TSI 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Evolution High School

Langkah Syaf terhenti, dia baru sahaja melangkah keluar dari lab sambil memegang iPad pada tangan kirinya.

Getaran yang dirasakan pada bahagian poket seluarnya membuatkan dia berhenti.

"Kau gerak dulu. Aku nak angkat call" arah Syaf kepada kawannya. Terus dia berjalan ke arah yang berlawanan dari jalan sepatutnya dia pulang ke kelas.

Tangan kanan diseluk masuk ke dalam poket seluarnya. Nama pemanggil dilihat pada skrin telefonnya sebelum panggilan itu diangkat.

Mama is calling...

Melihat nama pemanggil di skrin membuatkan Syaf memandangnya pelik. Jarang sekali Datin Alaia menghubunginya pada waktu sesi persekolahan.

Segera diangkat panggilan itu tanpa membuang masa.

"Ye ma"

"Syaf"

"What's wromg with your voice?"

Mendengar suara Datin Alaia menyebut namanya sahaja dia sudah risau. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Can you go home now?"

"Why? What's wrong?"

"Your sister, she—"

Tidak menunggu lama, Datin Alaia juga tidak sempat menghabiskan ayatnya, Syaf telah mematikan panggilan lalu berlari meninggalkan bangunan akademik.

Datin Alaia menurunkan tangannya ke sesi selepas menelefon anak lelakinya. Mata sayu memandang Aira yang hanya duduk di birai katil dan berdiam diri sejak pulang dari sekolah dua hari lalu.

Sejak itu, anak gadisnya tidak mahu pergi ke sekolah sehingga dia terpaksa menelefon pihak sekolah untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Aira menyebabkan gadis itu tidak mahu buka mulut.

Awalnya dia tidak mahu melibatkan anak lelakinya tetapi pasti Syaf dapat mengetahui puncanya kerana mereka berdua merupakan kembar. Hendak tak hendak dia mengambil keputusan untuk menghubungi anak lelakinya bagi mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi kepada Aira lagi.

Sebuah BMW M8 berwarna black matte masuk ke dalam perkarangan rumah banglo. Syaf tergesa-gesa keluar dari keretanya. Pintu dihempas kasar lalu berlari masuk ke dalam rumah.

"Mama"

Syaf mendapatkan Datin Alaia yang hanya berdiri di hadapan pintu bilik tidur Aira yang tertutup.

"Syaf"

Syaf melihat wajah Datin Alaia yang jelas memaparkan kerisauannya.

"Mama jangan risau. Nanti Syaf tanya Sya okay. She will be fine. Trust me" pujuk Syaf lalu menenangkan wanita itu dengan pelukannya.

Aira duduk di kerusi yang tersedia di balkoni biliknya sambil memegang secawan air coklat panas. Matanya jatuh memandang pemandangan gunung-ganang di hadapannya. Bunyi ketukan pintu langsung tidak mengganggu dirinya. 

"Sya'a aku masuk ni" tutur Syaf yang masih di muka pintu. Tombol pintu ditolak lalu pintu dibuka. Syaf melangkah setapak masuk ke dalam bilik si kakak. 

Mata meliar mencari kelibat si kakak. Ruang tamu yang berada di dalam bilik itu menyapa matanya sebaik sahaja dia membuka pintu. Pintu balkoni yang terbuka menarik perhatiannya. 

"Sya" 

Langkahnya terhenti melihat figura Aira yang duduk membelakanginya melalui cermin kaca pintu sliding door. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah Aira. 

Syaf mengeluh kecil lalu kaki diangkat berjalan menuju ke ruang balkoni. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah Aira. Gadis itu langsung tidak berpaling memandangnya. 

"Kenapa kau tak bagitahu aku?" soal Syaf. Matanya turut sama menikmati pemandangan yang berada di hadapannya. 

"Nothing will change" balas Aira mendatar. 

"Cut the crap Sya'Aira. You're away from school for two days already. What happened?" soal Syaf. Soalannya kedengaran serious walaupun nadanya tidak berubah. 

"Nothing" balas Aira lalu meletakkan cawan di atas meja yang memisahkan dua buah kerusi mereka. 

"Stop lying Sya" Syaf menekankan sedikit suaranya. Dia mahukan jawapan yang sejujurnya bukan hanya nothing. 

"What can you do, Syaf? What can you do if you know the truth? What if perempuan yang kau suka cakap dekat kau yang dia suka kau hanya sebab popularity kau dan bukannya sebab diri kau yang sebenar? Apa yang kau akan buat if orang kawan dengan kau hanya sebab popularity kau? Popularity— huh I'm sick already. Jadi famous hanya untuk orang lain ambil kesempatan ke atas diri kita"

Syaf terdiam selepas mendengar kata-kata yang diluahkan Aira. 

"Kau tak pernah tahu kenapa aku buat keputusan untuk pindah dan berubah"

Serentak, Syaf menoleh memandang Aira. Wajah gadis itu tampak tenang. 

"Jadi semalam ni— Ash gunakan kau sebab popularity? Emy—" mata Syaf membulat mengingatkan kembali apa yang terjadi dua tahun lalu, hari terakhir sebelum Aira menyuarakan keputusannya untuk berpindah ke sekolah lain. 

Pada hari itu, Aira pulang dari sekolah dengan muka yang merah serta mata berair. Puas Datin Alaia memujuk Aira untuk memberitahu apa yang terjadi tetapi Aira diam dan terus menutup mulutnya rapat. Kebetulan pula pada minggu itu Syaf tidak ke sekolah kerana berada di England. Apabila pulang sahaja, dia dimaklumkan bahawa Aira sudah bertukar ke sekolah baharu dengan itu Syaf juga bertukar ke Evolution High. Tanpa mengetahui sebab mengapa Aira menyembunyikan identitinya. 

"What happened with you and Ad?" soal Syaf. 

"Ad— Adrian, he confessed to me but you know apa yang jadi pada hari competition tu buatkan orang lain emotional" balas Aira mendatar. 

"Wh— What! Adrian confess dekat kau! Kau! Aira!" terkejut beruk Syaf dibuatnya selepas mendengar berita yang menggemparkan seluruh bilik itu. Syaf berdiri lalu bercekak pinggang. 

"Slow down your voice, kiddo" marah Aira. Syaf kelihatan seperti cacing kepanasan mendengar yang Adrian confess kepada Aira dan bukannya Sya'a. Itu merupakan satu fenomena yang pelik. 

"How can dia jatuh cinta dengan Aira yang nerd macam tu? Besides, he's Adrian Isyraf"

Sebaik sahaja Syaf menyudahkan kata-katanya, sebuah bantal kecil selamat mendarat di atas mukanya. 

"Wah mulut kau, no wonder sampai sekarang single" balas Aira geram lalu berdiri dan berjalan masuk ke dalam bilik.

"Eh, apa kaitan pula aku dengan kau. Nur Sya'Aira!" jerit Syaf lalu mengejar langkah Aira yang masuk ke dalam bilik. 

Fokus Adrian terganggu apabila melihat sebuah kerusi kosong tanpa penghuni di dalam kelas itu. Apple Pencil yang dipegang terlepas dari pegangannya. Sudah dua hari berturut-turut Aira tidak hadir ke sekolah selepas kejadian pada hari isnin yang lalu. 

'Silap aku?'

"Kau kalau esok kau tak nak pergi juga memang—"

Aira yang malas mendengar bebelan adiknya laju menolak Syaf masuk ke dalam perut kereta pakej siap membukakan pintu buatnya lagi.

"I know la" balas Aira malas lalu menutup pintu kereta Syaf. Syaf yang masih belum berputus asa menghidupkan enjin kereta lalu menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Apa lagi Syafiq Edwin?" Dipandang Syaf tajam. Terus air liur ditelan payah Syaf melihat wajah Aira yang persis singa kelaparan.

"Sabar la. Aku nak bagitahu malam ni kau kena teman aku pergi birthday party"

"Tak nak. Malas" balas Aira pendek. Cepat sahaja dia menolak ajakan Syaf.

"Tak ada jawapan tak nak and malas. So, my princess don't forget our date tonight. I will fetch you at 9. Bye" jelas Syaf tetap dengan keputusannya untuk membawa Aira ke majlis tersebut walaupun si kakak mengatakan tidak.

"Ugh!" Aira melepaskan geramnya. Jika Syaf bukan adik kembarnya sudah lama ditaman lelaki itu di laman belakang rumah mereka.

Nak tak nak permintaan si adik akan ditunaikan jika tidak tujuh keturunan nanti Syaf tidak akan habis mengungkit hal itu.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah semula. Hari ini dia masih tidak ke sekolah lagi. Masih belum bersedia untuk menghadap perkara itu.

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro