TSI 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syaf memberhentikan keretanya di bahu jalan. Stereng kereta dihentak kasar.  Aira berpaling memandang Syaf lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Diri mengeluh kecil. 

"Can you just stop, Syaf? Benda dah lama" tutur Aira. Serentak, Syaf memandang Aira dengan wajah tidak percaya.

"Sya, dia tak berhak treat kau macam tu. Kau tak layak untuk dia. You deserve better, Sya'Aira" tegas Syaf. Ash bukan lelaki yang sesuai buat kembarnya. 

Aira memandang Syaf.

"Yes, I know but bukannya dekat majlis orang. I never expect pun akan jumpa dia dekat situ. It's a long time ago already" balas Aira tidak mahu memanjangkan lagi masalah itu kerana semua itu adalah masa silamnya. 

Adrian meletakkan kunci keretanya di atas meja lalu menarik kerusi yang terletak elok pada meja belajarnya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Fikirannya masih belum melupakan apa yang terjadi tadi, semasa berada di majlis ulang tahun kelahiran Nik. 

"Ash" mulutnya menyebut sepotong nama. Laju jari-jemarinya menaip di atas permukaan skrin telefon pintarnya. 

"Kiara International High School" mata terarah pada gambar Ash yang sedang memakai uniform rasmi Sekolah Tinggi Antarabangsa Kiara, sekolah yang menempatkan kebanyakan pelajar yang datang dari luar negara dan juga pelajar daripada golongan keluarga kenamaan. 

Segera dia menghubungi Fekry apabila teringat akan sesuatu. Dia mahukan kepastian. 

"Hello Fekry"

"Hah kau nak apa? Baru lepas jumpa takkan dah rindu" seloroh Fekry bersama tawa kecil.

"Not funny. I want to ask you about Syaf"

"Hah kenapa dengan Syaf?" soal Fekry pelik. Mengapa Adrian tiba-tiba mahu bertanya soal Syaf pada lewat malam ini?

"Sebelum dia pindah, dia sekolah dekat mana?" soal Adrian. 

"Syaf? Oh, dia dari KIH. You know Kiara International High School" balas Fekry. 

Mendengar jawapan daripada Fekry, masa Adrian dirasakan terhenti. Fekry melihat skrin telefonnya apabila Adrian tiba-tiba senyap, takut ada gangguan pada panggilan mereka tetapi tidak. 

"Hello, Ad?" panggil Fekry. 

Adrian tersedar dari lamunannya. 

"Okay thank you bro" segera panggilan dimatikan. 

Belakang tubuh Adrian bersandar pada kerusi gaming. Telefon diletakkan di atas meja. 

"Semuanya dah terjawab" tutur Adrian. 

Dirinya kembali pada kejadian Ash dan Syaf bertikam lidah di majlis Nik, tidak ketinggalan ekspresi wajah Sya'a yang dilihatnya. 

"Kau pun sama la macam aku Syaf!"

"Apa? Aku sama macam kau?"

"Yes. Kalau bukan sebab Sya'a, orang tak kenal la siapa kau, Syaf" 

Jika Ash dan Syaf dari Kiara International High School jadi kemungkinan besar Sya'a juga pernah bersekolah di situ. Semua itu tidak mustahil untuk terjadi dengan apa yang dimiliki Sya'a. Tetapi sudah pasti gadis itu sudah tidak menuntut di situ lagi mengenangkan apa yang telah berlaku tadi. 

Adrian memandang kosong skrin monitor yang gelap di atas meja belajarnya. 

'Apa kaitannya kau dengan Syaf, Aira?'

Scarlet High School

Adrian berjalan menghampiri meja Hani yang kelihatan sedang mendengar lagu menggunakan airpods. Meja gadis itu diketuk untuk memberitahu kehadirannya di situ.  Hani mendongak ke atas, spontan sebelah tangannya naik mencabut airpod di telinga sebelah kanan. 

"Kau tahu Aira sekolah mana before masuk sini?" soal Adrian tanpa membuang masanya. 

Mendengar soalan Adrian, mata Hani beralih memandang tempat duduk Aira yang masih kosong tanpa tuannya. Aira masih belum hadir ke sekolah sudah masuk seminggu. Kemudian, Hani kembali memandang Adrian yang berdiri di hadapan mejanya, dengan berat hati dia menggeleng kepala tanda tidak tahu. Malah tiada siapa pun yang tahu soal kewujudan Aira selama ini. 

Dari mana dia datang. Apa nama penuhnya. Dia tinggal di mana. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut bertegur dengan Aira selepas gadis itu berpindah ke sekolah mereka. A story of a lonely girl. Tragik.

Tanpa berkata apa-apa setelah mendengar jawapan daripada Hani sendiri, Adrian melangkah pergi berjalan ke tempat duduknya. Hani memandang wajah Adrian, dia juga tidak dapat berbuat apa-apa. Semua itu atas kemahuan Aira sendiri. Jika dia tidak mahu ke sekolah maka bukan dia untuk memaksa gadis itu untuk datang ke sekolahnya. 

Disebabkan keputusannya memaksa Aira menyertai pertandingan itu, mungkin sekolah Aira masih ke sekolah seperti biasa. Dia juga merupakan faktor utama semua ini berlaku. Tempat duduk Aira dipandang sayu. 

Aira memberhentikan keretanya di bahu jalan tidak jauh dari pintu masuk ke sekolah. Tingkap kereta diturunkan. Melalui kaca mata hitam yang dipakainya dia hanya melihat kosong pintu pagar sekolahnya. Hampir seminggu dia tidak hadir ke sekolah. Manakala pusingan terakhir pertandingan itu pula akan berlangsung tidak lama lagi. 

Aira mengeluh berat.

'Masa lalu yang masih mengejarku, apakah ada jalan keluar buatku? Masa lalu yang aku ingin lupakan dan tinggalkan, apakah aku dapat lupakannya buat selamanya? Atau setia menjadi peneman memoriku?'

Choco Lite

"Kau still tak pergi sekolah Sya?" soal Amalin dengan nada tidak percaya apabila melihat Aira yang tiba dengan pakaian biasa.

Selamba Aira menggeleng lalu menarik kerusi dengan wajah poker yang menjadi kebiasaannya. 

"Heol. Gila" tutur Hanna selepas mendapat jawapan daripada Aira. Manakala Asya menepuk kedua belah tangannya. Respect akan gadis itu. Tidak pernah-pernah Aira buat hal tidak pergi ke sekolah. 

"A beauty with brain. Tak pergi sekolah pun dah pandai" tutur Amalin. Aira menarik kaca matanya lalu diletakkan di atas meja. Dia hanya memilih untuk mendiamkan dirinya. 

"Syaf mesti bising lepas apa yang jadi haritu" tebak Hanna kerana dia kenal kembar Aira itu seperti apa perangainya. Melihat Aira disakiti pasti Syaf juga merasai kesakitannya. 

"As usual" balas Aira mendatar. 

"Habis tu dengan Ash pula macam mana? Aku tengok dia macam nak makan je Ash tu semalam" soal Asya pula. 

"I said to let it go. Let bygones be bygones. I'm tired already" balas Aira sambil mengacau minumannya. 

Adakah keputusannya selama ini salah? 

Atau—

Jalan yang dia pilih selama ini adalah salah?

Ketiga-tiga gadis itu terdiam. Aira memilih untuk berpindah ke sekolah lain dengan membawa identiti yang baharu dengan harapan dapat menamatkan zaman persekolahannya dengan senyap dan aman tanpa diketahui sesiapa tetapi dengan kejadian baru-baru ini, ditambah pula dengan kehadiran Adrian mereka merasakan itu sesuatu yang mustahil bagi Aira walaupun sudah berada di tahun terakhir. Hanya berbaki beberapa bulan sebelum mereka menghadiri majlis graduasi. 

"Wait, tu bukan Emy?" Asya bersuara menghapuskan kesunyian di meja mereka. 

Aira yang mendengar pertanyaan Asya segera berpaling. Matanya jatuh memandang satu figura yang sangat dikenalinya sebelum ini. Former closed friend.

Amalin dan Hanna turut memandang ke arah kaunter di mana Emy dan beberapa orang di samping gadis itu sedang membuat pesanan mereka.  Aira hanya memandang tanpa bersuara. 

Serentak, Emy menoleh ke arah meja yang dihuni mereka. Aira hanya menongkat kepalanya di atas meja sambil memandang Emy kosong. 

'Sebuah tali persabahatan yang penuh dengan pengkhianatan'

"Sya'a" Emy terkaku. 

Aira dapat membaca bentuk mulut Emy yang menyebut namanya. Ekspresi wajahnya bertukar sinis. Hujung bibirnya terangkat.  Wajah orang yang telah menggunakannya semata-mata untuk popularity sudah muncul di hadapannya. A beautiful revenge. 

Aira bangun lalu berjalan mendekati Emy yang berdiri kaku. 

"Hai Emy" serentak, Aira menghulurkan tangannya ke arah Emy sambil mengukir senyuman yang penuh makna. 

"Long time not see" tambah Aira lagi masih menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan gadis itu.

'Dikenali ramai bukan pilihan aku hanya satu kesilapan yang terjadi secara tidak sengaja'

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro