- Bab 7 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Noted: Iqa akan edit semula bab ni nanti... Itupun kalau rajin UvU

"Ni... Nadz ke?" Soal Ellyna.

"Bingo! Congratulations my sister!" Ujar Nadz dengan nada gembira. Ingat jugak suara dia, terharu sekejap.

"Ha, telefon Kak Elly ni nak apa? Ambil daripada mana nombor akak ni? Setahu akak, tak pernah pulak akak bagi nombor akak dekat Nadz," Lyna berasa pelik. Macam mana boleh dapat nombor dia ni? Dia tak pernah bagitau sesiapa kecuali Tuan Syarid.

"Hahaha... Soalan apa tu Kak Elly? Siapa lagi kalau bukan Tuan Syarid. Nadz call ni sebab Tuan Syarid suruh kak Elly datang pejabat. Katanya ada benda penting nak bagitau."

"Hmm yelah, Kak Elly nak singgah kedai makan kejap lagi. Nak kirim apa-apa tak? Tanya Haiz sekali."

"Nasi goreng kampung 2. Kak Elly belanja... tata~" Nadz terus memutuskan talian.

Ellyna terus bergerak pergi ke kedai makan. Sebelum sampai ke kedai makan, dia tersesat pergi ke tempat lain. Sudah lama dia tidak tinggal di CyberTech. Jalan nak pergi kedai makan pun dah lupa. Terpaksalah dia menggunakan waze. Akhirnya dia selamat sampai ke kedai makan yang dituju.

🌺 🌺 🌺

Haziq, Hakim, Aiman, Husna, Rine dan Lya sudah berada di ibu pejabat. Mereka menunggu ketibaan satu lagi ahli kumpulan mereka yang diberitahu oleh Tuan Syarid. Masing-masing buat kerja sendiri sementara menunggu. 

"Haiz, Haiz dah sediakan benda tu?" Tanya Tuan Syarid kepada Haiz. Haizu Aryn nama diberi.

"Sudah Tuan."

"Bagus, pergi pasang dekat pintu tu." Arah Tuan Syarid sambil menunjuk ke arah pintu pejabatnya. Haiz berjalan pergi ke luar pintu bilik pejabat Tuan Syarid.

Dia memasang sejenis alat di luar pintu bilik Tuan Syarid. Daripada rupa bentuk alat itu, terlihat seperti sebuah mangga kunci tetapi saiznya lebih kecil berbanding yang asli.

"Benda apa tu Tuan?" Soal Aiman

"Nanti kamu akan tahu," Tuan Syarid tersenyum. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi Ellyna nanti.

🌺 🌺 🌺

Ellyna selamat sampai ke Ibu Pejabat. Dia meletakkan motorsikal miliknya di ruang parkir yang disediakan. Bungkusan makanan diambil. Dia mengorak langkah masuk ke dalam ibu pejabat. Ellyna tersenyum tatkala melihat wajah seorang perempuan yang amat dia kenali.

"Assalamualaikum, Kak Sarah" Sapa Ellyna.

"Eh Lyna. Bila Lyna balik sini?" Ujar seorang perempuan yang bernama Sarah.

"Baru je sampai kelmarin. Akak sihat?"

"Alhamdulillah sihat, Lyna datang sini mesti nak jumpa Tuan Syarid kan. Dia ada dalam bilik dia."

"Ok, Lyna pergi dulu ye kak. Nanti kita borak lagi."

Ellyna melangkah pergi meninggalkan tempat Sarah. Sempat dia menegur beberapa orang yang dia kenali.

"Tuan, Ellyna dah sampai." Ucap Sarah melalui earbuds.

"Baik, Kamu semua bersedia untuk berjumpa dengan ahli kumpulan baru."

Mereka semua menganggukkan kepala. Ellyna mengetuk pintu meminta kebenaran untuk masuk. Setelah diberi kebenaran, pintu dikuak daripada luar. Ellyna melangkah masuk ke dalam bilik.

"Pak ngah, Lyna ada ba..." Kata-katanya terhenti apabila melihat wajah beberapa orang dihadapannya.

"Elly/Rose!" Ucap mereka berenam serentak. Haiz hanya memberi riak biasa apabila melihat Ellyna manakala Nadz dan Tuan Syarid pula hanya tersenyum.

Masing-masing terkejut melihat Ellyna. Ellyna memandang tajam kearah Tuan Syarid. Senyuman yang menghiasi wajah Ellyna tadi hilang serta merta. Ellyna cuba untuk membuka pintu semula tetapi gagal.

"Ishh, dahlah aku tak bawa apa-apa hari ni," batin Ellyna.

"Elly kau pergi mana selama ni? Puas aku cari kau." Ucap Husna.

"Err... h.. hai." Ellyna memaksa dirinya untuk mengukir senyuman. Sungguh, dia berasa tidak selesa sekarang. Ellyna mengeluh apabila mengetahui yang dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk keluar.   

"Perkenalkan ni Ellyna Maisarah atau code name dia Rose. Saya pasti semua yang ada disini sudah kenal dengan Ellyna. Dia akan jadi ahli kumpulan kamu semua" Ujar Tuan Syarid.

Membulat mata Ellyna. Ini ke yang dikatakan perkara penting! Menyesal dia datang. Sudahlah ahli kumpulannya ialah semua orang yang dia jemput untuk menjadi perisik. Haih. Apalah nasib.

"Yeay! Nampaknya kita akan bekerja sama sekali lagi Elly! Yahoo!" Sorak seorang lelaki, Aiman.

Aiman mendekati Ellyna namun nasibnya tidak baik. Ellyna membaling bungkusan makanan yang dipegang kearah muka Aiman. 

"Wehh, Panas! Kau asal baling dekat aku!" Aiman mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Makanan yang dibaling selamat ditangkap Husna. Kalau tidak dah pecah dah kuah tomyam dalam bungkusan plastik itu. Membazir je beli.

"Kau duduk jauh-jauh." Ujar Ellyna. Dia berjalan pergi ke arah Husna. Bungkusan makanan diambil semula.

Orang lain yang berada disitu hanya menahan ketawa melihat Ellyna dan Aiman. Sudah kenal sangat perangai Ellyna walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa. Asal jumpa je dua orang tu mesti bergaduh. Macam anjing dengan kucing! Haih. Tetapi berkawan jugak.

"Tak berubah langsung. Humph!" Ucap Aiman sambil memeluk tubuh.

"Apa semua ni Pak ngah? sebab ni ke Pak ngah suruh Lyna datang sini? Bekerja sama dengan dia ni?" Ellyna menunujuk ke arah Aiman. 

Sudahlah misi sebelum ni pun gagal disebabkan Aiman. Orang suruh dia sembunyi dan hack sistem secara tersembunyi boleh pulak dia bersembang dengan musuh, haih. Akhirnya misi tu selamat dihalang oleh pasukan musuh dan GAGAL.

"Duduk dulu, nanti Pak ngah terangkan."

Tanpa membantah Ellyna mengambil tempat duduk. Mereka semua juga turuk duduk ditempat masing-masing.

"Baiklah, saya sudah berjumpa dengan keluarga kamu semua untuk beritahu yang kamu semua bakal dipindahkan kepada sekolah persendirian. Alhamdulillah, keluarga kamu semua setuju. Sekarang, saya akan beritahu tempat tinggal kamu. Ya, kamu tidak akan tinggal dengan family kamu untuk keselamatan keluarga kamu sendiri. Haziq, kamu akan tinggal bersama Aiman dan Hakim. Husna, Rine, Lya, Haiz dan Nadz akan duduk serumah dengan Ellyna. Keputusan muktamad tidak boleh membantah." Mata Tuan Syarid melihat kearah Ellyna.

Nampak sangat anak saudaranya yang satu itu tidak puas hati dengan keputusannya. Yelah, Ellyna mana pernah tinggal serumah dengan orang lain. Sebelum ni dia duduk seorang diri sahaja.

"Jadi saya nak kamu semua balik ke rumah dan kemas barang masing-masing. Aiman dengan Hakim ikut Haziq. Nanti kamu berdua perlu tunjuk arah ke rumah kamu bertiga. Girls, lepas kemas barang kamu semua datang semula ke sini. Ellyna akan tunjukkan rumah." Mereka semua hanya menganggukkan kepala tanda setuju. 

Semua orang keluar daripada bilik Tuan Syarid kecuali Ellyna, Haiz dan Nadz.

"Misi apa ni Pak ngah? Kenapa Haiz dengan Nadz pun terlibat?"

"'The Red Rose' Pak ngah rasa kamu tahu ni misi apa." Bilik itu sunyi sepi hanya kedengaran bunyi kipas sahaja.

Ellyna terdiam. 'The Red Rose' ya, dia kenal sangat dengan nama misi itu. Tetapi yang dia pelik, bukankah misi itu sudah lama ditinggalkan pihak polis. 'The Red Rose' ada kena mengena dengan pembunuhan ibubapa mereka berdua, Ellyna dan Haiz. Ada kena mengena dengan kisah gelap mereka bertiga. Ellyna memandang ke arah Tuan Syarid. Seperti memahami pandangan Ellyna Tuan Syarid teruskan percakapannya.

"Pak ngah buka semula kes ni sebab..."

- To Be Continued -

_______________________________

Huhuhuhu, Iqa tahu bab kali ni mengarut. Nanti Iqa akan edit semula bab ni. 

- Maaf kalau hambar. Memang hambar + mengarut sebenarnya -

- Assalamualaikum -
_______________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro