nah lah!" Mel menyerahkan dompetku. Nayra mengeluh. Perasaan serba-salah masih lagi terasa. Nampaknya Mel betul-betul marahkan aku. Lambat-lambat aku capai huluran dompet itu.

"Kenapa you ni takut sangat huh? Siap bawa pepper spray? Bahaya tahu tak? Boleh buta mata I kalau you lambat beberapa minit tadi! Siapa yang nak ikut you? You ada musuh ke?"

"Bukan sebab itulah... aku memang akan bawa benda ni untuk hati-hati. Lagipun, semalamkan aku ada kena kacau dengan samseng-samseng tu. So aku ingat diaorang yang ikut aku. Sorry lah Mel..." Aduku, meleret. Sungguh, aku tak sengaja.

Mel mencebik bibir.

"You ni nasib baik kawan I aje tau! Baiklah, I terima maaf you."

Aku tersenyum lega. Nasib baik Mel maafkan aku. Kalau tak, mahunya dia merajuk sebulan!

"Thank you, Mel!"

"Sama-sama! You nak I teman sampai ke bus stop ke? Kalau you takut samseng-samseng tu datang, I boleh teman." Pelawa Mel. Aku pantas menggeleng kepala.

"Tak apalah, Mel. Kau pergilah balik dengan Elly. Aku boleh balik seorang."

"Betul ni?"

Aku mengangguk kepala, meyakinkan Mel. Lagipun, jarak dari sini hendak ke pondok bas lagi beberapa meter sahaja. Mel sekadar tersenyum nipis.

"Okay, hati-hati. Bye!" Pamit Mel suara seakan-akan menahan geram. Dia mendengus kecil sebelum melangkah meninggalkan lorong itu. Kini tinggal Nayra seorang diri. Aku mengeluh sekali lagi. Tak pasal-pasal tersilap spray mata orang. Nayra... Nayra... apa nak jadilah dengan kau ni? Suara hati mengutuk diri sendiri. Aku geleng kepala.

Sebaik saja melihat kelibat Mel menghilang, aku kembali menoleh ke hadapan ingin menyambung langkah ke pondok bas. Namun, ada susuk tubuh tegap yang sudah berdiri menghalangi jalanku. Aku terkejut. Terus berundur beberapa tapak ke belakang.

Mata terbeliak terkejut. Aku perhati dari bawah sehingga ke atas pemakaian lelaki itu. Macam orang tak waras sahaja.

"Rezza?" keningku berkerut. Ya Allah. Rupa adik sendiri pun aku hampir tak cam. Mana tidaknya jika mukanya pucat seperti orang yang sedang khayal.

"Puas aku cari kau. Dekat sini rupanya?" Rezza menegur. Dia tersenyum sinis. Akhirnya, jumpa juga Nayra di sini. Anak matanya tertumpu pada dompet yang berada dalam genggaman Nayra.

Pasti dia mahukan duit! Pantas, Nayra menyorok dompet itu ke belakang.

"Kau nak apa?" Soal Nayra, garang. Kepala sedikit terdongak ke atas.

"Duit aku habis. Mak suruh minta dekat kau. Aku nak seratus. Tapi kalau kau baik, bagi aku lebih."

"Macam tu je kau minta dekat aku, kan? Akak takkan bagi kau duit kalau kau guna untuk benda-benda tak berfaedah."

Dia mendengus, geram. Pantang sungguh jika orang bermain tarik-tali. Dah minta tu, bagi je lah!

"Kau ni dengan mak sama je kan? Aku minta tu, bagi je lah! Apa yang susah sangat?!"

"Memanglah tak susah bagi kau! Sebab kerja kau minta duit je dari kakak! Aku ni yang penat kerja cari duit nak menanggung kauorang semua! Dah besar panjang pun tak reti nak jaga diri sendiri! Eh, kau tak malu ke Rezza? Yang lain sibuk cari kerja sambilan tapi kau pula sibuk layan diri sendiri yang tak tentu arah?"

"Hei, perempuan!" Nada suara Rezza naik satu oktaf. Selangkah dia mara ke hadapan mendekati Nayra. Tapi aku masih teguh berdiri di tempat yang sama. Berani.

"Kau jangan nak ajar aku boleh tak? Aku dah besar, aku tahulah apa aku buat! Sekarang ni aku nak duit, kau bagi je lah dompet kau tu!"

"Ini duit akak, bukan duit kau lah Rezza!"

"Kau ni memang menyusahkan aku lah! Bagi aje lah!" Rezza sudah mula hilang sabar. Dia menarik tangan Nayra cuba merampas dompet yang berada ditangan gadis itu. Malahan Nayra genggam sekuat mungkin. Takkan sesekali aku lepaskan dompet ini kepada Rezza. Duit ini cuma akan rosakkan hidup dia!

"Lepaslah, Rezza!" Bentakku. Namun, dia tak peduli.

"Kau yang sepatutnya lepas sebelum aku sakitkan kau!"

"Kau nak buat apa huh dengan duit ni? Aku lagi perlukan duitlah dari kau! Lepas!"

"Ish, kau ni memang mencabar kesabaran akulah!" Sebelah tangan Rezza sudah naik tinggi ke atas. Ingin menampar wajahku.

"Arghh!" Aku menempik kuat sambil memejam mata ketat-ketat. Dompet yang digenggam automatik terlepas kerana takut ditampar. Tapi setelah beberapa saat berlalu, tamparan yang sepatutnya hinggap ke pipiku tidak sampai-sampai. Takut-takut Nayra membuka mata.

Dan, terpaku melihat pergelangan tangan Rezza yang dihalang oleh seorang lelaki berkaca mata petak. Anak mata yang berwarna hijau tua tepat merenung tajam ke arah Rezza dengan maksud tersirat. Malah genggamannya semakin lama, semakin kuat sehingga Rezza mengerang kesakitan. Dompet yang berada ditangan Rezza, automatik dilepaskan jatuh ke tanah.

"Kau ni siapa huh? Lepaslah... Arghh!" Sekali lagi Rezza menjerit sakit saat tangannya diputarkan sedikit ke belakang. Terasa seperti tulang dibahunya akan patah jika lelaki itu tarik sampai ke belakang badan. Jadi cepat-cepat dia merayu meminta maaf agar lelaki itu tidak meneruskan perbuatan yang itu.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Don't apologize to me but her." arahnya serius. Rezza mengetap bibir. Geram. Anak mata mencerlung tajam ke arah Nayra. Tidak puas hati.

"Apologize to her now!" Bentak lelaki itu, memaksa. Rezza tarik nafas lalu lepas dengan keras.

"Aku minta maaf!" Rayunya. Tidak ikhlas. Tapi cukup dia sudah meminta maaf, itu sudah cukup puaskan hatinya. Lantas, pergelangan tangan Rezza terus ditolaknya kuat sehingga tubuh Rezza sedikit tergenjak ke belakang. Mujur sahaja dia sempat mengimbangi diri sendiri dari terjatuh menyembah bumi.

Rezza mendengus. Ekor matanya tajam merenung Nayra yang berdiri di belakang lelaki itu. Tak apa, kali ni kau terlepas! Bentak hatinya. Lantas, Rezza terus beredar meninggalkan lorong itu. Kini tinggal Nayra dan lelaki berkaca mata itu.

Setelah kelibat Rezza menghilang, Dia berpaling ke belakang memandang Nayra.

"Are you okay?" Perlahan-lahan tangannya menarik pergelangan tangan Nayra yang tertinggal kesan calar gara-gara cengkaman kuku si Rezza tadi. Pandangan Nayra turut jatuh kepada lengannya yang dibelek oleh lelaki itu. Kemudian lelaki itu merengus kasar.

"Aku betul-betul bencikan lelaki yang gunakan kekerasan pada wanita. He was so lucky because I let him go. If not, maybe I'll kill him. In front of you." Gumamnya. Dan disaat itu, anak matanya tepat memandangku dengan senyuman penuh makna. Kini mereka beradu pandangan. Cepat-cepat Nayra geleng kepala. Pantas, aku menarik tanganku semula.

"Dia adik saya." Aku bersuara, menunduk memandang ke bawah. Kata-katanya tadi buat aku meremang seketika. Kadang-kadang wajah innocent dia juga menyeramkan.

Dia tersenyum senget. Seolah-olah tahu reaksi yang Nayra pamerkan saat ini. Mungkin gadis itu sedang takut dengannya. Tapi apa dia peduli? Lelaki tadi benar-benar sudah melampau.  Lantas, lelaki itu tunduk mendapat dompet milik Nayra.

"Kau punya."

"Thank you." Pendek sahaja balasan. Aku terus mencapai dompet itu dan masukkan ke dalam beg tangan.

"Well... tak sangka kita boleh jumpa lagikan, Cik Nayra?" Tegurnya dengan menayang senyuman mesra. Nayra terdiam sejenak. Aku angkat muka memandang lelaki berkaca mata petak itu. Tak sangka, dia masih ingat nama aku. Dan tak sangka juga, sekali lagi kami bertemu. Kadang-kadang, aku pelik juga dengan perwatakan lelaki ini. Dia kata semalam, dia tidak berani. Tapi apa yang dia buat tadi, jelas menunjukkan yang dia adalah seorang lelaki yang sangat berani berhadapan dengan apa-apa bahaya yang datang.

"Ya. Tak sangka..." jawabku perlahan.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soalku, curiga.

Keningnya berkerut. "Why? Aku tak boleh lalu dekat kawasan ni ke macam mana?"

"Eh, bukan..." Pantas Nayra menggeleng menafikan pernyataan lelaki itu. Bukan itu maksud aku, tapi pelik apabila dia tiba-tiba sahaja muncul. Tepat pada waktu pulak tu.

"Then?"

"Saya tak sangka kita boleh jumpa sekali lagi? Dekat kawasan yang hampir sama?"

"Kebetulan. Itu semua kebetulan. Kenapa? Kau rasa aku ikut kau ke?" Soalnya. Malahan Nayra hanya diam tak berkata apa. Dia ketawa kecil.

"Aku cuma jalan-jalan dekat sini. Sama macam kau semalam. Kau jalan-jalan masa dekat lorong semalam, kan? Kita sama. Don't worry. Aku tak ada masa nak buat kerja intip orang. I have a lot of work to do besides spying on you." Ujarnya.

"Tak adalah. Saya tak anggap awak intip saya pun. Lagipun, kita baru jumpa kan? Tak mungkin awak nak intip saya."

"That's true!" Dia menyokong. Aku tersenyum lebar. Firasat aku ni kadang-kadang tak boleh dipakai. Semua orang nak dianggap jahat. Nayra... Nayra... tak semua orang jahat dalam dunia ni. Omelku di dalam hati, memberi nasihat pada diri sendiri.

"By the way... Saya lupa nak tanya nama awak semalam. Yalah, awak hilang cepat sangat." Nayra kembali bersuara setelah mendiamkan diri selama beberapa minit.

Keningnya sedikit terangkat ke atas. Jari terlunjuk menunding ke muka sendiri. "My name?"

Aku mengangguk kepala. Yalah. Takkan nak tanya tanya ayah dia pula?

Dia mengukir senyuman kecil. Lelaki itu berdahem sebelum menyambung suara. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

"Just call me, Yan."

"Yan?" Keningku berkerut. Malah dia mengangguk kepala. Takkan nama dia dengan adik dia sama?

"Nama penuh?"

"Don't need to know. Tak penting. Panggil Yan pun dah cukup. Lagipun, nama aku panjang. Malas nak sebut."

"Tapi nama adik awak pun Yan jugakan?"

"So? What's the problem?"soalnya dengan menjongket bahu. Aku kecilkan mata. Mencari kebenaran diwajah lelaki itu.  Takkan dia tak faham maksud aku? Atau dia sengaja hendak bermain-main dengan aku? Tapi jika benar nama mereka sama pun, tak mustahil. Tak sampai beberapa, lelaki itu melepaskan tawa.

"Okay... Okay... I will be honest with you. Nama aku dengan nama adik aku, ada Yan dekat belakang. So panggil je Yan. Lagipun, kau bukannya kenal dengan adik aku kan? Kau cuma kenal dengan aku. So kalau kau panggil Yan, that means... You call me. Not another, Yan. Jadi tiada siapa yang akan pening kepala. So Cik Nayra... Selamat berkenalan!" Ujarnya panjang lebar dan akhirnya dia menghulurkan tangan ingin berjabat denganku tanda terjalinnya persahabatan diantara kami berdua. Dia tersengih menampakkan gigi. Nampak penuh mesra cara dia menyapa aku. Tapi entah mengapa, disebalik perwatakan mesranya aku rasa dia ada sembunyikan sesuatu.

Tapi, apa dia?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro