TSI 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bro, hey" Iqbal menghulurkan tangannya kepada Adrian lalu disambut lelaki itu.

Ammsyar duduk diam membelek akaun Instagram miliknya di hadapan Adrian.

"Apa jadi semalam?" Soal Fekry ingin tahu.

"Nothing much" balas Adrian malas.

"Tu je?" Soal Ammsyar.

Adrian mengangguk malas. Ammsyar dah Fekry berbalas pandangan. Musykil mereka jika tiada apa-apa yang berlaku menyebabkan Adrian tidak mahu membuka mulut. Hanya sepatah sahaja yang dia jawab.

"Seriously?" Iqbal yang sedang membuka aplikasi Instagram terkejut.

Adrian memandang sambil sebelah keningnya terangkat.

"Kau kenapa?" Soal Fekry pelik. Ammsyar menutup telefon pintar lalu meletakkannya di atas meja.

Iqbal menukar posisi telefon pintarnya menghadap kawan-kawannya yang lain. Pada paparan skrin iPhone 13 Pro Max itu jelas terpapar Instagram Stories milik Syaf yang sedang merakam perbuatan Sya'a sedang memasukkan beg bagasi ke dalam bonet kereta. Diselitkan juga satu ikon kapal terbang di situ.

"She's leaving?" Tebak Fekry dengan nada sedikit terkejut. 

Ammsyar memandang Adrian. Mereka berdua bertukar pandangan.

"I'm leaving" tutur Adrian secara tiba-tiba. Lelaki itu bangun lalu berlari anak meninggalkan cafe tersebut.

"Dah la kau ni. Bosan peminat kau tu asyik tengok muka aku ni dengan Instagram kau" marah Sya'a sambil menolak lengan Syaf yang dari tadi asyik mengambil video dan gambarnya sejak dari rumah lagi. 

Sya'a mengacau minumannya menggunakan penyedut minuman sementara menunggu waktu penerbangan yang telah ditetapkan. Sengaja mereka tiba awal di sini kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai. Ibu bapanya sudah pulang sebentar tadi kerana mereka perlu menguruskan sesuatu. 

Tiba-tiba telefon pintar Sya'a berbunyi menandakan ada satu notification dari Instagram. Mata Sya'a melihat paparan skrinnya lalu dahinya berkerut. 

"Adrian Isyraf?" gumamnya melihat nama itu yang muncul pada skrinnya. 

"Why?" soal Syaf pelik setelah melihat Sya'a membatu memandang skrin telefon pintarnya. Jejaka itu mengerling ke arah skrin telefon pintar Sya'a. 

"Kenapa Ad dm kau tu?" soal Syaf pelik.

"Tak tahu" balas Sya'a lalu mengambil telefon pintarnya. 

"Can we meet?" Sya'a membaca direct message yang diterimanya daripada Adrian. 

Syaf yang mendengarnya terus memandang Sya'a. 

"Again? " tutur Syaf tidak percaya. 

"May be dia ada benda yang tertinggal semalam" tebak Sya'a selamba lalu bersandar pada kerusinya. Keadaan di Starbucks itu tidak terlalu padat dengan pelanggan mungkin kerana masih awal. 

Jari bergerak membalas direct message Adrian. 

"Don't be so mean, sister. You will scare him" perli Syaf lalu menyedut air minumannya sedikit demi sedikit sambil memerhati dua pelanggan perempuan yang sedang memandang ke arah mereka. Dia hanya memberikan sebaris senyuman yang membuatkan mereka over excited. 

"I know what to do" balas Sya'a malas menadah telinganya dari mendengar bebelan si adik. 

Sebuah McLaren 720s berhenti di petak tempat letak kereta. Pemiliknya keluar dari kereta kemudian menekan alarm. Kaki berjalan masuk ke dalam bangunan. Kaca mata hitamnya dibetulkan bagi mengelak dirinya menjadi tarikan pengunjung. Sebelah tangan mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar lalu menelefon seseorang. 

"I'm here"  ujarnya. 

Mendengar balasan di hujung talian, dia mengangguk kemudian mencari satu tempat duduk kosong dan juga jauh dari orang ramai. 

"Is that Adrian Isyraf?"

Pertanyaan itu membuatkan Adrian cuba mengawal air mukanya sebaik mungkin. Tidak kira di mana dia berada, pasti dirinya dikenali umum. Popularity dengan namanya tidak dapat dipisahkan. 

"I think so, it's him. What is he doing here?" 

Adrian sedikit pun tidak bergerak. Matanya setia memandang ke pandangan kapal terbang dan langit di luar. 

"Here you are" tegur satu suara. 

Adrian menoleh lalu mendongak memandang figura yang berdiri di sebelahnya. Kelihatan Sya'a elok berdiri di sebelahnya dengan kedua-dua tangan masuk ke dalam poket jaket yang tersarung elok pada tubuh.

Tangan Sya'a naik menanggalkan kaca mata hitam lalu duduk di kerusi sebelah Adrian. 

"This scenery is beautiful, isn't it?" ujar Adrian. 

"But will it last forever?" balas Sya'a pula. 

Masing-masing terdiam. 

"You know what Adrian, mencintai seseorang itu satu perkara yang sukar. Apatah lagi untuk melupakannya" Sya'a  bersuara memecah kesunyian antara mereka. 

"Your past relationship must teach you something right" tutur Adrian dengan ekor matanya mengintai Sya'a sebalik cermin mata hitamnya. 

Sya'a mengerling ke arah Adrian lalu tersengih. 

"May be and honest to say I lost my interest to get into any relationship at the moment" luah Sya'a mengenai apa yang dirasakan selepas mengalami satu hubungan yang gagal. Dirasakan semua itu satu perkara yang sia-sia. Menjadi Aira juga banyak mengajar dirinya  bahawa orang percaya dengan apa yang mereka lihat dan angka menjadi penentu segalanya. 

"You're strong enough to get back at him. I mean dekat event haritu. Funny" tutur Adrian tergelak kecil setelah mengingat semua apa yang berlaku tempoh hari. 

"Both you and Aira are unique that is why people admire you Sya'a. You have the power to make everything happen" tambah Adrian lagi. Sya'a mendengar kata-kata Adrian turut tertawa kecil. 

"Unfortunately, Aira rejects you" tutur Sya'a perlahan.

"May be I am not good enough for her. Apa yang you cakap semalam tu memang ada betulnya. I cannot force you to accept me too. We both mahukan perkara yang sama dan itu merupakan satu yang mustahil untuk kita berdua bersama" tutur Adrian setelah berfikir panjang. Dalam diam Sya'a mengangguk kecil tanda bersetuju. 

"You deserve someone better than me, Adrian. May be not now but later in future we don't know. Masa. Biarkan masa yang menentukan segalanya. Even sebagai Sya'a sekalipun you terlalu baik untuk I, Adrian" luah Sya'a jujur dari dalam sudut hatinya. 

Lelaki itu tidak sesuai baginya. Mungkin sudah tertulis, jodoh bukan milik mereka berdua. 

Adrian hanya mengangguk mendengar luahan daripada Sya'a. Nampaknya gadis itu masih mempunyai luka yang masih belum sembuh. Tidak terdetik dalam hati Adrian mahu menambah luka kepada Sya'a. Mungkin tanpa dia sedar dia telah menyakiti gadis itu. Dia tidak tahu. Dia melihat Sya'a jujur mahukan yang terbaik buat dirinya kerana gadis itu sedar dia bukan yang baik dan tidak dapat memenuhi apa yang dimahukan dirinya. Dunia tanpa popularity, Sya'a mahupun dia tidak dapat mengelak lagi. 

"If I boleh undurkan masa, I minta untuk menjadi Aira dan bukannya Sya'a yang dikenali. But it is too late, popularity yang I bawa sendiri hancurkan diri I. Kita tak sedar dalam popularity tu ada agenda yang tersembunyi. Walaupun orang kata semua itu hanya sementara di dunia tetapi kita tak tahu dengan gelaran instafamous tu sejauh mana kita boleh pergi. Kadang-kadang I rasa benda tu kejam dengan I tetapi nak tak nak I kena terima. I kena relakan sampai orang lain cintakan popularity I dan bukannya diri I" 

"At least, you are lucky to have Syaf with you" 

Sya'a tertawa kecil mendengar nama adiknya.

"Yes, but not so lucky. So, Adrian I hope you will find your happiness soon and prove it to me even orang macam kita pun boleh jadi macam orang biasa. Before we are an instafamous, we also are human like others. Kita berhak ke atas privacy kita sendiri" tutur Sya'a lalu berdiri berjalan mendekati cermin kaca di hadapannya. 

Langkahnya turut diekori Adrian. 

"I never knew you, Sya'a. But once I get to know you, I understand the meaning of privacy. I will pray for your success too. I hope to see you again in the future" tutur Adrian berpaling memandang Sya'a. Sya'a turut berdiri menghadap lelaki itu. 

"Thank you, Adrian. Just hit me up if you need anything because you are my friend"

"Friend?"

"Yes, we are friend right?" tutur Sya'a tertawa di hujung ayatnya. 

"Sure. Never dream about Sya'a an instafamous to be my friend" Adrian juga turut tergelak. 

Sya'a menggeleng kepalanya. Mata jatuh melihat angka pada jam tangannya kemudian memandang semula ke arah Adrian. Nampaknya sudah tiba masanya untuk dia berangkat pergi. 

"Goodbye. See you again" tutur Sya'a. 

"Goodbye too. Take care" balas Adrian. 

Suasana mereka mula bertukar. Melepaskan dan merelakan merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh Adrian agar dia mampu untuk bergerak ke hadapan tanpa menoleh semula ke belakang. Apa yang diharapkan Sya'a ialah agar lelaki itu tidak akan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat. 

Sya'a mula melangkah meninggalkan Adrian yang masih berdiri di tempat yang sama hanya memandang belakang tubuh Sya'a. Sya'a memakai semula kaca mata hitamnya bersama satu senyuman. 

"Sya'a!" panggil Adrian. 

Sya'a berhenti melangkah lalu berpaling memandang Adrian semula. 

"Thank you for the memories" tutur Adrian. 

"I will always be behind your back" laung Sya'a.

Sya'a mengangguk kemudian melambai ke arah Adrian bersama sebuah senyuman. Lelaki itu membalasnya kembali. Figura Sya'a mula hilang dari pandangannya. Adrian berpaling lalu berjalan meninggalkan kawasan lapangan terbang dengan telinga mendengar pengumuman mengenai penerbangan ke Australia akan berangkat tidak lama lagi. 

'They are not a different person but she is too good at goodbye'
-AdIsyraf-

'Never turn back and keep moving. That is life'
-_sya'a_-

THE END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro